BAB 8

Romance Completed 30864

Okey! Mataku sudah ada lingkaran hitam kerana tidak tidur semalaman. Gara-gara fikirkan masalah peminangan itu dan Arman. Lelaki pemalu itu buat aku tak boleh tidur.

Ergh! Sekarang dah pukul 5 pagi. Pukul 8 ada kelas. Macam mana ni. Nak pergi dalam keadaan macam ni. Dah serupa burung hantu aku tengok. Huargh!

'Awak tak tahu diri saya yang sebenar lagi.'

Ayat tu terus menghantui aku. Apa maksud dia? Aku tak kenal dia dengan dalam lagi? Maknanya dia bukan seorang pemalu. Begitu? Berserabut haih!

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Siapalah pagi-pagi buta ni telefon aku. Mujur aku dalam keadaan sedar. Dengan malas aku jawab.

"Helo.."

Aku buat suara bangun tidur sedangkan tak tidur pun.

"Awak jangan nak bohong saya. Awak tak tidur pun."

Terus aku bangun daripada pembaringan. Siapa ni? Dia tahu aku tak tidur?

"Saya lelaki yang awak kata pemalu tu."

Aku tersentak. Macam mana dia dapat nombor aku.

"Jangan nak terkejut sangat. Buat biasa je."

Aku mengetap bibir. Hish! Lelaki ni memang suka buat aku sakit hati.

"Macam mana awak dapat nombor saya? Dan mana awak tahu saya belum tidur?"

Soalku bertalu-talu.

"Bilik awak cerah dengan cahaya lampu."

Aku terus mengendap di dinding. Nah! Dia duduk dalam kereta dan sedang mengintai aku dari bawah. Kureng kau Arman. Ingatkan kau ni pemalu sangat.

"Macam mana awak tahu rumah saya? Awak ekori saya erk?"

Aku terus menarik kain langsir. Tak ada hati nak tengok dia.

"Itu secret. Kan saya dah kata saya akan datang meminang awak pagi ni. Awak dah lupa atau buat-buat lupa?"

Aku kembali berbaring dan mengiring ke kiri.

"Awak ni kejap-kejap pemalu kejap-kejap tak. Yang mana satu diri awak ni."

Yalah. Macam ada dua perwatakan.

"Saya akan jadi malu sekiranya saya jumpa awak secara terkejut atau dah lama tunggu nak jumpa awak. Saya tidak akan jadi malu jika saya ada niat untuk mendekati awak. Untuk mengahwini awak. Faham?"

"Kiranya kalau berjauhan awak tak malu dengan saya la? Okey faham. Dan bye!"

Terus aku matikan talian. Aku memejamkan mata. Stress nya! Huhu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience