BAB 9

Romance Completed 30864

Okey! Jelas kecewa muka mak dan ayah aku selepas mendengar keputusan aku. Keputusan yang aku telah tolak pinangan Hairish tu. Aku nak tengok sampai tahap mana Arman berani. We see!

"Habis? Kamu dah ada ke calonnya?"

Soalan mak buat aku tersedak.

Tengah sarapan jugalah mak nak tanya soal itu. Petang nanti tak boleh ke?

"Belum.." perlahan je aku menjawabnya.

Takut kena bebel dengan mak. Ayah tak apa lagi.

"Habis kenapa tolak pinangan tu?"

Nada mak aku sudah tinggi. Itu tandanya mak aku sudah marah ya.

"Orang tak kata yang orang tak akan kahwin.Orang akan kahwin. Mak tunggu je."

Ujarku dengan yakin. Terkelip-kelip aku memandang mak memohon simpati.

Biasalah aku ni pandai bodek orang. Apa-apa pun pasti berhasil. Yang buat mak aku marah sebab umur aku dah mencecah 28 tahun dah. Tapi masih juga belum kahwin. Hehe. Kini harapanku terletak pada tangan kau Arman.

Aik? Mengharap nampak. Hehe. Sebenarnya kata tak suka tapi dalam hati memang suka. Dahlah hensem. Cuma dia perlu buang rasa takut tu je.

"Sengih pula dia."

Terus aku menutup mulut. Senyum je aku berikan kepada mak dan ayah. Sorry!

"Ikut kamu lah. Mak dah tak tahu nak buat apa dah."

Aku cuma tersengih. Mak tunggu je. Hari ini akan ada seorang lagi datang meminang Risya ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience