6 [ SIAPA KITA ]

Romance Series 8336

Sambil duduk di beranda luar, Danish sibuk membaiki joran ikan miliknya. Tidak lama kemudian muncul Fizah membawakan dulang yang berisi teh hangat & kuih seri muka keluar lalu disajikan di atas meja untuk Danish.

"Sudah-sudahlah tu Abang ~ marilah minum air teh nie dulu sementara masih hangat .."

Panggil Fizah sambil menanti Danish datang duduk bersamanya di kerusi kayu jati yang diletakkan di luar beranda rumah.

"Ibu dengan Ayah mana ??"

Tanya Danish lalu melabuhkan punggungnya duduk di tepi Fizah.

"Ada kat dalam dapur .."

Jawab Fizah sambil menghulurkan teh hangat kepada Danish untuk Dia tenguk.

"Dah seminggu Faiz mulai kerjakan kat KL tu .."
"Dia ada pernah call Ayang tak ?"

Tanya Danish selepas menenguk air teh hangat yang diberikan Fizah.

Fizah :

"Takde pulak Along call Fizah .."

"Terakhir Along call masa Dia baru mula-mula sampai kat KL .. itu jer lah, lepastu dah tak call-call lagi .."

"Mungkin Dia sibuk sangatlah tu dengan kerja Dia kat sana .."

"Along takde call Abang ker ??"

Danish :

"Samalah .. Faiz call Abang masa awal-awal Dia sampai KL tu jer lah .. lepastu takde call dah .."

"Agak-agak Faiz dah ada jumpa dengan Esya ker belum ??"

Fizah :

"Itulah ~ Ayang pun tertanya juga tentang tu .."

"Ayang harapppp sangat supaya Along ada jumpa dengan Esya kat KL tu .. dah lama sangat tak dengar khabar tentang Esya .."

Terasa rindu mereka berdua dengan Esya yang sudah lama mereka tidak dengar khabar beritanya.

Mereka cuma berharap semoga Faiz dapat menemui Esya di KL supaya sekurang-kurangnya mereka tahu tentang keadaan Esya sekarang.

Danish menoleh kepala melihat ke arah Fizah yang duduk di sampingnya lalu mengambil tangan Fizah lembut.

"Ayang dah buat keputusan ker dengan tawaran penempatan guru dari sekolah tu ??"

Tanya Danish tiba-tiba.

Fizah memegang kembali juga tangan Danish lalu tersenyum ke arah suaminya.

"Dah ~ Ayang dah buat keputusan .."
"Ayang ambil keputusan untuk tolak tawaran tu & tinggal disini bersama dengan Abang & kedua orang tua kita .."

Jawab Fizah sambil tersenyum.

Terkejut Danish dengan keputusan Fizah yang mahu menolak tawaran besarnya sebagai seorang guru.

"Tapi kenapa ??"
"Bukankah itu tawaran yang besar untuk kerjaya Ayang sebagai seorang guru ?? Tapi kenapa Ayang nak tolak pulak ??"

Tanya Danish terkejut & rasa serba salah dengan Fizah.

"Takpe Bang ~ mungkin bukan rezeki Ayang lagi .."

"Ayang masih boleh jadi guru lagi kat kampung nie & tinggal bersama Abang dengan orang tua kita .."

"Lagipun Along dah pergi bekerja kat KL .. kalau Ayang pun pergi, siapa nak tengok-tengokkan Abah dengan Ummi kat rumah tu .."

"Sekurang-kurangnya masih ada Ayang kat kampung nie boleh tolong jaga diaorang & Ayah Ibu Abang .."

Jawab Fizah lagi sambil tersenyum.

Rasa terharu Danish dengan kata-kata isterinya itu yang sanggup mengorbankan kerjayanya demi Dia & orang tuanya.

Tapi tetap Danish masih berasa serba salah kerana ini merupakan satu-satunya peluang terbesar Fizah untuk kerjayanya dari seorang guru yang mengajar di sekolah rendah bertukar mengajar di sekolah menengah pula.

"Abang rasa bersyukur sebab dikurniakan seorang isteri yang baik & penyanyang seperti Ayang nie .."

"Tapi Abang tak nak kalau kerjaya isteri Abang terhalang disebabkan nie .."

"Abang nak tengok Ayang dapat mengapai impian Ayang sebagai seorang guru yang berjaya .. Abang izinkan Ayang untuk terima tawaran tu & nanti Abang akan bagitahu pada Ayah & Ibu tentang nie .."

"Abang pasti Ayah dengan Ibu akan faham dengan semua nie begitu juga dengan Abah & Ummi .."

Ujar Danish cuba menyakinkan Fizah supaya tidak menolak tawaran tersebut.

"Takpe Abang ~ Ayang tak kisah pasal semua tu .."

"Apa yang penting bagi Ayang adalah kebahagian semua orang .. terutama sekali kebahagian orang-orang kesayangan Ayang nie macam suami Ayang sorang nie .."

"Abang tahukan macam mana cintanya Ayang pada Abang .. HEHEHEE ~~"

Puji Fizah sambil mencuit manja pipi Danish sambil tersenyum girang.

Makin terasa serba salah Danish dengan pengorbanan isterinya itu. Danish sebenarnya sudah membuat keputusan juga untuk mengikuti Fizah berhijrah ke Selangor demi kerjaya isterinya, tapi lain pula ceritanya bila Fizah mahu menolak tawaran penempatan itu.

"Fizah pergilah Sayang ~~"

Terkejut mereka dua suami isteri apabila Puan Roslinda tiba-tiba muncul bersuara di sebalik pintu utama rumah.

"IBU ??"

Tersentak mereka melihat Puan Roslinda yang tiba-tiba ada berdiri di hadapan pintu.

"Sejak bila Ibu ada kat situ ??"

Tanya Fizah agak terkejut.

Puan Roslinda kemudiannya menghampiri anak & anak menantunya yang sedang duduk bersama di luar beranda lalu duduk menyertai mereka berdua.

"Fizah~ Ibu harap sangat supaya Fizah terima tawaran penempatan tu & berhijrah ke Selangor bersama Danish .."

Ujar Puan Roslinda sambil memegang lembut kedua tangan Fizah.

Terkedu Fizah dengan apa yang baru dikatakan ibu mertuanya itu.

"Apa maksud Ibu nie ??"
"Kenapa tiba-tiba Ibu cakap macam nie ??"

Tanya Fizah yang betul-betul terkejut dengan kata-kata ibu mertuanya.

"Fizah ~ Ibu tahu tentang tawaran penempatan tempat yang Fizah dapat dari sekolah tu .."

"Ibu gembira sangat bila menantu Ibu nie boleh dapat peluang besar macam tu .. sebab tu Ibu nakkkk sangat supaya Fizah terima tawaran tu .."

"Fizah tak perlu risaukan Ibu dengan Ayah & Abah Ummi Fizah kat sini yer .. sebab kami semua boleh jaga diri kami masing-masing"

Jelas Puan Roslinda lembut.

"Siapa yang bagitahu Ibu nie ??"

"Abang ker ?? Kenapa Abang bagitahu kat Ibu ??"

"Ibu ~ Fizah betul-betul ikhlas dengan keputusan Fizah nie .."

"Fizah nak tinggal kat kampung nie dengan Abang, Ayah, Ibu, Ummi dengan Abah .."

Jawab Fizah nekad & sedikit geram kepada Danish kerana dia menyangka bahawa Danish yang memberitahu tentang tawaran itu kepada ibunya.

"Tak Fizah ~ bukan Danish yang bagitahu Ibu .. tapi Ibu yang tahu sendiri .."

"Maafkan Ibu sebab dah tercuri dengar tentang hal ini tempoh hari .. bila Ibu terdengar berita nie, hati Ibu rasa gembira sangat sebab menantu Ibu dapat tawaran yang baik diluar sana .."

"Ibu selalu menunggu bilalah kamu berdua nie nak bagitahu kat Ibu dengan Ayah tentang nie .. sebab bila kamu berdua bagitahu, Ibu dengan Ayah memang nak bagitahu yang kami berdua bersetuju sangat dengan tawaran tu .."

"Tapi sampai ke sekarang takde sorang pun antara kamu berdua yang nak buka mulut .. penat Ibu dengan Ayah tunggu tau ~~"

Jelas Puan Roslinda sekali lagi memberitahu bagaimana cara Dia tahu tentang perkara ini.

"Tapi Ibu ~ Fizah ........"

Sekali lagi Fizah mahu menyangkal, tapi terus dipotong pula.

"Takde tapi-tapi lagi Fizah !!"
"Ayah dengan Ibu dah setuju dengan keputusan nie .."

Tegas Pak Idris pula yang tiba-tiba muncul dengan kerusi rodanya di balik pintu.

"AYAH ??"

Serentak Danish & Fizah terkejut melihat tiba-tiba Ayahnya juga muncul.

Pak Idris menolak kerusi rodanya dengan kedua tangannya menuju ke arah mereka yang lain di luar beranda.

"Fizah ~~"

"Fizah dengan Danish tak perlu risau tentang Ayah dengan Ibu kat kampung nie .. kami dah buat keputusan untuk memberi restu kami kepada kamu berdua tinggalkan kampung nie & membina hidup kamu berdua bersama di bandar.."

"Dah tiba masanya untuk Danish memimpin Fizah sebagai seorang suami & bina sebuah keluarga yang bahagia .."

"Ayah & Ibu percaya Danish boleh mendapatkan pekerjaan yang jauh lebih baik di luar sana berbanding hanya membuat kerja-kerja kampung di sini .."

Jelas Pak Idris memberi restunya kepada anak & menantunya.

"Iyaa betul tu .. Ibu pun yakin yang anak Ibu nie boleh jadi seorang suami yang baik buat Fizah .."

"Fizah tak perlu risau tentang Abah & Ummi Fizah, sebab mereka berdua pun dah tahu pasal benda nie .."

"Abah dengan Ummi Fizah pun dah bagi restu yang sama untuk kamu berdua berhijrah ke bandar bersama .."

"Ibu dengan Ayah berdoa agar kamu berdua hidup bahagia di luar sana & Ibu juga berharap agar kamu dapat mencari dimana adik kamu berada disana .."

Sambung Puan Roslinda lagi.

Terasa sebak Puan Roslinda bila teringatkan pula tentang nasib anak perempuannya yang sehingga sekarang mereka tidak tahu bagaimana khabar beritanya.

Sebagai seorang ibu, hanya doa sahaja yang dapat Dia panjatkan agar anak perempuan satu-satunya itu berada dalam keadaan baik & sentiasa sihat sejahtera.

"Terima kasih Ibu Ayah atas restunya ~~"

Ucap Fizah & Danish yang juga sebak dengan kata-kata kedua orang tua mereka.

.........................................................................

Kereta Myvi hitam milik Asyraf berhenti ditepi jalan untuk menurunkan Aku di tepi bangunan pejabatku.

"Balik nanti You tunggu sini yer I datang ambik .."

Pesan Asyraf kepadaku.

Aku membuka tali seatbelt ku lalu membuka pintu kereta untuk keluar. Sejak hari itu, setiap hari Asyraf akan menghantar & menjemput Aku ke tempat kerja sebelum Dia pula berangkat kerja.

Hubungan kami kini mulai baik & saling mengenali hati budi masing-masing.

Sedang Aku sibuk membuat kerja di meja kerjaku, tiba-tiba rakan sekerjaku iaitu Anis datang menghampiri Aku.

"Esya ~ tadi Boss pesan kat Aku supaya bagitahu kat Kau untuk hadir sekali mesyuarat dengan Pengurus Logistik syarikat besok .."

Ujar Anis menyampaikan pesan kepadaku.

"Mesyuarat dengan Pengurus Logistik ??"
"Hurmm okey Anis .. besok Aku join sekali .. thanks for info ~"

Balasku sambil tersenyum.

Tiba-tiba tidak lama kemudian, telefon bimbitku berbunyi menerima mesej pesanan Whatsapps.

From : Asyraf ~

"Malam nie You tak perlu masak ..

Jom kita keluar makan malam kat luar ~"

Pesan daripada Whatsapps Asyraf.

Aku tersenyum membaca mesejnya kerana malam nie Aku tak perlu nak memasak makanan untuk makan malam dirumah. Aku berfikir, kemana pula Asyraf nak bawa Aku makan malam nie.

Petang itu, seperti biasa Asyraf menjemputku di tempat biasa Dia turunkan Aku lalu kami segera pulang ke rumah untuk bersiap keluar malam nanti.

Selepas dah selesai sembahyang magrib & bersiap, Asyraf membawa Aku keluar makan malam disebuah cafe yang agak fancy tempat & makanannya.

Kata Asyraf, Dia sengaja membawa Aku makan disitu kerana Dia baru sahaja mendapat sedikit duit bonus atas kejayaan gambar iklan yang Dia buat.

Selepas selesai makan malam, Asyraf mengajak Aku berjalan-jalan makan angin dulu di taman rekriasi untuk menghirup udara malam.

Pada waktu-waktu malam begitu masih banyak lagi orang-orang yang datang berjalan-jalan seperti kami mengambil angin & ada juga yang bersenam.

Aku & Asyraf saling berjalan seiring perlahan-lahan mengikuti laluan pejalan kaki ditaman itu sambil bercerita tentang diri kami.

"Mawar ~ You memang tinggal dekat KL nie ker ??"
"Mak Ayah You ada ??"

Tanya Asyraf ingin tahu tentang diriku.

"Huh !! Owhh ~ takdelah .."

"Saya bukan asal dari KL .. sebenarnya ini kali pertama Saya menjejakkan kaki ke KL nie .. Saya sebenarnya berasal dari Johor .."

"Saya tak ada banyak sangat ahli keluarga .. Saya cuma ada Ayah, Ibu & seorang Abang .. itu jer .."

Jawab Aku menceritakan tentang ahli keluargaku kepada Asyraf sambil kami masih berjalan seiring.

Tersenyum Asyraf dengan penerangan Aku tentang ahli keluargaku kepada Dia.

Asyraf :

"Waww !! Hurmmm ~ You tak balik jumpa diaorang ker ??"

Esya :

"Huh !! Ikutkan hati, sekarang jugak Saya nak balik jumpa diaorang sebab Saya rindu sangat dengan diaorang .."

"Saya rindu dengan masakkan air tangan Ibu yang selalu masakkan makanan kesukaan Saya .."

"Saya rindu nak bergurau gelak ketawa dengan Ayah .. gelak tawa Ayah sentiasa dalam ingatan Saya .."

"Saya rindu nak bergurau senda dengan Abang Saya .. dulu Saya suka curi-curi ikut Abang dengan kawan Dia pergi memancing kat hujung kampung sampai bila balik dari memancing, Ibu tentu akan membebel gila-gila sebab anak dara mana boleh balik magrib dengan anak jantan .. HAHAHAA ~~"

"Masa tu Abang yang akan kena bebel teruk dengan Ibu sebab bawak Saya pergi memancing sekali dengan budak jantan lain kat hujung kampung .."

Asyraf :

"Jantan lain ?? You dah ada boyfriend ker ??"

Tanya Asyraf yang berbau cemburu disitu.

Esya :

"Huh !!! Ehh mana ada boyfriend .. paling pun ada Abang Faiz jer yang pergi memancing .."

"Mana ada sesiapa lagi .."

Asyraf :

"Abang Faiz ??"

"Siapa Abang Faiz tu ?? Boyfriend You ker ??"

Tanya Asyraf sekali lagi & berasa agak kurang senang dengan Abang Faiz yang disebut-sebut oleh Esya.

"Huh !! Siapa ?? Abang Faiz ??"

"HAHAHAHAAA ~~ Mana mungkin Abang Faiz tu nak jadi boyfriend dengan orang macam Saya nie .."

"Abang Faiz tu sebenarnya abang kepada bestfriend Saya iaitu Fizah .."

"Selalunya bukan Saya sorang jer tau yang suka curi-curi ikut pergi memancing .. kawan Saya yang Fizah tu pun suka curi-curi ikut macam Saya .."

Asyraf :

"Fizah ?? Owhh ~ jadi bukan You sorang jer lah perempuan yang pergi memancing dengan lelaki-lelaki tu ??"

Esya :

"Aah .. betul tu ~"

"Bukan Saya sorang jer perempuan sebab Fizah pun entah kenapa Dia selalu sangat paksa Abang Faiz bawak Dia pergi memancing sekali .. padahal Dia bukan memancing sangat pun ... HAHAHAAA ~"

Tergelak Aku sendiri bila teringatkan persahabatan kami berempat yang selalu sahaja selalu bersama ketika di kampung.

Aku pun tiba-tiba terasa rindu dengan Fizah & Abang Faiz yang selalu sahaja ada bersama dengan Aku semasa di kampung dahulu. Bagaimanalah keadaan mereka semua di kampung sekarang.

Baru terasa lega hati Asyraf selepas mengetahui bahawa Abang Faiz yang dikatakan Esya itu sebenarnya bukanlah sesiapa melainkan hanya seorang kawan sahaja.

"Awak pulak macam mana ??"
"Awak takde saudara-mara ker kat sini ??"

Tanya Aku ingin tahu pula.

Asyraf menggaru-garu belakang lehernya bila dengar pertanyaanku.

"Huh !! I ker ??"
"Hurmmmm ... I takde sesiapa, I anak yatim & tinggal sendirian kat sini .."

Jawab Asyraf sambil tersenyum kelat.

Terkedu Aku dengan jawapannya. Tiba-tiba Aku rasa simpati dengan nasib Asyraf. Aku tidak menyangka bahawa Asyraf merupakan seorang anak yatim & tinggal sebatang kara di sini.

"Huh !! Maafkan Saya Asyraf .. Saya tak bermaksud nakk ...."

Kataku serba salah.

Namun kata-kata ku terus terpotong saat Asyraf tiba-tiba memegang tanganku.

"NO its okey Mawar .."

"I tak kisah pun .. sebab sekarang nie I dah tak keseorangan .."

"I dah ada You sebagai peneman hidup I & I harap semoga suatu hari nanti You akan bukakan pintu hati You untuk I .."

Ujar Asyraf sambil tersenyum & membelai lembut tanganku.

Sekali lagi Aku terkedu dengan kata-kata Asyraf. Entah mengapa tiba-tiba Aku merasa jantungku berdengup kencang saat Dia menatap ke dalam mataku dengan senyuman & memegang erat tanganku.

Aku dapat merasakan keikhlasan hati Asyraf yang betul-betul menaruh hati terhadap Aku. Aku hanya mengangguk kepala sambil tersenyum membalas kata-katanya. Aku masih lagi mencuba untuk memberikan hati Aku buat Asyraf.

Asyraf tidak melepaskan tangan Aku. Dia terus memegang tanganku lalu kami berdua berjalan seiring bersama lagi sambil berpegangan tangan.

Aku jadi tersenyum dengan perbuatan Asyraf yang memegang tanganku erat sambil kami berjalan seiring di laluan pejalan kaki taman rekriasi itu.

.........................................................................

DI PEJABAT ~

Hari ini Aku kena ikut menghadiri mesyuarat bersama dengan Pengurus Logistik syarikat supaya Aku sebagai pekerja baru boleh mempelajari lagi tentang selok belok logistik dalam syarikat itu.

Jadi di dalam mesyuarat itu Aku hanya perlu mendengar & melihat sahaja bagaimana operasi syarikat menjalankan aktiviti mereka.

Tidak lama sebelum mesyuarat kami habis, tuan Pengurus logistik itu memanggil beberapa orang pekerja barunya juga di dalam jabatan mereka untuk di perkenalkan kepada kami iaitu jabatan pengurusan sumber manusia.

Ketika itu, Aku jadi tergamam & sangat terkejut besar saat melihat salah seorang pekerja baru tersebut.

"ABANG FAIZ ???"

Kataku tertanya sendiri melihat seseorang ini dari jauh, betulkah apa yang Aku lihat ini sekarang.

Susuk kelibat lelaki itu sama persis seperti Abang Faiz.

"ESYAA ???"

Lelaki itu juga melihatku dengan pandangan hairan & terkejut. Bila nama Aku disebut, jadi memang betullah itu memang Abang Faiz.

Aku jadi betul-betul sangat terkejut besar kerana bagaimana mungkin Abang Faiz merupakan salah seorang dari pekerja baru dalam jabatan logistik di tempat sama Aku bekerja juga. Kecil betul dunia ini.

Kami berdua diperkenalkan antara satu sama lain. Ketika itu Aku & Abang Faiz benar-benar menahan rasa nak menjerit gembira di dalam hati kerana akhirnya kami di pertemukan juga.

Habis sahaja mesyuarat & orang lain semua sudah keluar dari bilik mesyuarat. Aku & Abang Faiz sengaja menunggu di dulu dalam bilik mesyuarat sehingga bilik mesyuarat kosong.

"Arghhhhhhh !!!!!"

Jerit Aku & Abang Faiz tapi perlahan melepaskan rasa teruja yang kami simpan tadi.

"ABANG !!"

"ESYAA !!"

Panggil kami masing-masing yang berasa sangat teruja.

"Apa Abang buat kat sini ??"

"Apa Esya buat kat sini ??"

Serentak kami berdua bertanya kerana masing-masing jadi sangat teruja.

Kami berdua tergelak sendiri bila kami menanyakan hal yang sama serentak. Rindunya Aku dengan Abang Faiz. Perangainya memang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Aku melihat penampilannya dari atas sampai ke bawah.

"Waw ~~ Abang nampak lain macam dengan pakaian nie yer ??"

Kataku sambil menyilang tangan melihat gaya penampilan Abang Faiz yang kelihatan segak hari ini berpakaian kemeja lengkap.

"Kenapa ?? Esya tergoda ker tengok kekacakkan Abang macam nie ??"

Kata Abang Faiz sambil bergaya seperti model pakaian di hadapanku dengan wajahnya yang poyo.

Tergelak Aku dengan perangai Abang Faiz yang tak pernah nak berubah, selalu sangat perasan Dia jejaka yang handsome. Tapi kalau ikutkan, Abang Faiz memang ada rupa pun, sebab itu ramai gadis di kampung dulu suka dengan Abang Faiz.

"HAHAHAHAA ~~ Abang nie perangai tak ubah lahh .."

"Abang ~ maaf Esya tak boleh lama dalam nie takut nanti Boss Esya cari .."

"Lama Esya tak jumpa dengan Abang .. Nanti kita borak lagi yer .."

Kataku lalu terpaksa kalut mahu cepat keluar dari bilik mesyuarat itu. Namun tiba-tiba tangan Aku di tahan oleh Abang Faiz.

"Esya !! Tengahari nie kita keluar makan sama laa .. nanti Abang tunggu Esya kat bawah .."

Pesan Abang Faiz sebelum Aku keluar dari bilik mesyuarat itu.

Bertapa bahagianya Aku hari ini setelah mengetahui bahawa Abang Faiz juga bekerja di syarikat yang sama denganku di sini. Bertapa kecilnya dunia ini sampai dalam banyak-banyak tempat, Aku boleh pulak dipertemukan dengan Abang Faiz begitu tadi.

Aku kembali semula ke meja kerjaku untuk menyambung kembali pekerjaan ku.

"Esya !! Kau pergi mana tadi lepas dari meeting ??"

Tiba-tiba Anis datang menyapa Aku di meja kerjaku. Terkejut Aku dibuatnya.

"Huh !! Aku pergi toilet kejap .."
"Kenapa ??"

Jawabku sengaja memberi alasan kepada pertanyaan Anis.

Kemudian reaksi wajah Anis terus bertukar teruja & Dia makin mendekati Aku yang sedang duduk di kerusi.

"Esya !! Kau nampak tak muka-muka pekerja baru bahagian logistik tadi .."

"Handsome-handsome kan ~~ terutama lelaki yang pakai baju kemeja biru gelap tadi .. Arghhhh ~~ handsome kan .."

Kata Anis teruja menjelaskan tentang Abang Faiz yang merupakan lelaki berbaju kemeja biru gelap tadi.

Tergelak Aku dengan reaksi Anis yang kelihatan sangat teruja dengan Abang Faiz seakan-akan Dia sudah jatuh cinta pandang pertama.

"Kenapa Kau gelak Esya ??"
"Dia handsome kan ??"

Kata Anis lagi.

Makin tergelak Aku dengan reaksi Anis. Iya ~ memang Abang Faiz tu handsome & ada rupa, tapi kalau dah kenal Dia & tahu perangai annoying Dia yang suka menyakat orang, Aku pun tak tahu nak kata apa. Ini kerana Aku dengan Fizah lah yang selalu jadi mangsa Dia masa kat kampung dulu.

"Hurmmm ~~ not bad lah jugak Dia tu .. kenapa ?? Anis suka Dia ker ??"
"Nampak Dia macam single lagi tu .. HEHEHEHEE ~~"

Jawabku memuji tentang Abang Faiz.

Aku terus memerhati lagi bagaimana reaksi wajah Anis bila Aku tanya begitu, & ternyata wajah Anis mulai memerah malu-malu kucing dengan pertanyaanku.

"Iyer ker Esya ??"
"Kalau macam tu Aku ada peluang laa .. HEHEHEEE ~~"

Kata Anis lalu tergelak tersipu malu.

Geli hati Aku melihat reaksi Anis yang sama seperti reaksi gadis-gadis kat kampung Aku dulu bila tiap kali nama Abang Faiz disebut-sebut. Pasti mereka akan mulai malu-malu kucing seperti Anis sekarang.

Bila nampak Bos kami sedang buat rondaan di ruangan HR, Anis terus kelam kabut berlari duduk semula di meja kerjanya sebelum kami ditegur.

Aku juga menyambung semula pekerjaanku yang terganggu dengan Anis tadi yang sibuk mengajakku bergosip tentang Abang Faiz.

Bila waktu makan tengahari tiba, seperti yang dijanjikan, Abang Faiz sudah menunggu Aku di bawah bangunan jabatanku untuk kami berdua keluar makan tengahari bersama.

Aku rasa sangat gembira hari ini kerana dapat bertemu kembali dengan Abang Faiz & kami juga sempat keluar makan tengahari bersama.

"Macam mana Abang boleh kerja kat sini ?? Terkejut Esya tau .."

Kataku memulakan. Perasaan terujaku masih lagi tidak habis setelah bertemu dengan Abang Faiz.

"Abang pun terkejut tengok Esya tadi tau .. Abang ingatkan hantu tadi .. rupanya betul-betul Esya .."

Balas Abang Faiz mulai mengusikku.

Laju terus tangan Aku menampar lengan Abang Faiz yang sedang memegang sudu bermain dengan makanannya. Ada jer benda yang Abang Faiz nak kata untuk mengusik Aku.

"Auww sakit laa !! Apa pukul-pukul orang nie .. tak malu ker !!"

Gurau Abang Faiz.

"Tak malu !! Uwekkkk .."
"Eshh !! Betul-betul laa Abang .. ceritalah cepat .. main-main pulak .."

Balas Aku lalu menjelir lidah ke arah Abang Faiz.

Aku mencubit-cubit belakang tangannya supaya cepat menjawab pertanyaanku & berhenti bermain-main. Beginilah perangai Abang Faiz yang suka sangat mengusik Aku.

"Eshh !! Iyalah -iyalah ~ Abang nak ceritalah nie .."

"Sebenarnya Abang ada pergi interview kat sebuah syarikat nie kat pekan besar kampung kita tu .. kemudian Abang diterima kerja, tapi tiba-tiba pulak syarikat tu transfer Abang untuk bekerja di cawangan mereka kat sini .. sebab tu Abang ada kat sini .."

Jelas Abang Faiz menceritakan sebab bagaimana Dia berada di sana.

Terkedu Aku dengan penjelasan Abang Faiz yang Aku rasakan sebagai sebuah takdir yang mempertemukan kami berdua tanpa diduga. Namun Aku berasa sangat bersyukur & gembira.

Senang hati Faiz akhirnya dapat melihat lagi gelak tawa & reaksi geram manja Esya bila Dia mulai mengusiknya. Inilah sebabnya Faiz membuat permohonan kepada syarikat tersebut untuk menempatkan Dia bekerja di cawangan KL sekiranya Dia diterima kerja. Semua ini Dia lakukan agar dapat bertemu dengan Esya lagi.

Walaupun sudah mahu hampir setahun mereka tidak bertemu, namun perangai Esya masih lagi sama seperti Esya yang Dia kenal dulu semasa di kampung yang  ceria & suka membalas usikkan Faiz jika Dia mengusik gadis itu.

"Iyer ker Abang ?? Wahh ~ tak sangkanya kita jumpa macam nie kan .."

Balasku sangat teruja.

"Itu namanya kalau dah jodoh tak kan ke mana .. nampak tak bertapa kuatnya jodoh Esya dengan Abang .."

Ujar Faiz dengan maksud tersiratnya kepada Esya.

Tergelak Aku dengan ayat Abang Faiz. Memang dah jodoh Aku dengan Abang Faiz dipertemukan lagi begitu di dalam tempat kerja yang sama.

"HAHAHAHA ~~ Ada-ada jer lah Abang Faiz nie .."

"Owh ya .. macam mana keadaan orang-orang kat kampung ??"

"Hurmmm .. Ayah, ibu dengan Abang Danish macam mana ?? Diaorang sihat ??"

Tanya Aku serba salah tapi Aku ingin tahu.

"Alhamdullilah .. diaorang semua sihat .."

"Danish dah ceritakan semuanya pada Abang tentang kenapa Esya kena larikan diri ke KL nie .. mulai sekarang, Esya tak perlu risau yer, sebab Abang dah ada kat KL nie & akan jagakan Esya .."

Jelas Faiz.

Terkedu Aku sekali lagi dengan kata-kata Abang Faiz. Aku tak sangka pula sampai sejauh itu Abang Faiz tahu tentang masalah yang menimpa Aku & keluargaku.

Namun Aku tetap senang & gembira ada Abang Faiz bersamaku sekarang. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang Aku kenali & Aku selesa dengannya.

"Esya nak tahu sesuatu tak ??"
"Kalau Esya tahu nie, tentu Esya akan terkejut giler-giler "

Kata-kata Abang Faiz membuatku rasa teruja untuk tahu.

"Apa dia ?? Cepatlah cakap !!"
"Abang nie buat suspen orang jer laa .."

Pintaku ingin segera tahu.

Aku sudah siap sedia memasang kedua telingaku untuk mendengar cerita apa yang Abang Faiz mahu beritahu.

"Mestilah kena buat Esya suspen dulu .. barulah best nak bercerita .."
"Esya nak tahu tak yang sebenarnya sekarang Abang Esya tu dah khawin .."

Kata Abang Faiz.

Tergamam Aku mendengar berita itu daripada Abang Faiz. Aku tidak menyangka bahawa Abang Danish sekarang ini juga sudah bernikah.

"What ?? Abang Danish dah khawin !!"
"Dengan siapa ??"

Terkejut Aku.

Aku jadi tertanya-tanya untuk nak tahu siapa gerangan kakak iparku itu & bagaimana pula Abang Danish tiba-tiba bernikah.

Abang Faiz membuat muka sedih & tertunduk kesal untuk memberitahu Aku tentang siapa isteri Abang Danish. Kemudian Dia menepuk-nepuk lembut tanganku dengan wajah sedihnya.

"Siapa Abang ?? Siapa isteri Abang Danish ??"

"Kenapa Abang Faiz kesal macam nie ??"

"Teruk sangat ker bini Dia ??"

Tanyaku berdebar & tertanya-tanya ingin tahu kerana risau dengan riak wajah Abang Faiz yang menunduk kepala kebawah menunjukkan seakan-akan ada sesuatu yang buruk berlaku.

"Nama isteri Danish sekarang adalah ...."

Abang Faiz mulai mahu memberitahuku lalu segera mengangkat kepalanya & mendekatkan sedikit wajahnya ke telingaku untuk membisikkan Aku sesuatu.

"NURUL NAFIZAH BINTI MAD NASIR ~~"

Bisik Abang Faiz ditelingaku seolah-olah Dia sedang membisikkan Aku kod rahsia negara.

Selepas Abang Faiz membisikkan Aku nama tersebut, Dia segera duduk elok-elok semula di kerusinya di hadapanku untuk melihat bagaimana reaksi wajah Aku.

Bila Aku mendengar nama itu dari mulut Abang Faiz .. tiba-tiba otak Aku jadi blank & loading kerna cuba memikirkan nama itu yang sepertinya agak familiar denganku. Aku terus berfikir, dari mana Aku pernah dengar nama penuh itu sebelumnya.

Abang Faiz yang duduk dihadapanku terus memerhatikan reaksi wajahku yang sedang tertanya-tanya akan sesuatu sambil Dia cuba menahan gelaknya.

"Nurul Nafizah Binti Mad Nasir ??"
"Kenapa nama isteri Abang Danish macam nama Fizah ek ?? Mad Nasir tu bukan nama Abah Abang ker ??"

Tertanya Aku sendiri sampai berkerut-kerut dahi Aku dibuatnya.

Abang Faiz terus tergelak besar pecah perut kerana sudah tidak tertahan melihat reaksi wajah Aku yang dah berkerut-kerut berfikir seakan-akan Detektif Conan yang sedang menyelesaikan misteri kejadian.

Hairan Aku dengan gelak tawa Abang Faiz yang dah pecah perut gelakkan Aku dihadapanku sehingga memerah mukanya.

"HAHAHAHAHAAAAA ~~~"

"Kelakarlah Esya nie .. dah lama Abang Faiz tak gelak teruk macam nie .."

"Tak kan Esya tak sedar lagi siapa orang yang nama macam tu ??"

Terbahak-bahak Abang Faiz mentertawakan Aku.

Bila Abang Faiz berkata begitu, tiba-tiba Aku jadi tersentak & membulat besar kedua mataku menyedari akan apa yang Aku sedang fikirkan itu adalah benar.

"WHAT !!! Maksud Abang Faiz .. orang yang jadi isteri Abang Danish sekarang nie adalah Fizah ??"

"Fizah adik Abang Faiz tu ?? Fizah yang kawan rapat Esya tu ker ??"

Tertalu-talu persoalan yang Aku tanyakan kepada Abang Faiz untuk kepastian kerana terkejut dengan tekaan ku yang benar itu.

"Arghhhhh !!!!!!"

Teriak Aku di dalam restoran itu.

Semua pelanggan yang sedang sibuk makan tengahari di meja bersebelahan kami semuanya memandang ke arah Aku yang tiba-tiba berteriak agak kuat.

Aku benar-benar terkejut besar & sangat teruja dengan berita itu sehingga Aku teriak senang sampai 1 restoran dengar.

"OMG !!! Serius lah Bang ??"
"Si Fizah tu ker yang jadi bini Abang Danish !!"

Tanyaku lagi sekali untuk kepastian kerana masih tidak percaya dengan apa yang baru Aku dengar.

Abang Faiz menganggukkan kepalanya & sambung gelak terbahak-bahak lagi melihat reaksiku yang masih terkejut.

"Iya Esya ... Fizah adik Abang Faiz yang suka membebel 24 jam tanpa henti tu lah yang jadi isteri Danish sekarang .."

"Abang Faiz simpati dengan Danish sebab dapat Fizah sebagai isteri Dia sekarang nie .. Huhuhuuu ~~"

Jelas Abang Faiz & sempat lagi Dia bergurau sengaja mengata tentang Fizah.

Hati Aku jadi sangat senang gembira sehingga terasa mahu berteriak kuat kerana terlalu gembira dengan berita itu.

"Jadi maknanya sekarang nie Abang Danish dengan Fizah betul-betul dah sah jadi suami isteri laa ?"

"Yaa Allah .. tak sangkanya Esya .. akhirnya cinta mereka berdua terikat juga .."

"Tulaa .. Esya dah cakap dengan Abang Danish dulu yang Fizah tu ada hati dengan Dia .. tapi Abang Danish tak nak percaya cakap Esya & bagi macam-macam alasan cakap yang Dia tak layak untuk Fizah laa konon .."

"Last-last sekarang dah jadi suami isteri .. HAHAHAHAA ~~"

"Happy Esya dengar berita nie Bang ~ Esya tahu yang mereka berdua menaruh perasaan bersama tapi masing-masing tak nak mengaku .."

"Tapi sekarang nie Esya bersyukur sebab kedua-dua orang kesayangan Esya nie akhirnya bersatu jugak .."

Ucapku sangat senang & bahagia dengan mereka berdua.

"Itulah Esya .. Abang Faiz pun gembira tengok diaorang berdua .."

"Jadi sekarang nie Fizah dah jadi kakak ipar Esya laa kan .."

"Hurmmm ~~ melepaslah Abang .. baru Abang nak jadikan Danish sebagai Abang ipar untuk Abang .. tapi Dia pulak jadi adik ipar Abang .."

Kata Abang Faiz sekali lagi memberi kata-kata tersirat untukku, namun Aku menganggapnya hanya sebagai gurauan kerana Aku tahu Abang Faiz memang suka bergurau denganku.

Makan tengahari kami hari ini terasa seperti tidak cukup untuk kami nak bercerita setelah sekian lama baru bertemu kembali. Aku berasa sangat senang hari ini bercerita dengan Abang Faiz & masih banyak lagi benda yang mahu kami borakkan.

"Esya ~ bila Esya free lagi ??"
"Jomlah keluar lepak dengan Abang .. ada banyak lagi benda kita nak share sama .."

Ajak Abang Faiz.

Tiba-tiba Aku jadi teringat dengan Asyraf. Bagaimana Aku nak keluar berborak dengan Abang Faiz dengan situasi Aku sekarang ini. Mahukah Asyraf mengizinkan Aku.

Aku & Abang Faiz hanya saling memberi nombor telefon masing-masing supaya boleh berhubung lagi. Masa rehat 1 jam untuk makan tengahari itu memang tidak cukup untuk kami berdua berborak panjang.

Selepas habis waktu makan tengahari, Aku masuk bekerja seperti biasa di jabatanku begitu juga dengan Abang Faiz.

Kemudian tiba-tiba Aku mendapat pesanan Whatsapp daripada Asyraf.

From : Asyraf

"Mawar ~ maaf hari nie I tak dapat nak jemput You balik dari tempat kerja sebab I kena kerja lebih masa hari nie .."

"You tak perlu tunggu I makan malam sebab mungkin I akan balik agak lewat harinie .."

Pesan dari Whatsapp Asyraf.

Kemudian Aku jadi terfikirkan akan sesuatu, lalu Aku terus membalas pesanan Whatsapp Asyrat.

From : My Mawar ~

"Kalau macam tu .. boleh Saya makan malam kat luar hari nie ??"

From : Asyraf

"Boleh !! You nak keluar dengan siapa ??"

"Anis ker ??"

From : My Mawar ~

"Yeah !! Boleh ??"

From : Asyraf

"Sure My love .. see you at home .."
"Jangan balik lambat sangat yer ~"

Balas Asyraf.

Tersenyum senang Aku dengan mesej pesanan Asyraf yang memanggilku My Love ..

Petang itu selepas habis waktu bekerja, Aku dengan Abang Faiz berjanji untuk bertemu kembali & makan malam bersama supaya kami boleh menyambung kembali cerita kami yang tergantung waktu makan tengahari tadi.

Serba salah Aku dengan Asyraf kerana terpaksa mengakui bahawa Aku keluar dengan Anis padahal sebaliknya.

Tidak tahu mengapa, Aku masih belum bersedia untuk memberitahu sesiapa terutama Abang Faiz mengenai pernikahanku dengan Asyraf.

Aku berasa takut untuk memberitahu Abang Faiz tentang hal pernikahanku kerana pasti Dia akan terkejut besar dengan apa sebenarnya telah terjadi kepadaku selama Aku berada di KL.

Semua kejadian buruk yang pernah berlaku kepadaku bermula daripada kejadian yang berlaku di rumah sewa pertama ku, lelaki bertatu yang mengejarku, Aku hampir dijual dengan orang pengutip hutang Ayah  & juga tentang Asyraf, semuanya Aku tidak berani untuk menceritakannya pada Abang Faiz lagi.

Aku tidak mahu Abang Faiz akan risau dengan Aku & memberitahu semua ini kepada keluargaku di kampung. Jadi semasa makan malam itu, kami cuma banyak berborak tentang keadaan di kampung & tentang Abang Faiz. Aku sedaya upaya mengelak untuk bercerita tentangku sangat di sini.

Selepas selesai makan malam & berborak panjang, Aku segera meminta diri untuk pulang sebelum Asyraf balik dari kerja kerana tidak mahu jika Asyraf menungguku pulang di rumah.

Aku pulang ke rumah dengan menaiki GRAB  kerana tidak mahu jika Abang Faiz mengetahui dimana tempat tinggalku.

Aku sampai di rumah tepat pukul 9.30 malam & kelihatan Asyraf masih lagi belum pulang ke rumah. Lega rasa hati Aku. Aku kemudian terus masuk ke bilik tidurku lalu bersedia untuk mandi membersihkan diri sebelum Asyraf pulang ke rumah.

Di dalam bilik mandi, Aku mandi sambil bernyanyi riang kerana sangat senang hati hari ini. Selepas bertemu dengan Abang Faiz, hati Aku jadi sangat senang gembira lagi-lagi bila Abang Faiz banyak menceritakan tentang keadaan Ayah, Ibu, Abang Danish & Fizah yang kini sudah menjadi kakak iparku.

Bahagianya rasa hatiku kerana senang mengetahui khabar mereka semua di kampung dalam keadaan baik-baik sahaja semua. Aku mandi sambil bersenandung di dalam bilik air lama sehingga tidak sedar Asyraf sudah pulang kerumah.

Bila Asyraf baru balik rumah, Dia sempat mendengar suara Aku sedang bernyanyi riang bersama bunyi air shower yang jatuh ke lantai dari luar pintu bilik mandi ketika Dia mahu masuk ke dalam bilik tidurnya.

Hairan Asyraf mendengar Aku mandi sambil menyanyi riang begitu kerana tidak pernah Dia mendengarku begitu senang menyanyi.

Selepas Aku selesai mandi, Aku memakai kain tuala ku untuk keluar dari bilik mandi. Sebelum itu, Aku sempat mengintai keluar dari bilik mandi samada Asyraf sudah balik rumah atau belum. Ini kerana selalunya Aku akan membawa pakaianku siap masuk ke dalam bilik mandi & memakainya dahulu sebelum keluar kerana tidak mahu Asyraf melihatku keluar berkemban.

Tapi kali ini, disebabkan rasa senang gembiranya Aku tadi nak masuk mandi, Aku sampai terlupa untuk membawa pakaianku untuk siap pakai di dalam bilik mandi. Tapi Aku yakin bahawa Asyraf pasti akan balik lewat hari ini, jadi Aku dengan beraninya keluar berkemban dari bilik mandi dengan memakai kain tuala putih di tubuhku sahaja & melepaskan rambut basahku di atas kedua bahuku.

Aku mengintai ke ruangan tamu & melihat Asyraf masih belum juga balik lagi. Maka Aku pun yang masih berkemban dengan kain tuala ditubuh mulai sambung bernyanyi riang lagi & menuju ke dapur mencari sesuatu sambil menari-nari senang.

Tiba-tiba Asyraf yang kebetulan sedang mahu keluar dari dalam biliknya terdengar suara lunak Aku sedang bernyanyi-nyanyi sambil menari-nari senang dari arah dapur.

Asyraf mengikuti suara nyanyianku dari pintu biliknya sehingga menuju ke arah dapur. Dia terpegun melihat susuk badanku yang masih berkemban memakai kain tuala putih sahaja ditubuhku sedang menari-nari sendirian di dalam dapur.

Pergerakkan lenggok tari badanku yang hanya ditutupi dengan kain tuala putih dari atas dada sehingga ke paras atas kepala lutut seakan-akan menggoda Asyraf untuk datang menghampiriku.

Aku yang masih melayan perasaan senangku di dalam dapur sehingga tidak menyedari Asyraf makin menghampiriku dari arah belakang.

Kemudian tiba-tiba Aku merasakan sepertinya ada satu lingkaran tangan yang melingkari pinggangku & satu lagi naik melingkari bahagian atas dadaku dari arah belakang. Badanku dikunci kuat oleh lingkaran tangan itu membuatkan badan Aku tidak dapat  bergerak

"ASYRAFFF !!!"

Kataku terkejut saat menyedari tubuh Asyraf rupanya yang tiba-tiba datang memeluk erat Aku dari belakang yang hanya berbalutkan kain tuala sahaja ditubuhku.

"Shhhhhh ~~~"
"Stay like this Mawar ~~"
"Please ~~~"

Bisik Asyraf perlahan di tepi telingaku seakan-akan merayu.

Aku dapat merasakan kehangatan tubuh badan Asyraf yang kebetulan hanya memakai baju dalam singlet ditubuhnya & berseluar pendek. Aku jadi terdiam tidak terkata dengan sentuhan Asyraf yang lembut perlahan-lahan mengalihkan rambut basahku di atas bahu ke belakang,  kemudian bibir & hidungnya mulai mengucup hangat leher serta bahuku menikmati bau harumnya tubuh ku yang baru lepas mandi sehingga Aku jadi terbuai dengan belaiannya.

Tubuhku meliuk lentok sehingga kedua mataku tertutup kerana dibuai dengan belaian lembut tangan Asyraf di atas dada & pinggangku dari belakang serta rasa hangat kucupan bibirnya yang mengucup lembut bahagian leher & kulit bahunya.

Nafasku mulai tidak stabil melayani perbuatan Asyraf yang entah sejak bila Dia datang tanpa Aku sedari. Kedua tanganku pula berada di atas tangan Asyraf yang sedang erat mengunci badanku dari belakang. Sambil bibir & hidungnya masih berada di sekitar leherku, tangan Asyraf mulai nakal menjalar mahu membuka kain tuala pada tubuhku.

Dengan pantas, laju tanganku menahan tangan Asyraf supaya menghentikan perbuatannya yang cuba membuka kain tualaku.

"Asyraf Stop !!!"
"Please .. jangan !!"

Rayuku sambil menahan tangan Asyraf supaya jangan membuka kain tuala yang menutupi tubuhku.

Asyraf menghentikan perbuatannya lalu perlahan-lahan membalikkan tubuhku supaya menghadapnya. Tangan Asyraf membelai lembut pula pada wajah serta bibir merahku & perlahan-lahan Dia mendekatkan wajahnya hampir ke wajahku.

"You're so beautiful tonight Mawar .."
"Can you be mine tonight ??"

Kata Asyraf dengan suara husky & dahinya berada dekat dengan dahiku,  lalu perlahan-lahan Dia cuba mendekatkan bibirnya bertemu dengan bibirku.

Aku hampir makin terbuai dengan sentuhannya yang boleh membuatku menjadi khayal dalam sedar. Namun tiba-tiba Aku jadi tersentak & sedar dengan apa yang sedang berlaku, maka sebelum bibirnya bertaut di bibirku, dengan laju Aku
terus menolak badan Asyraf kebelakang sedikit agar tidak dekat denganku.

Asyraf melepaskan tubuh badanku selepas Aku menolaknya kebelakang & itu juga yang membuatnya tersedar dari nafsunya yang sedang mulai menguasai dirinya saat melihatku.

Saat itu baru kami berdua mulai sedar dengan apa yang sedang berlaku tadi. Aku memegang kain tuala ditubuhku agar tidak jatuh sambil tertunduk malu dengan keadaanku yang seperti itu.

Tanpa berkata apa-apa, Aku terus berjalan mahu masuk ke dalam bilikku cepat. Tapi tiba-tiba tanganku direntap & ditarik kuat oleh Asyraf ke dalam dakapannya.

Terkejut Aku dengan tindakkan Asyraf yang tiba-tiba menarik & memeluk Aku erat dalam dakapan hangatnya.

"Mawar please ~"
"Can you stay with me tonight ??"
"I really need You beside me .. please ~ I merayu .."

Pinta Asyraf sambil mendakapku erat.

Entah mengapa Aku dapat merasakan seperti  Asyraf memang sedang mengalami masalah & betul-betul memerlukan teman yang boleh berada disampingnya malam ini.

Aku melepaskan pelukkan Asyraf dari tubuhku & melihat ekpresi wajahnya yang kelihatan sebak ketika mendakapku tadi.

Wajah Asyraf yang kelihatan sedih Aku belai lembut dengan kedua tanganku memujuk agar Dia mulai tenang.

Kemudian kedua belah tanganku yang membelai wajahnya dia cium bertalu-talu pula tanpa henti sehingga leher & bahuku pun Dia kucup semula dengan penuh nafsu ghairahnya.

Sekali lagi Aku menolak badan Asyraf supaya menghentikan perbuatannya itu.

"Asyraf stop it !!"
"Apa Awak buat nie ??"

Marahku menolak perbuatan Asyraf.

"Sampai bila I harus bertahan lagi Mawar ??"

"You adalah isteri I yang sah .. jadi tak salahkan kalau I nak mintak You temani I malam nie .."

Balas Asyraf geram sambil memegang kedua tanganku.

Aku segera meleraikan tanganku dari pegangan tangan Asyraf lalu cepat-cepat lari masuk semula kedalam bilikku & menguncinya rapat.

Aku menyandarkan belakang ku di belakang pintu & mulai berfikir apa yang sebenarnya sedang berlaku. Hampir sahaja tadi berlaku sesuatu yang belum Aku inginkan. Macam mana pulak Asyraf boleh ada di belakangku tadi tanpa Aku menyedarinya.

Tiba-tiba Aku rasa bersalah dengan Asyraf. Tak sepatutnya Aku melayaninya seperti itu. Dia nampaknya betul-betul kelihatan kecewa & sangat memerlukan seseorang untuk menemaninya sekarang. Aku tidak pernah melihat Dia begitu sebelum ini. Dia ada masalah ker ??Tapi apa ?? Tiba-tiba Aku jadi tertanya-tanya.

Aku segera memakai pakaianku lalu perlahan-lahan keluar dari pintu bilik untuk melihat Asyraf yang mungkin masih berada di ruang tamu.

Ternyata benar tekaanku yang Asyraf masih berada di ruang tamu. Dia sedang duduk sambil memegang kepalanya dengan kedua tangannya seperti sakit kepala.

Aku mendekati Asyraf lalu menyentuh bahunya agar Dia melihat Aku.

"Kenapa dengan Awak ??"
"Ada sesuatu yang berlaku ker tadi ?? Awak okey ??"

Tanya ku ingin tahu.

Asyraf memandangku yang sedang berdiri di tepinya dengan pandangan yang agak lesu, lalu mengambil tanganku yang berada di atas bahunya..

"Takde apa yang berlaku .. I'm okey .."

"Mawar ~ I'm sorry dengan apa yang berlaku tadi .. I tak dapat nak tahan diri I bila tengok You macam tu tadi .."

Jelas Asyraf agak sedikit kesal dengan sikapnya tadi.

Tersentak Aku dengan permohonan maaf Dia tiba-tiba. Aku tak rasa Asyraf yang bersalah tadi kerana memang Akulah punca yang mencabar nafsu lelakinya.

"No it's okey .. bukan salah Awak pun .."

"Saya yang bersalah sebab berlegar-legar dalam rumah dengan bertuala macam tu jer .. Saya tak perasan pulak yang Awak dah balik .."

Kataku sambil menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.
Tergelak Asyraf melihat reaksiku.

"You nampak happy jer hari nie siap menyanyi & menari-nari lagi .."
"Ada sesuatu yang menarik ker berlaku tadi ??"

Tanya Asyraf yang perasan dengan sikapku yang kelihatan sangat senang hari ini.

Pertanyaan Asyraf membuatkan Aku risau untuk menjawabnya. Tidak mungkinkan Aku nak bagitahu Dia tentang Abang Faiz, nanti apa pulak katanya.

"Huh !!! Hurmmm ~~ takde apa-apa pun .. Saya cuma nyanyi-nyanyi jer .. takde apa yang menarik pun .."
"Hurmmm ~~ Awak dah makan ??"

Tanya ku pula menukar topik.

"Dah !! I dah makan tadi kat luar .."
"You makan dengan Anis kan tadi ?? Maaf sangat-sangat tak sempat nak jemput You balik .."

Balas Asyraf berasa serba salah tidak menjemputku pulang tadi.

"Eehh takpe .. Saya tak kisah pun .."
"Yeah .. Saya dah makan tadi dengan Ann~is ~~ HEHEHEHE ~"

Jawabku yang terpaksa menggunakan nama Anis sebagai alasan.

Asyraf hanya tersenyum & menganggukkan kepalanya kerana percaya Aku keluar makan dengan Anis tadi.

"Hurmmm ~ betul Awak tak apa-apa ker Asyraf ??"
"Awak nampak macam penat lesu jer .. banyak sangat ker kerja Awak tadi ??"

Tanya Aku kerana risau melihat wajah Asyraf yang kelihatan sangat keletihan hari ini.

"Don't worry .. I okey jer .."
"You masuklah tidur dulu .. I pun kejap lagi nak masuk tidur jugak .."

Balas Asyraf sambil tersenyum berat menyuruh Aku masuk tidur sahaja.

Aku mengikuti arahannya lalu terus segera masuk ke dalam bilik selepas memastikan keadaan Asyraf.

***********

Selepas memastikan Esya masuk ke dalam bilik, Asyraf menghubungi seseorang lagi semula.

"Hello ~ macam mana dengan Aqish ?? Dia dah okey ker ??"

Tanya Asyraf dengan nada suara yang risau kepada orang yang di dalam taliannya.

"Dah ~ Alhamdullilah Aqish dah membaik .."

"Tadi Doktor dah bagi ubat supaya Dia tidur .. jadi malam nie kami tidur kat hospital, besok baru Doktor bagi balik .."

Jawab suara dalam panggilan Asyraf itu.

Lega rasa hati Asyraf mendengarkan berita itu, sejak dari tadi lagi Dia kerisauan & tidak senang duduk memikirkan mereka di hospital.

"Hufttt ~~ syukurlah kalau macam tu .. lega hati Abang dengar .."
"Besok pagi Abang datang hospital yer ambik You dengan Aqish .. selamat malam~"

Ucap Asyraf lega lalu mematikan panggilannya segera.

Asyraf menghela nafas panjang lalu memegang kepala dengan kedua tangannya runsing selepas mendengarkan berita tentang Aqish namun Dia terasa agak sedikit lega berbanding awal tadi.

Dia terpaksa memberitahu Esya supaya pulang kerumah dahulu kerana Dia ada pekerjaan yang perlu diselesaikan, sedangkan sebenarnya Dia harus bergegas membawa Aqish ke hospital.

Bila Aqish dah stabil & dipindahkan ke bilik rawatan, baru Asyraf pulang ke rumah kerana risaukan Esya yang bersendirian di rumah.

Asyraf pulang dalam rasa kerisauan & sangat lelah hari ini, tapi Dia jadi terkejut bila melihat Esya yang sedang berkemban sambil menyanyi dengan rasa gembira di dalam dapur.

Tidak tahu mengapa tarikkan aura Esya membuat Asyraf jadi tidak dapat menahan dirinya untuk terus menghampiri isterinya yang seakan-akan menggoda Dia.

Asyraf mendakap erat tubuh Esya dari belakang & menikmati bau aroma badannya yang baru sahaja selesai mandi. Terasa segala beban kerisauan & lelah Asyraf seharian tadi terus hilang apabila Esya bersamanya.

"Please stay like this Mawar ~"

Ucap Asyraf perlahan ditelinga Esya dari belakang.

Terasa seperti Asyraf mendapatkan semula vitamin tenaganya ketika memeluk Esya. Segala penat lelahnya hari ini juga rasa terbayar semula.

Asyraf memerlukan seseorang yang dapat recharges kembali dirinya agar dapat menangani masalahnya & apabila Dia melihat isterinya, Dia seakan-akan dapat memperolehi tenaga kembali. 

"I'm sorry Mawar .. I terpaksa berbohong dengan You lagi harinie .."

"I cuba untuk menjelaskan hal yang sebenarnya pada Dia tadi, tapi ada hal lain pula yang menghalangnya .."

" I janji akan uruskan perkara nie secepat mungkin supaya kita berdua boleh hidup tanpa rasa bersalah macam nie & I akan jadi suami untuk You seorang sahaja .."

Kata Asyraf sendiri & berasa sangat kesal apabila mengingat kembali apa yang terjadi.

Namun Dia mulai tersenyum kembali bila teringatkan peristiwa antara Dia & Esya tadi. Entah mimpi Apa yang Dia dapat hari ini sehingga hampir mendapat tuah dari isterinya.

.........................................................................

Hari ini pun seperti biasa Asyraf akan menghantar Aku ke tempat kerja sebelum Dia berangkat ke tempat kerjanya juga.

Semasa di dalam perjalanan, tiba-tiba Asyraf mengambil tangan kananku yang ada di atas peha lalu Dia genggam erat jari jemariku sambil sebelah tangannya lagi memegang stering kereta untuk memandu.

Tanganku itu kemudian Dia bawa ke bibirnya lalu Dia cium hangat di bahagian belakang tanganku agak lama. Hairan Aku dengan kelakuannya, namun Aku hanya tersenyum saat matanya melihatku ditepi.

"Awak okey ker Asyraf ??"

Tanyaku ingin tahu.

"I okey jer .. why ??"

Jawab Asyraf sambil masih menggenggam jari jemariku & Dia fokus memandu.

"Takde apa .."

Balasku tidak tahu nak berkata apa lagi.

"Why ?? Tak boleh ker I nak pegang tangan isteri I sendiri ??"

Kata Asyraf semula sambil matanya menjeling ke arahku kemudian fokus kembali melihat ke hadapan.

Jari jemariku masih digenggam erat dengan Asyraf seperti tidak mahu dilepaskan & sesekali Dia kucup lagi belakang tanganku sambil tersenyum.

"Dah kenapa dengan Dia nie ?? Pagi-pagi nak sweet-sweet pulak .."
"Dia salah makan ker tadi ??"

Bisikku di dalam hati sambil memandang hairan dengan kelakuan Asyraf pagi ini yang tiba-tiba nak romantik-romantik pulak.

Sehingga sampai di dekat bangunan pejabatku pun, Asyraf masih tidak melepaskan tanganku.

Bila keretanya berhenti di bahu jalan, Aku segera mahu keluar dari pintu kereta, namun tanganku ditarik & ditahan lagi dengan Asyraf.

"Mawar ~ kerja elok-elok yer .. insya Allah petang nanti I datang ambik You kat sini .."

Pesan Asyraf sambil menahan tanganku supaya jangan keluar dulu dari dalam kereta.

"Huh !! Ok baik lah .. tapi Asyraf ~ kalau Awak tak datang ambik Saya pun takpe, Saya tak kisah sebab Saya boleh balik sendiri .. lagipun Saya tahu Awak ada banyak kerja, jadi tak perlu susahkan diri Awak untuk kelam-kabut nak datang ambik Saya .."

"Saya okey jer .. jangan risau okey ~"

Balasku sambil tersenyum kepada Asyraf.

Aku memahami pekerjaan Asyraf yang sejak kebelakangan ini agak sibuk sehingga Dia perlu pulang lewat, jadi Aku tidak mahu menyusahkan Dia asyik menghantar jemput Aku kerja.

Asyraf menggenggam tanganku dengan kedua tangannya sambil menatapku dengan pandangan lega.

"Thanks Mawar kerana memahami .. I akan cuba yang terbaik untuk kita .."

"Dan I nak You tahu bahawa I betul-betul sayangkan You sampai bila-bila .."

Ucap Asyraf sambil memegang erat tanganku.

Aku hanya tersenyum dengan kata-kata Asyraf yang sangat menyentuh perasaanku pagi-pagi nie walaupun Aku sendiri tidak mengerti mengapa Dia berkelakuan romantik pula pagi-pagi nie, namun Aku hanya melayankannya sahaja.

Asyraf terus berlalu pergi selepas Aku turun dari keretanya. Aku jadi tersenyum sendiri bila teringatkan kata-kata & sikap Asyraf tadi denganku di dalam kereta.

****************

> ASYRAF <

Selepas menghantar Esya ke tempat kerjanya .. Asyraf terus menuju ke hospital & tidak masuk kerja hari ini.

Ketika sampai di hospital, Asyraf terus menuju ke ruangan bilik rawatan kanak-kanak lalu membuka salah satu pintu bilik rawatan disitu.

Tersenyum Asyraf saat melihat Aqish sudah bangun & sedang bermain-main diatas katilnya sementara ibu kanak-kanak itu pula sedang sibuk mengemas barangan mereka untuk bersiap sedia pulang ke rumah.

"Aqishhh ~~ dah bangun dah Dia .."

Panggil Asyraf manja kemudian berjalan mendekati katil Aqish.

Aqish iaitu kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun itu terus ketawa riang & melompat-lompat diatas katilnya saat melihat Asyraf masuk mendekati katilnya.

"Suka Dia tengok Abang datang .. HEHEHE ~~"

Ujar wanita yang berambut pendek paras bahu itu lalu tersenyum senang melihat anak perempuannya melompat riang melihat Asyraf yang baru saja sampai.

Asyraf terus duduk di tepi katil Aqish lalu mendepakan kedua tangannya agar Aqish datang kepadanya.

Kanak-kanak perempuan kecil yang rambutnya sudah diikat dua seperti ekor kuda di kiri kanan oleh ibunya itu terus melompat keriangan ke dalam dakapan Asyraf sambil ketawa riang.

"Wahhh ~~ dah sihat sangat dah Aqish pagi nie .."
"You dah habis berkemas ker ??"

Ujar Asyraf gembira memeluk Aqish dalam dakapannya lalu melihat ibu kanak-kanak tersebut iaitu Aiyana yang sedang sibuk memasukkan pakaian Aqish ke dalam beg pakaian.

"Dah Bang ~~ semua Yana dah kemas .. jom kita keluar sekarang .."

Kata Aiyana sambil mengangkat beg pakaian Aqish.

Asyraf mendukung Aqish untuk dibawa keluar dari bilik tersebut bersama Aiyana yang bersiap sedia membawa beg pakaian di belakang.

"Ehh .. Ayah Aqish dah sampai nak bawa Aqish keluar yer hari nie ??"

Tegur ibu salah satu pesakit kanak-kanak yang berada di sebelah katil Aqish sejak semalam.

"Iyaa Kak .. harinie Aqish dah boleh keluar hospital .."
"Yana balik dulu yer ~"

Balas Aiyana lalu bersalaman mesra dengan ibu kanak-kanak katil sebelah Aqish yang sempat mereka berdua saling berkenalan semalam.

Asyraf kemudiannya menuju ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran perubatan Aqish semalam disamping sekaligus membuat daftar keluar untuk Aqish.

"Encik .. boleh saya tahu apa nama pesakit & tolong bagi Saya MyKid pesakit yer untuk urusan daftar keluar & bayaran hospital .."

Kata jururawat di kaunter bayaran tersebut.

"Nama pesakit adalah Balqish Qasrina Binti Muhd Asyraf Fitri .."
"Ini MyKid dia .."

Ujar Asyraf memberitahu kepada jururawat tersebut nama sebenar Aqish & memberikannya MyKid kanak-kanak tersebut.

Selesai membuat pembayaran & daftar keluar, Asyraf mengambil Aqish semula daripada Aiyana yang sedang duduk dikerusi menunggu lalu Dia menggendong kanak-kanak itu untuk keluar dari hospital menuju ke arah tempat parking keretanya.

"Macam mana keadaan Aqish sekarang ??"
"Doktor cakap apa semalam ??"

Tanya Asyraf di dalam kereta sambil memandu.

"Alhamdullilah Aqish dah okey .."

"Cuma Doktor pesan supaya sentiasa memastikan tempat sekeliling Aqish bersih & bebas dari pencemaran .."

"Ini semua salah Yana Bang ~ kalaulah Yana dapat sediakan tempat tinggal yang baik untuk Aqish dulu .. tentu Aqish tak akan dibesarkan dipersekitaran yang tidak terlalu bersih seperti sebelum ini sehingga Aqish kadang-kala akan diserang penyakit Asma & jadi teruk macam kelmarin .."

Ujar Aiyana kesal & mulai menitiskan airmata ketika mengingat kembali keadaan Aqish yang tiba-tiba diserang sesak nafas yang teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital semalam.

Aiyana kesal bila mengingat kembali bagaimana kehidupannya 2 tahun lalu & bagaimana Dia terpaksa membesarkan anaknya sendirian tanpa suami disisinya.

Aiyana mendakap erat tubuh Balqish yang sedang tertidur dalam dakapannya & sedang duduk di kerusi penumpang hadapan, Aiyana menangis teresak-esak mendakap anak kesayangannya itu kerana terkenangkan nasib mereka.

Asyraf makin berasa sangat bersalah melihat tangisan kekesalan Aiyana disebelah kerusi pemandunya.

Bila mereka sudah sampai di kawasan apartmentnya, Asyraf cuba menenangkan Aiyana supaya jangan terlalu bersedih dengan hal itu lagi.

"Yana ~ sudahlah jangan nangis lagi .. Abang kan dah ada kat sini untuk Yana dengan Aqish .."

"Abang janji akan cuba membahagiakan Yana dengan Aqish & berikan semula hak yang sepatutnya Yana dengan Aqish dapatkan .."

Pujuk Asyraf cuba menenangkan Aiyana supaya berhenti menangis.

Selepas Aiyana sudah mulai tenang & berhenti menangis, Asyraf membantu Aiyana menggendong Aqish yang masih tertidur dalam dakapan ibunya itu lalu mereka segera naik ke rumah apartment mereka.

Aiyana & Aqish dibawa berpindah masuk ke rumah apartment lama Asyraf yang pernah Dia tinggali dulu sebelum Dia dinikahkan dengan Esya.

Selepas Asyraf & Esya dinikahkan .. Asyraf berpindah keluar dari apartment itu dengan segera & tinggal bersama Esya di rumah apartment baru mereka berdua sekarang.

Asyraf membaringkan Aqish di atas katil kerana Dia masih lagi tertidur dalam dukungan Asyraf sejak dari dalam kereta sehingga sampai ke dalam rumah, kemudian Dia mengucup lembut dahi kanak-kanak itu sebelum keluar dari bilik tersebut meninggalkan Aiyana bersama anaknya didalam bilik.

Asyraf keluar dari dalam bilik lalu menuju ke ruang tamu. Suasana diruang tamunya sekarang sudah banyak berubah berbanding dengan semasa Dia tinggal sendirian didalam rumah itu dahulu.

Banyak barang-barang milik Aiyana di letakkan di ruangan itu, kemudian tiba-tiba Asyraf terlihat pada salah satu bingkai gambar Aiyana dengan seorang lelaki sepertinya sedang saling berpelukkan bahagia dalam gambar itu.   

Asyraf mengambil bingkai itu lalu melihatnya dengan senyuman gembira sambil memegang lembut wajah dua orang dalam gambar tersebut.

"Abang tengah  buat apa tu ??"

Tegur Aiyana saat baru keluar dari bilik Aqish & melihat Asyraf sedang melihat senang gambar mesra mereka berdua ketika bersama dahulu ..

Asyraf hanya tersenyum menampakkan lekuk lesung pipit diwajahnya sambil melihat bingkai gambar itu tanpa menjawab pertanyaan Aiyana, lalu Dia segera meletakkan semula bingkai gambar tersebut di tempat asalnya tadi.

"Aqish dah tidur ??"

Tanya Asyraf tiba-tiba.

Tersentak Aiyana dari lamunannya yang dari tadi asyik merenung dalam setiap pergerakkan Asyraf.

"Huh !!! Owhh dah ~ Aqish dah tidur tak bangun lagi .. tentu penat sangat kot main-main tadi kat hospital sementara tunggu Abang datang jemput .."

Jawab Aiyana sambil bermain-main dengan jari jemarinya sendiri.

Hati Aiyana sekarang terasa seperti bercampur baur dengan macam-macam perasaan, Dia berasa senang Asyraf ada dengannya tapi entah mengapa ada rasa janggal pula bila mereka berdua.

"Cantik dah rumah nie Yana hias .."

Kata Asyraf tiba-tiba memuji Aiyana.

"Iyer ker Bang ?? Yana cuma sempat kemas-kemas sikit jer rumah nie .. banyak lagi barang yang Yana tak sempat kemas tu .."

Jawab Aiyana sedikit malu-malu dengan pujian Asyraf.

Asyraf hanya tersenyum lalu mengeluarkan dompetnya dari belakang poket seluarnya.

"Nahh !!! Ini Abang ada duit belanja untuk Yana dengan Aqish .. nanti Abang bagi lebih lagi yer ~"

Ujar Asyraf sambil menghulurkan duit RM500 kepada Aiyana.

Serba salah Aiyana mahu menerima duit tersebut dari Asyraf, namun Asyraf tetap memberinya di tangan Aiyana sambil tersenyum.

"Abang tak kerja ker hari nie ??"
"Duit nie macam terlalu banyak jer untuk Yana ~ "

Kata Aiyana serba salah menerima duit sebanyak itu dari Asyraf.

"Mana ada banyak, itupun Abang rasa macam tak cukup jer lagi untuk duit belanja Yana dengan Aqish .."

"Nanti biar Abang pergi keluar belikan barang dapur untuk Yana yer .."

Ucap Asyraf sambil tersenyum.

Terharu rasa hati Aiyana dengan sikap bertanggungjawab & prihatin Asyraf terhadap diri & anaknya, tapi Aiyana tetap berasa agak serba salah dengan sikap Asyraf itu.

"Hurmmm Abang !! Boleh tak kalau Yana nak mintak sesuatu ??"

Tanya Aiyana agak serba salah.

"Cakaplah apa Dia .."

Balas Asyraf dengan senyuman ingin tahu apa lagi permintaan Aiyana yang boleh Dia tunaikan.

"Hurmmm ~~ sebenarnya Yana nak kerja supaya boleh bantu-bantu Abang .. boleh kan ??"

Tanya Aiyana teragak-agak namun Dia betul-betul berniat untuk bekerja membantu Asyraf.

Terkedu Asyraf dengan permintaan Aiyana yang mahu meminta izin untuk bekerja.

Asyraf :

"Tapi kenapa ?? Abang tahu duit belanja yang Abang bagi nie tak terlalu cukup untuk belanja Yana dengan Aqish , tapi Abang janji akan beri lebih lagi nanti yer .."

Aiyana :

"Bukan sebab tu Bang .."
"Yana cuma nak bekerja & ringankan beban Abang jer .. lagipun Yana bosan duduk kat rumah takde buat apa-apa .."

Asyraf :

"Kenapa Yana cakap macam tu ??"

"Habis tu macam mana dengan Aqish ?? Siapa yang nak jaga Dia kalau Yana bekerja ??"

"Aqish tu masih kecik lagi .."

Risau Asyraf.

Aiyana :

"Abang janganlah risau .. Yana sendiri yang akan jaga Aqish .."

"Yana nak buat tempahan menjahit kat dalam rumah nie & ambik upah menjahit daripada pelanggan .. jadi Yana cuma bekerja dari rumah & boleh jaga Aqish sekali .. boleh kan Bang ??"

Jelas Aiyana tentang keinginannya.

Baru terasa lega sikit hati Asyraf dengan penjelasan Aiyana itu. Dia sebenarnya tidak mahu jika Aiyana keluar bekerja & meninggalkan Aqish kerana jika boleh Asyraf mahu biar Dia yang memberikan nafkah buat Aiyana & anaknya.

Tapi wanita itu tetap berdegil untuk mahu bekerja juga.

"Macam mana Yana nak menjahit ?? Yana tahu ker ??"

Tanya Asyraf teragak-agak.

Tergelak Aiyana dengan reaksi wajah & pertanyaan Asyraf itu.

"HAHAHAA ~~ Abang nie lupa ker yang Yana nie kan anak tukang jahit .. mestilah Yana pandai menjahit .."

"Tapi itulah, masalahnya mesin jahit Yana yang lama dah rosak .. jadi nak kena cari lain .. tapi jangan risau, nanti Yana keluar pergi cari kat kedai barangan terpakai, murah sikit harganya .."

Ujar Aiyana teruja.

Asyraf hanya ikut tersenyum melihat wajah teruja Aiyana yang benar-benar mahu bekerja sebagai tukang jahit.

Tiada apa yang boleh Asyraf katakan pada Aiyana selain memberikan keizinan untuknya mulai bekerja sebagai tukang jahit.

"Iya lah kalau itu yang Yana mahukan .. Abang benarkan, asalkan tak membebankan Yana dengan Aqish .."

"Kalau macam tu Abang keluar dulu yer pergi kerja .."

Ujar Asyraf lalu meminta diri untuk keluar dari rumah.

.........................................................................

DI KAMPUNG ~~

Sedang Danish baru habis berbelanja barang dapur di pekan, tiba-tiba Dia terlihat kelibat 2 orang lelaki yang selalu datang memeras ugut mereka untuk meminta bayaran tagihan hutang mereka.

Kedua orang lelaki tersebut sedang duduk melepak di tepi deretan kedai berdekatan lorong bangunan kedai sambil menghisap rokok.

Danish & 2 lelaki itu saling bertemu pandangan, namun Danish sengaja bersahaja dengan kedua lelaki itu & pura-pura tidak nampak kerana tidak mahu jika mereka melakukan sesuatu yang buruk lagi di tengah-tengah pekan.

Kedua lelaki itu hanya memerhatikan Danish berjalan begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa lalu sambung semula merokok & melepak.

Danish pula berasa hairan dengan situasi tersebut. Pelik Dia rasakan kerana tidak pernah lelaki-lelaki tak guna itu akan membiarkan Danish pergi begitu sahaja sedangkan mereka sudah bertemu pandangan antara satu sama lain lebih-lebih lagi sekarang ini sudah hampir sebulan lebih Danish tidak pernah membayar lagi hutang kepada mereka.

Dengan penuh rasa tertanya-tanya, Danish memberanikan diri untuk keluar semula dari kereta Myvi putih milik isterinya itu lalu berdiri menghadap kedua orang lelaki itu untuk melihat semula reaksi mereka jika melihatnya disitu.

Kedua lelaki itu berhenti merokok lalu mengangkat tangan menyapa Danish dari jauh seperti seorang kawan & kelihatan seperti seakan-akan tiada apa-apa yang terjadi.

Danish jadi semakin bingung memikirkan kelakuan aneh kedua orang lelaki tersebut. Maka sekali lagi Danish memberanikan diri untuk datang menghampiri kedua lelaki tersebut yang masih lagi sibuk merokok & melepak berdua di seberang jalan.

"Haii Bro lama tak nampak !!"

Tegur salah seorang lelaki yang bertatu itu sambil sambung merokok semula.

Danish menghampiri mereka dengan perasaan yang makin kehairanan. Bagaimana mungkin mereka menyapanya sebaik itu tidak seperti sebelum ini yang penuh dengan kekasaran lebih-lebih lagi Dia masih belum memberi duit bayaran hutangnya kepada mereka.

"Korang takde apa-apa nak cakap pada Aku ker ??"

Tanya Danish yang masih berasa hairan dengan tingkah laku kedua lelaki tersebut.

Kedua lelaki itu terus ketawa terbahak-bahak mendengar pertanyaan Danish yang menggelikan hati mereka.

"Kau nak Aku cakap apa dengan Kau Bro ??"
"HAHAHAHAAA ~~~"

Gelak lelaki itu semula.

"Aku rasa Dia nak menunjuk kat kita supaya ucapkan tahniah pada Dia sebab dah bebas dari kita !!"

"HAHAHAHAAA ~~"

Kata seorang lagi rakan lelaki tersebut.

Kata-kata lelaki itu lagi membingungkan Danish kerana Dia kurang mengerti dengan maksud mereka.

"Bebas dari korang ??"
"Apa maksud korang nie ?? Aku tak paham !!"

Ujar Danish kurang faham & meminta agar kedua lelaki itu berterus-terang dengannya tentang apa maksud mereka tadi.

Sekali lagi kedua lelaki itu ketawa terbahak-bahak sambil menghisap rokok mereka yang masih tersisa.

"Haii Bro .. tak kan itu pun Kau tak faham .."

"Sekarang nie kan Kau dah bebas hutang dengan kitaorang .. jadi Kau nak kitaorang ucapkan tahniah ker pada Kau ??"

"Tapi sekurang-kurangnya belanjalah kitaorang nie makan sikit pun dah jadi .. takkan lah orang banyak duit macam Kau tak boleh nak belanja kitaorang berdua nie makan best-best sikit atau belanja belikan rokok sekotak ker .. HAHAHAHAA ~~"

Jelas lelaki tersebut lalu tergelak terbahak-bahak lagi.

Terkejut besar Danish dengan apa yang baru dikatakan lelaki tadi. Berderau darah Danish rasakan selepas mendengarkan penjelasan itu..  Dia terus menggengam kuat leher baju lelaki tersebut dengan kuat.

"Apa maksud Kau semua hutang Aku dah selesai ??"

"Macam mana semua tu boleh terjadi ?? Siapa yang bayarkan ?? Cakap dengan Aku !!!"

Gertak Danish geram sambil memegang kuat leher baju lelaki tersebut.

Danish tidak habis berfikir bagaimana mungkin hutang mereka yang begitu banyak boleh habis dibayar begitu sahaja dalam tempoh waktu yang singkat.

"Rilex laa Bro !! Kitaorang cuma menjalankan tugas jer sebagai pengutip hutang .."

"Kalau hutang dah habis dibayar, maka selesailah tugas kitaorang nak mengutip jugak .."

"Mungkin ini satu keberuntungan Kau dapat duit yang banyak dari KL .. jadi mulai sekarang kitaorang tak akan ganggu Kau dengan keluarga Kau lagi !!"

Kata lelaki itu sekali lagi sambil tersenyum sinis.

Makin berderau darah Danish mendengar perkara itu. Danish mulai hilang sabar ketika mengetahui bahawa hutang mereka selesai hasil daripada duit yang diperoleh daripada KL.

"Apa yang korang buat pada Esya huh !!!"
"Aku dah cakap jangan sentuh Adik Aku !!!"

PUNCHHHHHH !!!!

Marah Danish mulai naik angin lalu terus menumbuk kuat wajah lelaki tersebut.

Habis berdarah hidung lelaki itu ditumbuk kuat oleh Danish. Rakan lelaki itu terus menghalang Danish dari terus menumbuk muka rakannya lagi lalu mencampakkan tubuh Danish ke lantai jalan.

"Oiii !!! Kau ingat Kau siapa huh berani-beraninya tunjuk belang dengan kitaorang !!"

Teriak rakan lelaki itu bengang kerana tiba-tiba sahaja Danish menumbuk wajah rakannya sehingga berdarah hidungnya.

Danish bangun kembali dari jatuhnya lalu cuba untuk menumbuk kembali lelaki tersebut namun sempat dihalang tumbukkannya.

"Lebih baik korang cakap .. apa yang korang dah buat pada adik Aku huh !!!"

Marah Danish sambil di tahan badannya oleh rakan lelaki yang Dia tumbuknya tadi.

Danish tidak dapat menahan amarahnya lagi ketika mengetahui bahawa semua ini ada kena-mengena dengan Esya.

"Arghhh tak guna !!!"

PUNCHHHHHH !!!!

Teriak lelaki yang terluka itu lalu melepaskan geramnya dengan membalas tumbukkan padu Danish tadi ke wajahnya semula.

Kali ini tepi bibir Danish pula berdarah & Dia jatuh terduduk semula di atas lantai jalanraya selepas ditumbuk oleh lelaki itu.

"Kau memang tak faham bahasa kan !!"

"Aku dah kata yang Aku tak tahu .. Aku tak tahu lah !!"

"Kau tanyalah sendiri adik Kau dari mana Dia dapat duit sebanyak tu dalam tempoh masa yang cepat !!"

"Entah berapa banyak duit yang mungkin Dia dapat hasil dari jual harga diri Dia mungkin kat KL tu .."

Kata lelaki itu geram.

Kata-kata lelaki itu betul-betul memanaskan rasa hati Danish kerana berani-beraninya Dia menyebutkan nama Esya & memburuk-burukkan Dia.

Sekali lagi Danish cuba bangun untuk menumbuk mulut lancang lelaki itu, namun belum sempat Dia tumbuk, wajahnya dulu yang ditumbuk kuat oleh rakan lelaki itu sehingga Dia jatuh terbaring lemah di atas jalanraya.

Kedua orang lelaki itu terus melarikan diri selepas ada beberapa orang sekeliling mereka yang melihat Danish ditumbuk sehingga jatuh terbaring.

Danish betul-betul berasa kesal & kecewa dengan apa yang sudah berlaku. Dia menangis hiba terbaring di atas jalanraya kerana rasa bersalahnya kepada Esya yang terpaksa menjadi korban untuk mereka.

Orang ramai mulai mengerumuni sekeliling Danish yang berdarah terbaring lemah di atas lantai jalanraya & cuba membantunya bangun.

Bersambung ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience