Series
                        
5138
                    "Hello,Mak jang"kataku sayu.
"Ya allah muna,kenapa ni?macam sedih je?ada apa apa yang berlaku ke?"tanya mak jang risau.
"Muna nak bagitau yang.."
"Apadia...Muna?hang cakap cepat sikit boleh dak?"kedengaran pak jang mencelah.
"ibu ngan abah dah tak dak pak jang,makjang ibu ngan abah dah tinggalkan Muna makjang"kata ku.Air mataku yang aku tahan sejak memulakan perbualan tadi merembes juga.
"Ya allah.Muna.Innalillahiwainnailaihirojiun."Kata makjang dan pak jang serentak.
"Sekarang kamu ada ngan sapa ni?"Kata pakjang setelah lama berdiam diri.
"Tak da sapa pak jang!Muna sorang sorang je pak jang"Kataku perlahan.
"Tunggu sana ye sayang.Makjang ngan pakjang nak bersiap ni pergi sana ."
"Tak pa la mak jang pak jang.Mak jang ngan pakjang kan kat langkawi sekarang.Nanti nak sampai kl nanti lama pula."Kataku memujuk makjang.
Yalah,mereka sudah tua.Dari langkawi nak datang kl.Jauh!Jadi aku rasa aku boleh uruskan ia sendiri.
Ika?
Ika mesti sedang sibuk.Dah la dia mengandung.Tak pasal pasal terkejut,terberanak pula kat sini.
Aku ada siapa lagi selain mereka bertiga?
Tiada!Ya!Tiada!
Aku sudah tiada sesiapa lagi selain dari diorang dalam hidup aku selepas ibu ngan abah meninggal.
Aku keseorangan.
Sekarang jam menunjukan 3 petang.Aku bergegas ke tempat pengurusan jenazah ibu ngan abah.
Share this novel