BAB 7

Romance Completed 30864

“Apa?”

Aku hanya mengangguk. Farah tak percaya mendengar ceritaku. Dia tak percaya aku lagilah. Ini lamaran mengejut. Lepas balik kerja terus aku datang sini. Nak luahkan perasaan.

“Habis apa yang kau nak buat?” soal Farah.

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.

“Entahlah. Tapi aku serba salah lihat rupa mak aku yang penuh mengharap tu. Kalau aku terima, apa jadi dan kalau aku tak terima pun apa jadi? Argh! Stress.”

Aku memandang ke luar butik. Aku terkedu apabila melihat Arman sedang merenung tajam ke arahku. Aku terteguk air liur. Kenapa?

“Weh! Arman tu. Dia dengar ke apa yang kita cakap tadi?”

Soalku kepada Farah. Takkan kot.

“Ya Allah. Dia mestilah dengar sebab pintu terbuka. Aduh! Lebih baik kau jelaskan dekat dia perkara sebenar.”

Aku menoleh ke arah Farah. Aku buat muka seposen.

“Aku nak kejar dia? Kau gila ke apa? Sepatutnya dia yang datang ke aku bukan aku pergi kejar dia. Dah dia yang suka jadi dia yang patut datang cari aku. Bukan aku.”

Aku kembali menoleh ke luar butik. Ternyata dia sudah hilang. Hurmm. Lantak kau lah Arman.

“Kau kan tahu dia pemalu.”

“Pemalu pun ada batas dia.”

Aku mengangkat punggung. Nak beredar dari sini. Malas aku nak berada lama-lama di sini. Arman tu? Biarlah dekat dia. Malas aku nak layan.

"Aku gerak dulu."

Aku mencapai beg tangan lalu keluar daripada butik tersebut.

Yang membuatkan aku terkejut. Arman setia menunggu di keretaku. Aku pun apa lagi laju mendekati ke arah kereta lah. Elok je dia sandar dekat situ. Pe hal?

"Awak!"

Panggilku apabila dia asyik tunduk memandang lantai.

Apabila mendengar suaraku dia mendongak. Tapi dia kembali menunduk. Apa kes ni?

"Kenapa?" soalku.

Dia bergerak menjauhi keretaku. Kemudian dia melihatku.

"Betul ke apa yang saya dengar tadi?"

Aku tersenyum. Ingatkan tak mahu tanya dah. Bagus!

"Haah! Malam ni saya akan berikan jawapan dan esok saya akan pergi beli barang pertunangan. Kenapa?"

Bohongku.

Sengaja aku ingin menduga reaksinya. Dan akhirnya aku berjaya apabila melihat dia menggeleng tanda tak setuju.

"Jangan."

Aku mengerutkan dahi.

"Jangan? Jangan untuk apa?"

Soalku kembali. Seronok bermain kata-kata dengan dia ni. Dah macam budak-budak pun ada.

"Awak tak di benarkan kahwin dengan sesiapa pun."

Amboi! Tegasnya cik abang ni.

"Kenapa pula? Itu hak saya!"

Aku kembali bertegas. Tapi aku jadi lemahlah apabila dia senyum. Hensem sangat beb! Tapi sayang sebab pemalu.

"Awak hanya boleh kahwin dengan saya. Understand?"

Aku terlopong.

"Kenapa pula? Saya tak suka dekat awak pun dan awak pun tak mengaku yang awak suka dekat saya. Kan?"

Aku membalas renungannya yang lembut itu.

"Okey! Mulai hari ini saya mengaku yang saya suka dekat awak. Jadi awak tidak di benarkan kahwin dengan sesiapa pun kecuali saya."

Aku tersenyum. Mengaku juga kau ye. Tapi aku menduga dia lagi dengan menggeleng.

"Awak tak boleh buat macam tu. Kalau awak tak benarkan saya kahwin dengan orang lain. Awaklah kena bertindak cepat. Awak kenalah cepat-cepat kahwin dengan saya. Faham?"

Aku kembali memprotes. Haha. Kelakar pulak.

Pasti dia terdiam dan tak tahu nak cakap apa. Mesti dia tak setuju.

"Okey! Esok saya datang meminang ke rumah awak."

What? Sangkaanku meleset. Ingatkan dia tak setuju. Bukan dia pemalu ke. Nak jumpa aku pun malu macam mana nak jumpa orang tua aku. Aku dah terkesima mendengar jawapan dia.

"Jadi awak tunggu! Awak tak tahu diri saya yang sebenar lagi."

Terus dia tinggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Arman!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience