HD1:Tangguh

Romance Series 5138

"Apa?Tangguhkan lagi?".Aku bersuara dengan marah.Yalah ini sudah kali ketiga pihak lelaki tangguhkan perkahwinan.Kalau lagi tiga atau dua bulan tidak mengapa.Tapi lagi dua minggu sahaja majlis akad nikah akan diadakan.

"Kami terpaksa sebab Airel yang beria-ia nak tangguhkan.Makcik minta maaf Muna.Makcik pun bengang dengan sikap dia yang endah tak endah dengan majlis pernikahan dia sendiri."Terang Puan Aliya.Sejujurnya dia dan suaminya sendiri terkilan dengan sikap anak terunanya yang satu itu.

"Habistu,bila majlis akad nikah anak kita berdua?"Tanya ibu sebelum aku mengahamburkan amarah.Nasib baik kalau tidak...

"Airel cakap,lagi dua bulan.Dia cakap dia terlalu sibuk waktu ni.Jadi dia kata tunda lagi dua bulan.Sebenarnya kami rasa bersalah sangat dengan perangai anak kami."Kata Encik Muiz,Ayah kepada tunang aku yang melampau.

Aku bingkas bangun dari sofa.Tidak betah lagi aku mendengar setiap ucapan yang bakal dihamburkan oleh bakal mertua aku yang tak tahu bila nak jadi mertua.Aku terus meluru naik ke kamar tidur ku.Aku mahu keluar mencari ketenangan.

"Adik nak ke mana tu?"Tanya abahku yang sejak tadi membisu.Risau la tu dengan anak kesyangan dia yang seorang ni.
langkahku terhenti.
"Adik nak naik atas jap bah.Pastu adik nak keluar dengan kawan."Terang aku dan terus menyambung langkah ku naik ke atas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku turun dari bilik.Nampaknya bakal mertuaku itu sudah pulang.haihh...syukur.

"Ibu abah adik nak keluar jap dengan Ika.Adik nak pergi window shopping jap.hehehe"Kataku sambil tersengih.

"Pergilah.Tapi ingat jaga diri baik-baik.Jangan balik lewat."Pesan ibuku.Risau kebenor ibu apabila aku nak keluar.

"Ni yang adik makin sayang kat ibu ni.Bye ibu.Adik pergi dulu.Bye abah.Luv you"Kata ku seraya mencium tangan ibu dan abah.Tidak lupa juga pipi ibu dan abah menjadi sambaran.

"Heish..adik ni dah besar pun cium pipi ibu ngan abah.Rimas tau tak"Kata abah sambil mengesat pipinya.

"Ala abah kamu tu tipu je adik.Try kalau adik sayang dia.Confirm dia risau macam ayam hilang anak!"kata ibuku.

Kami sekeluarga tertawa.Walaupun keluarga kami hanya tiga orang,tapi lagaknya macam 10 orang.

PIN!PIN!

Kedengaran bunyi hon kereta.Tau tau jelah yqng tu reta sapa.Dengar bunyi tayar pun dah dapat cam.perghhh.terer betul dengar bunyi tayar pun dah tau.

"Ok lah ibu,ika dah sampai tu.Bye bye."Aku melambai tangan persis budak tadika yang tak sabor sabor nak masuk kelas.

"Yelah.Hati hati.Pesan kat ika tu kata bawak kereta elok elok."Pesan ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience