Bab 3-Sebuku roti

Adventure Series 442

"Kamu lapar?" Haruka bertanya kepada Shinora.Melihat wajah Shinora yang cengkung cukup membuktikan dia sedang kelaparan.

Shinora menganguk.Sudah tiga hari dia tidak menyentuh makanan.Dia cuma dapat minum air yang berasal dari sungai.

"Kamu tunggu disini dahulu." Haruka menyuruh Shinora untuk tetap menunggunya disitu.Haruka berjalan menuju ke sebuah kedai roti.Setelah 5 minit berlalu, Haruka kembali membawa 2 buku roti.

"Makanlah." Haruka memberikan sebuku roti kepada Shinora.Shinora mencapai roti itu lalu memakannya dengan perlahan.Dia bersyukur setelah tiga hari menahan lapar.

"Terima kasih." Shinora bersuara dan mengucapkan terima kasih kepada Haruka.Haruka tersenyum.Lalu, dia memberikan sebuku lagi roti kepada Shinora.

Setelah puas melihat Shinora, Haruka bangun dan berjalan perlahan.Niatnya cuma satu, dia mahu mencari rumah seorang sami tua yang dahulunya merupakan seorang ninja yang hebat.

Haruka berjalan menyeberangi sungai dengan sebuah titi.Tanpa disedarinya, Shinora perlahan mengikuti Haruka.Dia memang tidak tahu kemana gadis berambut putih itu mahu pergi.Tetapi, dia mungkin akan mengetahuinya sebentar lagi.


-Bersambung-

#JessCuterz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience