Series
                        
5138
                    Perlahan-lahan dia membuka mata...
"Alhamdulillah abang, Zhar dah sedar...."Kata Puan Munirah kepada suaminya..
"Ya allah....sekejap abang panggil doktor..."Encik Hakimi bergegas mencari doktor Ramli yang ditugaskan merawat Zhar.
"Zhar kat mana ni auntie?Mana umi dan abi?Mana Fatimah?Mana Ara?"tanya Zhar bertubi-tubi.
"Zhar kat hospital sayang...umi dan abi zhar ada di wad lain...Fatimah pun sama...Muna dia demam."Terang Puan Munirah satu persatu.
"Kenapa dia demam auntie?"Tanya Zhar.
"Dia terkejut dengar berita ni Zhar...Dia cakap dia rindu abang Raksaksa dia ni...."Kata Puan Munirah.
"Zhar pun rindu Ara auntie"Kata Zhar sayu.
"Auntie nak tanya sesuatu ni.."Belum sempat Puan Munirah bertanya,Pintu wad dibuka.
"Macam mana keadaan awak sekarang?"tanya doktor Ramli.
"Alhamdulillah doktor...rasa bertenaga sikit..."Jawab Zhar sambil tersenyum.
"Rasa sakit tak kat mana-mana?"Tanya doktor itu lagi.
"Tak,cuma rasa sakit sikit kat tangan ni"Kata Zhar.
"Alhamdulillah...kecederaan awak dah sembuh..tangan awak cuma tertusuk dengan cermin kereta...mujur tiada kecederaan teruk setakat ni..."Terang doktor itu.
"Encik,Alhamdulillah.Zhar dah boleh discharge besok.Jadi,mari ikut saya kejap boleh...saya nak bincangkan sesuatu."Kata Doktor itu kepada Encik Hakimi.
"Baik doktor."Kata Encik Hakimi lalu membuntuti doktor itu.
"Zhar....Kamu cintakan Muna ke?"
Share this novel