Bab 4-Sami tua

Adventure Series 442

"Awak mahu kemana?" Shinora bertanya kepada Haruka dari arah belakang.Haruka tersentak, terkejut melihat Shinora yang berdiri dibelakangnya.

"Saya rasa mungkin lebih baik awak tidak tahu kemana saya mahu pergi." Haruka tersenyum kecil dan menjawab soalan dari Shinora.

"Awak mahu mencari seorang Sami tua, bukan?" Shinora mengutarakan soalan yang membuatkan Haruka bertambah terkejut.Haruka tertanya-tanya bagaimana Shinora boleh membaca tujuannya.

"Mari saya tunjukkan jalan!" Shinora menjerit kegirangan sambil menarik tangan Haruka.Haruka berjalan sambil dipimpin oleh Shinora.

Shinora berjalan laju dan melompat meredah lopak air.Sehingga mereka sampai dihadapan sebuah kuil lama.

Kuil itu terlihat usang seperti tidak berpenghuni.Shinora menolak pagar yang berada dihadapan mereka.Dia meluru masuk meninggalkan Haruka di belakangnya.

"Atok Shikame!" Shinora menjerit memanggil seseorang.Setelah menunggu selama beberapa minit, seorang sami tua keluar berjalan sambil berbongkok.Meskipun dia berbongkok, atok itu dapat bergerak dengan sangat pantas.

"Atok Shikame!" Shinora sekali lagi menjerit.Sami tua itu mendekati Shinora dan Haruka.

"Atok Shikame, Haruka mahu bertemu dengan Atok." Shinora menjelaskan tujuannya kepada sami tua itu.

"Nama saya Yuki No Haruka..." Haruka memperkenalkan diri.Dia bersiap sedia dengan pedangnya 'The Tiger Sword' jika sami itu adalah musuh yanh yang menyamar.

"Jadi, kamu ialah..."


-Bersambung-

#JessCuterz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience