Prolog

Adventure Series 442

"Jangan...Saya minta tolong jangan bunuh keluarga saya.Saya merayu.." seorang lelaki tua sedang merayu agar dia dan keluarganya tidak dibunuh.Namun, sepertinya orang-orang Shadow Sneak tidak menerima rayuan itu.

"Kami telah berjanji kepada tuan kami untuk membunuh seluruh penduduk kampung ini, kecuali jika kamu mahu memberitahu kami di manakah gadis yang bernama Yuki No Haruka berada!" suara salah seorang daripada anggota Shadow Sneak bersuara dengan lantang.Menanyakan dimanakah gadis itu berada.

"Sa...Saya...Saya tidak tahu..Saya tidak mengenalinya.." lelaki tua itu menjawab dalam nada yang ketakutan.

"Masakan pakcik tidak pernah melihatnya.Dia adalah seorang gadis comel yang memilik rambut berwarna putih, mata kanannya berwarna biru dan mata kirinya berwarna merah.Adakah pakcik tidak pernah melihatnya?" soal seorang lelaki yang berambut merah kepada lelaki tua itu.

"Saya memang tidak tahu menahu tentang gadis itu." pakcik itu bersuara.

"Kalau begitu, semoga gembira di neraka!" lelaki yang berambut hitam segera menghayunkan pedangnya ke kepala lelaki tua itu.Anak dan isterinya menangis melihat kematian ketua keluarga mereka.

"Sekarang, giliran kamu sudah sampai.Hiyaahh!"

"Selagi kita tidak dapat menemukan Haruka, selagi itu kita akan terus membunuh mereka!" seorang lelaki bertopeng separuh muka bersuara dengan nada yang keras.Dia adalah ketua dari organisasi The Shadow Sneak.

"Yuki No Haruka.Kau tidak akan dapat lari dari aku!"

#JessCuterz

Share this novel

Reen Hanif
2021-06-05 08:29:28 

bila nak sambung tak sabar tak baca???


NovelPlus Premium

The best ads free experience