Bab 5

Romance Completed 8678

“Ina, aku nak ikut hang pi perpustakaan.” Ujar Mastura sambil melihatku kalut mengumpulkan kertas-kertas hujah. Sudah lambat untuk aku ke sana.

“Aku nak naik jumpa Cikgu Yati kat bilik masakan. Nak bayar duit NST minggu ni sat.” Ujarku. Mastura hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Usai sahaja pembayaran, kami terdengar pekikan kuat seorang guru dari arah hadapan. Rupanyan Encik Hafriz sedang memarahi seorang pelajar yang menggangunya. Marah sungguh dia sehinga keluar kelas mengejar pelajar tersebut. Pekikan dan makian dihambur sepanjang jalan.

“Mak aii. Dasyat betul. Marah betul dia” ujarku perlahan.

“Hang tak tau ka, Ina? Dia selalu marah budak.” Mastura membuka cerita.

“Aku tak suka la cikgu tu. Tak tahu pasal apa aku menyampah kat dia.” Kataku.

“Hang jangan Ina. Tengok-tengok esok yang tu jugak jadi laki hang.” Mastura berseloroh.

“Eee.. pandai ja Hang ni, Mas. Cepat-cepat, aku dah lambat ni.” kalut langkahku atur ke arah perpustakaan.

“Ina, kenapa lambat?” cikgu Azian bertanya.

“Ina pergi bayar duit surat khabar tadi. Lepas tu jumpak cikgu sorang tu mengamuk.” Aduku tanpa menyebut namanya yang sebenar kerana aku sendiri tak ingat namanya waktu itu.

“Cikgu mana?” soal Cikgu Azian lagi.

“Ala, kawan cikgu jugak yang lelaki tu. Badan tinggi-tinggi, berisi siit tu. Apa nama tah, Hafiz?” ujarku lagi cuba menerangkan.

“La..Cikgu Hafriz. Dia mengamuk lagi?” terkejut riak wajah Cikgu Azian.

“Aah.” Mastura mengiayakan.

“Ish, Hafriz ni. cari pasal sungguh. Dah la tengah praktikal. Dia ada kat mana?” soal Cikgu Azian lagi.

“Tadi dia turun hambat budak-budak tu.” Terang Mastura lagi.

“Dah banyak kali dia mengadu, budak-budak tu gangu dia mengajar. Bukan budak kelas dia mengajar. Budak dari kelas lain. Nanti cikgu pergi tengok ya.” Ujarnya sambil bangun menuju pintu perpustakaan.

“Ish..macam-macam hal la. Wei, Mas. Budak yang aku tampar tu nak jumpak aku kat tandas sekolah rehat nanti. Agak-agak nak pi jumpak ke tak?” soalku berterus terang. Sudah dua hari aku mendapat surat darinya.

“Budak kurang ajaq tu? Hang rasa nak pi jumpak ka?” soal Mastura kembali.
“Hang ni, aku tanya hang. Hang pi tanya aku balik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience