Rate

Bab 1

Short Story Series 3269

Berpeluh-peluh Elisha sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya, sisa-sisa air mata pun masih ada. Segera dia bangun dari tempat tidurnya, matanya mulai meliau-liau di sekeliling biliknya. Pantas dia keluar daripada biliknya.
"Mama... Mama..." Elisha berusaha memanggil mamanya. Namun langsung tiada seorang pun yang menyahut panggilannya. Elisha menangis kembali. Ya Tuhan, apakah semua ini ? Kenapa kini dia langsung tidak melihat sesiapapun.
Elisha ternampak bayang seseorang sedang berdiri di halaman rumah. Hari semakin gelap. Elisha menghampiri bayang tersebut. Tetapi semakin dia mendekat, semakin bayang seseorang itu menjauh. Elisha panik dan semakin mempercepatkan langkahnya mengejar bayang tersebut. Tinggal beberapa langkah lagi untuk menghampiri bayamg tersebut, Elisha jatuh ke dalam sebuah lubang yang sangat dalam.

"Arghhhhh, tolongggg ! " jerit Elisha. Tetiba terasa pedih pehanya. Rupanya pehanya ditampar kuat oleh mamanya.
"Sha, bangun. Kenapa terlolong macam ni ? dah petang ni. bangun cepat ! " mamanya, Suriya sudah bercekak pingang di hadapan Elisha.
"Ma, Sha masih hidupkan ? " Elisha menanya soalan bonus kepada mamanya.
"Tak Sha, sekarang ni yang depan mama ni roh Sha." sempat pula Suriya mengenakan anak gadisnya.
Cuak Elisha mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh mamanya.
"Itulah, mama dah pesan jangan tidur petang. Tapi tak nak dengar, kan dah mimpi yang bukan-bukan. Dah, cepat bangun. Pemalas betul anak mama ni, bilalah Sha ni nak berubah." pening Suriya mengenangkan perangai anak tunggalnya yang seorang ni.
"Mama ni, sampai hati tau cakap macam tu dekat Sha." Elisha dengan muncungnya yang panjang seinci merajuk dengan mamanya.
"Dah, tak payah nak tunjuk merajuk dekat mama. Pergi mandi, dah petang tak mandi lagi. Anak dara apa macam ni ? Malu tau kalau kawan-kawan tahu perangai Sha macam ni." keluh Suriya. Bukan dia tidak tahu perangai anaknya ini. Pemalas sangat, semuanya dia harapkan orang gaji. Bimbang juga dia dengan perangai anak daranya ini. Macam manalah dia nak survive kalau dia ditinggalkan sendirian.
Elisha segera bangkit dari tidurnya dan terus mencapai tualanya. Segera dia berlalu ke bilik air. Kalau dia tidak bergerak mandi, pasti bebelan mamanya takkan berhenti. Dah macam astro bergerak, fuhhh...

**********

Nizam yang baru balik dari office terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Penat seharian dia menguruskan syarikatnya.
"Abang, ni minum jus ni. Mesti abang penatkan, duduk rehatlah dulu. Sayang ke dapur dulu ye, nak sediakan makan malam dengan Siti.
Elisha yang baru turun dari biliknya terus menyapa papanya.
"Hai papa, baru balik ke ? " Sha menyoal papanya. Memang soalan bonus betul.
"Iyalah, dah Sha nampakkan papa masih pakai macam ni." Jawab Nizam bersahaja. Ada-ada sahaja puteri tunggalnya ini...
Sha diam.
"Anak papa ni buat apa dari pagi sampai petang macam ni ? " Nizam bertanya memandangkan hari ini Elisha tiada kuliah.
Rumah memang dah dekat sangat dengan universiti, memang tinggal rumahlah jawabnya.
"Macam abang tak tahu anak abang ni. Membuta saja kerjanya dari timbul matahari sampailah matahari tenggelam." Suriya pula tetiba menjawab, entah dari mana dia muncul secara tiba-tiba.
"Alah mama ni," Elisha protes. Dia tarik muka.
"Betulkan mama cakap." Suriya pun tak nak kalah. Hahahaaa... Elisha kembali membisu. Stress dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience