BAB 4

Romance Completed 6192

Jika dahulunya Fauziah bertindak sebagai salah seorang pengarah urusan, sejak tiga tahun yang lalu lagi suaminya mengarahkan dia fokus pada hal rumahtangga dan hanya sesekali saja dia dibenarkan datang ke pejabat.

Pada mulanya Fauziah akur, dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dapat berehat dan menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan sepenuhnya selepas berhempas pulas membina empayar perniagaan bersama suami tercinta.

Namun adakalanya terdetik bosan, pernah sekali dia datang ke pejabat, namun belum sempat kakinya melangkah masuk ke bilik pejabat suaminya, Mustafa yang kebetulan ternampak isterinya, serta merta meluru keluar bilik dan meminta Fauziah pulang terus ke rumah dengan alasan Mustafa sedang bermasyuarat dengan client dari luar negara dan kehadiran Fauziah tidak diperlukan.

Betapa malunya Fauziah diperlakukan sedemikian oleh suami di hadapan para pekerja. Ada pekerja yang menunjuk simpati padanya tak kurang juga yang ketawa sinis melihatnya diperlakukan sedemikian.

Dari balik tingkap pejabat suaminya, dia dapat melihat ada seorang wanita muda jelita berpenampilan menggoda sedang duduk di atas sofa menanti suaminya sambil memberi senyuman sinis pada nya.

Terpaksa Fauziah balik akur pada perintah suaminya. Tetap juga Fauziah taat pada suaminya walau diberikan layanan dingin dan zalim oleh suaminya yang pernah berjanji untuk menjaganya dan mencintainya sehingga akhir hayat.

Sejak kebelakangan ini, Fauziah rasa tidak sihat. Tekaknya terasa payau, beberapa kali dia diserang demam, pandangannya gelap dan berpinar bagai mahu pitam,namun tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap berjalan seperti biasa kerana dia tahu Mustafa tentu penat setelah bekerja seharian mana mungkin ada masa untuk mendengar keluh-kesahnya.

Digagahkan juga badannya itu untuk memasak masakan kegemaran suaminya Ayam Masak Kurma memandangkan suaminya itu ada menyuarakan hasrat untuk makan makanan itu ketika mood ssuaminya itu berada dalam keadaan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience