Bab 10

Romance Completed 8678

Esoknya aku dengan gembira membawa balik CD gambar itu. Aku copy semuanya ke dalam komputer. Banyak juga gambar aku dan Cikgu Azian. Ku tatap gambar aku berdua dengan Cikgu Azian. Teriangat lagi gurauan dari cikgu yang aku benci tu.

“Hafriz, kau tolong aku ambik gambar dengan budak ni.” minta Cikgu Azian sambil berdiri sebelah ku.

“Mai aku ambik.” Katanya dalam longhat Kedah pekat.

“Okay.” Balas Cikgu Azian. Aku pulak buat muka sekupang bila tengok kamera. Aduhai hilang mood nak senyum.

“Senyum.. apa ni anak murid tinggi dari cikgu. Ha, ha, ha.” Dia ketawa. Ish, menyampahnya aku. Luku kepala baru tahu. Huh! Tersenyum aku seketika terkenang peristiwa di Ipoh itu.

Tettt. SMS masuk ke inbox ku.

Dah dapat CD tu?

Tertera nama Cikgu Hafriz di skrin telefon. Glup! Aku menelan liur. Lalu SMSnya ku balas.

Dah. Trm ksh.

Tettt. Masuk lagi SMS darinya. Amboi cigu ni. boleh tahan juga.

Dah makan ke?

Dah. Cikgu?

Saya pn dah. Balasnya.

Masih teragak-agak. Patut atau tak aku balas SMS darinya?

Cikgu buat apa sekarang ni?

Sepuluh minit kemudian.

Saya kerja. Sementara tunggu konvo.

Kerja apa?

Kerja kilang.

Aku buntu. Tak tahu apa yang harus aku balas. Maka terhenti di situ.

Malamnya, usai sahaja aku menyiapkan kerja-kerja rumah. Aku menyimpan semua buku-buku ke dalam beg. Baju seragam sudah aku serika dan tergantung kemas di dinding bilik. Badanku rebahkan ke tilam. Lalu kelambu aku betulkan agarn nayamuk tidak terlepas masuk.

Tettt. Tettt. Dua SMS masuk ke inbox ku.

SMS pertama:

Hanafi: dah tido ke?

SMS ke dua:

Cikgu Hafriz: selamat malam azrina ??

Balasan dariku.

Selamat malam cikgu.

Dan SMS lagi satu aku biarkan sepi. Tawar hati mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience