Rate

BAB 3

Short Story Series 3269

Pintu biliknya dibuka, pantas Elisha menoleh.
"Anak mama ni kenapa? Apa yang buat Sha nangis teruk ni?" Suriya mendekati anaknya. Semakin hari semakin bimbang dia dengan keadaan anaknya. Terkejut Elisha melihat mamanya yang sihat walafiat sedang berdiri di hadapannya.
"Mama ke ni? Macam mana mama ada dekat sini? Bukan mama dan papa kemalangan ke tadi?" soal Fiz dengan air matanya yang daripada tadi tak putus-putus.
"Apa Sha cakap ni? Sha nak sangat ke mama dan papa kemalangan? Dah tak sayang mama dan papa ke Sha?" soal Suriya sedikit kasar.
"Mama masih hidup, Sha ingat mama dan papa dah tiada.Sha tak nak kehilangan mama dan papa." luah Elisha seraya memeluk erat mamanya.
"Kenapa cakap macam ni Sha, ni kan mama ada depan Sha ni. Dah jangan cakap bukan-bukan. Pergi tidur, esok nak kuliahkan. Jangan banyak fikir. Dah, mama tak nak dengar Sha nangis lagi." pujuk Suriya. Makin pelik Suriya dengan perangai anak tunggalnya ini.
"Mama jangan tinggalkan Sha tau, Sha tak nak hidup sendiri." Sha sambil mengelap air matanya bercakap dengan mamanya.
"Ye, mama tak pergi mana-mana pun. Jangan banyak fikir sangat." pujuk Suriya lagi. Seraya itu Suriya keluar dari bilik Sha. Sha termenung sendiri, dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Tetapi dia yakin yang mama dan papanya kemalangan tadi. Siapakah lelaki yang membantunya tadi? Elisha sendiri bingung dengan apa yang terjadi, kini dia tidak dapat membezakan antara mimpi dan nyata.

**********

Pagi itu seperti biasa Elisha pergi kuliah dengan menunggang motor egonya. Matanya agak sembam kerana puas semalaman dia menangis mengingatkan kembali peristiwa yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Dia jadi takut untuk tidur.
"Morning Sha. Kenapa kau layu sangat pagi ni?" tegur Qira. Nampak sangat Elisha seperti orang yang bermasalah.
"Takdelah, aku okey je." bohong Elisha meskipun dalam hatinya tidak tenang.
"Hmm, ye ye la kau okey. Aku tengok macam ada masalah je." Qira cuba mengorek rahsia Elisha.
"Betullah, aku okey." Elisha tetap berselindung.
"Ye la, kalau kau okey jomlah kita masuk kelas. Lagi 5 minit nak mula kuliah ni." ajak Qira. Elisha hanya membontoti langkah Qira. Masuk sahaja ke kelas, Qira dan Elisha mengambil tempat duduk di bahagian yang agak belakang. Dengar kata coursemate mereka, hari ni ada lecturer baru yang akan masuk menggantikan madam Suhaila.
"Sha, kau rasa lecturer yang akan masuk ni okey ke tak?" soal Qira bersahaja.
"Manalah aku tahu Qira oiii, bukannya aku kenal pun. Ntah lelaki, ntah perempuan." balas Elisha yang langsung tidak menjawab soalan Qira.
"Hihihi." Qira tersipu-sipu malu. Betul juga apa yang dicakap oleh Elisha, bukannya mereka tahu pun siapa lecturer baru tu.
"Aku cuma harap lecturer tu masih muda dan best mengajar. Kalau bujang pun best gak." mulalah miang si Qira ni.
"Arggh kau ni, gatal sangat. Masuk u ni nak belajar, bukan nak menggatal cari laki Qira oiii." perli Elisha. Tersengih-sengih sahaja Qira mendengar ceramah percuma daripada sahabat baiknya itu.
"Baiklah sahabatku dunia akhirat." balas Qira. Tidak lama kemudian, masuk seorang lelaki yang agak segak. Semua mahasiswa mahasiswi masih membuat hal masing-masing, tak perasan pun yang lecturer mereka sedang berdiri di hadapan.
Tetiba terdengarlah beberapa orang pelajar yang membuat bunyi 'shhhh'. Semua mata memandang ke hadapan bilik kuliah. Lecturer tersebut senyum. Qira sudah mencuit perlahan lengan Elisha. Tersedar Elisha daripada lamunannya sebentar tadi.
Elisha turut melihat ke hadapan. Diamati wajar lecturer itu, Elisha seakan pernah melihat wajah tersebut. Beberapa saat kemudian, terlopong besar mulut Elisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience