BAB 13

Romance Completed 30864

Tiga tahun kemudian…

Riuh-rendah rumah aku sekarang. Eh? Silap! Rumah Arman. Hehe. Dah dekat tiga tahun aku menjadi isteri dia. Tapi satu je yang tak lekang daripada dia. Malu! Selepas berkahwin kan? Dia ada jugalak malu dengan aku tapi tak melampau sebelum kahwin lah.

Lagipun sekarang dia dah menjadi ayah. Jadi dia kenalah buang rasa malu tu. Harap-harap anak aku ni tak ikut ayah dia lah. Tapi, kan? Hehe. Aku sukalah dengan sikap malu dia tu. Comel juga. Haha.

"Mama!" Tersentak aku.

Anak lelaki aku yang baru setahun memanggilku kuat. Dia pandai sebut mama je. Papa dia tak pandai. Sebab aku selalu ajar dia. Papa dia pemalas.

"Ada apa sayang?" Aku memangkunya.

"Mestilah nak susu. Mama ni."

Muncul anak sulungku. Mujur perempuan.

"Oh, sorry sayang. Mama terlebih berangan tadi."

Aku tersengih memandang kedua-dua orang anak aku.

Aku menjeling Arman yang berada di meja kerja. Tekunnya dia buat kerja.

"Abang!"

Sengaja aku menjerit memanggil namanya. Apabila dia menoleh aku tersengih.

"Tolong jagakan anak lelaki abang ni jap. Risya nak bancuh susu."

Ujarku. Dia hanya mengangguk.

Korang nak tahu sesuatu tak. Yang ni kelakar sangat. Bila aku mengandungkan anak perempuan.

Time tu, aku tengah tidur di pangkunya. Biasalah masa tu nak bermanja-manja sikit. Takde pula rasa malunya itu. Baguslah. Yang nak di jadikan cerita. Masa aku sedar daripada tidur.

Air ketumban aku pecah. Orang pertama panik pastilah suami aku. Dalam aku tengah sakit-sakit tu, dia boleh lagi fikir apa yang perlu dibuat. Orang hantar ke hospitallah. Tapi dia? Haha. Telefon mak aku dulu. Lepas tu baru bawa pergi ke hospital. Apasallah dengan suamiku saat itu.

Tapi sesiapa pun pasti macam tu bila dah panik. Kan?

"Risya! Lamanya!"

Selesai aku membancuh susu, aku terus melangkah naik ke atas. Apabila aku masuk je. Aku melihat Arman sedang baring di sebelah anak lelaki aku.

"Nah Arish. Kesian anak mama ni. Lapar susu."

Aku terus berbaring di sebelah Arman. Tapi dia pergi bangun tu buat apa.

"Akak..akak nak tahu sesuatu tak?"

Soalku kepada Airina. Anak sulungku.

Dia hanya mengangguk. Manakala Arman menjelingku manja. Aku tersengih. Lari lagi.

"Papa kamu kan? Seorang yang sangat pemalu."

Ujarku dalam satu nafas.

"Betul ke mama? Patutlah bila pergi sekolah, dengan cikgu perempuan slow je suara papa."

Aku tersentak.

Aku pantas menoleh ke arahnya tapi dia larikan pandangan ke arah lain. Amboi!

"Abang, abang kata abang akan malu pada orang yang abang sayang je. Ini apa?”

Soalku.

Aku mula bergerak mendekatinya. Dia tersengih ke arahku.

"Peliklah abang ni, yang sebenarnya abang tak nak mereka terpikat dengan abang kan?"

Aku mula acah-acah membuat muka merajuk.

"Baiklah, abang taknak Risya bising pula. Ni nak buktikan pada Risya.”

Peh bukan main konfiden laki aku ni tapi gelabah debar dia tu Tuhan sajalah yang tahu. Aku lihat dia terteguk air liur. Aku tersenyum. Airina sudah menekup mulut tahan tawa. Jahat tak mama ni? Haha.

"Depan si kecil ni ke?"

Aku hanya mengangguk. Bersedia untuk pipiku di cium. Aku dah nampak pipinya merah. Dengan anak sendiri pun malu ke?

"Cepat! Cepat! Cepatlah papa."

Ha! Tengok. Anak pun nak tengok juga.

Dan…Cup! Pipiku telah di cium. Aku kembali mencium pipinya yang sudah merah menahan malu itu.

"Terima kasih abang."

Aku dan anakku ketawa melihat telatah suamiku yang tak ubah seperti udang bakar. Haihlah laki, dari sebelum kahwin sampai dah jadi bapa perangai pemalu kau ni memang tak boleh hilang. Tipulah kalau aku tak cakap yang aku tak takut laki aneh aku ni dikebas orang, tapi aku percaya dia nak-nak lagi dengan sikap pemalu dia ni lagilah buat aku 100% percaya.

I love you abang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience