Series
                        
5138
                    Ibu dan abah sudah selamat dikebumikan.Aku masih lagi duduk di tepi pusara ibu dan abah.Aku membacakan surah yasin untuk ibu dan abah.
"Yassin..Walquranilhakim.."Baca ku sambil air mata yang tidak berhenti-henti merembes keluar.
Ada masanya aku membetulkan selendang yang menutupi kepalaku.Selang beberapa minit aku bergerak ke kereta yang terletak tidak jauh dari tanah perkuburan.
Aku masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum"Aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.
Aku duduk di sofa kegemaran abah.
'Kalau abah ada,mesti dia marah aku duduk kat sofa kesayangan dia'monolog ku sendirian.
Aku terdiam.
sunyi.
sepi.
Aku menghamburkan tangisan.Aku rasa janggal tinggal di dalam rumah ni.
"Kalau..kalau...ibu dan abah ada mesti tak sunyi macam ni."
Ya!setiap masa kedengaran gelak tawa ibu,abah dan aku silih berganti.Namun kini....
Hanya sunyi dan sepi.
Akhirnya,aku terlelap di sofa dalam keadaan jiwa yang kosong.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'Aduh..'Aku terjaga.Rupa rupanya aku aku sudah selamat berbaring di lantai.
"Aduh...terlajak la pulak"kataku sambil menepuk dahi.
Aku terlajak tidur.Bangun bangun ja dah pukul 8 malam.
"Ibu!Abah!Haish...kalau nak berdating pun tak kan tak kejut adik yang tengah terbongkang kat sofa ni!"Jerit aku.Dah agak!mesti ibu ngan my beloved abah tengah dating kat dapur.
Aku berlari ke dapur untuk mengacau ibu dan abah.
Aik...
Gelap..
Aku buka lampu dapur.
Aku duduk di kerusi meja makan.
"hesh...kalu tak kat sini mana lagi nak dating?"Tanya aku sendiri.
Aku tersentak.
Apa yang aku merepek ni tadi??
Kau lupa ke muna?
Y..yang ibu dan abah dah...
"Arghhhh..."Aku meraung sekuat hati.
"Kenapa dengan aku ni?"Tanya aku pada diri sendiri.
Aku menarik nafas dalam cuba untuk mencari kekuatan.
Aku melihat jam di tangan dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ya allah...kau ampunilah dosa dosa aku dan juga kedua dua ibu bapaku...ringankanlah azab dan seksa kubur mereka ya allah...masukkanlah mereka di kalangan orang orang yang beriman ya allah...Sesungguhnya engkaulah ya maha pengampun lagi maha penyayang..."
"Ya allah..andai ini suratan takdir yang kau tuliskan untuk aku ya allah...aku redha dan aku terimanya dengan hati yang terbuka...Ya allah berikanlah aku jalan untuk aku berubah ke jalan yang lurus...Amin ya rabbal ala min."Aku mengaminkan doa ku.
Aku lantas mencapai al quran pemberian arwah abah kepada ku.
"Bismillah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku terbangun dari tidurku.Aku menoleh ke arah jam loceng yang berada di atas meja.
'Pukul 4..'Gumam ku.
Aku teringat pesanan ustazahku masa di sekolah menengah.
"Kalau kita terbangun pada tengah malam....pukul 1..2...3...4 tak kisah la tapi sebelum subuh...buat lah qiamullail...solat sunat..baca quran..nescaya hati kita yang gundah,sedih,down dan frust akan tenang semula."Kata ustazah Najihah.
Aku terus bangun dan mengambil tuala.Aku mahu mandi.Ya lah...tak kan nak beribadat busuk busuk kot..dengan air liur basinya...
Aku selalu juga berpesan kepada diriku agar mandi sebelum menunaikan solat...kalau urgent sangat pun mesti gosok gigi...Yalah...kalu nak keluar ngan boyfreind,beria!pakai minyak wangi bagai,lipstik merah menyala.Sekali kena tampar jerebu satu Malaysia...Tu pun berejam siap...tak termasuk dengan masa pilih baju.Tapi sampai tetap punctual.Tak pernah lambat...Ni tak kalau nak jumpa allah pun busuk busuk...kotor..air liur basi meleleh...10 minit je pun mandi...tu pun susah.
Aku keluar dari bilik air.Fuh..segar dia lain maciemm...Ya lah pukul empat pagi...air mana ja tak segar.
Aku terus menyarungkan baju dan telekung.Aku bercadang nak beribadat sampai subuh...Alah 2 jam je pun...tak luak aih...
Aku pun terus beribadat dan bermunajat kepada Allah yang maha esa.
Share this novel