Bab 6-Tangisan

Adventure Series 442

"Kenapa awak nak balas dendam kepada Shadow Sneak?..." Shinora mengambil kayu lalu menyusunnya dengan kemas.Dia memalingkan wajah memandang Haruka yang sedang memasang khemah.Haruka turut menoleh selepas mendengar soalan yang diajukan kepadanya.

"Kenapa awak tanya?" bukannya menjawab, tetapi membalas dengan soalan.Haruka mengikat tali terakhir untuk memperkukuhkan khemah itu.Shinora berdiri dan berlari anak menuju ke arah Haruka.Dia mengangkat telapak tangan kirinya.

"Awak...Awak pun bahan uji kaji mereka..." Haruka terperanjat.Dia melihat sebuah tatu di telapak tangan kiri Shinora.Ia berbentuk seperti seekor ular berwarna hitam.

"Sudah lapan tahun berlalu..." Shinora merenung telapak tangannya.Membayangkan masa lalunya yang kelam.Menjadi bahan uji kaji oleh mereka yang mahu menguasai dunia.

Haruka mencapai telapak tangan Shinora dan meletakkan telapak tangannya diatas.Terdapat sebuah tatu yang sama bentuknya dengan tatu milik Shinora.Bezanya, ular di telapak tangan Haruka berwarna putih.

"Kita senasib." Haruka memandang Shinora dengan pandangan simpati.Mengenangkan nasib mereka yang malang.

"Mereka...Mereka telah membunuh keluarga saya." meski berat untuk melafazkannya, Shinora tetap meluahkan isi hatinya.Air mata mula membanjiri kelopak matanya.Bayangan ibu dan ayahnya bermain di mata.

"Huaaaaaaaa..." Shinora menangis dengan mengejut.Dia menangis semahunya.Berfikir tentang ibu dan ayahnya yang telah dibunuh sangat menyakit.Seperti ada pisau yang menikam hatinya yang rapuh.

"Menangislah.Ia akan menenangkan jiwa..." Haruka bersuara dengan nada berbisik.Memberi ruang untuk Shinora bersendirian.Dia mengambil tilam tidurnya dan merebahkan tubuh.

Haruka menoleh ke arah Shinora.Dia sedang menangis di dalam khemah yang didirikan.Haruka merenung ke langit malam.Di hiasi bintang yang berkelipan di udara.Sungguh indah jika dipandang.

Namun, yang tidak terlihat indah sekarang adalah masa lalunya.Masa lalu mereka.Masa kelam mereka sama tapi berbeza.Haruka mengeluh buat sekian kalinya.

Perlahan matanya mula tertutup.Yang kedengaran kini cuma tangisan Shinora yang sayup-sayup memasuki lubang telinga.Haruka tidak kisah.'Biar Shinora menenangkan diri, esok mungkin dia akan berkongsi masa lalunya pada aku.'


-Bersambung-

#JessCuterz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience