Bab 5-Kembar

Adventure Series 442

"Jadi kamu ialah anak kepada Yuki No Hatoro, bukan?"atok itu mengangkat wajah memandang Haruka.Dia cuba mengingati wajah Hatoro dengan jelas.

"Ya.Hatoro adalah ayah saya." Haruka mengiakan apa yang dikatan oleh atok itu.

"Bukankah kamu mempunyai seorang kembar, dimanakah dia?" Atok Shikame menghulurkan sebuah gambar yang ia ambil dari poket bajunya.Haruka mengambil dan merenung gambar itu.

Tidak semena-mena, Haruka berasa sedih mengenangkan kebahagian keluarganya suatu masa dahulu.Dia memandang ke arah Atok Shikame dengan wajah yang sedih.

"Dia sudahpun mati kerana jatuh dari bukit.Mayatnya tidak ditemui sehingga sekarang." Haruka menceritakan perkara yang dia tahu.Perlahan, air mata mula mengalir ke pipi.Dia tidak dapat menahan tangisannya.

Shinora memberikan mimik muka sebagai isyarat kepada Atok Shikame untuk tidak bertanya tentang keluarga Haruka.Walau dia tidak tahu tentang keluarga gadis itu, dia tetap rasa bersalah melihat gadis berambut putih itu menangis.

"Kau mahu membalas dendam kepada The Shadow Sneak, bukan?" Shinora tersentak disaat Atok Shikame menanyakan soalannya kepada Haruka.

Haruka mengangguk sambil memulangkan kembali gambar keluarganya.Dia yang tadinya memiliki senyuman yang manis, bertukar murung.

"Kalau begitu, kita akan memulakan latihan untuk kamu.Esok pagi, jumpa atok disini." Atok Shikame perlahan berjalan meninggalkan Haruka dan Shinora.


-Bersambung-

#JessCuterz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience