BAB 2

Romance Completed 6192

Apa sahaja yang Fauziah mahukan pasti akan cuba dituruti, begitulah juga Fauziah, dia akan berusahan untuk menunaikna tanggungjawabnya sebagai isteri. Suaminya yang dulu romantis kini mulai bersikap dingin.

Jika dulu segalanya dikongsi bersama, kini suaminya itu lebih gemar bersendirian, menghabiskan masa dengan teman-teman sepejabat, sering lewat pulang.

Pelbagai alasan sudah diberikan padanya. Andai satu ketika dulu, pasti suaminya itu risau masih punya rasa cemburu pada dirinya, lebih-lebih pada ketika dia mahu keluar membeli-belah. Pantang bagi Mustafa, isterinya yang cantik itu keluar sendiri.

Pasti ditemani walau sesibuk mana kerana dia tak senang andai ada mata yang mencuri pandang pada isterinya yang jelita itu.

Namun kini fasa di mana Fauziah merasa suaminya itu melayannya tak ubah persis seorang permaisuri sudah berlalu, suaminya sudah tidak mempedulikannya lagi, sering saja dia dibiarkan berjalan bersendirian,

Mustafa siap berkata tak usah sudah meminta keizinannya, Fauziah bebas untuk ke mana saja asal tahu jalan pulang ke rumah.

Fauziah masih bersangka baik, mungkin kerana suaminya itu semakin sibuk dek tuntutan perniagaan yang semakin pesat berkembang.

Namun sikap suaminya yang membuat hati wanitanya terbit curiga bila suaminya itu sering saja melekat dengan telefon bimbit, ke mana saja waima ke bilik mandi pasti takkan ditinggalkannya.

Pernah sekali Fauziah secara tak sengaja terpegang telefon bimbit lantaran ada panggilan masuk daripada nombor tak dikenali masuk, namun sayangnya Fauziah yang ketika itu sibuk di dapur namun bergegas menjawab telefon yang diletakkan di meja kopi tidak sempat dijawab.

Mustafa yang baru sahaja keluar dari bilik air, berang apabila melihat tindakan Fauziah yang katanya mengganggu privasi dan haknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience