1 [ DUNIA BARU ]

Romance Series 8333

5 tahun yang lalu ~~

Perlahan-lahan kaki Aku menuruni anak tangga bas Express Sani bersama sebuah beg galas pakaianku yang berwarna biru gelap yang Aku galas dibahu kananku bersama sebuah lagi beg yang lebih  kecil Aku silangkan di badanku.

Turun sahaja dari atas bas Express itu .. Aku mendongakkan kepalaku ke langit melihat silau matahari yang memancar terang tepat di atas kepalaku.

"Waww ... terangnya cuaca hari nie .."

Kataku sendiri sambil melindungi wajahku dengan tapak tanganku dari silau matahari di atas kepalaku.

Haii .. nama Aku Mawar Dalesya Binti Idris. Aku berusia 22 tahun. Hari ini adalah hari pertama & kali pertama Aku menjejakkan kaki ke tempat yang selalu menjadi sebutan dari mulut-mulut orang ramai terutama golongan anak muda yang berhijrah ke sini untuk mengubah hidup mereka. Tak lain tak bukan tempat ini adalah Ibu Kota negara iaitu Kuala Lumpur.

Bila sebut nama Kuala Lumpur .. sudah pasti semua orang tahu untuk apa orang-orang datang berhijrah ke situ terutama golongan muda.

Dengan berbekalkan sebuah beg pakaianku yang Aku bawa kehulu hilir serta beberapa keping duit ringgit Malaysia yang Aku simpan di dalam beg silangku .. Aku jalan & terus berjalan mencari tempat untuk Aku berlindung pada malam ini nanti.

"Bilik untuk disewa / bujang / wanita .."

Tiba-tiba Aku ternampak akan sebuah iklan bilik sewa di kaki jalan.

Aku menghubungi nombor telefon yang tertera pada kertas iklan yang tertampal pada dinding di kaki jalan itu & alhamdullilah Tuan rumah itu mengatakan bahawa masih ada lagi ruang bilik untuk disewa buatku.

Selepas mematikan panggilan .. Aku segera pergi menemui Tuan rumah tersebut untuk melihat ruang bilik untuk Aku tempati di tempat baru ini.

Ruang bilik yang Aku sewa tidaklah terlalu besar tetapi cukuplah untuk diriku sendiri yang datang tiba-tiba begitu sahaja dari tempat tinggal asalku.

Di dalam bilik sewa baruku ini cuma ada sebuah katil, tilam & bantal sahaja. Jadi untuk malam hari pertamaku ini dapat lah Aku berlindung & tidur dengan aman.

"Besok Aku kena pergi cari kerja jugak supaya Aku boleh bertahan hidup kat tempat nie .."

Kataku sendiri.

Walau apapun terjadi, Aku kena kuat & mampu hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain lagi. Tiada orang lain lagi yang boleh membantu & melindungi Aku selain daripada diriku sendiri sekarang.

***************

Setelah seharian berjalan mengelilingi ibu kota besar ini .. akhirnya Aku mendapat pekerjaan juga di sebuah kedai makanan segera KFC sebagai pembantu dapur walaupun hanya sebagai pekerja separuh masa.

Setiap pagi Aku akan bekerja di dapur KFC menyiapkan hidangan ayam & kentang putar. Kemudian pada waktu petang sehingga malam Aku akan menyambung lagi pekerjaan lainku di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven sehingga pukul 10 malam.

Begitulah rutin harianku setiap hari demi menyara hidupku sehari-harian pada usia muda seperti ini.

Kini sudah hampir sebulan lebih Aku tinggal & bekerja di Kuala Lumpur.

Kadang kala hatiku berasa cemburu melihat anak-anak muda seusiaku dapat menikmati usia muda mereka dengan kehidupan universiti.

Jika diikutkan hati Aku teringin sangat untuk mulai belajar lagi di dalam universiti seperti anak-anak muda yang seusiaku.

Namun apakan daya hidup ku terus berubah seperti ini & Aku harus menjalani hidupku ini dengan lebih kuat.

Hari ini adalah hari cutiku .. bila hari cuti beginilah Aku dapat merehatkan diriku sepuasnya di dalam bilik melepaskan segala penat lelah ku mencari duit sara hidup seharian.

Knock !! Knock !! Knock !!

Bunyi pintu bilikku diketuk dari luar.

Pintu bilikku dibuka dari luar & melihat Najwa iaitu kawan serumahku yang menyewa bilik di bilik tengah sebelah bilikku.

Najwa membuka pintu bilikku sambil tersenyum melihatku yang sedang berbaring di atas katilku.

"Esyaa ~ malam nie Kau jadikan ??"

Tanya Najwa kepadaku sambil tersengeh di hadapan pintu bilik.

"Mestilah jadi .."
"Siapa taknak duit .."

Jawabku teruja.

Aku dan Najwa menjadi rapat sejak Aku menyewa bilik dirumah ini & hanya Dia sahaja yang menjadi kawan rapatku sejak Aku tinggal disini.

Di dalam rumah sewa nie kami tinggal bertiga bersama seorang lagi penyewa bilik di bilik master bernama Suzy yang bekerja sebagai kerani disebuah syarikat di ibu kota.

Tapi Aku jarang berborak & bertemu dengan Kak Suzy kerana Aku yang selalu keluar pada waktu pagi untuk bekerja & pulang pada waktu malam. Jadi memang agak susah untuk kami berdua bertembung walau duduk dalam satu rumah.

Lain pula dengan Najwa kerana usia kami berdua sebaya & Dia pula menyewa bilik kerana sedang menyambung kuliah di UniKL .. jadi Kami berdua kerap kali bersama kerana Najwa juga membuat kerja sambilan bersamaku di kedai serbaneka 7-Eleven untuk menambah kos perbelanjaannya.

Pada pukul 5 petang, Aku & Najwa sudah siap sedia berkumpul di bawah bangunan untuk kami dibawa pergi oleh van yang sedia ada ke sebuah tempat untuk kami bekerja.

"Ingat yer semua .."

"Pastikan Kamu semua memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan kita pada malam nie & jangan ada yang buat silap .."

"Ingat !! Kita kena bagi layanan & service yang terbaik kepada pelanggan supaya mereka berpuas hati .. Paham !!"

Ujar supervisor kami iaitu Abang Khai.

Abang Khai adalah orang yang mengurus kami semua & sentiasa memastikan supaya kami semua  memberikan layanan & service yang terbaik kepada pelanggan kami.

Tepat pukul 8 malam .. majlis di perkarangan rumah besar itu sudah bermula begitu juga dengan tugas kami semua.

Aku & Najwa kali ini ditugaskan untuk menghantar & mengangkat air minuman ke atas meja kepada para tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Nampaknya majlis yang kami hadiri untuk service katering pada hari ini adalah majlis ulang tahun perkhawinan bagi tuan rumah banglo besar ini.

Para tetamu yang hadir ke majlis pada malam ini juga bukan calang-calang orangnya kerana mereka semua kelihatan seperti orang-orang berpangkat besar.

Majlis sambutan pada hari ini disambut dengan meriah oleh tuan rumah .. banyak makanan-makanan mewah yang dihidangkan untuk para tetamu & ada juga persembahan nyanyian live dipersembahkan.

Suasana majlis terasa sangat romantik dengan bunyi alunan muzik Jazz & nyanyian merdu oleh penyanyi nya yang menyanyi secara live di pentas utama khas untuk tuan rumah yang menyambut ulang tahun perkhawinan mereka yang ke-30 tahun.

"Esya ~ tolong pergi ambikkan stok pati air dalam van kita .."

Perintah Abang Khai meminta ku untuk pergi sendirian mengambil tong pati air minuman di dalam van kami untuk membancuh air lagi.

Aku segera pergi sendirian ke van kami yang di parking di belakang rumah.

Setelah mengeluarkan tong pati air itu dari botnet belakang Van .. Aku mengangkatnya dengan kedua tanganku kerana tong itu yang terasa agak berat diangkat.

Saat Aku sedang berusaha mengangkatnya pergi ke kawasan tempat kami menyediakan makanan & minuman .. tiba-tiba langkahku jadi terhenti.

"What !!! Apa You cakap !!"

"Okey fine !! Kalau itu yang You nak kan sangat .. I akan bagi segala apa yang You nak kan .. tapi I akan ambik Dia !!"

"Lepas tu ikut suka You lah nak buat apa lepas nie .. tapi You jangan harap I akan datang merayu pada You lagi untuk get back dengan I balik !!"

"I tak akan berpaling semula dengan You !! Pergi mampus You dengan jantan tak guna tu !!"

Terkejut Aku dengan suara seorang lelaki yang sedang bertekak dengan seseorang di dalam taliannya.

Aku jadi terdiam kaku & terlepaskan tong pati air yang Aku angkat kerana terkejut dengan suara lantang lelaki yang nampaknya sedang berbicara bengang di hadapanku melalui telefon bimbitnya.

Bunyi tong air yang terlepas dari tanganku membuatkan lelaki itu terkejut lalu menyedari akan keberadaan Aku yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat Dia sedang bercakap dalam talian.

Jantungku berdetak laju & nafasku juga jadi terhenti saat melihat kedua mata lelaki itu sedang memandangku dengan pandangan maut seperti mahu membunuhku.

Aku ingin melarikan diri dari situ tapi entah mengapa kedua kaki ku seperti melekat dengan simen keras sehingga Aku tidak boleh bergerak dari berdiri kaku disitu.

Lelaki itu berjalan menghampiriku selangkah demi selangkah dengan pandangan mautnya sehingga Aku berpeluh dingin & detak jantungku makin laju kerana takut dengan pandangannya.

Aku mendongakkan kepala ku sedikit ke atas melihat wajah lelaki yang tinggi lampai itu. Mataku terbeliak besar & nafasku jadi terhenti saat lelaki itu betul-betul berdiri tepat dihadapan wajahku memandangku seperti mahu menelanku hidup-hidup.

"Apa yang You buat kat sini huh !!"

"You sengaja curi dengarkan !!"

Tengking lelaki itu bengang di hadapan wajahku.

Aku menelan dalam-dalam air liur ku & perlahan-lahan Aku menggelengkan kepala menjawab pertanyaan lelaki itu tanpa sebarang kata.

Lelaki itu merenungku dengan pandangan tidak berpuas hati lalu Dia terus menggenggam kolar baju kemeja hitamku dengan kuat.

"You jangan cuba nak cari pasal dengan I !!"

"Cakap dengan I betul-betul .. You dengar semua apa yang I cakap tadi kan !!"

Bengang lelaki itu sambil menggenggam kolar baju kemeja hitam ku sehingga badanku bergerak ke depan belakang mengikut rentak tangannya.

Kelu lidahku mahu menjawab pertanyaan lelaki itu yang kelihatan betul-betul bengang denganku.

"Encik .. maafkan Saya Encik .."

"Tapi betul .. Saa ~~ Saayaa takde dengar apa-apa pun yang Encik cakapkan .."

"Saya cuma angkat tong air nie  dari dalam van & berhenti sekejap sebab tong nie berat sangat .."

"Tolong maafkan Saya Encik .."

Rayu Aku ketakutan dengan gertakkan lelaki itu.

Kolar bajuku terus dilepaskan dengan geram oleh lelaki itu lalu  Dia bercekak pinggang membelakangkan ku & cuba menenangkan dirinya dengan menarik nafas panjang.

"Okey .. You may go now "

Ujar lelaki itu yang masih lagi berdiri membelakangkan ku.

Entah mengapa tiba-tiba Dia melepaskan Aku supaya segera pergi dari situ .. jadi sebelum Dia mengubah fikiran, dengan pantas Aku terus mengangkat semula tong pati air di hadapanku lalu bergerak pergi dengan pantas dari hadapan lelaki itu sehinggakan tong air yang penuh itu pun terasa ringan Aku angkat.

Sampai sahaja di tempat katering kami berada .. Aku meletakkan tong air itu kebawa sambil bernafas dengan laju seperti orang yang baru sahaja habis larian pecut 100m di trak.

"Esya ~ Kenapa dengan Kau nie ??"

"Kau okey tak ?? Kau ada nampak hantu ker tadi ??.."

Tegur Najwa mendekatiku.

Nafasku masih lagi tercungap-cungap dengan apa yang berlaku tadi. Perasaan takutku pada lelaki tadi masih lagi membuat jantungku berdegup kencang.

"Takde apalah Nad .."

"Aku cuma bergegas lari bawa tong nie cepat sebab takut lambat bancuhkan air untuk tetamu .."

Jawab Aku terpaksa menipu.

Takut Aku untuk memberitahu Najwa tentang hal sebenar yang berlaku tadi .. Aku bimbang jika lelaki itu akan datang memarahiku lagi.

Tergelak Najwa dengan alasanku lalu Dia segera membantuku mengangkat tong pati air itu & tolong Aku membancuhnya dengan segera.

Selepas melegakan diri .. Aku menyambung semula kerjaku mengangkat air minuman di atas tray ku untuk di hidangkan kepada para tetamu di majlis itu.

Tidak lama kemudian, acara memotong kek oleh pasangan tuan rumah sempena hari ulang tahun perkhawinan mereka yang ke-30 tahun.

Semua orang gembira & memberi tepukan tangan yang gemuruh kepada pasangan tersebut selepas mereka memotong kek & saling menyuap antara satu sama lain.

Aku juga turut menepuk tanganku sambil tersenyum senang melihat kemesraan pasangan tersebut yang masih lagi mesra menyambut ulang tahun perkhawinan mereka walaupun sudah mencecah 30 tahun.

Terdetik dipikiranku akan moment kegembiraan seperti ini di dalam ingatanku beberapa tahun yang lalu.

Sebuah kenangan bahagia yang tidak mungkin dapat ku lupakan dengan mudah. Hatiku tiba-tiba berasa rindu apabila melihat senyuman mesra pasangan tersebut. Adakah moment ini akan dapatku alami lagi ??

Ketika Aku melihat pasangan itu .. Aku jadi turut tersenyum senang melihat mereka tetapi tiba-tiba senyuman ku menghilang saat melihat wajah lelaki yang menakutkan tadi berada bersama pasangan tersebut di atas pentas utama itu.

Lelaki itu menyapa mesra pasangan tersebut dengan senyuman di wajahnya kemudian wajahnya bertukar tegang semula saat Dia turun dari pentas utama itu.

Pelik betul Aku melihat lelaki itu .. cepat juga reaksi wajahnya berubah dari gembira bertukar tegang ..

"Stay away from him Esya ~"

Kataku menasihati diriku sendiri agar menghindar dari terserempak dengan lelaki itu di dalam majlis tersebut.

Aku terus menjalankan tugasku sehingga majlis tersebut habis & kadang kala Aku ada juga hampir terserempak dengan lelaki itu namun Aku sempat mengelat dari bertembung dengannya.

Lelaki itu kelihatannya seperti biasa sahaja kerana Dia masih lagi boleh melayan para tetamu di dalam majlis tersebut dengan gelak tawanya yang mesra & seperti tiada apa yang berlaku.

Kelakuannya yang menakutkan seperti tadi juga sudah tidak kelihatan apabila Dia bersama para tetamu di dalam majlis itu.

Mungkin lelaki itu sudah tenang & tidak marah lagi seperti tadi.

Waktu sudah menunjukkan pukul 10 malam & tiba masanya team katering kami pulang selepas selesai mengemas barang katering di perkarangan rumah banglo besar itu.

Aku mengangkat kotak tempat pinggan ke dalam lori katering kami .. kemudian tiba-tiba Aku terdengar bunyi sesuatu yang pelik dari arah belakang rumah telah mencuri perhatianku.

Aku terpandang akan susuk seseorang yang sedang bersendirian menyepak batu-batu kecil di atas jalan di belakang rumah banglo itu berdekatan dengan lori katering kami.

Perlahan-lahan Aku menuju ke belakang rumah itu & memberanikan diri cuba menjenguk siapa orang itu.

Terkedu Aku saat melihat rupanya orang yang mencuri perhatianku itu adalah lelaki sama yang membuatkan Aku jadi ketakutan melihatnya tadi.

Dengan segera Aku terus melangkah pergi dari situ sebelum lelaki itu perasan akan keberadaan Aku di situ sekali lagi.

"BERHENTI !!!"

Terhenti terus langkahku saat suara di belakangku meminta ku untuk berhenti.

Jantungku berdetak kencang semula seperti tadi .. takut Aku untuk berpaling ke belakang kerana takut melihat wajah tegang lelaki itu yang kelihatan seperti mahu menelanku hidup-hidup.

Langkah kaki lelaki itu perlahan-lahan menuju ke arah ku makin membuat jantungku berdebar kencang & bergetar ketakutan.

Aku terus menutup kedua mataku rapat-rapat saat lelaki itu berdiri di hadapanku kerana Aku takut dimarahi lagi olehnya seperti tadi.

"I nampak macam hantu ker ??"

Tanya lelaki itu tiba-tiba sudah berdiri di hadapanku.

Perlahan-lahan Aku membuka mataku & Aku jadi terkejut besar apabila melihat wajah lelaki itu betul-betul berada dekat depan mataku.

"Arghhh !!!"

Jerit Aku terkejut melihat wajah lelaki itu tepat di depan mataku.

Badanku terus hampir jatuh ke belakang kerana terkejut melihat tiba-tiba lelaki itu menundukkan sedikit badannya & berada tepat di depan mataku .. namun nasib baik lelaki itu terus menahan belakang badanku dari depan .. jika tidak tentu Aku sudah jatuh terbaring di atas lantai tar.

Mata Aku & lelaki itu saling bertentangan antara satu sama lain saat Dia menahan belakang badanku yang hampir jatuh terbaring. Tidak tahu mengapa jantungku makin laju berdetak saat matanya tepat-tepat menatapku.

"Are you okey ??"

Tanya lelaki itu tiba-tiba.

Tersentak Aku dari lamunan saat lelaki itu bertanya. Dengan pantas Aku terus memperbaiki diriku & berdiri semula dengan baik.

Aku terus menundukkan kepalaku kebawah kerana malu dengan apa yang berlaku tadi & takut jika lelaki itu betul-betul akan menelanku hidup-hidup disitu.

Tergelak lelaki itu melihatku tunduk gementar ke bawah.

"You okey ker ??"

"I nak mintak maaf pasal tadi .."

Ujar lelaki itu singkat.

Tergamam kaku Aku dengan apa yang baru lelaki itu katakan padaku. Saat Aku mengangkat wajahku ke hadapan, tiba-tiba lelaki itu terus berjalan pergi meninggalkan Aku.

"Huh !! Itu jer ker ??"

Kata Aku sendiri.

Terkebil-kebil Aku dengan kelakuan pelik lelaki itu. Melihat Dia pergi begitu sahaja selepas meminta maaf .. Aku juga terus beransur pergi semula ke tempat teman-teman team katering ku berkumpul sebelum ada apa-apa lagi berlaku.

Namun sebelum Aku bergerak pergi .. Aku menoleh kembali ke belakang & melihat lelaki itu sedang berhenti sambil berdiri termenung mendongak ke atas langit malam.

Aku kemudian memberanikan diri mendekati lelaki itu semula lalu menyapanya lembut dari belakang.

"Encik !!"

Panggil ku perlahan dari belakangnya.

Lelaki itu menoleh kebelakang & melihat Aku yang sedang menantinya untuk melihatku.

"Nahh !! Saya pun nak mintak maaf pasal tadi .."

"Maafkan Saya Encik .."

Kata ku sambil menghulurkan sebungkus wafel coklat  kepadanya kemudian Aku terus berlari meninggalkannya sebelum Dia sempat membalas kata-kataku.

Lelaki itu menerima wafel coklat pemberianku & wajahnya kelihatan pelik dengan apa yang Aku lakukan.

Dia tidak berkata apa menerima wafel coklat tersebut & hanya pelik melihatku terus berlari tanpa menoleh semula ke arahnya.

"Huftt ~~ huftt ~~ huftt ~~"

Tercungap-cungap Aku sampai di tempat van katering kami sedang parking.

"Huftt ~ nasib baik sempat .."

Ucapku lagi sambil cuba menstabilkan pernafasanku di hadapan Najwa.

"Kau dari mana Esya ??"

"Nasib baik van tak tinggalkan Kau lagi .."

Usik Najwa sengaja.

Hairan juga Najwa melihat Aku berlarian seperti sedang di kejar seseorang dari belakang.

Tanpa menjawab Aku terus segera naik & mengambil tempat duduk di dalam van.

Didalam van, pikiran ku masih teringat akan lelaki pelik tadi kemudian ia membuatkan Aku jadi tergelak sendiri apabila mengingat kejadian tadi. Ada-ada saja benda yang berlaku .. untung sahaja pekerjaanku tidak terkesan dengan apa yang berlaku tadi.

Bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience