BAB 3

Romance Completed 30864

Aku terlopong melihat Farah dengan insan itu. Weh! Lelaki yang aku kata hensem tu. Tapi buat apa dia di sini? Eh? Mestilah dia nak cari baju pengantin. Nama pun butik pengantin. Mengapa Farah ajak aku datang butik dia?

“Farah.”

Panggilku. Apabila lelaki itu menoleh ke arahku aku hanya tersenyum. Tapi dia hanya melihat. Macam orang tak berperasaan je aku tengok. Lantak kau lah!

“Kenapa?”

Soalku apabila Farah mendekatiku.

“Kau nampak kan lelaki tu?”

Aku hanya mengangguk. Siapa lagi kalau bukan lelaki hensem tu.

“Dia nak jumpa kau.”

Aku tersentak. Biar betik kau ni Farah. Senyum pun tak.

“Buat apa?”

Aku kerling sekilas ke arah lelaki itu.

“Tak tahu. Pergilah. Dia tunggu kau daripada tadi lagi.”

Kenapa? Pergilah Risya. Nak tahu juga kenapa dia nak jumpa aku. Jadi aku pun mendekati dia.

“Ehem..ehem..”

Sengaja aku buat-buat batuk. Barulah dia memusingkan badan ke arahku.

“Ada apa awak nak jumpa saya?” soalku.

Sikit pun aku tak tengok muka dia. Lagi sejuk mata aku tengok baju pengantin tu. Hehe. Jahat tak aku.

“Masa bila saya kata saya nak jumpa awak?”

Jelas kerutan di dahiku. Aku terus menoleh ke arahnya.

Manakala dia memandangku dengan tajam. Macam orang yang tak berperasaan.

“Tapi, Farah kata yang awak nak jumpa saya.”

Ujarku. Takkan Farah nak tipu aku kot.

“Tak lah. Awak silap dengar kot.”

Seusai dia kata, terus dia beredar dengan muka gelabahnya. Aku yang jadi ternganga. Farah mendekatiku.

“Ada apa dia jumpa kau?”

Aku mengetap bibir. Tangan Farah ku cubit.

“Kau ni kalau tak perkena aku tak boleh ke?” soalku geram.

“Ouch! Perkena apanya?”

“Dia tak kata dia nak jumpa aku pun.”

Ujarku. Farah memandangku tak percaya.

“Weh! Sumpah aku tak tipu. Dia sendiri yang cakap dengan aku yang dia nak jumpa dengan kau. Kalau kau nak tahu dah setengah jam dia tunggu kau datang. Takkan dia cakap macam tu.”

Aku yang dengar terlopong.

“Habis tu? Kenapa dia cakap tak nak jumpa aku pun.”

Aku tergaru-garu kepalaku yang diselaputi tudung itu. Hairan aku.

“Manalah aku nak tahu.”

Farah pun tak faham dengan lelaki tu.

“Kejap. Dia datang ke butik kau ni ada hal lain ke atau semata-mata nak jumpa aku?”

Soalku ingin kepastian. Mana tahu dia nak tengok baju pengantin ke.

“Semalam dia datang sebab nak ambil baju untuk kakak dia. Hari ini dia datang kata nak jumpa kau. Itu yang aku pelik tu.”

Oh! Ingatkan dia nak kahwin. Jadi, peluangku masih ada. Yes! Haha. Melebih pula kau ye Risya.

“Tak apa. Kalau selepas ini dia datang. Kau minta nombor telefon dia. Biar aku cakap sendiri dengan dia. Apa masalah dia ye?”

Tapi apa yang boleh simpulkan. Dia tak suka senyum. Dia memang hensem. Cuma tiada senyuman yang menghiasi wajahnya. Tak apa. Kita tunggu esok ye encik tak suka senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience