Series
                        
5138
                    "Hello.Ni waris kepada Encik Hakimi dan Puan Munirah ke?"Kata pemanggil.
"Ya saya.Saya anak dia"Kataku dengan jantung yang berdebar.
"Kami dari Pejabat polis Damansara ingin memaklumkan yang ibu bapa cik terlibat dalam kemalangan.Sekarang ini dijangkakan ibu bapa cik berada dekat hospital besar kuala lumpur,di unit rawatan rapi."Kata pemanggil.
Jantung aku bagaikan terhenti.Aku terus menamatkan panggilan.
Ibu.
Abah.
Why??
Kenapa Ibu abah tinggal adik?
Kenapa ibu ngan abah tak tunggu adik balik baru pergi function?
Aku bungkam.
'Yes,I must go to the hospital.now'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Maaf,Wad Encik Hakimi dengan Puan Munirah kat mana?"Tanya aku  sebak.
"Apa hubungan cik dengan pesakit?"Tanya jururawat itu.
"Saya anak dia."
"Ok cik pergi terus.Belok kiri,masuk wad no 3,katil 4 dan 5"terang jururawat itu.
"Thanks."Aku terus melangkah pergi menuju ke wad ibu dan abah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~•
Aku melihat melalui dinding kaca yang menempatkan ibu dan abah aku.Badan mereka penuh berselirat dengan wayar.
Ibu.
Abah.
Kenapa?
Kenapa semua ni terjadi?
Aku menarik nafas dan mencari kekuatan untuk masuk ke dalam.
Baru sahaja aku hendak masuk,Seorang doktor dan beberapa orang jururawat masuk kedalam bilik ibu dan abah.Aku pun pantas membuntuti doktor dan jururawat itu.
Share this novel