Rate

Bab 5

Short Story Series 3269

"Hah, nak order apa? " soal Sha memandangkan Qira masih kecewa kerana tak dapat nak usha lecturer muda itu.
"Hmmmm... Takde seleralah nak makan. " aca Qira.
"Suka hati kau la. aku nak order, jangan pula kau nak cuit-cuit makanan aku nanti. Aku luku juga kau nanti. " ugut Sha. Dia bukan baru kenal Qira ni sehari dua. Bukan Qira namanya kalau tolak makanan. Selamba sahaja Sha mengorder makanan, Qira dah tak senang duduk, dah lah perutnya pun tengah kelaparan. Tulah, tunjuk sedih konon.
"Sha, nak order juga. Aku pun laparlah." runtuh juga egonya.
"Aku dah jangka, hah orderlah. " Sha malas nak panjangkan cerita, dia tak hairan langsung dengan peraigai Qira. Dia dah masak sangat.
Order makanan pun sudah, makan pun sudah, minum pun sudah, sendawa pun sudah. Nampaklah senyuman dua orang gadis ni. Bila perut dah kenyang, hati pun girang. Yihaa...

**********

Sampai sahaja Sha ke rumahnya, dia segera mencari kelibat mamanya. Takut betul dia kalau apa yang bermain di fikirannya kelmarin itu betul-betul terjadi.
"Ma, oh ma. " panggil Sha tanpa berlengah.
Sekali dua dia menyeru memanggil, tetap tiada yang menyahut.
"Ma, jangan main-main ma. Sha dah balik ni." pinta Sha. Tetap sama, tiada sahutan yang kedengaran.
Ada seseorang yang memanggilnya daripada luar rumah.
"Elisha, Elisha. " Kedengaran suara itu memanggilnya.
Elisha mempercepatkan langkahnya menuju ke pintu hadapan.
Uncle Karim dan isterinya memandang Elisha. Tanpa membuang masa, isterinya iaitu aunty Zarina memeluk Sha. Tambah hairan Sha dibuatnya.
"Aunty, uncle. Buat apa kat sini? " soal Sha. Sungguh dia tak dapat nak jangka apa yang bakal dan telah berlaku.
"Sha, uncle ada hal nak bagitau Sha ni. Uncle harap Sha dapat terima dah redha atas apa yang telah terjadi. " setiap bait kata uncle Karim membimbangkan pada pendengaran Sha.
"Kenapa ni uncle? " soal Sha yang tak dapat bertenang tika itu. Aunty Zarina mengeratkan pelukannya. Dia sendiri masij bersedih dengan berita yang dia dengari.
"Mama dan papa Sha terlibat dalam suatu kemalangan pagi tadi. Mereka berdua meninggal di tempat kejadian Sha. Uncle harap Sha sabar dan tabah. Ni semua dah tersurat dalam hidup Sha." mahu tak mahu je ayat dari mulut Karim. Bimbang sangat dia dengan anak sahabatnya.
Terkedu Sha. Semalam baru sahaja dia bertemu dengan mamanya. Adakah semalam itu petunjuk akan apa yang bakal terjadi? Sha tak percaya.
"Uncle jangan bohong, Sha tahu uncle bohong. Sha nak tidur, lepas Sha bangun mesti mama ada. " bicara Sha sambil mengesat air matanya. Sungguh dia tidak tahu adakah semua itu mimpi atau nyata.
"Sha, jangan macam ni sayang. " pujuk Zarina. Dia tahu sukar untuk Sha menerima segalanya. Siapa yang sangka kedua orang tuanya meninggalkan dia dalam satu masa.
"Aunty dan uncle baliklah, Sha penat. " malas Sha nak ambil port. Dia sendiri masih rasa was-was.
Zarina dan Karim berpandangan antara satu sama lain. Mereka tak nak mendesak anak muda ini. Di biarkan sahaja Sha naik rumah.
Sha melangkah naik dan membiarkan Zarina dan Karim di bawah. Kalau mamanya nampak perangai Sha ni, kompom kena luku.
Sha segera masuk ke bilik dan terus berbaring atas katilnya. Tak lama kemudian, dia pun terlelap. Langsung dia tak pedulikan tetamunya.

**********

Kedengaran riuh di dalam rumahnya, sampaikan Sha yang ada dalam bilik pun rasa terganggu. Dia mengeliat, fikirannya tak tentu.
Serentak itu, Qira masuk ke dalam biliknya.
"Eh Qira, kau buat apa datang rumah aku? " selamba Sha bertanya.
Qira dengan air matanya yang berguguran memeluk Sha.
"Kau dah kenapa? Buang tabiat? " masih juga Sha tak dapat menangkap apa yang terjadi.
"Sha, sabar tau. Apa pun yang terjadi, aku sentiasa di sisi kau." pinta Qira.
"Kau dah kenapa sebenarnya ni? Aku seligi juga karang." Sha sudah tak sedap hati.
"Mama dan papa kau dah takde Sha, jomlah keluar. Ramai orang kat luar tu." sambil menangis Qira memberitahu Sha.
Tak terkata Sha, adakah ini benar? bisik hatinya.
"Jom Sha, aku sentiasa di sisi kau. " Qira sememangnya sahabat yang sentiasa ada dikala suka dan duka.
Sha turun dari katil dan melangkah keluar dari biliknya. Memang ramai sungguh orang yang ada di ruang tamunya. Kelihatan dua jasad yang sedang berbaring kaku.
Air mata Sha mulai mengalir, suara tangisannya tidak kedengaran. Langkahnya dipercepatkan. Semua mata tertumpu ke arahnya.
"Mama, papa." itu sahaja yang mampu terluah daripada mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience