Rate

BAB 2

Short Story Series 3269

"Elisha... Elisha..." nama Elisha dipanggil oleh seseorang. Puas Elisha mencari kelibat seseorang yang menyeru-yeru namanya.
Elisha terus menghampiri suara tersebut. Dia melihat dua orang manusia yang terbaring bermandikan darah. Pucat muka Elisha, terkaku dia melihat semua itu.
"Tolong Sha, tolong..." tambah Elisha terkejut kerana manusia yang sedang terbaring itu mengenali dirinya. Elisha melutut dan memegang wanita yang sedang terbaring.
"Tolong... Tolong... Jerit Elisha, rupanya wanita yang sedang terbaring itu ialah mamanya.
"Mama, kenapa boleh kemalangan macam ni ma? Tahan ma, Sha pergi cari pertolongan." Elisha segera bangun dengan esakannya yang kuat.

Dalam masa yang sama, Elisha berpaling pula ke arah insan yang seorang lagi. Dia semakin bimbang, adakah itu papanya? Tambah kuat Elisha meraung kerana ternyata lelaki itu ialah papanya. Papanya sudah tidak bernafas. Oh tidak, Elisha tak sanggup kehilangan orang tuanya. Elisha segera berlari mencari pertolongan daripada insan yang lalu di situ. Ada seorang jejaka memberhentikan keretanya dan segera menghampiri Elisha.
"Apa yang terjadi ni?" soal jejaka itu. Tanpa menjawab soalan jejaka itu, Elisha terus menarik tangannya.
"Tolong bawakan mama dan papa saya ke hospital, mereka kemalangan teruk. Tolong." rayu Elisha sambil menangis teresak-esak.
"Jom cepat, tolong saya angkat mereka dan bawa masuk ke dalam kereta. Dengan gagah jejaka itu mengangkat mama dan papa Elisha. Dalam perjalanan hendak ke hospital, Elisha tak henti-henti menangis.

"Sabar cik, berdoa banyak-banyak. Semoga Tuhan panjangkan umur mama dan papa cik." jejaka itu menenangkan Elisha. Doktor pun keluar dari bilik pembedahan.
"Bawa banyak bersabar cik. Kami minta maaf, kami tak dapat menyelamatkan kedua orang tua cik. Semasa sampai di sini, mereka telah kehilangan banyak darah. Kami minta maaf cik." Doktor itu sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mama dan papa Elisha. Tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayangi mereka. Dengar sahaja perkhabaran daripada doktor tersebut, serentak itu Elisha terjelopok pengsan. Jejaka itu setia menemani Elisha meskipun dia langsung tidak mengenali Elisha.

Bangun sahaja Elisha daripada pengsannya, dia terus nampak jejaka yang membantunya. Baru dia teringat kembali apa yang berlaku kepada mama dan papanya.
"Isk isk isk... Mama, papa..." mulailah Elisha menangis. Terbangun jejaka yamg membantunya itu.
"Cik, sabar cik. Cik tak boleh macam ni, cik kena redha dengan ketentuan Tuhan." jejaka itu memujuk Elisha.
"Mama dan papa dah takde. Huarghhhh..." bertambah kuat tangisan Elisha.
"Sabar cik, ni semua dah tertulis cik." pujuk jejaka itu lagi.
"Saya tak nak kehilangan mama dan papa. Saya tak sanggup." Sungguh Elisha tak kuat untuk menghadali semua ini. 'Tolonglah sesiapa sahaja beritahu Sha yang semua ni mimpi.' bisik hati Sha.
"Cik tak boleh cakap macam ni, cik sabar ya." masih tak putus asa juga jejaka tersebut memujuk Elisha. Elisha naik angin terhadap jejaka itu.
"Kau siapa hah? Senanglah kau cakap, bukan kena dekat batang hidung kau." marah betul Elisha. Jejaka itu terasa hati, dia mulai berdiri.
"Ye, saya bukan sesiapa pada cik. Baiklah, saya rasa cukup sampai sini sahaja pertolongan yang saya boleh berikan." seraya itu jejaka tersebut menghilang dari pandangan Elisha. Terbeliak mata Elisha, sudahlah dia baru sahaja kehilangan kedua orang tuanya. Bertubi-tubi sungguh malang yang menimpa Elisha.
Dalam tangisnya, akhirnya Elisha terlena kembali.

Elisha tersedar apabila mendengar alarmnya yang menbingitkan telinga. Elisha bersandar ditepi katil bujangnya, air matanya terus jatuh.
'Mama dan papa dah takde, apalah nasib hidupku ini.' bicara Elisha sendirian. Dia sendiri dah tak tahu apa lagi yang bisa membuatkan dia bangkit untuk terus hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience