Bab 1

Romance Completed 8678

JAM ALARM DI HP BERBUNYI…. Lagu ‘over the horizon’ membingit di telinga ku lagi. Entah kali ke berapa aku ‘snooze-kan’ agar aku dapat masa tambahan sambung tidur. Bila ku lihat jam di skrin hp. Gelabah sabun aku bangun jadinya. Aku menggosok mata yang sedikit silau dengan lampu tidur yang agak terang di dinding bilik. Jariku sempat lagi meninjau inbox mesej ku.

“Banyak pulak SMS dia. Tak faham betul aku dengan mamat ni.” Rungutku sendiri. Tanpa menghiraukan SMS darinya, aku terus menuju ke bilik air. Kalau lambat nanti, pasti abahku melenting. Rutian harian seperti biasa. Baju kurung warna merah gelap itu ku sarung ke tubuh. Termenung aku sebentar di depan cermin. Malas pulak nak ke sekolah. Tapi hari ini aku harus cepat. Aku sebagai pengawas ditugaskan di pintu pagar hadapan. Nanti bising pulak ketua pengawasku jika masa dia meronda aku tiada di tempat tugas. Dengan pantas rambutku yang panjang paras pinggang ku sisir dengan sikat. Lalu ku ikat rendah paras leher. Lalu lebihan rambut yang menjurai ku balut menjadi sanggul dan disumbat masuk ke dalam anak tudung. Tudung sewarna dengan baju ku sarung ke kepala. Selepas lipatan di sisi pipi, pin peniti ku kenakan di atas lipatan itu. Dengan sepantas kilat, stokin hitam ku sarung ke kaki. Katil ku kemaskkan sepantas yang mungkin. Berlari anakku mendapatkan beg sandang dan beberapa buah buku teks ku peggang di tangan.

“Adik, lekaslah sikit. Abah hang duk tunggu kat luaq tu. Sat lagi dia bising pulak hang lambat. Dia nak pi ambik ikan tu.” Suara ibuku dari luar sedikit nyaring memanggilku. Deruan enjin motorsikal Kriss milik abah juga sudah kedengaran.

“Sat mak. Orang nak pakai kasut sat.” Sahutku dengan segera sambil meletakkan telefonkku di bawah bantal tidur.

Sampai sahaja di hadapan pintu pagar sekolah, aku turun dari motorsikal abah. Lalu tangannya ku sambut.

“Sat gi mu balik pukul berapa?” soal abah dalam lorat Pattaninya itu.

“Dok tahu lagi. Nanti orang telefon rumah la kalau ada kelas tambahan. Kalau tak dok, pukul 2.30 balik.” Terangkku juga dalam lorat Pattani. Tampa banyak soal, abahkku memulas tombol minyak motorsikalnya menuju ke rumah kembali dengan segera untuk mengambil tong ikannya. Seperti biasa rutin harian perniaga runcit seperti abahkku itu selepas menghantar aku ke sekolah, dia akan ke pasar memborong ikan, sayur dan barang-barang basah yang lain untuk dijual di kedai runcit yang dibuka di sebelah rumahku.

Aku melangkah longlai degan rasa yang benar-benar berat. Masih awal rupanya. Jam di tangan ku tatap. Pukul 6.45 pagi. Masih sunyi kawasan sekolah. Tapi mataku dapat menangkap kelibat dua orang lelaki di pondok jaga itu. Keduanya segak berpakaiaan kemas. Gaya seperti guru baru. Tapi tidak langsung aku hiraukan. Langkah kakiku laju ku atur menuju ke kelas.

“Assalamualaikum.” Ucapku apabila melihat beberapa orang kawan sekelasku sudah ada di dalam kelas.

“Waalaikumsalam. Amboi, awainya hang sampai Ina.” Tegur Sofea sambil ketawa.

“Aku yang patut tanya hang, awai sangat hang sampai. Sebelu ni tak la seawai ni.” Balaskku pula sambil menarik kerusikku.

“Bas aku tu entah mimpi apa mai awai hari ni. Nasib baik aku cepat. Kalau dak, memang tak mai sekolah dah kan Mas.” Ujar Sofea sambil memandang ke arah Mastura, sahabat karibku di sebelah.

“Wei, Ina. Hang ada nampak dak dua orang yang dekat pondok Pak Gad tu? Aku rasa cikgu baru la.” Faezah pula membuka cerita.

“Aah la, aku pun perasan jugak tadi. Awai sungguh depa mai sekolah.” Mastura pula bersuara. Aku sedikit pun tidak berminat dengan apa yang mereka sedang ceritakan. Yang aku tahu, aku ada tugas yang aku harus laksanakan.

“Wei, Ina. Hang bertugas kat mana minggu ni?” soal Mastura pula.

“Aku pagi and balik kat paggar. Waktu rehat kat padang. Hang lak, Mas?” soalku sambil melihat riak wajah Mastura yang sedikit berubah.

“Alahai, tak dapat aku nak bertugas dengan hang. Aku dapat tandas.” Mastura pulak membuka cerita.

“Tak pala. Aku nak pi dah ni. Sat lagi lambat aku kena marah pulak dengan ketua. Tadi aku tengok junior yang lain dah tercegat kat paggar. Okay Mas. Aku jumpak hang kat perhimpunan nanti.” Ujarku sambil mencapai buku catatan pengawas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience