Rate

Bab 6

Short Story Series 3269

Lama Sha menatap wajah arwah mama dan papanya. Hatinya kuat mengatakan yang ini adalah benar. Pilu hatinya menerima dugaan yang menimpa.
Sha diam sahaja, tak tahu apa yang bakal terjadi kepada dirinya selepas ini. Sudahlah kedua orang tuanya merupakan anak yatim piatu, siapalah lagi tempat Sha mahu mengadu nasib.

**********

Selesai sahaja majlis pengebumian orang tua Sha, Sha pun balik ke rumahnya. Sunyi sepi, kosong yang dia rasakan.
"Sha, apa kata lepas ni Sha tinggal dengan aunty. Lagipun bahaya Sha nak tinggal seorang dalam rumah ni. " lembut bicara Zarina.
"Takpelah aunty, biar Sha tinggal kat rumah pusaka ni. Banyak kenanagan Sha dengan mama dan papa di rumah ni. " balas Sha, sesungguhnya dia tak nak berganjak daripada rumah ini.
Serba salah sebenarnya Karim dan Zarina hendak menceritakan perkara sebenar. Dikuatkan juga hatinya untuk memberitahu Sha. Qira sentiasa di sisi Sha sejak beberapa hari lalu. Tak sanggup dia hendak meninggalkan sahabatnya itu. Qira sudah tahu semua cerita pasal keluarga Sha dari A sampai Z.
"Sha naik dulu aunty, uncle. Sha nak mandi. " pinta Sha.
"Ye la. " serentak Karim dan Zarina menjawab. Arghhh, sungguh tak sanggup mereka hendak bercerita.
Siti turun dari tingkat atas dengan membawa barangnya. Sha menjadi hairan.
"Kak Siti nak pergi mana? " soal Sha.
Serba salah Siti hendak menjawab.
"Kak Siti dah berhenti kerja Sha, Kak Siti nak balik kampung. " jujur jawapan Siti.
"Kenapa nak berhenti? Sha mampu bayar gaji kak Siti. Kenapa kak Siti pun nak tinggalkan Sha? Kak Siti tak kesiankan Sha ke? " Sha menangis lagi. Kenapa semua orang nak tinggalkan dia? Dia terfikir, apalah dosanya zaman lalu hingga dia diduga sedemikian rupa.
"Sha, kak Siti sebenarnya... "
"Dah la kak, pergi je la kalau nak pergi,. Sha tak kisah, pergilah kalau itu buatkan Kak Siti gembira. pintas Sha.
"Sha. " Siti berusaha mendapatkan Sha tapi makin Sha mempercepatkan langkahnya meninggalkan semua orang di ruangan itu.
Siti menangis melihat anak majikannya bersedih. Selama hidup dia menjadi orang gaji, ni la majikan yang paling baik pernah dia jumpa. Tapi itulah, yang baik selalunya tidak akan lama. Seperti bunga di taman, andai diberi peluang untuk memetik bunga di taman, pasti bunga yang paling cantik akan dipetik dahulu. Sama seperti manusia.
"Saya pergi dulu. Saya harap puan dan tuan dapat menceritakan perkara yamg sebsnar kepada Sha. Biar dia tahu semua daripada dia dibohong. " pinta Siti dan dia pun melangkah keluar daripada rumah itu. Bukan mudah juga baginya untuk meninggalkan rumah itu. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
"Baiklah Siti, saya berterima kasih kerana sanggup membantu segala urisan pengebumian arwah. Saya doakan awak diberkati Tuhan dan diberikan rezeki yamg melimpah ruah." doa Zarina sambut berbalas pelukan dengan Siti.

**********

"Sha, lama kau tak dapat kuliahkan. " excited sungguh Qira dengan kehadiran Sha pagi itu. Dapat dilihat yang Sha sudah semakin baik.
"Ye la, aku rindu juga nak masuk kuliah. Lama tak sentuh pen. Hihihi. " Akhirnya Sha yang lama telah kembali.
"Jomlah, hari ni ada kelas lecturer hensem tau. Rugi kau jarang masuk kuliah. " sempat pula Qira ni nak menggatal.
"Hmmm engkau, tak menyempat. Jomlah masuk. " malas pula Sha nak melayan karenah sahabatnya ini. Melebih-lebih.
Kali ini mereka mengambil tempat duduk di barisan ketiga bilik kuliah itu, agak depan jugalah.
Sha mengeluarkan buku dan pennya, sama juga dengan Qira sambil menanti lecturer hensem itu.
Tak lama kemudian, masuk pun sir bren.
"Good morning class. " sapa sir Bren.
Bertambah riuh kelas tersebut. Aih budak-budak ni, macam bukan nak belajar. Gatal semacam.
"Tu hah Sha, dah masuk pun. " bisik Qira perlahan.
"Hmmm. " nak tak nak sahaja Sha melayan.
"Hmm je? Kau ni memang tiada perasaan ke? " bengang pula Qira.
"Jadi nak aku cakap apa? Hensemnya sir tu, sir ni tercipta untuk aku. " selamba Sha membuat perangai gedik.
"Tu overlah pula. " malas jadinya Qira mahu menyakat Sha.
"Pula, aku jawab hmmm, ko marah. aAku menggedik kau marah. Haiyyylah Qira." Menggeleng-geleng Sha.
"Hah, Elisha. Kenapa kamu tergeleng-geleng? Anything I should know? " brenden bersuara. Daripada tadi dia perhatikan dua pelajar itu.
Terkejut beruk Sha, apakan tidak tetiba namanya dipanggil. Dia hanya mampu tersengih-sengih.
Qira sudah buat-buat sibuk menulis nota. Takut dia hendak memandang Sha. Pasti tika itu muka Sha seperti singa kelaparan yang bakal menerkam mangsanya bila-bila masa sahaja.
"Nothing sir. I'm sorry. " pinta Sha.
"Okey, focus everyone. " sir Bren mulai kuliah paginya.

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience