Bab 9

Romance Completed 8678

Dua minggu kemudian, kecoh satu kelas gambar-gambar kenangan semasa di Ipoh dulu Faisal sebarkan. Siapa yang mahukan salinan gambar yang dipos oleh Cikgu Hafriz (tuan punya kamera digital itu) boleh meminjam CD kiriman darinya.

“Mar, dah ambik gambar-gambar dari CD Faisal tu?” soalku pada Akmar. Juga sahabat yang agak rapat denganku.

“Mar dah ambik. Tapi Mar tak ambik pulak gambar Ina dengan Cikgu Azian.” Terangnya seakan tahu-tahu sahaja tujuan aku bertanyakan gambar itu.
“CD tu ada kat Mar ke dah bagi Faisal?” soalku lagi.

“Ada kat Faisal. Baru tadi Mar bagi. Ingatkan Ina dah ambik.”

“Tak apa, nanti Ina mintak kat dia. Thanks.” Ujarku

Waktu rejat, aku ke tapak tugasan si Faisal. Tujuan yang sama. Untuk meminta CD darinya. Aku nak copy semua gambar yang ada.

“Hang nak CD tu, hang kena mintak dari Cikgu Hafriz sendiri.” Kata-katanya membuatkan aku naik berang. Amboi, orang lain mintak, tak payah pun mintak izin dari ‘tuan punya kamera’ tu.

“Ambaoi, hang nak bagi aku injam ka takni, Faisal?” soal aku geram.

“Nah,ambik nombor telefon dia ni. hang SMS mintak kat dia. Kalau dia bagi. Baru aku serah CD tu.” Katanya memberi syarat. Maak ai..bukan main lagi mamat ni. pada awalnya memang aku diamkan saja. Tapi dek kerana gambar aku dan Cikgu Azian ada, ku teruskan juga. SMS ku hantar.

Assalam, cikgu. Saya nk mintak izin cikgu, nk copy gambar dari CD cikgu kirim pada Faisal tu boleh?

Lima minit kemudian.

Waalaikumsalam. Boleh ja. Ambik la. Awat yg sampai kena minta kebenaran saya ni?

Eleh. Tanya pulak awat? Aku mencebikkan bibir.

Faisal suruh saya mntk kebenaran dari cikgu. Siap bagi no.tel cikgu ni suruh saya mntk izin.

Dua minit kemudian.

Sapa ni?

Azrina. 5 sains.

o..budak 5 sains.

Terhenti di situ. SMSnya tidak lagi aku balas lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience