BAB 6

Romance Completed 30864

“Ada orang masuk meminang kamu.”

Aku yang tengah minum air tersedak selepas mendengar kata-kata mak.

“Siapa mak?”

Soalku selepas berjaya mengawal diri. Berpeluh di buatnya.

Hari ini banyak sungguh kejutan untuk aku. Pagi tadi tentang Arman. Malam ni tentang ada orang meminang pula.

“Nama anak teruna tu Hairish. Mak tak terima lagi sebab mak tanya kamu.”

Aku terdiam. Wajah mak dan ayah ku pandang silih berganti. Rasa serba salah pula kalau aku tolak sebab mereka memang mengharapkan aku cepat-cepat mendirikan rumah tangga. Aku ni pun bukan makin muda tapi makin tua.

“Tengoklah dulu. Nanti Risya fikir-fikirkan balik. Lepas itu baru beritahu mak.”

Putusku lalu kembali menyuap nasi ke dalam mulut.

Ya Allah berilah aku petunjukMu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience