BAB 3

Romance Completed 6192

Hampir saja tangannya singgah di wajah Fauziah namun teriakan Fauziah seakan mematikan tindakan Mustafa yang hampir memukul isterinya buat pertama kali.

Mulai dari hari itu juga Mustafa mengeluarkan perintah larangan ‘haram’ untuk Fauziah menyentuh telefon bimbit atau mencampuri urusan peribadinya.

Hancur luluh hatinya mengenangkan suaminya itu berubah malah semakin teruk. Curiga dan syak merajai diri, siapa saja di tempatnya pasti berduka lara mengenang si suami sudah ada orang lain.

Namun demi mempertahankan rumahtangga yang dibina, Fauziah memilih untuk husnozon dan mengakui khilafnya menyentuh harta benda suaminya tanpa kebenaran.

Masuk tahun keenam rumahtangga mereka, segala kemanisan bagai makin pudar bahkan semakin hilang.

Fauziah sering saja ditinggalkan bersendirian di rumah yang dihadiahkan oleh suaminya ketika ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Fauziah pasrah dan terus saja setia meskipun dia sedar yang dirinya kini ‘bagai melukut di tepi gantang’ dan bagai bonek tidak berharga yang terpaksa di simpan di bangle mewah yang tidak berpenghuni ini. Fauziah tahu suaminya terkilan kerana masih tidak mempunyai cahaya mata untuk menyerikan rumah ini.

Bagi Fauziah, mungkin belum ada rezeki lagi. Bukan dia tidak berusaha, pelbagai cara dan alternative sudah diusahakannya, namun semua itu berbalik kepada ketentuan Illahi.

Meski dilayan bagai sampah, tetap saja, Fauziah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Tidak pernah dia culas menyediakan makanan, tetap menguruskan semua hal rumah tangga.

Dia menjaga kehormatan sebaik-baiknya, meski dia diberi keizinan oleh suami untuk keluar, namun selagi tiada yang penting dia memilih untuk berada di rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience