Perlahan-lahan Aku membuka mataku .. terasa sakit kepala ketika Aku mulai sedar dari tidurku.
Aku membuka mata & melihat sekelilingku kelihatan seperti Aku berada di tempat lain, bukan ditempat mula-mula tadi Aku berada.
Aku bangun dari baringku di atas katil & Aku melihat ada seorang lelaki bertatu sedang berdiri di hadapanku dengan muka bengis menunggu Aku untuk sedar.
"Kau dah bangun !!"
"Nahh !!! Pakai baju nie cepat !!"
Katanya lalu mencampakkan sehelai kain baju berwarna hitam kepadaku.
Aku ketakutan lalu perlahan-lahan mengambil & melihat baju hitam apa yang Dia baling ke arah Aku ini .. Bila Aku tengok, Aku jadi sangat terkejut melihat bertapa seksi juga baju dress hitam itu.
"Kenapa suruh Saya baju nie ??"
"Saya tak nak pakai !!!"
Bentakku menolak untuk memakai baju dress hitam itu.
Lelaki bertatu itu naik bengang dengan sikap Aku. Dia terus menarik kuat rambut panjangku sehingga Aku terdongak kepala ke atas.
"Kau jangan nak cuba melawan perempuan !!!"
"Lebih baik Kau pakai baju nie kalau Kau tak nak Aku buat sesuatu pada keluarga Kau !!"
Ugut lelaki itu bengang sambil menarik kuat rambut panjangku.
Aku menangis menahan kesakitan & ditambah juga rasa ketakutan Aku diugut dengan mengatakan bahawa Dia akan mengganggu keluargaku di kampung.
Selepas lelaki itu melepaskan rambut Aku .. Dia keluar dari dalam bilik yang nampaknya kelihatan seperti sebuah motel & Dia menungguku untuk segera bersiap memakai pakaian yang Dia berikan tadi.
Mahu tak mahu, Aku terpaksa memakai pakaian dress hitam yang Dia berikan tadi kerana Aku takut jika Dia akan mencederakan Aku & keluargaku di kampung.
Selepas habis bersiap, lelaki itu masuk semula ke dalam bilik ku untuk melihat Aku.
Tergamam lelaki itu melihat penampilanku dalam pakaian dress hitam yang Dia paksa Aku pakai tadi.
Baju dress hitam tersebut berlengan panjang. Saiz baju itu pula sehingga ke paras atas lutut jelas menunjukkan warna kulit paha ku yang cerah, ditambah lagi dengan kasut tumit tinggi bertali berwarna hitam cukup menampakkan figure badanku.
"Wawwww !!! Cantiknya ~~"
"Macam nie lah yang kita mahukan !!"
Puji lelaki itu sambil matanya tidak berkedip melihatku.
Aku berasa sangat tidak selesa dengan pakaian itu yang betul-betul seksi buatku kerana ketat mengikut bentuk badan Aku.
Lelaki itu kemudian menarik & membawa Aku keluar dari bilik tersebut. Aku terpaksa mengikutinya saja dalam diam walaupun sebenarnya Aku berasa sangat takut.
Tidak lama kemudian, kami sampai disebuah tempat pelik yang kelihatannya seperti tempat terlarang. Tempat itu dijaga oleh beberapa orang lelaki bertatu, berpakaian gelap di luar bangunan.
Aku dipaksa keluar dari kereta milik lelaki itu & mengikutnya masuk ke dalam tempat itu.
Terkejut Aku melihat keadaan di dalam tempat itu .. ia rupa-rupanya sebuah kelab malam yang penuh dengan anak-anak muda yang datang berpesta & tempat itu juga sangat bising dengan bunyi muzik.
Lelaki itu terus menarik Aku masuk ditengah-tengah keramaian orang yang sedang menari ikut rentak muzik kuat & ada juga yang sedang mabuk.
Aku dapat melihat banyak perempuan-perempuan yang berpakaian seksi sepertiku sedang sibuk melayan lelaki-lelaki kaya di dalam tempat itu.
Apa tujuan sebenar lelaki itu membawa Aku masuk ke dalam tempat haram ini ?? Adakah Dia mahu Aku menjadi seperti perempuan-perempuan seksi itu yang harus melayan & menghiburkan para lelaki kaya disitu ??
Lelaki itu terus membawa Aku ke sebuah bilik private tanpa orang-orang ramai seperti diluar tadi .. Aku dibawa masuk ke dalam bilik itu dimana ada 3 orang lelaki yang usianya dalam pertengahan 40_an sedang duduk sambil minum-minum bersama 2 orang lagi wanita seksi yang sedang melayani mereka.
Aku jadi sangat ketakutan melihat situasi itu .. adakah Aku dibawa kesitu untuk melayani lelaki-lelaki miang ini ?? Tidak mungkin !! Aku tidak mahu !!
Terasa mahu sahaja Aku melarikan diri dari tempat itu tetapi tanganku terus di tahan oleh lelaki yang membawaku ke situ.
"Kau nak pergi mana huh !!!"
Tanya lelaki itu dingin.
Aku cuba melepaskan tanganku dari genggamannya tapi Dia memegangku dengan sangat kuat sehingga Aku tidak dapat berganjak keluar dari bilik itu.
"Lepaskan Saya !!"
"Tolong !! Saya tak nak buat benda nie ~"
Rayu Aku meronta-ronta ingin minta dilepaskan.
Lelaki itu menarikku keluar dahulu dari dalam bilik itu kerana tidak mahu pelanggannya melihat apa yang kami lakukan.
"Kau dengar sini baik-baik perempuan !!!"
"Kalau Kau tak nak ada sesuatu yang berlaku pada keluarga Kau kat kampung .. lebih baik Kau jangan melawan !!"
"Atau Kau nak Aku jadikan Kau sebagai isteri Aku ?? Lagipun Kau nampak cantik & hot malam nie .. jadi tak rugilah kalau Aku yang ambil Kau dulu malam nie ~"
Ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis membelai lembut sebelah wajahku.
Aku terus menolak kuat badannya supaya menjauh dari Aku .. jijik Aku dengan lelaki tak guna itu !!
Aku lebih rela mati daripada dijadikan isteri buat lelaki tak guna seperti Dia ..
"Eshhhh !!! Tak guna !!"
"Lelaki macam Kau tak layak di jadikan suami !!"
Marah Aku menolak badannya supaya menjauh dari Aku.
Lelaki itu tergelak dengan kata-kataku lalu datang menghampiri Aku & menarik rambut panjangku yang Aku lepaskan.
"Kau fikir Kau adalah perempuan yang suci ker ??"
"Heyy perempuan !! Kau tengok diri Kau kat cermin sekarang .. Kau dengan perempuan-perempuan lain dalam kelab nie semua sama .. menjual diri untuk duit !!"
"Jadi Kau jangan nak mimpi jadi perempuan melayu terakhir kat sini !! Kau fikir Kau layak ker jadi seorang isteri yang baik !!"
"HAHAHAHA ~~"
Kata lelaki itu sambil ketawa & menarik kuat rambutku.
Aku menangis melihat penampilanku di hadapan cermin luar bilik itu yang saling tak tumpah dengan perempuan GRO di dalam kelab malam itu.
Adakah ini ialah pengakhiran nasibku setelah disuruh melarikan diri & menjauh dari keluargaku ?? Adakah Aku harus menjual harga diri Aku pula demi keluargaku ..
"Sekarang nie .. Aku nak Kau berikan layanan yang terbaik pada Dato' tu & pastikan Dia bagi bayaran yang banyak pada Kau .."
"Dengan cara tu jer Kau boleh bantu ringankan beban hutang keluarga Kau kat kampung !!"
"Jangan sesekali buat hal .. PAHAM !!!"
Arah lelaki itu memberi peringatan keras kepadaku.
Aku dibawa masuk semula ke dalam bilik karaoke tadi & lelaki itu menyerahkan Aku kepada seorang lelaki yang bergelaran Dato' yang kepalanya botak di bahagian tengah untuk Aku melayaninya.
Lelaki bertatu yang membawaku tadi terus keluar selepas menyerahkan Aku kepada orang-orang didalam bilik karaoke VVIP itu.
Terasa mahu sahaja Aku menangis ketakutan di dalam bilik karaoke itu .. mereka menyuruh Aku untuk menyanyi buat menghibur mereka semua di dalam.
Aku terpaksa menuruti sahaja permintaan para lelaki miang di dalam bilik karaoke itu dengan menyanyikan beberapa buah lagu untuk menghibur mereka.
Semuanya Aku turuti asalkan mereka tidak datang menyentuh Aku. Sedang Aku sibuk menyanyikan lagu untuk menghibur 3 pelanggan lelaki itu, mereka sempat dilayan oleh dua wanita yang memang ada di dalam bilik itu juga.
Kemudian tiba-tiba salah seorang lelaki bergelar Dato' yang berkepala botak tengah itu datang menghampiri Aku & cuba untuk menyentuh Aku.
"Sayang ~ Jom lah menari dengan Abang ~~"
Pinta Dato' kepala botak tengah itu sambil cuba memeluk tubuhku dari belakang.
"Arghhhh !!!"
Aku terus menjerit kerana terkejut tiba-tiba lelaki itu datang menyentuhku & meminta agar Aku melayaninya.
Habis jatuh pecah cawan kaca yang dipegang oleh Dato' itu saat Aku menjerit terkejut. Aku cuba menjauhkan diri dari Dato' itu kerana ketakutan, jadi Aku terus mendorong kuat badannya kebelakang hingga Dia jatuh terduduk di atas sofa & membuatkan Dato' itu naik bengang.
Dek kerana mabuk & marah kerana Aku menolak permintaannya, Dato' itu bengang lalu mencederakan Aku dengan menampar kuat kedua pipiku sehingga Aku jatuh terduduk di atas lantai.
"Tolong jangan cederakan Saya ~"
"Saya merayu tolong jangan pukul Saya Dato' ~~ maafkan Saya ~"
Rayu Aku menangis meminta tolong.
Dato' itu jadi semakin suka & menikmati tangisan Aku yang menangis merayu-rayu kepadanya minta dimaafkan.
Aku mengesot duduk mengundur ke belakang dengan keadaan sebelah bibirku yang luka berdarah kerana dilempang berkali-kali oleh Dato' tadi.
Berulang kali Aku merayu agar Dato' itu berhenti mencederakan Aku namun Dia tidak peduli malah Dia terus melepaskan amarahnya dengan memukul tubuhku sehingga kain lengan panjang bajuku terkoyak gara-gara Dia coba untuk memaksa Aku.
Mereka yang lain di dalam bilik itu hanya diam menikmati pertunjukkan itu & hanya memerhatikannya tanpa berbuat apa-apa pun.
Aku jadi sangat bengang apabila Dato' itu mengoyakkan lengan baju panjangku sehingga menampakkan kulit lengan ku.
Jadi tanpa berfikir panjang, Aku terus menggapai sebotol botol kaca yang berhampiran Aku lalu terus Aku gunakan untuk memukul kuat kepala botak tengah Dato' itu yang cuba menerkam Aku dari hadapan.
Habis pecah berderai botol kaca itu Aku gunakan untuk memukul kepala botak tengah Dato' miang tersebut. Aku kemudian terus bangun lari keluar dari dalam bilik karaoke VVIP itu sementara kedua lelaki & perempuan di dalam bilik itu sibuk melihat kecederaan pada kepala botak Dato' tadi.
Aku segera mengambil kesempatan melarikan diri keluar dari dalam kelab malam itu walaupun keadaan Aku agak lemah tercedera.
Orang-orang Dato' & lelaki yang membawaku ke situ tadi juga turut mengejarku dari belakang mengharungi himpunan khalayak orang-orang muda yang sedang sibuk menari & berpesta mengikut rentak muzik rancak di dalam kelab malam itu.
Aku berjaya melarikan diri keluar dari kelab malam itu .. Aku terus berlari & terus berlari tanpa henti untuk menyelamatkan diri dari orang-orang yang mengejarku di belakang.
Tiba-tiba saat Aku mahu lari melintas jalan, ada sebuah kereta yang agak laju menuju ke arah Aku saat Aku sedang berdiri di tengah jalan.
Aku terus menutup rapat kedua mataku & menjerit kuat di tengah jalan itu terkejut melihat silauan lampu kereta yang semakin hampir menuju ke arahku.
Aku menutup mata serapat-rapatnya & merelakan sahaja diriku seandainya dilanggar di tengah-tengah jalanraya. Aku tidak kisah andainya memang ditakdirkan Aku mati dilanggar kereta ditengah jalan itu asalkan sekurang-kurangnya Aku masih mempunyai harga diri.
PIIIPPPTTT !!!! PIIIPPTTTT !!!!
"ARGHHHH !!!!!!!"
Teriak Aku mendengar bunyi hon kereta itu laju menuju ke arahku.
PONGGGGGG !!!!!!
Badanku terus terduduk lemah diatas tengah jalanraya.
Mataku masih dapat melihat wajah orang yang memandu kereta itu turun dari keretanya & berlari keluar menuju ke arah Aku yang sedang jatuh terduduk lemah di atas jalanraya.
"MAWARRR !!!!"
Panggil lelaki yang bergegas keluar dari dalam kereta itu & berlari menuju ke arah Aku.
"ASYARAFFFF ???"
Sahutku lemah.
Betul ker apa yang Aku sedang lihat ini ?? Benarkah lelaki itu adalah benar-benar Asyraf.
"Mawar !! Apa jadi dengan You ??"
"You tak apa-apa ker ??"
Tanya lelaki itu kerisauan sambil melihat-lihat jika ada kecederaan yang ada pada tubuhku.
Kereta itu hampir melanggar Aku. Namun Dia sempat menghentikannya sebelum melanggar Aku yang berada ditengah jalan. Aku berasa sangat takut sehingga membuatkan kaki Aku berasa lemah berdiri. Maka Aku jatuh terduduk rebah di atas jalanraya.
Aku memerhati lelaki yang mencemaskan Aku itu & memang ternyata benar lelaki itu adalah Asyraf.
Lelaki-lelaki yang mengejarku daripada kelab malam itu tadi akhirnya sampai juga di tempat Aku sedang jatuh terduduk lemah di tengah jalan.
Aku berlindung ketakutan di belakang Asyraf kerana takut jika lelaki-lelaki itu datang mengheret Aku kembali masuk ke dalam kelab malam tadi.
Asyraf terus berdiri melindungiku dari hadapan supaya lelaki-lelaki dari kelab malam tadi tidak datang mendekati Aku.
Tanpa berlegah, para lelaki dari kelab malam tadi terus ramai-ramai mengepung Asyraf & mulai memukul Asyraf di tengah-tengah jalan.
"ASYRAFFFF !!!!"
Teriak Aku ketakutan & menangis melihat Asyraf pula dipukul oleh 3 orang lelaki yang mengejarku dari kelab malam tadi.
Aku bangun dari duduk lalu cuba memukul-mukul mereka dengan sepenuh tenaga agar menghalang ketiga lelaki itu dari terus membelasah Asyraf yang kelihatan sudah lemah.
Kemudian entah dari mana, tiba-tiba muncul beberapa orang yang datang dari arah belakang kereta yang dipandu Asyraf. Mereka dengan pantas terus datang memukul orang-orang kelab yang sedang cuba memukul Asyraf.
Aku jadi tergamam melihat situasi itu. Asyraf terus bangun menarik Aku supaya lari masuk ke dalam kereta yang Dia pandu tadi kemudian Dia terus memandu laju keretanya meninggalkan orang-orang itu yang sedang saling bergaduh memukul sesama sendiri di tengah jalan.
"You okey ker Mawar ??"
Tanya Asyraf risau melihatku sambil Dia memandu keretanya laju entah menuju ke mana.
Aku menggigil ketakutan kerana masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku tadi. Kemudian tidak lama Aku terus menangis ketakutan.
Asyraf menghentikan keretanya di bahu jalan selepas Dia pandu jauh dari tempat kejadian tadi.
"Mawar ~ Are you okey ??"
"Apa jadi dengan You nie ?? Kenapa pakaian You koyak macam nie ??"
"Mana You dah pergi huh ??"
"Penat I cari You merata !!"
Bertalu-talu persoalan yang ditanyakan oleh Asyraf kepadaku.
"Asyraf ~ Tolong Saya takut ~~"
Tangis Aku menggigil ketakutan.
Asyraf terus segera membuka butang baju kemeja birunya lalu Dia membaluti tubuhku dengan bajunya itu kerana Dia melihat keadaan lengan baju panjang Aku yang terkoyak gara-gara dikoyakkan dengan Dato' di kelab malam tadi.
Mujur sahaja Asyraf memakai 1 lagi lapisan baju t-shirt putih di dalam kemeja birunya tadi.
"Apa dah jadi dengan You Mawar ??"
"Dari mana You dapat baju macam nie sampai terkoyak teruk !!"
Tanya Asyraf ingin tahu sekali lagi.
Airmata Aku tidak berhenti bercucuran jatuh menitis ke pipi gara-gara trauma tadi masih menghantui Aku.
Aku tidak tahu harus berkata apa lagi kepada Asyraf .. buntu Aku untuk menjelaskan tentang situasi sebenarnya terjadi. Aku hanya mampu menangis & terus menangis.
"Kenapa dengan bibir You terluka macam nie Mawar ??"
"Siapa yang buat You macam nie ??"
"Cakap dengan I siapa !!"
Soal Asyraf bengang melihat celah bibirku yang luka berdarah akibat ditampar Dato' tadi & membuatkan make-up gincu merah yang Aku pakai tadi habis terkesat sampai ke luar bibir.
Aku & Asyraf saling berpaling antara satu sama lain. Dia memegang lembut celah bibirku perlahan-lahan kerana risau melihat ianya terluka. Aku tidak berkata apa & hanya mampu terus menangis.
Tiba-tiba ~~
KNOCKK !! KNOCKK !! KNOCKK !!
"Assalammualaikum ~~"
Terkejut kami berdua dengan bunyi ketukkan & salam dari luar tingkap kereta.
Asyraf menurunkan cermin tingkap keretanya untuk melihat siapa yang memberi salam & mengetuk tingkap kereta dari luar.
Kami berdua menjadi blur melihat ada beberapa lelaki di luar tingkap kereta masing-masing memakai songkok di kepala sedang memerhatikan kami berdua di dalam kereta.
"Iya Encik .. Ada apa yer ??"
Tanya Asyraf keliru.
Aku terus menghapus airmataku & memperbaiki baju kemeja biru yang Asyraf pakaikan di tubuhku untuk menutupi lengan baju Aku yang terkoyak tadi.
Pelik Aku melihat cara pandangan lelaki-lelaki bersongkok di luar tingkap kereta memerhatikan Aku & Asyraf.
"Maaf yer Encik .."
"Boleh Saya tahu apa yang anda berdua buat berdua-duaan di dalam kereta di tempat macam nie pada waktu larut malam ?"
Tanya salah seorang dari lelaki bersongkok itu.
"Huh !! Takde apa Encik .."
"Kami cuma berborak jer .."
Jawab Asyraf agak sedikit gugup.
Para lelaki bersongkok itu memerhatikan kami berdua lagi dengan pandangan yang pelik sekali lagi.
Mereka kemudian meminta kami berdua agar segera keluar dari dalam kereta, jadi kami pun segera keluar.
Malu Aku rasa apabila para lelaki bersongkok itu harus melihat penampilan pakaian Aku yang agak seksi malam itu, nasib baik baju kemeja biru Asyraf masih boleh melindungi lengan baju Aku yang terkoyak tadi.
Orang-orang itu memerhatikan Aku pelik dari atas hingga kebawah, begitu juga Asyraf yang hanya tinggal memakai seluar panjang hitamnya & baju t-shirt dalam putih sahaja ditubuhnya kerana Dia sudah memberikan baju kemeja birunya untuk Aku pakai.
"Encik berdua sila tolong ikut kami sekarang .."
Kata salah seorang lelaki bersongkok itu.
Belum sempat kami berdua mahu menanyakan kemana tempat yang orang itu mahu kami ikut, tiba-tiba orang-orang pengikutnya terus mengheret Aku & Asyraf masuk ke dalam van mereka.
Tidak lama kemudian, kami sampai di sebuah tempat yang Aku sendiri tidak tahu itu tempat apa. Orang-orang bersongkok itu terus memegang tangan kami berdua masuk ke dalam tempat itu.
Lepas masuk, barulah Aku tahu bahawa itu adalah tempat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Mereka beranggapan bahawa kami berdua telah melakukan perbuatan terlarang di dalam kereta tadi & salah faham dengan penampilan kami.
Pada malam itu kami berdua telah ditangkap JAIS & dipaksa untuk dikhawinkan gara-gara kesalahfahaman itu.
Bermati-matian kami cuba menjelaskan apa yang berlaku kepada orang-orang tersebut tapi tetap ditolak oleh mereka & kami dipaksa untuk dinikahkan juga pada malam itu.
Dengan ikatan yang sah, pada malam itu juga Aku & Asyraf telah sah menjadi sepasang suami isteri dalam sekelip mata.
Tiada apa-apa yang boleh Aku katakan lagi selepas itu selain hanya tangisan yang terus-terusan tanpa henti.
Asyraf pula hanya mampu terduduk lemah & fikirannya juga sudah melayang entah sampai kemana selepas selesai kami berdua di nikahkan dihadapan pegawai JAIS.
Dalam sekelip mata tanpa sebarang rasa cinta, kami berdua sudah sah menjadi pasangan suami isteri hanya gara-gara kesalahfahaman selepas kejadian kelab malam tadi.
Asyraf memerhatikan Aku yang hanya menangis teresak-esak tanpa henti di luar bangunan JAIS. Dia mendekati Aku & cuba memujukku untuk berhenti menangis.
"Mawar ~ maafkan I .."
"I tak sangka yang benda nie akan berlaku dalam sekelip mata .."
Ujar Asyraf rasa bersalah dengan Aku.
Makin deras airmata Aku mengalir kerana Aku berasa bahawa Aku lah sebenarnya punca utama Asyraf terheret sekali dalam masalah.
Sekarang ini Aku telah membuatkan Asyraf terikat dengan ikatan pernikahan ini bersama dengan masalah hidup Aku.
"NO Asyraf ~ ini bukan salah Awak .."
"Ini semua salah Saya ~"
"Kalau Awak tak selamatkan Saya dari lelaki-lelaki tadi, benda nie tak akan jadi .."
"Maafkan Saya Asyraf ~"
Tangisku meminta maaf sangat-sangat pada Asyraf kerana rasa sangat bersalah dengannya.
Asyraf kemudian mengambil kedua tanganku & menggenggamnya erat.
"NO Mawar ~ walau apa pun yang terjadi tadi, I tetap akan lindungi & selamatkan You dari orang-orang yang kejar You tadi .."
"Sekarang nie semua benda dah berlaku & kita tak boleh nak undurkan masa lagi.."
"Apa yang penting sekarang You selamat dengan I & I akan berusaha lindungi You okey .."
"So jom kita balik dulu ~"
Pujuk Asyraf sambil menghapus lembut airmata di pipiku & tersenyum.
Asyraf memegang erat tanganku & membawaku pergi dari bangunan JAIS itu menuju naik semula ke dalam keretanya tadi.
Aku terlelap tidur didalam kereta sepanjang perjalanan kerana keletihan. Tidak sedar tiba-tiba Asyraf mengejutkan Aku dari tidur saat kami sudah sampai di sebuah tempat.
Pada malam itu Asyraf membawaku check-in tidur di sebuah hotel yang Aku sendiri tidak tahu di mana.
Buka sahaja bilik tidur hotel itu, Aku jadi tergamam melihat kejutan yang disediakan di dalam bilik itu.
Terkejut hingga tidak terkata Aku dengan dekorasi bilik yang tiba-tiba sudah dihias katilnya dengan 2 tuala putih berbentuk Swan Love di tengah-tengah katil bersama taburan kelopak bunga Mawar di sekelilingnya membangkitkan suasana romantis.
"Apa nie ??"
"Awak yang buat ker ??"
Tanya ku kepada Asyraf tergamam.
"Entah !! I pun terkejut tengok katil & hiasan nie .."
"Orang hotel nie macam tahu-tahu jer kita baru khawin .."
Jawab Asyraf juga terkejut tapi Dia berasa senang dengannya. Dia juga sempat tersenyum melihat wajahku yang tergamam begitu.
Khawin ?? Iyaa tak iyaa juga .. Aku lupa yang Aku dah khawin tadi .. dan Aku berkhawin dengan Asyraf iaitu orang yang Aku tak sangka-sangka akan jadi suamiku.
Aku masih tidak dapat menerima kenyataan ini bahawa Aku sudah sah bergelar isteri kepada lelaki bernama Asyraf yang Aku sendiri tidak berapa kenal & tahu dengan identitinya.
"So macam mana ??"
"You suka tak dengan bilik nie ??"
Tanya Asyraf sambil cuba memegang erat tanganku.
"Asyraf please ~~ I'm sorry, tapi boleh tak kalau Saya nak berehat malam nie .."
"Sorry Saya penat sangat .."
Balasku lalu segera melepaskan tanganku dari tangan Asyraf.
Kepalaku mulai berdenyut kembali & emosiku juga jadi bercelaru dengan macam-macam rasa perasaan.
Aku segera masuk ke dalam bilik air meninggalkan Asyraf sendirian di luar bilik katil kerana Aku berasa malu dengan pakaian dress hitam seksi Aku itu ditambah lagi sudah terkoyak di belah lengannya.
Aku membasuh mukaku dengan air di singki & Aku melihat wajahku yang berserabut dengan make-up yang berantakkan serta luka pada celah bibirku tadi.
Aku memerhatikan wajahku dalam & terus-terusan membasahkan wajahku dengan percikkan air supaya Aku sedar bangun kembali ke dunia nyata & menyedari bahawa apa yang berlaku tadi semua adalah sekadar mimpi sahaja.
Tetapi makin Aku basahkan muka ku pun, tetap Aku masih di dalam kenyataan bahawa lelaki yang berada di luar itu adalah suamiku yang sah. Jadi kenyataan apa lagi yang perlu Aku terima sekarang ..
Aku mandi membersihkan diri & menangis dalam deraian air hujan di dalam bilik mandi. Aku hampir kehilangan harga diri Aku sendiri tadi gara-gara mengikuti perintah lelaki pengutip hutang itu.
Jika Aku tidak melarikan diri & melindungi diri Aku dari Dato' serta lelaki pengutip hutang tadi .. tidak tahu apa nasib Aku ketika ini.
Hampir saja juga Aku dijadikan isteri buat lelaki pengutip hutang itu. Aku sepatutnya bersyukur bahawa Aku menjadi isteri kepada Asyraf & bukan lelaki miang tadi.
KNOCKK !! KNOCKK !! KNOCKK !!
"Mawar !!! You okey ker kat dalam ??"
Tanya Asyraf mengetuk pintu bilik mandi dari luar kerana risau.
"Iyaaa !! Saya okey .."
Jawab Aku dari dalam bilik mandi.
Selesai mandi, Aku keluar sambil memakai jubah mandi hotel berwarna putih kerana hanya itu sahaja pakaian yang Aku ada selain dress hitam yang Aku pakai tadi.
Asyraf terpana melihat Aku baru keluar dari bilik mandi dengan jubah hotel itu dengan keadaan rambut panjang Aku yang masih basah. Segan Aku rasa bila Dia pandang Aku macam tu.
"Awak tak nak bersihkan diri jugak ker ??"
Tanya Aku perlahan.
Tersentak Asyraf dari lamunannya saat Aku bertanya.
"Huh !! I nak mandi laa nie .."
"Tapiii Mawar ~ boleh I tanya sesuatu pada You ??"
Jawab Asyraf lalu bangun dari duduknya yang menantiku di sofa.
Asyraf menghampiri Aku dihadapan pintu bilik mandi lalu memegang tanganku.
"Apa sebenarnya yang terjadi ??"
"Kemana You pergi & siapa lelaki-lelaki yang mengejar You tadi tu ??"
"Diorang orang yang sama ker kejar You dengan I dulu ??"
"Apa yang Diorang mahu dari You sampai You lari dengan keadaan macam nie ??"
"Please bagitahu pada I Mawar .."
Soal Asyraf yang mempunyai seribu persoalan di dalam fikirannya.
Wajahnya kelihatan betul-betul mahukan jawapan yang jujur dariku untuk menjelaskan semua apa yang berlaku.
Sekali lagi Aku menangis teresak-esak kerana memikirkan apa sebenarnya yang berlaku kepadaku. Terkejut Asyraf melihat Aku menangis lagi.
"Maafkan Saya Asyraf .. Saya tak berniat nak buat Awak risau .."
"Saya tak nak susahkan Awak lagi masa tu .. jadi Saya mahu balik ke rumah semula dari hotel itu .. tapi Saya tak sangka masa Saya balik, orang-orang tu dapat mengekori Saya dari belakang & bawak Saya pergi ke suatu tempat .."
Jelasku dalam tangisan.
Asyraf masih tidak puas dengan penjelasanku & Dia masih mahukan penjelasan yang lebih details lagi.
"Siapa diorang & apa yang Diorang mahukan dari You ??"
"Mawar please ~ sekarang nie You dah tak boleh sembunyikan apa-apa rahsia lagi dari I sebab I bukannya orang asing lagi, melainkan I adalah suami You sekarang .. jadi tolong beritahu I semuanya .."
Balas Asyraf sambil memegang wajahku dengan kedua tangannya supaya Aku melihat kearahnya yang cuba untuk menyakinkan Aku.
Iyaa !! Memang betul apa kata Asyraf .. kami berdua malam ini sudah sah menjadi pasangan suami isteri walaupun Aku masih belum bersedia .. tapi bagaimana mungkin Aku mahu membuatnya terlibat juga dalam masalah keluarga Aku ini. Serba salah Aku dibuatnya.
"Diaorang adalah penagih hutang family Saya !!"
"Family Saya terlibat dengan hutang yang banyak & tak dapat nak bayar kembali .. jadi ketua mereka memaksa Saya untuk dijadikan pelayan kepada VVIP dalam kelab malam kalau tak nak Saya dijadikan isteri untuk Dia .."
"Saya larikan diri dari kelab malam tu lepas Saya dah pukul kepala Dato' tu dengan botol kaca .."
"Dato' tu cuba sentuh Saya & Dia yang cederakan Saya macam nie .. jadi Saya menolak badan Dia kemudian memukul Dia dengan botol baru Saya larikan diri keluar dari kelab malam tu .."
"Asyraf ~ Saya takut ~~ Apa yang harus Saya buat sekarang ?? Macam mana kalau Dato' tu nak menuntut kat Saya ??"
"Orang-orang tu semua akan terus menjejaki Saya sampai bila-bila .."
"Maafkan Saya Asyraf .. Saya tak nak libatkan Awak dalam hal nie .. Saya akan pergi dari sini lepas nie jadi diaorang tak akan ganggu Awak .."
Jelas Aku ketakutan sambil masih menangis teresak-esak di hadapan Asyraf.
Aku betul-betul rasa bersalah kerana telah melibatkan Asyraf dalam masalah ini. Aku tidak mahu Dia juga turut mengalami hal ini.
Baru Asyraf tahu apa sebenarnya terjadi kepada Aku selama ini. Dia terus mendakapku erat untuk cuba menenangkan Aku yang masih lagi menangis hiba.
"Sudah sudah ~~ stop crying okey .."
"You jangan risau .. I ada dengan You sekarang & I janji akan lindungi You sebagai isteri I .."
"I akan cuba selesaikan masalah You nie .. jangan risau yer ~"
Pujuk Asyraf sambil mendakapku erat.
Aku menangis & terus menangis dalam dakapannya sehingga akhirnya Aku berasa tenang dalam dakapan hangatnya.
Asyraf membawaku baring di atas katil setelah Aku sudah mulai tenang & berhenti menangis dalam dakapannya. Dia menyelimuti tubuhku dengan selimut & Aku mulai terlelap kerana kelelahan.
Asyraf membelai lembut ubun rambutku saat Aku sudah terlelap tidur. Sambil Dia mengamati Aku tidur, Dia menghubungi seseorang.
************
Keesokkan paginya, Aku terbangun dari tidurku yang terasa sangat lena semalaman.
Tiba-tiba Aku terasa seperti ada sesuatu yang melingkari pinggangku dari belakang selimutku.
Aku jadi berdebar ketakutan kerana tiba-tiba teringat akan peristiwa tunangan Kak Suzy yang pernah memeluk pinggangku dari belakang.
Perlahan-lahan Aku membuka kain selimut tebal di badanku untuk memastikan betul ker apa yang Aku rasakan ini. Tiba-tiba Aku jadi terkejut saat melihat ada tangan.
"Arghhhhhhhhh !!!!!"
Teriak Aku kuat & bangun terkejut dari baringku.
Orang yang sedang tidur dibelakang Aku itu juga terus kelam kabut bangun dari tidurnya.
Terbeliak besar mata Aku melihat seorang lelaki yang tak berbaju keluar dari balik selimut tebal disebelah Aku.
"Arghhhhhhhh !!!!"
Teriak Aku terkejut besar melihatnya.
Dengan pantas Dia terus menutup rapat mulutku supaya berhenti menjerit.
"Shhhhh Mawar !!"
"Kenapa You jerit ?? Nie I laa Asyraf !!"
Katanya sambil menutup rapat mulutku.
Aku jadi terkejut bila melihat tiba-tiba ada Asyraf berbaring di sebelahku & tidak berbaju. Aku melepaskan tangannya dari mulutku.
"Awak buat apa kat sini ??"
"Apa yang Awak dah buat pada Saya huh !!"
Tanyaku marah sambil memukul-mukul Dia dengan bantal yang ada di sampingku.
"Ehh Mawar stop it !! Sakit laa ~"
"I'm sorry okey .. I tertidur kat sebelah You semalam .."
Jelas Asyraf sambil menahan bantal yang Aku guna memukulnya.
"WHAT !! Awak tidur kat sebelah Saya ??"
"Ehh tak guna !! Awak ingat Awak siapa huh nak tidur kat sebelah Saya !!"
Marahku kerana terkejut Asyraf berani tidur semalaman sekatil denganku.
Asyraf memegang kuat kedua belah tanganku agar Aku berhenti memukulnya dengan bantal.
"Mawar ~ You tak ingat ker yang I nie suami You sekarang !!"
"I mintak maaf kalau buat You tak selesa .."
Kata Asyraf mengingatkan Aku siapa dirinya kepada Aku sekarang.
Aku tergamam membisu dengan apa yang baru Asyraf katakan kepadaku. Suami ?? Aku sama sekali langsung tidak ingat bahawa Asyraf adalah suamiku.
Seakan-akan Aku telah kehilangan memori apa yang telah berlaku semalam.
"Mawar ~ You tak ingat ker apa yang dah jadi semalam ??"
Tanya Asyraf sekali lagi saat melihat Aku tercengang membisu memikirkan sesuatu.
Aku cuba mendapatkan semula ingatan Aku semalam & cuba mengingat kejadian apa yang berlaku kepada ku seharian.
Sedikit demi sedikit ingatan itu mulai Aku ingati & Aku baru teringat bahawa semalam Aku dengan Asyraf sudah dinikahkan di Jabatan Agama Islam, kemudian Dia membawa Aku menginap di dalam bilik hotel itu.
Mungkin disebabkan trauma Aku semalam telah membuatkan Aku jadi hilang memori jangka pendek ku.
Aku melihat kearah Asyraf semula yang masih tidak memakai baju, kemudian Aku melihat diriku yang masih lagi kemas memakai jubah hotel di badanku.
"Awak takde buat apa-apa dengan Saya kan semalam ??"
Tanya Aku geram & ingin tahu.
"NO NO !! Nothing happen with us semalam .. Sumpahh !!"
"You cuma tertidur lena & I hanya tengok You tidur kat sini sampai I sendiri yang terlelap .."
Jawab Asyraf siap mengangkat tangannnya untuk bersumpah.
Aku pun terus bangun dari atas katil itu menjauhkan diri daripada Asyraf. Malu Dia memeluk tubuh menutup badannya yang tidur hanya dengan memakai seluar panjang hitamnya sahaja.
"Stay away from me Asyraf !!"
"Please !!"
Pintaku kepada Asyraf sambil memegang kain tebal selimut di atas badanku.
"Mawar ~ don't worry okey .."
"I tak akan sentuh You selagi You tak izinkan .. kita buat macam biasa jer seperti mana kita sebelum nie .."
"I tahu semua nie berlaku dalam sekelip mata jer & I faham perasaan You .."
"Apa yang penting sekarang .. I nak You tenangkan diri You & jangan fikir benda yang bukan-bukan dahh .."
"I akan bantu selesaikan masalah You semampu I .. okey "
Jelas Asyraf cuba menenangkan Aku.
Aku lega mendengar apa yang dikatakan Asyraf & perlahan-lahan Aku mulai menenangkan diri sambil melihatnya yang masih lagi duduk memeluk tubuh di atas katil.
TING TONG ~~ TING TONG ~~
Terkejut kami berdua dengan bunyi loceng bilik dari luar. Kelam-kabut terus Aku & Asyraf dibuatnya. Aku terpaksa membuka pintu bilik itu sementara Asyraf pula sibuk menyarung bajunya semula.
"Selamat pagi Cik ~~"
"Maaf kerana menggangu, kami ada bawakan set menu sarapan pagi kepada Cik & pasangan yang dah termasuk dalam pakej Honeymoon yang Cik dah tempah ~"
Ujar pelayan servis bilik itu sambil membawa tray makanan bersama seorang lagi teman pelayannya.
"Honeymoon ??"
Terkedu Aku dengan perkataan itu.
Aku terfikir siapa pula yang telah menempah pakej malam Honeymoon itu. Asyraf ker ?? Sejak bila Dia sempat menyediakan ini semua dalam masa yang singkat.
Kedua pelayan perkhidmatan bilik itu terus masuk membawa dulang makanan kami & diletakkan di atas meja makan yang ada di dalam bilik kami.
Baru pagi ini Aku dapat melihat sekeliling bilik tidur tempat Aku tidur semalam sementara Asyraf masuk ke dalam bilik air membersihkan diri. Boleh tahan cantik juga ruangan bilik hotel itu seperti hotel bertaraf 4 bintang begitu.
Hidangan sarapan pagi yang nampak agak cukup mewah buat kami berdua sudah siap dihidangkan oleh 2 pelayan tadi di atas meja.
Menu sarapan pagi hotel itu beri sangat membangkitkan selera Aku untuk makan.
Tidak lama kemudian, Asyraf muncul semula & kali ini Dia sudah lengkap memakai baju t-shirt putih yang Dia pakai semalam.
Aku berasa sangat kelaparan, tapi bila Aku melihat Asyraf datang menghampiri Aku yang sudah siap sedia duduk di kerusi makan, tiba-tiba Aku jadi janggal kerana untuk pertama kalinya Aku kena duduk semeja nak makan dengan seorang lelaki di dalam bilik hotel.
"Kenapa pandang I macam tu ?? "
"Makan lah ~ I tahu You lapar .."
Katanya lalu melabuhkan punggungnya duduk di kerusi hadapanku sambil tersenyum.
"Awak pun makanlah sekali .."
Balas Aku agak sedikit janggal.
Asyraf tersenyum lalu mengambil sudu & mulai menjamu selera dulu kerana Dia nampak seperti Aku tak akan makan dulu selagi Dia tidak mulai makan.
Berselera Aku melihat Asyraf makan sehingga membuatkan Aku juga berasa bahawa harus makan berselera sepertinya.
"Awak ker yang sediakan semua nie ?"
"Kenapa Awak buat ??"
Tanyaku ingin tahu sambil masih makan.
"Sajer .. lagipun apa yang berlaku semalam begitu pantas & akhirnya kita berdua jadi macam nie .."
"Takkan I nak tinggalkan You sorang-sorang balik semula ke rumah apartment You .."
"Jadi hanya ini jer yang sempat I sediakan untuk You .."
"Lepas nie You jangan risau .. I akan uruskan semua keperluan You & akan jaga You dengan baik .."
"Walaupun kita berdua tiba-tiba menjadi suami isteri dalam masa yang singkat semalam .. tapi I akan cuba untuk menjaga & membahagiakan You sebagai isteri I .."
"Jadi sebagai permulaan, kita akan mulai mengenal hati budi masing-masing & You kena janji pada I untuk sentiasa bagitahu semua masalah You .. boleh ??"
Jelas Asyraf.
Aku jadi terkedu dengan semua kata-katanya yang sangat menyentuh hati Aku. Sejujurnya Aku juga tidak pernah menyangka pertemuan singkat kami tanpa sebarang perasaan akhirnya telah mengikat kami dalam satu ikatan perkhawinan instant.
Nak tak nak Aku kena belajar untuk menerima Asyraf sebagai suamiku & mendengarkan semua kata-katanya.
"Baiklah Saya akan cuba .. tapi Asyraf ~ boleh Awak bagi Saya masa untuk cuba menerima situasi nie ??"
"Saya tahu Awak pun tak menginginkan benda nie semua berlaku begitu juga dengan Saya .."
"Jadi tolong bagi Saya masa .."
Balasku sambil memandangnya dengan penuh harapan.
Asyraf membalas pandanganku dengan senyuman di bibirnya lalu memegang tanganku yang ada di atas meja.
"Jangan risau Mawar .. I faham apa yang You rasa & You can take all your time sesuka hati You .."
"So for now, lets shake hand again & kita perkenalkan diri masing-masing semula untuk kita mula mengenali satu sama lain okey .."
"Hai ~ perkenalkan nama I Asyraf Fitri bin Mukhriz, berusia 25 tahun .. semalam I berstatus single, tapi sekarang I dah berstatus Married .. bagaimana dengan You ??"
"Nama You apa ??"
Jelas Asyraf sambil menghulurkan tangannya untuk berjabak tangan.
Tergelak Aku dengan perkenalan diri Asyraf terutama sekali di bagaian statusnya sekarang.
Aku kemudiannya menyambut tangan Asyraf & memperkenalkan diriku pula.
"Hai Asyraf ~ perkenalkan nama Saya Mawar Dalesya Binti Idris, berusia 22 tahun & baru jer jugak menukar status Married Just Now .."
"HAHAHAHA ~~"
Balasku & tergelak.
"Alamakkk ... maknanya You dah kena Takend laa nie ~~"
"Alaaa ~~ baru jer I nak try nak tackle You, tapi You dah berstatus Married Just Now dah ??"
"Melepaslah I nampaknya .. siapalah suami You yang bertuah tu kan~"
Balas Asyraf sengaja mahu menyakat.
Sekali lagi Dia membuatku tergelak dengan gurauannya & Aku jadi tersimpuh malu..
Tangan Asyraf Aku ambil semula & Aku melihat masih ada lagi bekas luka di buku limanya. Ini semua pasti disebabkan Dia membalas tumbukkan para lelaki yang mengejar Aku semalam.
"Tangan Awak dah okey ??"
Tanya Aku risau sambil memerhati buku limanya yang masih kelihatan lebam & kering lukanya.
Asyraf hanya tersenyum lalu memegang tanganku kembali.
"You jangan risau .. tangan I dah okey .."
"Lepas nie I nak You bersiap yer .. I nak bawak You pergi suatu tempat .."
Katanya sambil merenung dalam kemata ku.
Aku hanya tersenyum membalas katanya lalu melepaskan kembali tanganku dari pegangan tangan Asyraf & menyambung makan kembali.
Selepas selesai makan, Aku masuk ke bilik air membersihkan diri dahulu. Habis sahaja Aku mandi membersihkan diri, Aku berdiri di hadapan cermin bilik air yang besar itu sambil berfikir, pakaian apa yang harus Aku pakai sekarang .. tak kan lah Aku nak pakai baju dress hitam yang Aku pakai semalam .. dah lah lengannya sudah terkoyak.
Buntu Aku memikirkan tentang pakaianku di hadapan cermin besar itu .. tak kan lah Aku nak pakai baju jubah hotel tu keluar check-out.
Aku menghela nafas berat lalu keluar semula dari bilik air dengan jubah hotel itu lagi.
Bila Aku keluar dari bilik air, tiba-tiba Aku melihat ada sebuah paper bag berwarna silver di atas katil. Aku terus mendekati katil & melihat isi paper bag itu kedalam.
Tersenyum Aku melihat rupanya ada sepasang baju blouse berwarna biru & seluar berwarna hitam didalamnya. Aku mencari kelibat Asyraf di sekitar bilik namun Dia tiada entah kemana.
Aku menukar pakaianku dengan pakaian yang ada di dalam paper bag itu kemudian Aku segera keluar dari bilik air.
"Owhh You dah siap ker ??"
"You tunggu dulu kejap yer, I nak bersihkan diri dulu .."
Ujar Asyraf tatkala melihat Aku keluar dari bilik air.
Entah bila agaknya Dia kembali semula ke bilik .. sementara menunggu Asyraf membersihkan diri, Aku bersiap-siapkan diri.
************
Selepas keluar dari bilik hotel .. Asyraf membawaku keluar ke sebuah tempat. Aku hanya diam mengikutinya tanpa soal sehinggalah kami sampai disebuah kawasan perumahan.
Aku berjalan & terus berjalan mengikuti Asyraf sehinggalah sampai dihadapan pintu sebuah rumah apartment.
Bila Asyraf membuka pintu utama rumah itu, Aku disuruh masuk & Aku melihat keadaan rumah apartment yang berkeluasan sekitar 800 sqft di dalamnya.
Rumah itu sangat kosong tanpa sebarang perabot pun di dalamnya & hanya mempunyai 2 buah bilik tidur, sebuah bilik mandi & dapur yang juga kosong tanpa kabinet.
"Ini rumah siapa ??"
"Macam mana Awak boleh buka ??"
Tanya Aku kepada Asyraf yang melihat hairan keadaan rumah itu.
"Hurmmm .. sebenarnya kelmarin I nak pindah masuk ke dalam rumah nie tapi tak sempat .."
"Jadi harinie alang-alang I bawak lah You masuk rumah nie untuk tengok keadaan sekeliling .."
"Macam mana ?? You suka ??"
Jelas Asyraf lalu menanyakan pendapatku tentang rumah itu.
"Lawa !! Tapi kenapa Awak bawak Saya pulak tengok rumah nie ??"
"Kenapa Awak nak pindah pulak ??"
Balasku kembali. Aku masih buntu dengan pertanyaan Asyraf tadi.
"Sebab rumah nie akan jadi rumah kita berdualah ~"
"Sebab tu I bawak You datang tengok .."
Jawab Asyraf sambil tersenyum.
Terkedu Aku dengan apa yang baru Dia katakan .. rumah untuk kami berdua ?? Kenapa pulak Aku kena tinggal serumah dengan Dia.
"WHAT !! RUMAH KITA BERDUA ??"
"Chop Chop !! Maksud Awak .. Saya akan tinggal bersama dengan Awak dalam rumah nie ?? Macam tu ??"
Tanyaku terkejut ingin kepastian.
"Yeah !! You dengan I staying together kat sini !!"
"Kenapa You takut ker ??"
"I lagi takut kalau biarkan You balik & tinggal kat apartment rumah sewa You sekarang tu tau .."
"Lagipun kita berdua dah sah suami isteri, jadi apa yang nak ditakutkan lagi ??"
"Atauuu .. You sebenarnya takut I buat apa-apa pada You ker Mawar ??"
"HEHEHEHE ~~"
Jelas Asyraf lalu sengaja menyakat & mengelakkan Aku.
Geram Aku dengan Asyraf yang suka sangat menyakat Aku. Jadi janggal bertambah malu-malu Aku dibuatnya.
"Eshhh !! Apa Awak nie .."
"Mana ada Saya takut .. Saya cuma tak bersedia lagi nak tinggal sebumbung dengan Awak .."
Jawabku sambil menunduk-nunduk malu.
Asyraf menghelah nafas berat memandangku lalu Dia datang menghampiri Aku & memegang kedua bahuku dengan lembut.
"Mawar ~~ berapa lama lagi masa yang You nak ambik untuk terima I sebagai suami You ??"
"Iyaa ~ I tahu yang semua nie berlaku begitu pantas, tapi sekurang-kurang I tak risau bila tengok You ada depan mata I selalu .."
"I dah janji pada You kan yang I akan lindungi You .. jadi tinggallah kat sini bersama dengan I & I janji tak akan sentuh You tanpa kebenaran .."
Terang Asyraf cuba memujuk & menyakinkan Aku.
Serba salah Aku dengan permintaan Asyraf itu, tapi memang ada benarnya juga apa yang dikatakan Asyraf kerana Dia kini sudah sah menjadi suamiku & Aku harus setia mengikuti kemana sahaja Dia pergi.
Aku akur & menuruti sahaja permintaan Asyraf asalkan Dia berjanji untuk sentiasa menjaga batasnya dengan Aku.
***********
Selepas beberapa hari, Aku & Asyraf berpindah masuk ke rumah apartment Asyraf. Jadi semua barang-barang kami berdua hari ini dibawa masuk ke dalam rumah.
Aku keluar dari apartment rumah sewaku meninggalkan Najwa sendirian yang masih lagi menyewa di situ, tapi katanya Dia juga tidak lama lagi akan pindah keluar dari rumah itu & tinggal bersama ibu saudaranya di Rawang.
Aku & Asyraf sudah bersepakat untuk tidur berasingan di bilik masing-masing. Aku akan menggunakan bilik utama sementara Asyraf pula di bilik kedua.
Hari ini seharian kami berdua bekerjasama membawa masuk & menyusun perabot serta barang peribadi kami ke dalam rumah baru.
Selesai mengemas seluruh rumah, kami berdua masuk ke dalam bilik kami masing-masing untuk merehatkan diri selepas seharian bertungkus-lumus mengemas rumah.
Keesokkan harinya selepas selesai solat subuh, Aku bersiap sedia menyediakan sarapan pagi untuk kami berdua makan.
Pagi itu Aku hanya masak masakan yang mudah iaitu Mie goreng Ala Mamak untuk sarapan kami kerana stok barang dapur kami tidak cukup lengkap lagi.
"Selamat pagi .. Jom kita sarapan ~"
Ajak Aku selepas menyapa Asyraf yang baru sahaja keluar bersiap dari biliknya.
Asyraf tersenyum lebar melihat hidangan Mie Goreng Ala Mamak yang siap Aku hidangkan di atas meja makan.
"You bangun awal-awal nie sebab nak masak breakfast nie ker ??"
Tanya Asyraf tersenyum senang.
Aku membalas pertanyaannya dengan senyuman sahaja. Bila Asyraf duduk, Aku terus mengendokkan Mie goreng ke atas pinggannya & menuangkan air teh O panas di cawannya.
"Wahh .. macam nie rasanya bila ada bini yer .."
"Kalau tahu macam nie, lebih baik dari awal lagi I khawin cepat-cepat .."
Ujar Asyraf sengaja memuji dalam Dia menyakat.
Aku juga duduk makan dihadapannya sambil senang memerhatikan Asyraf yang sangat berselera menjamu masakkan air tangan pertamaku untuk Dia.
"Hmmmm ~ sedapnya rasa masakkan You nie .."
"Kalau macam nielah hari-hari .. I boleh jadi gemuk .. HEHEHEE ~"
Ujar Asyraf memuji rasa masakan ku.
Tersenyum senang Aku dengan pujian Asyraf itu. Aku makan sambil memerhatikan Asyraf & mulai tertanya ~
"Asyraf ~~ boleh Saya tahu .."
"Awak sebenarnya kerja apa & kat mana ??"
Tanyaku dengan nada lembut.
Asyraf berhenti menyuap makanannya seketika saat mendengar pertanyaanku & kemudian menyambung makan kembali.
"I sebenarnya bekerja sebagai pelukis jalanan .. I akan berjalan-jalan mencari pemandangan yang menarik & akan melukisnya, lepas tu I akan jual lukisan tu .."
"Tapi mulai harinie I akan cari pekerjaan lain lagi selain dari jadi pelukis jer .."
Jawab Asyraf menjelaskan pekerjaan sebenarnya.
Baru kali ini Aku tahu pekerjaan sebenar Asyraf yang selama ini Aku fikirkan Dia hanya melukis sekadar untuk suka-suka sahaja sebagai hobi. Aku tak sangka pula bahawa itu adalah pekerjaan utamanya.
"Awak nak cari kerja apa ??"
Tanyaku serba salah tetapi ingin tahu.
"Tak kisahlah kerja apa pun .. asalkan dapat tampung hidup kita berdua sama-sama .."
Jawab Asyraf sambil tersenyum.
Tiba-tiba Aku jadi serba salah dengan Asyraf kerana Dia terpaksa mencari lagi pekerjaan lain demi menyara Aku pula yang tiba-tiba masuk tinggal di rumahnya.
Aku hanya membalas jawapannya dengan senyuman sahaja. Aku tidak mahu hidup membebankan Asyraf di dalam rumah itu. Aku juga harus mencari cepat pekerjaan baru untuk sama-sama membantu Asyraf.
Selesai makan, Asyraf bersiap sedia untuk keluar rumah.
"Hurmmm Asyraf ~~"
"Boleh tak kalau harinie Saya nak keluar rumah nak pergi cari barang dapur ??"
Tanyaku meminta izin daripada Asyraf.
"You nak keluar pergi beli barang dapur dah ker ??"
"Nak I tolong ?? Maafkan I sebab tak sempat nak sediakan barang lengkap kat dapur .."
Balas Asyraf agak serba salah denganku.
"Ehh takpe Asyraf .. Saya faham .."
"Lagipun Saya takde apa-apa nak buat kat rumah harinie, Sebab tu Saya nak keluar beli barang .. boleh ??"
Tanyaku meminta izin lagi.
Asyraf memberi keizinan kepadaku lalu menghulurkan sedikit wang tapi Aku mendesak untuk menolaknya kerana Aku tidak mahu menyusahkan Dia lagi.
Selepas Asyraf keluar rumah, Aku mengemas sedikit lagi rumah kemudian bersiap-siap untuk keluar membeli barang dapur.
Aku sebenarnya sengaja meminta izin dari Asyraf untuk keluar membeli barang dapur sedangkan sebenarnya tujuan asalku adalah mahu keluar untuk mencari kerja baru. Bak kata orang, sambil menyelam minum air.
...............................................................
DI SEBUAH CAFE ~
"Jadi macam mana ??"
"Semua dah selesai ker ??"
Tanya Asyraf kepada seseorang di hadapannya.
"Dah Tuan !! Kami dah soal siasat orang-orang yang kejar Dia tempoh hari & kami dah tahu siapa dalang sebenarnya .."
Jawab lelaki berbaju sut hitam yang duduk di hadapan Asyraf.
Lelaki itu menjelaskan dengan lebih lanjut hasil soal siasatnya dengan orang-orang yang cuba membelasah Asyraf tempoh hari.
"Apa orang tu nak sebenarnya ??"
"Berapa hutang perempuan tu pada Dia ??"
Tanya Asyraf ingin tahu.
"Lelaki itu kata bahawa keluarga perempuan tu ada hutang yang besar daripada mereka sebanyak RM200 ribu ringgit sejak dari 3 tahun yang lalu lagi .. sebab tu mereka mengejar perempuan tu untuk dijadikan tebusan membayar hutang keluarga Dia !!"
Jawab lelaki itu menjelaskan lagi pada Asyraf.
Asyraf menggenggam kuat buku limanya kerana geram mendengar penjelasan lelaki tersebut yang menjelaskan tentang apa yang geng-geng itu cuba lakukan kepada wanita tersebut.
"Aku nak Kau selesaikan semua urusan nie dengan cepat !!"
"Bagitahu lelaki tu supaya lepaskan wanita tu & jangan pernah muncul lagi didepan matanya ..PAHAM !!"
Arah Asyraf bengang.
"Bagaimana dengan Dato' tu ??"
Tanya Asyraf sekali lagi.
"Kepala Dia mengalami kecederaan yang sikit jer & kami dah buat seperti apa yang Tuan suruh buat pada Dato' tu .."
Balas lelaki itu memberi penjelasan lagi.
"Bagus !! Aku tak akan maafkan orang tua gatal tu dengan semudahnya !!"
Kata Asyraf sambil tersenyum sinis dengan informasi tersebut.
"Hurmmm Tuan ~~ boleh Saya tahu kenapa Tuan risau sangat dengan keadaan perempuan tu ??"
"Dia siapa pada Tuan ??"
Tanya lelaki itu yang sudah lama ingin tahu.
"Bukan siapa-siapa .. jadi Kau tak perlu nak sibuk !!"
"Apa yang penting semua yang Aku suruh buat tu dah selesai !!"
Balas Asyraf menahan marah.
Asyraf betul-betul bengang & tak boleh duduk diam setelah mengetahui apa yang berlaku selama ini pada Esya.
"Tuan .. macam mana dengan pekerjaan Tuan ??"
Tanya lelaki itu lagi.
"NO !! Aku tak akan bekerja di situ lagi !!"
"Ini kali terakhir Aku mintak pertolongan Kau !! Lepas nie jangan cuba cari Aku lagi .. PAHAM !!"
Jelas Asyraf dingin.
"Tapi Tuan .. macam mana kalau Dato' dengan Datin tahu pasal nie ??"
Tanya lelaki itu lagi kerana Dia mulai berasa takut dengan arahan Asyraf.
Asyraf terus mencengkam kuat kolar baju kemeja hitam lelaki itu dengan bengang.
"Kau jangan sesekali bagitahu pada mereka tentang hal nie .. PAHAM !!"
"Apa yang berlaku sekarang nie biar hanya kita berdua jer yang tahu .. jangan sampai ada sesiapa yang tahu .. siap Kau kalau ada orang lain yang tahu pasal nie !! "
Ujar Asyraf sambil mencengkam geram kolar baju kemeja lelaki itu memberi amaran keras.
"Tapi macam mana kalau Dato' & Datin tanya pasal Tuan lagi ??"
Tanya lelaki itu lagi.
Asyraf terus melepaskan kolar baju lelaki itu dengan kasar lalu duduk semula di kerusinya dengan penuh rasa geram.
"Aku tak akan berganjak dari sini selagi tak jumpa dengan Dia !!"
"Jadi tolong cari juga Dia sampai dapat .. Aku tak akan dapat hidup tenang selagi tak berjumpa dengan Dia .."
Ujar Asyraf sambil menggenggam kuat tangannya seperti penumbuk menahan rasa amarah.
Asyraf tidak akan mengalah selagi misi pencariannya masih belum lagi selesai.
"Baik Tuan !! Saya akan usahakan untuk mencari Dia ada di mana & tak akan bagitahu sesiapa !!"
Jawab lelaki itu agak sedikit gentar dengan amaran keras Asyraf.
Setelah selesai semua, Asyraf menyuruh lelaki itu segera pergi dari situ meninggalkan Dia sendirian.
...............................................................
DI KAMPUNG ~~
Diruangan tamu, Pak Idris sedang duduk menonton rancangan televisi ditemani dengan isterinya bersama.
Danish dari dalam biliknya melihat & cuba untuk mengumpul segala kekuatannya untuk memberanikan diri menyampaikan hajatnya kepada kedua orang tuanya di luar.
"Ayah dengan Ibu tengah tengok apatu ??"
Tegur Danish sengaja sambil menyertai mereka duduk diruang tamu.
"Owhh Danish .. marilah duduk sekali .."
"Ayah tengah melayan Ibu kamu nie tengok drama bersiri Dia nie .."
Jawab Pak Idris sambil matanya masih tertumpu pada kaca TV.
Danish duduk disebelah Ayahnya & cuba untuk menyusun ayat apa yang harus Dia mulai untuk memberitahu hajatnya itu.
"Danish ada pergi rumah Faiz tak tadi ??"
"Ibu dengar anak Pak Mail dari kampung sebelah ada hantar rombongan meminang untuk Fizah lagi petang tadi .."
"Faiz ada cerita apa-apa tak pada Danish ??"
Tanya Ibunya pula tiba-tiba.
Tersentak Danish dengan pertanyaan Ibunya itu. Memang itulah sebenarnya yang mahu Dia bahas kepada kedua orang tuanya & kebetulan pula Ibunya yang mulai membuka cerita, jadi mudahlah sedikit kerja Danish untuk memulainya.
"Huh !! Iyer ker Ibu ??"
"Danish takde jumpa pun dengan Faiz tadi .."
Balas Danish.
"Kamu tak menyesal ker kalau Fizah diambil orang ??"
Tanya Ibunya kembali.
Danish menunduk muka kebawah & cuba untuk mengumpulkan keyakinannya.
"Ibu dengan Ayah suka ker kalau Fizah jadi isteri Danish ??"
Tanya Danish kembali.
Tersenyum orang tuanya dengan soalan Danish itu.
"Kalau memang dijodohkan Danish dengan Fizah bersama .. Ibu dengan Ayah suka sangat .."
"Lagipun kita dah tahu macam mana hati budi budak Fizah tu sejak Dia berkawan rapat dengan Esya .."
"Tapi terpulang dari hati & perasaan Danish lah macam mana .. sebab Ibu dengan Ayah tak pernah nak menghalang hubungan kamu dua beradik selagi pasangan kamu berdua adalah dari orang yang baik-baik & boleh menjaga kamu .."
Jelas Ibu Danish panjang lebar.
Lega rasa hati Danish dengan persetujuan dari kedua orang tuanya itu.
"Iyaa betul tu Nak .. Ayah setuju dengan kata-kata Ibu kamu tu .."
Ujar Pak Idris juga sama.
"Tapi Danish takut Ayah .."
"Danish tak nak kalau Fizah pun akan ikut terlibat dengan masalah keluarga kita nie .."
Balas Danish tertunduk risau.
Pak Idris memahami maksud anaknya itu & Dia berasa sangat menyesal dengan hal ini sehingga menyusahkan kehidupan anak-anaknya.
Andai sahaja dahulu Dia tidak terlibat dalam kemalangan itu & melepaskan orang tersebut .. pasti kini mereka sekeluarga tak akan hidup dalam buruan hutang seperti ini.
Penyesalan itu sudah tidak boleh lagi Dia kesali sekarang kerana masa itu sudah berlalu & Dia juga tidak boleh mengundurkan masanya lagi.
"Maafkan Ayah Nak .."
"Ayah tahu Ayah silap & membuatkan kamu dengan adik kamu hidup begini .."
Kesal Pak Idris sambil memegang erat tangan anaknya yang duduk disampingnya.
"Ayah jangan cakap macam tu .. semua yang berlaku tentu ada sebabnya .."
"Danish tak menyesal hidup macam nie .. Danish gembira yang kita masih bersama & Danish akan berusaha untuk bawak Esya kembali semula berkumpul dengan kita .."
Balas Danish sebak sambil memegang erat kedua tangan orang tuanya.
Walau apapun yang terjadi, Danish tidak akan pernah meninggalkan kedua orang tuanya seperti mana janjinya kepada Esya dahulu sebelum adiknya itu disuruh pergi ke bandar.
Hajat yang mahu Danish sampaikan tadi jadi terputus dek rasa bersalahnya dengan masalah keluarganya. Danish tidak mahu melibatkan sesiapa lagi dalam hal ini termasuk Fizah.
KNOCKK !! KNOCKK !! KNOCKK !!
"Assalammualaikum ... Danishh ~~ Danishh ~~"
Terkejut mereka sekeluarga dengan bunyi ketukkan pintu yang kuat tiba-tiba dari luar.
Kedengaran suara yang memberi salam & memanggil namanya dari luar itu seperti dikenali. Danish terus bergegas membuka pintu rumahnya yang seperti mahu pecah diketuk dari luar.
"Waalaikumsalam .."
"Faiz !! Ada apa Kau datang rumah Aku ketuk pintu sampai nak pecah pintu rumah nie .."
Ujar Danish sengaja memerli Faiz.
Hairan Danish melihat reaksi wajah Faiz yang seperti sedang mencemaskan sesuatu.
"Sorry Bro kacau Kau malam-malam nie .."
"Fizah !! Kau ada nampak adik Aku tak kat mana-mana ??"
Tanya Faiz yang mencemaskan adiknya.
"Fizah ?? Apa maksud Kau nie ??"
"Kenapa dengan Fizah ?? Ada apa-apa yang berlaku pada Dia ker ??"
Tanya Danish pula yang mulai cemas dengan pertanyaan Faiz itu.
Risau Dia jika ada sesuatu buruk yang mungkin berlaku pada Fizah pada waktu malam begitu.
"Bro tolong Aku !!"
"Aku rasa Fizah dah melarikan diri .."
"Petang tadi ada rombongan si Zali datang meminang Dia kat rumah & bapak Aku paksa jugak Fizah untuk terima lamaran tu .."
"Lepastu tadi masa Ummi Aku buka bilik Dia .. tengok-tengok Fizah dah takde kat dalam bilik & Dia tinggalkan surat pada kami yang menyatakan Dia tak nak khawin dengan sesiapa pun .."
"Puas Aku dengan bapak Aku cari Dia kat satu kampung tapi tak jumpa .. sebab tu Aku datang sini tanya Kau .. kowt lah Kau tahu Fizah ada kat mana .."
Jelas Faiz yang masih lagi semput kerana lelah mencari adiknya dengan cemas sejak dari tadi.
Terkejut Danish sekeluarga dengan penjelasan Faiz itu. Lantas dengan pantas Danish juga terus bergegas mengambil kunci motornya & mengikut Faiz mencari Fizah di seluruh kawasan kampung itu.
Berpusing-pusing mereka berdua naik motor cuba mencari dimana kelibat Fizah berada tapi masih tidak mereka temui juga. Akhirnya mereka memberhentikan motor mereka di tepi bahu jalan.
"Aduhhh ~~ mana perginya budak Fizah nie .."
"Bro !! Kau takde ingat ker mana-mana tempat yang mungkin Fizah akan pergi ??"
Tanya Faiz yang masih lagi cemas mencari adiknya walaupun Dia sudah mulai penat mencarinya berjam-jam.
Danish memikirkan sesuatu seketika & tiba-tiba Dia jadi teringat dengan suatu tempat. Pantas tanpa berfikir lama, Danish terus menyalakan semula enjin motornya & meluncur laju.
"Oiii Danish !!! Kau nak pergi mana ??"
"Bertuah punya budak !! Tunggu lah Aku oii !!"
Jerit Faiz yang terus ditinggalkan oleh Danish dibelakang.
Tidak lama kemudian, Danish sampai di tepi jeti tempat Dia dengan Fizah pernah bertemu dahulu.
"FIZAHH !!!!"
"FIZAHHH !!!!"
Jerit Danish melaung memanggil-manggil nama Fizah kerana Dia yakin mungkin Fizah berada di sekitar situ.
Tidak lama kemudian Faiz pun turut sampai di situ & mengikuti Danish dari belakang.
Tiba-tiba ~~~
"ABANG DANISH ??"
Tersentak Fizah yang tiba-tiba terdengar suara Danish dari jauh sedang memanggil-manggil namanya.
Danish dapat melihat Fizah sedang duduk di sebuah pondok kecil di tepi jeti tempat yang selalu mereka berdua bertemu dahulu.
"FIZAHH !!!"
Panggil Danish lalu terus berlari laju menuju ke arah Fizah yang masih duduk di dalam pondok kecil itu.
"ABANG DANISH !!!"
Panggil Fizah teruja.
Fizah terus bangun dari duduknya lalu berlari juga ke arah Danish seperti cerita hindustan.
"Abang Danishh ~~"
Tangis Fizah berlari ke hadapan Danish.
"Fizah pergi mana ??"
"Apa Fizah buat kat sini ??"
Tanya Danish kerisauan melihat Fizah menangis teresak-esak di hadapannya.
Faiz yang mengekori dari belakang Danish terus berhenti & tergamam melihat drama bersiri itu. Dengan langkah laju, Faiz terus melangkah ke arah mereka berdua dengan rasa geram pada Fizah.
Danish menundukkan sedikit tubuhnya melihat ke arah Fizah lalu menyeka airmata gadis itu lembut dipipinya.
"Tolong Fizah Bang ~~"
"Fizah tak nak khawin dengan Zali .."
"Abang tahukan yang Fizah hanya cintakan Abang sorang .. Fizah sanggup pergi jauh asalkan tak dikhawinkan dengan sesiapa .."
"Fizah tak nak !!"
Mengadu Fizah sambil menangis teresak-esak.
"Fizah jangan cakap macam tu .. Fizah tahu tak yang keluarga Fizah semua tengah risau cari Fizah .."
"Kesian kat diaorang .."
Ujar Danish cuma menenangkan Fizah.
"Maafkan Fizah .. tapi Fizah taknak dipaksa khawin dengan sesiapa pun selain daripada Abang .."
"Tolong Fizah Bang ~~"
Tangis Fizah menolak pujukkan Danish.
Fizah tahu Danish masih tidak dapat untuk menerima cintanya kerana risau jika Dia akan terlibat dalam masalah keluarga Danish .. namun Fizah tetap dengan pendiriannya untuk sanggup menunggu Danish.
Serba salah Danish dengan tangisan Fizah itu. Jauh di sudut hatinya Dia memang betul-betul mahu menggenggam erat tangan Fizah & tidak mahu melepaskannya kepada orang lain .. tapi Dia mahu melindungi gadis itu supaya tidak menjadi mangsa lagi seperti Esya.
Fizah terus-terusan menangis hiba di hadapan Danish melepaskan semua rasa sakitnya yang Dia pendam walau itu mungkin tidak dapat mengubah keputusan Danish untuk menerimanya.
Faiz yang memerhatikan drama itu dari jauh terus berjalan menghampiri mereka berdua lalu menepuk lembut belakang bahu Danish kerana Dia juga sangat memahami drama bersiri mereka berdua itu.
Lantas Faiz terus mendapatkan Fizah & cuba memujuk agar adiknya itu berhenti menangis supaya Dia boleh membawa Fizah pulang semula ke rumah walaupun Faiz sendiri sebak melihat penderitaan cinta mereka berdua.
Faiz memegang bahu Fizah lembut lalu perlahan-lahan membawa adiknya yang masih lagi menangis hiba untuk pulang kerumah & meninggalkan Danish yang masih berdiri kesal di situ sendirian.
Pedih rasa hati Fizah saat melepaskan tangan Danish yang masih lagi berdiri kaku tidak mengedahkan Dia dibawa pulang oleh Faiz.
Danish menggenggam kuat kedua tangannya seperti penumbuk menahan rasa hati & perasaannya yang berbolak balik terpaksa melepaskan tangan Fizah.
"FAIZ TUNGGU !!!"
Arah Danish tiba-tiba dari belakang.
Terhenti langkah mereka dua beradik dengan arahan Danish dari belakang.
Danish menarik nafas panjang lalu berpaling tubuh ke arah Faiz yang sedang mahu membawa Fizah pulang.
Tangan Fizah tiba-tiba diambil & digenggam erat dengan Danish. Tergamam Faiz & Fizah dengan tindakkan Danish tiba-tiba begitu.
"Bro ~ mulai saat nie, izinkan Aku untuk memimpin tangan nie seumur hidup Aku .."
Pinta Danish dengan penuh keyakinan sambil mengambil semula tangan Fizah daripada Faiz.
Tergamam mereka dua beradik dengan kata-kata Danish lalu mereka tersenyum senang dengannya.
Terharu rasa hati Fizah dengan ucapan Danish yang meminta keizinan daripada Abangnya untuk memimpin tangannya pula selamanya.
Faiz berasa sangat senang dengan kata-kata sahabatnya itu yang pada akhirnya berani untuk melawan kelemahannya yang selalu menjadi penghalang Dia selama ini.
"Baik Bro !! Aku gembira dengan keputusan Kau .."
"Tapi Aku cabar Kau untuk bawak tangan nie berjumpa dengan orang tua kitaorang & minta restu dari diaorang .."
"Kalau mereka bersetuju, jadi Aku pun terpaksalah bersetuju lepaskan adik Aku yang suka membebel nie pada Kau .."
"HEHEHE ~~ Macam mana ?? Anda berani ??"
Cabar Faiz yang masih lagi sempat bergurau mengusik Fizah.
Tergelak Fizah & Danish dengan gurauan Faiz. Dengan penuh keyakinan, Danish menggenggam erat tangan Fizah bertemu dengan orang tua mereka.
Sampai sahaja di perkarangan rumah Pak Nasir .. Fizah terus turun dari motor yang ditunggang Faiz , kemudian Dia menuju masuk ke rumah mereka bersama dengan Danish yang turut ikut sama.
Gembira rasa hati kedua orang tua Fizah terutama sekali Ummi nya yang terus berlari & menangis mendakap sebak melihat anak perempuannya kembali semula.
"Maafkan Fizah .. Ummi ~ Abah .."
"Fizah tahu yang Fizah salah sampai buat Ummi dengan Abah risau cari Fizah "
Tangis Fizah kesal atas kesalahannya.
Pak Nasir menarik nafas lega melihat akhirnya anak perempuan kesayangannya sudah ditemui & pulang semula.
"Kamu ker yang tolong jumpa Fizah tadi Danish ??"
"Terima kasih Pakcik ucapkan sebab dah tolong kami sekeluarga mencari kemana Fizah pergi .."
Ucap Pak Nasir yang sangat berterima kasih atas bantuan Danish.
Faiz & Fizah saling memandang ke arah Danish menunggu apa tindakkan Danish seperti yang Dia ungkapkan tadi semasa di jeti.
Danish mengumpul segala kekuatan & keyakinannya untuk menyatakan hasratnya kepada kedua orang tua Fizah.
Perlahan-lahan Danish menarik nafas panjangnya kemudian memulai tindakkannya.
"Pakcik !! Maaf Saya ada sesuatu nak bagitahu pada Pakcik & Makcik .."
Ujar Danish dengan penuh yakin.
Pak Nasir & isterinya sedia duduk memasang telinga untuk mendengar apa yang mahu Danish bagitahu pada mereka berdua.
Dengan penuh rasa berdebar kencang & keyakinan, Danish terus duduk melutut di hadapan Pak Nasir & isterinya yang sedang duduk di atas sofa.
"Pakcik ~ Makcik ~ .."
"Tolong izinkan Saya untuk menjadikan anak perempuan Pakcik & Makcik sebagai surihati Saya selamanya .."
"Saya janji untuk melindungi & mencintai Dia selamanya dengan izin & restu dari Pakcik dengan Makcik berdua .."
Luah Danish dengan penuh keyakinan sambil melutut meminta restu di hadapan kedua orang tua Fizah.
Tergamam Pak Nasir & isterinya dengan keyakinan & keberanian yang ditunjukkan Danish untuk melamar sendiri anak perempuan mereka terang-terangan.
Hati Fizah sangat terharu dengan kesungguhan & keberanian Danish yang sendiri meminta restu dari kedua orang tuanya.
"FIZAH !!"
Panggil Pak Nasir lalu meminta agar Fizah memberi pendapatnya.
"Fizah nak ker terima lamaran Danish nie ??"
Tanya Pak Nasir meminta jawapan daripada Fizah.
Tersipu malu Fizah ditanyakan soalan begitu oleh Abahnya .. namun Dia hanya tersenyum & menganggukkan kepalanya senang tanda menerima lamaran Danish itu.
Tiada kata apa yang boleh dikatakan oleh kedua orang tua Fizah selain dari memberi restu kepada mereka berdua kerana Pak Nasir sendiri kagum dengan keberanian Danish yang datang sendiri ke rumah mereka tanpa menghantar rombongan untuk melamar anak gadisnya sendiri.
Senang rasa hati Danish & Fizah akhirnya kedua belah keluarga mereka telah bersetuju & merestui hubungan mereka berdua.
Selepas seminggu kemudian, Danish & Fizah terus melangsungkan perkhawinan mereka bersama dengan penuh kesederhanaan sahaja.
..................................................................
Kini sudah hampir seminggu Aku tinggal bersama dengan Asyraf di rumahnya. Walaupun kami berdua sudah sah menjadi suami isteri, namun kami masih lagi tidur berasingan & masing-masing membuat hal sendiri.
Rutin kami berdua sentiasa sama setiap hari .. selepas sembahyang subuh, Aku akan menyiapkan sarapan pagi kami.
Kemudian Asyraf akan keluar bekerja seperti biasa selepas Dia bersarapan dirumah.
Kini Asyraf ada kerja baru selain daripada menjadi pelukis jalanan .. katanya Dia mendapat pekerjaan di sebuah syarikat pengiklanan sebagai seorang jurugambar.
Jadi setiap hari Asyraf akan keluar bekerja bersama kameranya untuk menangkap gambar-gambar iklan seperti iklan produk makanan samada di luar kawasan atau di dalam stadio.
Selama seminggu ini Aku hanya duduk di rumah memasak makanan untuk Asyraf makan. Aku mulai berasa bosan tinggal dirumah seperti itu, jadi Aku cuba untuk mencari apa-apa jenis pekerjaan untuk menampung hidup Aku juga kerana Aku tidak mahu hanya bergantung pada Asyraf.
Dalam pukul 8 begitu Asyraf sudah pulang semula kerumah. Disebabkan seharian Aku sibuk mencari iklan jawatan kosong di dalam telefon bimbitku, Aku sampai lupa masa berlalu dengan begitu pantas sehingga Asyraf balik rumah pun Aku tak perasan.
Kelam-kabut Aku keluar dari bilik saat baru perasan Asyraf dah balik kerja.
"Ya Tuhan ~~ macam mana nie ?? Aku lupa nak masak !!"
Kataku sendiri sambil menepuk dahiku sendiri.
Masa tulah baru Aku nak kelam-kabut masak nasi & mencari bahan apa untuk dimasak malam itu. Habis dapur tu bergegar dengan keadaan kelam kabutku.
Terkejut Asyraf melihat keadaan Aku yang kelam kabut mahu menyediakan makan malam untuknya.
Saat Aku sedang sibuk mencuci beras untuk masak nasi, tiba-tiba Asyraf datang menghampiriku dari belakang sambil memegang kedua bahuku lembut untuk melihat apa yang sedang Aku lakukan di singki dapur.
"You tengah buat apa ??"
Tanya Asyraf lembut ditepi telingaku.
Tersentak Aku dengan sentuhan & bisikkannya di telingaku. Aku terus terhenti mencuci beras di dalam periuk nasi itu dengan tindakkan Asyraf yang tiba-tiba memegang bahuku dari belakang rapat seperti mahu memeluk Aku dari belakang.
"Huh !! Hurmmm ~ maaf Saya tak perasan Awak dah balik kerja tadi .."
"Saya sebenarnya lupa nak siapkan makanan untuk Awak .."
"Awak tunggu kejap yer, Saya masakkan untuk Awak .."
Jawabku agak sedikit gugup kerana Asyraf terlalu rapat di belakangku.
Aku boleh rasakan deruan nafasnya yang dekat menghembus telingaku kerana tiba-tiba sahaja Dia mendekat sangat denganku sehingga membuatkan jantung Aku berdegup kencang.
"You tak perlulah masak untuk I .."
Katanya lembut seakan-akan berbisik di telingaku.
Aku berasa geli diperlakukan begitu kerana Aku sangat sensitif di bahagian telinga. Lantas Aku terus menolak sedikit badan Asyraf di belakangku agar Dia boleh menjauh dari Aku.
"Hurmmm .. Asyraf sana sikit !!"
Kataku menolak sedikit badan Asyraf kebelakang supaya Dia melepaskan tangannya di atas bahuku.
Aku tidak selesa bila Asyraf berbuat begitu denganku. Selepas selesai membersihkan beras, Aku terus memasukkan periuk nasi ke dalam mesin induknya untuk memasak nasi.
Kemudian tiba-tiba lagi Asyraf menahan tanganku saat Aku sedang mahu menyediakan bahan masakkan di dapur. Terkejut juga Aku Asyraf memegang tanganku tiba-tiba begitu.
"I cakap tak perlu masak malam nie .."
"Jom kita keluar cari makan kat luar .."
Ajak Asyraf tiba-tiba sambil memegang tanganku.
Lega rasa hati Aku bila Asyraf mengajak makan di keluar, jadi tidak perlulah Aku nak serabut pikir nak masak menu apa malam ini untuk Asyraf.
***********
Asyraf membawa Aku mencari makan di sekitar Danau Kota dengan menaiki kereta Myvi hitam miliknya. Pusing punya pusing, akhirnya Aku meminta Asyraf untuk meletakkan keretanya di tempat terletaknya pasar Uptown.
Sudah lama Aku tak berkunjung di Uptown itu .. selalunya dulu Aku suka pergi bersama dengan Najwa kalau dah habis kerja di 7-Eleven .. jadi kami akan datang kesitu melepak cari makan malam-malam.
"Tempat apa nie You nak bawak I ??"
"Kata nak cari makan .. ada makanan ker kat tempat sesak macam nie ??"
Ujar Asyraf merungut dibawa ke situ.
"Banyaklah makan kat dalam Uptown tu .."
"Awak tak pernah datang sini ker ??"
Jelasku kepada Asyraf.
"Uptown ?? Apa tu ??"
"Tempat nie nama Dia Uptown ker ??"
Tanya Asyraf lagi.
Pelik betul Aku dibuatnya. Takkan lah Dia tak tahu Uptown tu apa lagi-lagi Uptown Danau Kota .. takkan lah Dia tak pernah dengar jugak.
"Iyer lah .. inilah Uptown .."
"Awak tak pernah datang ke Uptown ker sebelum nie ??"
Balasku semula.
Asyraf hanya menggelengkan kepala & melihat dari riak wajahnya memang jelas menunjukkan Dia tidak pernah mengunjungi tempat seperti itu.
Tiba masa mahu masuk ke dalam Uptown itu, Aku sudah mulai teruja kerana disinilah tempat dimana macam-macam benda Aku boleh dapati baik dari barang pakaian mahupun aneka jenis makanan kerana Uptown Danau Kota nie di buka dari pukul 8 malam sehingga sekitar pukul 2 pagi jadi memang seronoklah nak melepak sampai larut malam.
"Mawar ~ kita pergi cari makan kat tempat lain jer lah .."
"Tempat nie macam susah jer cari makan .."
Ujar Asyraf sambil menarik tanganku untuk mengajak Aku supaya tidak masuk ke dalam Uptown itu.
Geram pulak Aku dibuatnya. Aku sudah lama tidak berkunjung ke situ & bila kali nie kitaorang dah sampai, Asyraf pulak buat perangai tak nak masuk.
"NO !! Saya nak masuk jugak .."
"Kalau Awak tak nak ikut, Awak tunggu lah kat sini sampai Saya habis berjalan .."
Tegas Aku mahu jugak masuk ke dalam Uptown itu.
Tangan Aku yang Asyraf tarik tadi terus Aku lepaskan lalu Aku segera berjalan masuk ke dalam Uptown itu juga merajuk dengan Asyraf kerana memaksa Aku pulang pula.
"MAWAR !!!!"
Panggil Asyraf dari belakang.
Aku tidak memperdulikan panggilan Asyraf & hanya berjalan masuk ke dalam khalayak ramai di dalam Uptown itu sambil memeluk tubuh tidak mahu menoleh ke arahnya.
Asyraf terus mengejarku masuk juga ke dalam Uptown kerana risau jika Aku hilang dari pandangan matanya dalam khalayak ramai orang yang berjalan di dalam Uptown itu.
"Mawar !!! Okey okey I'm sorry .."
"Okey I ikut You nie .."
Pujuk Asyraf meminta maaf denganku dari belakang sambil berjalan masuk di dalam kesesakkan orang ramai di dalam Uptown itu.
Aku sengaja buat-buat tidak mahu memperdulikan Asyraf .. dan itu membuatkan Dia berasa serba salah denganku kerana sudah membuatku merajuk.
Asyraf terus menggenggam erat tanganku supaya Aku tidak hilang dari pandangan matanya di dalam kesesakkan orang ramai yang datang berkunjung ke pasar larut malam itu.
Tersenyum senang Aku melihat Asyraf yang hanya akur dengan keinginanku untuk masuk berjalan didalam Uptown itu. Sepanjang kami di situ, tidak pernah sekalipun Asyraf melepaskan tanganku dari pegangannya.
Macam-macam jenis aneka makanan yang Aku beli di sekitar Uptown itu kerana semua makanan & minuman yang dijual kelihatan sedap-sedap belaka.
"Awak tak nak cuba ker rasa makanan nie ?? Sedap tau .."
Kataku sambil meminta Asyraf untuk mencuba makanan ringan yang Aku telah beli di sekitar gerai-gerai yang menjual makanan.
Gembira Aku rasa bila dapat membeli makanan-makanan kesukaanku di dalam Uptown itu sehingga hampir setiap gerai disitu Aku singgah membeli.
"Eshhh !! Tak nak lah .. You jer lah makan .."
"I tak makan benda-benda macam tu .."
Jawab Asyraf menjeling menolak makanan ringan yang Aku offer untuk Dia rasa.
Berlagak sungguh laki Aku nie menolak makanan sedap macam nie walaupun dijual ditepi jalan .. betul-betul high demand permintaannya seperti citarasa orang-orang kaya jer.
Habis sahaja berbelanja barang makanan di sekitar gerai dalam Uptown tu .. kami pulang semula untuk makan makanan yang Aku beli tadi di rumah sahaja kerana Asyraf tidak mahu makan disana.
Sampai di rumah, Aku terus menghidangkan makanan yang kitaorang beli ke dalam pinggan. Ada macam-macam jenis makanan yang Aku beli antaranya Kepak ayam madu bersama tonggeng ayam, ada Roti John Leleh, apam balik, ayam gunting & otak-otak.
Teruja Aku dengan semua makanan-makanan itu. Selepas Aku menghidangkan semuanya di atas pinggan, Aku mengajak Asyraf untuk makan bersamaku.
Tapi nampaknya Asyraf seperti monyok sahaja mulutnya & bertukar merajuk pula menggantikan Aku tadi.
"Cepat lah makan .. sedap tau semua makanan nie terutama kepak ayam madu nie sedap tau .. tentu Awak suka !!"
Kata ku selepas menyendukkan nasi putih ke dalam pinggan Asyraf.
Tapi nampaknya Asyraf hanya melihat-lihat sahaja semua makanan itu dengan pandangan seperti tidak berselera dengan makanan pasar malam begitu. Hairan juga Aku dengan kelakuannya yang seperti tekak orang kaya sahaja lagaknya.
"Takpe lah .. You makanlah, I dah kenyang dahh .."
Katanya konon tidak berselera.
Geram pulak Aku dengan jawapannya yang seperti itu. Kemudian tiba-tiba ~
Krukk ~~ Krukk ~~ Krukk ~~
Terkejut Aku dengan bunyi perutnya yang meminta makan itu.
Dengan rasa geram, Aku terus mengambil pinggan nasi Asyraf & meletakkan seketul kepak ayam madu di pinggannya lalu Aku duduk di sebelahnya sambil memegang pinggan nasinya.
Hairan Asyraf melihat Aku tiba-tiba memegang pinggan nasi kemudian duduk di sampingnya.
"Aaaaaa !!! Buka mulut cepat !!"
Arahku tegas meminta agar Asyraf membuka mulutnya segera sambil Aku memegang sudu nasi.
"Apa nie ?? You ingat I nie budak kecik ker nak kena suap makan pulak ??"
Bentak Asyraf melihatku pelik.
"Aah memang Awak budak kecil pun mengada-ngada tak nak makan padahal perut Awak dah bernyanyi-nyanyi dah mintak makan .."
"Cepat Aaaaaaaa buka mulut besar-besar .."
Kata ku geram.
Asyraf tetap degil juga dengan arahanku & tetap menolak makanan itu. Maka Aku pun terus memegang wajahnya memaksa Asyraf makan seperti bergaduh dengan anak kecil untuk dipaksa makan.
Asyraf juga memegang tanganku pada wajahnya sambil Dia menutup mulut sengaja degil tidak mahu makan. Tapi Aku pun lagi tetap berdegil untuk menyuapnya makan.
"Mawar ~ dah lah .. I tak nak !!"
Kata Asyraf menolak tidak mahu membuka mulut.
Sementara Aku ...
"Ahh tak kira .. buka mulut cepat !!"
Paksaku tetap mahu agar Asyraf makan.
Akhirnya setelah penat bergelut, Asyraf mengalah juga & Dia terus membuka mulutnya untuk makan makanan yang Aku suap di sudu. Baru Dia tahu Aku nie macam mana .. nasib Dia lah TERkhawin dengan Aku .. HAHAHAHA ~~
"Macam mana sedapkan .."
Ujarku sambil melihat Asyraf menguyah makanannya.
Asyraf menguyah makanan kepak ayam madu yang Aku suapkan .. bila makanan tu dah masuk dalam mulut Dia, baru Dia dapat merasai bertapa sedapnya jugak kepak ayam madu itu.
"Hmmmmmm ~~~ sedap jugak .."
"I tak sangka rasa makanan tepi jalan macam tu pun sedap .."
Ujar Asyraf mulai menikmati kesedapan kepak ayam madu itu.
Tersenyum bangga Aku bila Asyraf memuji kesedapan makanan tepi jalan yang Aku beli tadi.
"Mestilah sedap .. ingat makanan tepi jalan tu cincai jer ker ???? ~"
"Nah tambah lagi .. makan cepat .. jangan degil !!"
"Nie makanan favorite Saya tau .. bila tiap kali Saya pergi pasar malam atau Uptown macam tadi, Saya tentu akan cari kepak ayam bakar dengan tonggeng ayam .."
Kataku dengan teruja sambil meletakkan lagi seketul kepak aysm madu di pinggan Asyraf.
"You tak nak suap I makan lagi ker ??"
Kata Asyraf sengaja mengada.
Aku terus memukul manja bahu Asyraf kerana mengada-ngada mintak di suap lagi.
"Eshhh !! Nah makan sendiri .. jangan nak mengada-ngada .. Awak bukan sakit pun nak kena suap .."
Balas Aku sambil memukul manja bahunya.
"Alaaa ~~ nak tunggu I sakit dulu ker baru You nak suap ??"
"Kalau You yang suap mesti lagi sedap .."
Ujar Asyraf sengaja lagi mahu bermanja.
Aku malas mahu melayankan kerenah Asyraf itu .. Aku kemudian duduk semula di kerusi hadapannya lalu menyambung makan kerana berasa sangat lapar.
Muncung mulut Asyraf kerana Aku tidak memperdulikan Dia .. kami berdua sambung makan kembali & Asyraf nampaknya sangat menikmati makanan-makanan yang Aku beli tadi.
Selesai makan, Aku menghampiri Asyraf yang sedang sibuk membersihkan set kameranya di ruang tamu.
"Asyraf ~~ boleh Saya cakap sesuatu tak pada Awak ??"
Tanyaku lembut & berdiri di sebelah kerusi sofa Dia duduk.
"Apa Dia ?? Cakap lah .."
Balas Asyraf sambil masih sibuk membersihkan lensa kameranya.
Perlahan-lahan Aku juga melabuhkan punggungku duduk di sebelah Asyraf untuk mulai memberitahu Dia hajat sebenarku.
"Tadi Saya ada tengok-tengok iklan kerjaya dalam website & ada beberapa posisi kerja yang ngam dengan kelayakkan Saya .."
"Jadi Saya nak minta izin Awak, boleh tak Saya keluar pergi interview besok kat tempat kerja tu ??"
Jelasku memberitahu hajat Aku pada Asyraf.
Asyraf agak sedikit terkejut dengan permintaanku namun Dia cuba untuk berkelakuan biasa.
"You nak kerja ker ??"
"You okey ker ??"
Tanya Asyraf sambil memaling tubuh melihat Aku yang duduk disebelahnya.
"Iyer Asyraf .. Saya nak kerja~"
"Lagipun Saya bosan duduk seharian kat rumah tak buat apa-apa .. kalau Saya kerja bolehlah Saya nak bantu Awak uruskan keperluan rumah nie .."
Jelasku kepada Asyraf.
Asyraf memegang erat tanganku sambil melihat Aku dengan pandangan dalam.
"Mawar .. Pasal keperluan harian nie, You tak perlu susah-susah nak sediakan sebab I sendiri yang akan sediakan untuk You .."
"I cuma nak You hidup selesa dalam rumah nie dengan I .."
"Tapi kalau You bosan duduk rumah & nak bekerja jugak, I izinkan asalkan kerja tu tak membebankan You ??"
Ujar Asyraf kepadaku sambil tersenyum memegang erat tanganku.
Aku terasa sangat terharu dengan kata-kata Asyraf .. tiba-tiba Aku berasa sangat bahagia kerana buat kali pertama sejak Aku sampai dari kampung & merantau seorang diri ke bandar asing ini .. Aku merasakan ini baru pertama kali Aku berasa dilindungi.
"Betul nie Saya boleh pergi interview besok ??"
Tanyaku semula ingin kepastian.
Gembira rasa hati Aku mendapat keizinan dari Asyraf untuk keluar mencari kerja. Teruja Aku jadinya dengan jawapan Asyraf.
Aku kemudian segera bangun dari dudukku untuk kembali semula ke dalam bilikku untuk menyiapkan semua bahan & dokumen yang Aku perlu bawa untuk temuduga besok.
Namun belum sempat Aku masuk ke bilik, tiba-tiba tanganku ditahan oleh Asyraf dari belakang tempat Dia sedang duduk. Aku menoleh kepala kebelakang menanti apa yang Asyraf mahu katakan lagi kepadaku.
Asyraf bangun dari duduknya lalu memegang sebelah lagi tanganku & cuba mendekatkan dirinya kepada Aku.
"Sampai bila kita nak tidur berasingan Mawar ??"
"You masih tak percaya dengan I ker ??"
Tanya Asyraf tiba-tiba sambil Dia memegang kedua belah tanganku & cuma mendekatkan diri denganku.
Terkejut Aku dengan tindakkan Asyraf begitu. Tangan Aku terus automatik menolak tubuhnya supaya kebelakang sikit dari Aku, kemudian perlahan-lahan Aku melepaskan pegangan tangannya dari tanganku.
"Apa nie Asyraf .."
"Kan kita dah setuju untuk tidur berasingan & buat hal masing-masing sendiri .."
"Jadi jangan tanya Saya soalan macam tu lagi .."
Jawabku mengingatkan kembali kepada Asyraf tentang janjinya sebelum ini.
Asyraf tidak menjawab & hanya berdiri kaku melepaskan tanganku semula. Dia akur dengan permintaanku & tidak mahu memaksa Aku lagi.
Aku kemudian terus masuk semula ke dalam bilik ku sebelum Asyraf cuba meminta yang lainnya pula.
Jauh sehingga sekarang, Aku masih menganggap Asyraf seperti sebelumnya & belum mempunyai perasaan cinta sebagai suami di hatiku. Mungkin begitu juga dengan Asyraf.
Aku tidak mahu memaksa perasaan cinta itu ada kerana Aku yakin seiring bergeraknya waktu perasaan kami akan mulai memutik kerana sekarang ini kami masih dalam sesi perkenalan hati budi kami.
Bersambung .......
Hai dear .. thank you for read & support .. korang boleh put comment kalau rasa suka atau apa2 dgn cerita nie yer ..
Share this novel