BAB 1

Romance Completed 6192

Barangkali kisah tentang sepasang kekasih yang bercinta dan kemudiannya memutuskan untuk hidup sebagai suami isteri adalah sebuah kisah yang tipikal.

Seperti kisah Mustafa dan Fauziah yang merupakan sepasang suami isteri yang diklasifikasikan sebagai pasangan ‘power couple’, Merpati dua sejoli, sama cantik sama padan dan pelbagai lagi gelaran yang hebat di awak usia pernikahan mereka.

Seperti mana-mana pasangan lain, sudah tentuerkahwGee n mereka mendapat restu dari kedua-dua belah pihak, tiada unsur cinta yang dihalang yang mencetus sentiment dramatic dalam kisah ini.

Mereka melayari bahtera rumahtangga dengan penuh bahagia, asal saja kapal yang dilayar mahu bocor pasti mereka segera membaikinya, tidak pernah sekali mereka bertelagah. Bagaimana pasangan yang bermula dari bawah ini, bertatih bersama-sama berganding bahu membina empayar hingga mereka berjaya membina sebuah bangle mewah, memiliki pelbagai harta dan menerima gelaran sebagai usahawan muda yang berjaya, membawa gelaran Datuk Mustafa.

Siapa yang tidak menumpang bangga pada pencapaian suaminya, syukur kesusahan mereka membuahkan hasil dan kesabaran. kecekalan Mustafa mengembangkan perniagaannya seakan memberikan kepuasan buat dirinya.

Sedangkan kisah dongeng punya dugaan ini pula di dunia realiti yang pastinya mencabar.

Segala kemanisan dan bahagia dikecapi mulai menunjukkan retak. Benarlah, sekuat mana mereka cuba bertahan, pasti diduga juga. Tiada rumahtangga yang tidak diuji. Dan kekal bahagia selamanya.

Pada tahun ketiga perkahwinan mereka, satu perubahan datang bagai angin Taufan yang menduga nakhoda yang mereka layari di lautan dalam itu.

Semunya bermula apabila Mustafa yang dulunya merupakan seorang suami yang mengambil berat, cukup pengertian, penyabar kini berubah menjadi orang yang culas pada tanggungjawab. Kalau dulu pasti ada saja waktu untuk isteri tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience