Series
                        
5138
                    "Macam mana aku boleh jumpa dengan dia?"Kata Zhar bermonolog sendiri.
"Apa agaknya dia tengah buat ah sekarang?"dia berkata seorang diri.
"Kenapa kau muncul lagi dalam hidup aku Munawarah?"Tanya dia sendirian.
Tanpa sedar,dia menitiskan air matanya yang entah kali ke berapa buat gadis pujaan hatinya itu.
TOK!TOK!
Kedengaran bunyi ketukan dari pintu bilik kerjanya.
"Masuk!"Arah Zhar.
"Doktor,ni fail pesakit yang doktor minta tadi"kata jururawat wanita itu.
"Tak pa,awak letak je kat atas meja tu.Terima kasih."Kata Zhar sambil berpura-pura sibuk dengan tugasnya.
"Baik,doktor.Saya keluar dulu."Pamit jururawat itu sebelum keluar dari bilik doktor itu.
×××18 tahun lepas×××
"Kenapa kita kena pindah umi?"tanya budak lelaki comel yang baru berusia tujuh tahun itu.
"Kita kena pindah sayang...ayah kan ada kerja kat sana"terang ibu itu kepada anaknya.
"No!umi....Habistu siapa nak main dengan Zhar nanti?Zhar tak nak kawan baru!Zhar nak kawan ngan Ara je umi..."rayu anak kecil itu.
"Tak boleh Zhar,kita kena pindah jugak...macam ni,apa kata kalau umi bawak Zhar datang rumah Muna masa hari cuti sekolah?Zhar boleh juga kawan ngan Muna...Fatimah pun mesti rindu kat Muna jugak...kan Fatimah?"Tanya ibu kepada anak kecil yang berusia 5 tahun itu.
"Betul tu,umi timah lagi rindu kat Muna...Muna baik...Tapi umi kena promise dengan timah dan along dulu."Kata anak kecil itu sambil menunjukan jari kelingkingnya.
"Betul tu"Sahut Zhar dengan gembira.Gembira kerana dapat berjumpa lagi dengan kanak-kanak yang bernama Iqlima Munawarah itu.Dia juga menghulurkan jari kelingking kepada uminya.
"Ye sayang,Ibu janji"Kata ibunya lalu memaut kedua dua jari kelingking kecil anak-anaknya dengan senyuman.
___________________________
"Abi....cepatlah kitaorang tak sabar nak jumpa Ara ni..."Kata Zhar dengan gembira....Waktu ini dia sudah berumur 12 tahun...
"Aish...along ni....Tak malu ke main ngan budak perempuan...."Tanya Fatimah tak puas hati...Yalah setiap kali dia nak main bersama Muna,abang sulungnya kacau daun....
"Buat apa nak malu...lagipun dia dah anggap along ni macam abang dia sendiri....Yalah dia mana ada abang....dia kan anak tunggal..."Balas Zhar dengan senyuman.Dia tidak faham perasaan ini.Apabila sesiapa memuji atau bercakap tentang Munawarah....Dia akan gembira dan hatinya berbunga riang...
'Pin!Pin'
Mereka sekeluarga terkejut apabila melihat kereta yang melelong-lelong seperti tiada arah menuju ke arah mereka.
"Allahuakbar!"kata mereka sekelurga...
'DUSH!'
Pemandu mabuk itu melanggar kereta mereka....mereka terbabas....kereta mereka berguling-guling ke tepi jalan.
"Umi...Abi..."Zhar bersuara lemah dan akhirnya tidak sedarkan diri.
___________________________
Perlahan-lahan dia membuka mata...
"Alhamdulillah abang, Zhar dah sedar...."Kata Puan Munirah kepada suaminya..
"Ya allah....sekejap abang panggil doktor..."Encik Hakimi bergegas mencari doktor Ramli yang ditugaskan merawat Zhar.
"Zhar kat mana ni auntie?Mana umi dan abi?Mana Fatimah?Mana Ara?"tanya Zhar bertubi-tubi.
"Zhar kat hospital sayang...umi dan abi zhar ada di wad lain...Fatimah pun sama...Muna dia demam."Terang Puan Munirah satu persartu
Share this novel