Bab 1-Kenangan

Adventure Series 442

Seorang gadis kecil sedang berjalan berseorangan meredah hutan.Membawa dua bekas yang berisi air.Berjalan dengan sangat perlahan di bawah sinaran cahaya matahari.

Sehingga dia sampai ke sebuah rumah, dia berhenti dan meletakkan bekas yang diperbuat daripada kayu di atas tanah.Dia akhirnya duduk diatas sebuah kerusi di hadapan rumah itu.

"Jadi kamu dah balik?" tanya seorang wanita dari arah belakang.Dia berdiri sambil bercekak pinggang.Dia akhirnya mengambil sebuah kapak dan diberikan kepada gadis kecil di hadapannya itu.

"Pergilah potong kayu dihutan.Jangan balik selagi kerja kamu belum siap, faham!" wanita itu meninggikan suaranya.

"Saya sudah penat, Makcik.Biarlah saya berehat dulu." gadis kecil itu merayu.Meminta agar dia dibiarkan berehat dahulu.Wanita di hadapannya kelihatan sungguh marah.

"Makcik tak kisah.Pergi sekarang!" wanita itu semakin panas.

"Kenapa asyik saya sahaja yang perlu lakukan semua kerja ini? Kenapa makcik tidak menyuruh Harumo untuk membantu saya?" gadis kecil itu bertanya dengan nada yang sedih.

"Kakak pergilah ke hutan! Saya mahu menjadi seorang ninja seperti ayah dan abang!" secara tiba-tiba, adik kembar Haruka keluar.Memberitahu Haruka bahawa dia tidak mahu mengikuti kakaknya itu.

"Sini.Sebab kamu berdegil juga, makcik akan kurung kamu!" wanita itu menarik tangan Haruka dan membawanya ke belakang rumah.Mereka berdiri di hadapan sebuah stor usang.

"Malam ini kamu tidur disini dan kamu tak akan dapat makan malam!" wanita itu menengking Haruka dan menolak gadis itu sehingga jatuh masuk ke dalam stor itu.Dengan pantas wanita itu menutup pintu stor tersebut.

"Makcik! Tolong lepaskan saya!" Haruka sedaya upaya menjerit.Merayu agar dilepaskan.Namun, hati wanita itu sangat keras.Dia tidak langsung peduli akan keselamatan anak tirinya itu.

Sedangkan, Harumo juga adalah anak tirinya.Tetapi, Harumo dilayan seperti anak sendiri.Haruka sendiri sangat cemburu melihat layanan yang ibu tirinya berikan kepada Harumo.

Haruka akhirnya menangis.Berfikir tentang nasibnya yang malang.Tanpa diduga, pintu stor tersebut terbuka sendiri.

"Yuki no Haruka... Ikutlah denganku." seorang lelaki menghulurkan tangan kearah Haruka.Haruka menengesat air matanya dan mencapai tangan lelaki itu.

"Hahh" Haruka tersedar dari lamunannya.Jauh dia meratapi nasibnya dahulu.Dia berdiri di atas sebuah jalan yang menuju ke Kampung Sungai Dua Hala.

"Akhirnya aku akan sampai ke destinasiku." Haruka tersenyum.Dengan perlahan, dia berjalan menuju ke pintu gerbang kampung itu.Dia tahu bahawa akan ada cabaran yang menatinya di sana


-Bersambung-

#JessCuterz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience