Rate

BAB 4

Short Story Series 3269

'Bukankah itu jejaka yang bantu saya hari tu? Betulkah apa yang saya lihat ni?' Elisha bermonolog sendiri sambil menggosok perlahan matanya.
Qira mencuit lengan Elisha perlahan.
"Kau dah kenapa weh? Tenung lecturer baru tu sampai terlopong besar mulut kau. Tadi beriya sangat nak ceramahkan orang." geram pula Qira dengan Elisha ni.
"Apa yang saya buat? Eh memandai je kau ni." bisik Elisha perlahan. Bimbang perbualan mereka menarik perhatian pelajar lain.
Qira mencebik tak puas hati. Mereka berdua menumpukan perhatian ke hadapan. Lecturer baru itu sungguh bergaya, muda, hensem. Pasti banyak pelajar perempuan yang berangan hendak menjadikan lecterur sebagai kekasih hati masing-masing. Tak kurang juga geng kunyit yang rasa tergoda dengan kehadiran lecturer baru tersebut.
Sekejap je Elisha terexcited, dah muka lecturer itu sering muncul dalam hidupnya. Tertanya-tanya juga Elisha, siapakah lelaki itu? Lecturernya atau si jejaka yang membantunya tempoh hari. Kusut fikiran Elisha.
"Selamat pagi semua. Seperti yang kamu tahu, saya akan menggantikan madam Suhaila. Nama saya Brenden, boleh panggil saya sir Bren." begitulah ayat permulaan yang terluah daripada mulut Brenden. Dia sebenarnya cuak juga sebab ni pertama kali dia mengajar pelajar yang hampir sama umur dengannya. Almaklumlah, dia ialah lulusan luar negara.
Cair juga pelajar perempuan mendengar suara Brenden yang auchhh, cool gila.
"Hari ni nak terus sambung pembelajaran atau macam mana ? " boleh pula dia menyoal pelajarnya. Confirmlah jawapan mereka tidak.
"Saya nak tanya, berapa umur sir ? " ada suara perempuan daripada belakang menyoal kuat. Pelajar yang lain turut support soalan kawan mereka. Banyaklah bunyi yang kedengaran.
"Wuuuuu... Wuuuu." tak serupa pelajar universiti pun mereka ni.
"Umur ? Hihihi. Saya takdelah tua sangat, tapi takde jugalah muda sangat." Bimbang pula Brenden nak memberitahu usianya kepada pelajar dalam bilik kuliah itu.
"Alah, beritahu je la. Nak rahsia-rahsia buat apa." ada lagi satu suara yang menyampuk di belakang sana. Kali ini yang menyoal ialah lelaki, geng kunyit kot. Kotlah.
"Umur saya 24 tahun." Brenden membuat pengakuan, tambah meriah kelas itu dengan teriakan dan siulan-siulan daripada pelajar.
"Wow, sir masih muda lagi."
"Hensemlah sir ni."
"Sir, saya rasa tulang rusuk sir ada dekat dalam badan saya. Sir tak rasa ke tulang rusuk sir bergetar apabila tengok saya?" soal seorang pelajar perempuan. Tak tahu malu sungguh, cakap main lepas je. Manusia zaman sekarang.
Keadaan yang riuh tadi semakin berkurangan. Masing-masing tak sabar menunggu jawapan daripada sir yang full pakej ni.
"Saya tak kahwin lagi, single-mingle." jawab Brenden jujur. Setelah menjawab, baru dia rasa diri dia ni bengap sangat. Dah kenapa nak beritahu kat budak-budak tu yang dia single lagi. Aduilah, Brenden memukul mulutnya perlahan. Ber'wuuu- wuu'lah pelajar dalam bilik kuliah itu.
Elisha malas sangat nak ambil tahu pasal sir pujaan ramai tu. Dah takde kelas, lebih baik bla, bisik hati Elisha.
"Qira, jom gerak. Malaslah nak tunggu dalam ni. Bukannya ada kuliah pun." Elisha mengajar Qira dengan harapan Qira akan join.
"Kau ni, agaklah. Tak pasal-pasal jadi tontonan umum." risau juga Qira dengan kehendak Elisha ni.
" Eh eh kau ni. Kita ikut pintu belakanglah sayang oiii. Ingat aku ni ingin sangat ke nak jadi tontonan umum. Adoilah" lawak pula Elisha rasa.
"Emmm..." belum sempat lagi Qira bagi kata putus, sudah si Elisha ni buat gerak perlahan ke arah pintu belakang. Dah lecturer baru tu sibuk layan pelajar lain, mesti tak perasan punya.
Qira pun apa lagi, cepat-cepatlah dia membontoti Elisha.
Brenden dalam sibuk melayan, dia perhatikan sahaja gelagat dua orang pelajar perempuan tersebut. Nak juga dia menggunakan kuasa vetonya sebagai lecturer, tapi dibiarkan sahaja. Takpe kata hatinya, ni baru first day. Ada banyak masa lagi lepas ni.
Elisha dan Qira menarik nafas lega. Akhirnya mereka berjaya meloloskan diri. Qira sudah dengan muka tak puas hatinya memandang Elisha.
"Sha, kau ni agaklah. Aku baru nak usha lecterur baru tu, kau nak keluar awal sangat ni apa hal? Adoiii." keluh Qira.
Elisha endah tak endah sahaja dengan Qira. Perutnya dah berkeroncong hebat.
"Qira, jom p kafe. Aku laparlah." Elisha buat muka kesian sambil menarik perlahan hujung lengan baju Qira.
"Kalau bab makan, nombor satu. Haiyy." masih juga Qira mengeluh.
"Alah, dahlah. Tak payah nak fikir sangat pasal lecturer baru tu. Dah tentu-tentu dia tak pandang budak macam kita. Give up je la. Jom makan dulu, fikir pasal lecturer tu bukan boleh buat kita kenyang pun." luah Elisha bertubi-tubi. Naik bengang juga dia dengan Qira ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience