BAB 5

Romance Completed 6192

Punyalah main gembira Fauziah memasak menu kesukaan suaminya, malah dia memasak lebih andai kata suaminya itu mahu membawa bekal keesokan harinya.

Setelah selesai memasak Fauziah mula mengemas dapur. Tak lama kemudian nada dering dari telefon bimbitnya berbunyi. Fauziah bergegas mendapatkan telefonnya. Di skrin telefonnya tertera nama pemanggil ‘Suamiku Syurgaku’.

" Asalamualaikum, hello abang"

"Gee abang nak bagitau hari ni bang tak balik, abang kena pegi pergi lawat tapak bangunan kat Seremban."

"Jadi abang tak nak singgah balik makan dulu ke?" tanya Fauziah.

"Nanti-nantilah fikir pasal makan, Abang tak ada banyak masa ni, okay abang nak letak

Telefon di matikan oleh Mustafa meninggalkan Fauziah termenung melihat skrin telefon seakan tak percaya. Diketepikan hati yang sedikit terguris dek layanan kasar suaminya itu dan tetap saja dia berdoa semoga perjalanan suaminya untuk pergi bekerja selamat dan segala urusan berjalan dengan lancar.

Keadaan tubuhnya sangat lemah, kepalanya pening sehinggakan dia tidak mampu untuk berdiri lama.

Sebentar tadi Fauziah telah menyediakan lauk yang ringkas untuk makan tengahari, Ayam masak kurma dan nasi tomato. Kemudian, Fauziah hanya berbaring di bilik, memejamkan mata untuk berehat seketika.

Tidak lama kemudian, kedengaran deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah mereka. Fauziah dapat meneka suaminya itu baru tiba dari bertugas di luar kawasan.

Fauziah bingkas bangun untuk menyambut suami tercinta di depan pintu. Fauziah membuka pintu dan melihat Mustafa telah pun berada di hadapan pintu sedang membuka kasut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience