BAB 6

Romance Completed 6192

"Abang dah balik" Fauziah menyambut huluran beg komputer riba suaminya, dan terus menyalami tangan suaminya. Mustafa tidak menyahut walau sepatahpun Cuma menghulurkan saja tangannya untuk disalam Fauziah..

"Abang, Gee sudah sediakan makanan di atas meja. Marilah kita makan bersama, dah lama Gee tak makan semeja dengan abang. Boleh kan?” tanya Fauziah.

"Gee masak apa?"

"Hari ni Gee masak Ayam masak kurma dan nasi tomato saja bang, acar tak sempat buat sebab kurang bahan lagipun Gee tak berapa sihat, tak larat berdiri lama di dapur"

"Ah, kau ni, banyak betul alasan..! Kalau dah tahu tugas kau jadi isteri tu, boleh tak masak lah sedap sikit kalau setakat masak merah lebih baik aku beli bungkus dari kedai mamak nasi kandar yang sudah tentu lagi sedap dari masakan kau ni" jerkah Mustafa sambil menjeling pada isterinya.

"Gee mintak maaf ya bang, lain kali Gee masak sedap-sedap untuk abang ya. Hari ini kita makan apa saja yang ada dulu ya bang, mari kita makan, Gee tak makan lagi sebab tunggu abang."

"Pandai kau menjawab, duit beribu-ribu aku bagi kau untuk apa? Buat bungkus belacan? Kau nak buat apa dengan duit tu kalau belanja dapur dan makanan kau sediakan serupa makanan orang miskin?"

"Mengucap Abang, kenapa abang dah berubah sekarang ni? Gee macam dah tak kenal abang!"

"Aku dah lain, kau tanya aku kenapa aku berubah? Sebabnya kau tak boleh berikan aku zuriatlah bodoh, tanggungjawab kau tu memberikan aku zuriat? Faham? Sebab tu aku pelihara kau di rumah ni, kalau ikutkan hati aku dah lama aku halau sebab kau tak mampu. Kau mandul!"

"Ya Allah abang, kan belum ada rezeki. Kita berusaha untuk dapatkan anak kan, kenapa abang cakap macam saya tak berusaha? Siapa kata saya mandul? Cuma Allah belum berkehendak meberi kita rezeki!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience