3 [ PERASAAN ]

Romance Series 8333

Motor Danish meluncur laju menuju pulang ke rumah selepas selesai bekerja. Tiba-tiba motornya ditahan dengan sebuah kereta hitam dihadapannya.

Berhenti terus motornya & tiba-tiba muncul 2 orang lelaki keluar dari kereta itu terus meluru ke arahnya & merentap kolar bajunya.

"Mana duit Aku haa !!!"

"Sekarang dah masuk seminggu lebih tapi Kau masih lagi tak bayar-bayar duit Aku !!"

Marah lelaki itu bengang sambil merentap kolar baju Danish.

"Aku takde duit lagi sekarang .. bagi Aku masa lagi seminggu .. bila dapat duit gaji nanti Aku bayar laa "

Jawab Danish cuba menjelaskan.

"Seminggu Kau cakap ??"

PUNCHHHHHH !!!!!!

Laju sahaja wajah Danish ditumbuk kuat dengan lelaki itu sampai terteleng kepalanya dibuatnya.

Tepi bibir Danish berdarah gara-gara ditumbuk kuat oleh lelaki itu.

" Kau memang nak cari nahas dengan Aku .."
"Aku akan cari adik Kau sampai dapat jugak kalau Kau masih tak nak pulangkan duit yang bapak Kau pinjam !!"

Marah lelaki itu memberi peringatan kepada Danish.

Terus berderau darah Danish dengan kata-kata lelaki itu yang mengugut ingin mencari dimana keberadaan adiknya untuk dijadikan bayaran hutang yang pernah dilakukan oleh ayahnya sebelum ini.

"Apa Kau cakap !!!"

PUNCHHHHHHHHH !!!!!

Melayang laju tumbukkan Danish hinggap tepat dimuka lelaki itu sampai habis keluar air darah seperti hingus hidungnya.

"Kau jangan berani sentuh Adik Aku !!"
"Aku tak akan benarkan Kau sentuh walau sehelai pun rambut Dia !! PAHAAMM !!"

Marah Danish naik bengang memberi amaran kepada lelaki itu.

Danish pantang betul jika adiknya disentuh & dijadikan sebagai taruhan oleh sesiapa.

Lelaki itu memegang hidungnya & melihat ada darah yang keluar dari hidungnya membuatkan Dia jadi semakin berang.

"Kau memang betul-betul nak mati kan !!"

PUNCHHHHHHH !!!!

PUNCHHHHHHH !!!!

Bertalu-talu tumbukkan dikenakan oleh lelaki itu ke wajah Danish seperti punching beg sambil seorang lelaki lagi memegang badan Danish yang makin lemah di belasah oleh rakannya.

Tiba-tiba ~

"Oiiiiiii !!!!!!"

Teriak Faiz tiba-tiba saat keluar dari kereta Myvi milik Fizah.

Kebetulan Faiz melalui jalan itu bersama Fizah selepas pulang dari mengambil kereta milik Fizah yang baru sudah diperbaiki di bengkel.

Faiz menghentikan kereta Fizah yang Dia pandu lalu keluar membawa besi kunci lock string kereta dari dalam kereta & sengaja mengacah-acah kuat mahu memukul mereka yang cuba mencederakan Danish.

Kedua lelaki itu berasa takut dengan Faiz yang muncul membawa senjata besi untuk memukul mereka, jadi mereka segera melepas kasar kolar baju Danish sehingga Dia terjatuh ke atas jalanraya.

"Abang Danishh ~~~"

Panggil Fizah sambil berlari laju mendapatkan Danish yang sudah terduduk lemah & tercedera di atas jalan.

Fizah meletakkan badan Danish di atas ribanya & menangis hiba melihat keadaan wajahnya yang terluka.

"Abang Danish tak apa-apa ker ??"

Tanya Fizah kerisauan sambil menangis melihat wajah Danish yang berdarah & lebam ditumbuk tadi.

Kedua lelaki tadi terus cabut melarikan diri selepas digertak oleh Faiz dengan besi lock string kereta yang Dia bawa keluar dari kereta Fizah.

"Bro kau okey ker ??"

Tanya Faiz menghampiri Fizah & Danish.

"Aku okey jer .."

Jawab Danish lemah.

Faiz membantu Danish untuk bangun dari riba Fizah.

Fizah masih lagi menangis teresak-esak kerana takut melihat keadaan Danish yang berlumuran darah kerana ditumbuk.

"Dah lah tu nangis .."
"Yang sakit kena tumbuk tu si Danish nie .. tapi Fizah pulak yang lebih-lebih menangis macam kena pukul nie kenapa .."

Kata Faiz sengaja mengusik Fizah yang masih lagi menangis teresak-esak seperti Dia pula yang kesakitan.

"Abang Danish okey ker ??"
"Siapa lelaki-lelaki tu ?? Kenapa diaorang pukul Abang ??"

Tanya Fizah ingin tahu sambil cuba untuk berhenti menangis.

"Aah .. siapa mereka Bro ??"
"Kau kenal ker ?? Kenapa diaorang belasah Kau ??"

Soal Faiz pula ingin tahu juga.

Danish memegang celah bibirnya yang kebas terluka lalu memandang ke arah Faiz & Fizah yang masing-masing sedang menunggu jawapan daripadanya.

Mereka singgah ke tepi jeti di hujung kampung untuk Danish menceritakan kepada mereka tentang hal sebenarnya.

"Sebenarnya 2 orang lelaki tadi tu adalah orang yang datang mengutip hutang yang pernah Ayah Aku buat sebelum ini .."

"Sebelum Aku & keluarga Aku berpindah ke kampung, keluarga Aku mempunyai sebuah perniagaan dalam bidang logistik dekat Johor .."

"Perniagaan tu adalah hasil titik peluh arwah atuk Aku & diwarisi oleh Ayah Aku .. sebelum ini kehidupan kami sekeluarga bukan seperti ini kerana Aku & adik Aku Esya dibesarkan di U.K bersama dengan orang tua Aku sehinggalah kami berdua habis sekolah menengah .."

"Selepas habis sekolah, kami sekeluarga berpindah semula pulang ke tanah air kerana untuk memudahkan Ayah Aku menguruskan perniagaan kami di sini .."

"Tapi beberapa tahun selepas itu, tiba-tiba perniagaan Kami mengalami masalah kewangan kerana kata ayah Aku, dana syarikat kami telah di hilangkan oleh orang kepercayaan ayah Aku sendiri .."

"Ayah tak tahu dimana orang tu dah larikan diri & membawa semua wang dana syarikat sehingga Ayah terpaksa membuat pinjaman daripada syarikat pinjaman untuk membaiki semula kerugian yang syarikat kami alami .."

"Tapi malangnya sekali lagi nasib tak menyebelahi kami sebab tiba-tiba Ayah ditimpa kemalangan kereta semasa sedang pulang dari menguruskan urusan syarikat .."

"Jadi sejak dari itu, semua aset & rumah kami disita oleh pihak bank .. dan kami terpaksa pulang ke kampung halaman ibu nie semula sebab cuma ini satu-satunya harta peninggalan arwah nenek sebelah ibu Aku tinggalkan .."

"Aku tak tahu dari mana orang-orang tadi tu boleh tahu tempat kami nie & diaorang selalu datang untuk menagih duit yang Ayah pernah pinjam dulu .."

"Kami sekeluarga juga terpaksa melepaskan Esya untuk pergi melarikan diri dari kampung nie untuk melindungi Dia dari orang-orang tu sebab mereka mahu menjadikan Esya sebagai isteri bos mereka sebagai ganti rugi hutang Ayah .."

Jelas Danish menceritakan semua tentang keluarga mereka yang sebenarnya.

Hal ini sudah lama Dia simpan & tidak pernah memberitahu sesiapa kerana ini adalah masalah keluarga mereka. Namun hari ini disebabkan kejadian tadi, Danish terpaksa menceritakan tentang hal ini kepada Faiz & Fizah kerana mereka berdua sudah melihat apa yang berlaku tadi.

Selepas mendengar cerita penjelasan Danish tentang keluarganya, baru Faiz & Fizah mengetahui rahsia disebalik keluarga Danish.

Selama ini mereka berdua tidak pernah menyangka bahawa Danish & keluarganya adalah berasal dari orang berada kerana mereka hidup seperti orang kampung yang lain. Faiz & Fizah selama ini menyangka Danish sekeluarga adalah seperti orang lain yang hanya berhijrah dari tempat lain ke kawasan kampung mereka.

Selama ini Danish & keluarganya hidup seperti kehidupan orang kampung yang lain & mereka sangat disenangi oleh orang sekeliling.

Kedua adik-beradik itu juga tidak pernah berkelakuan seperti orang kaya atau orang bandar yang lain kerana mereka bersikap ramah & rendah diri seperti orang kampung.

Sebab itulah Faiz & Fizah mudah rapat & berkawan mesra dengan Danish & Esya kerana mereka berdua tidak kelihatan angkuh seperti orang yang berada. Malah mereka sekeluarga juga hidup seperti orang kampung yang lain.

"Bro ~ Aku paham perasaan Kau sekarang .."
"Apa yang Aku boleh lakukan untuk tolong Kau ??"

Tanya Faiz ingin cuba membantu selepas mendengar cerita daripada Danish.

"Takde apa Faiz .. jangan risau .. Aku masih boleh jaga keluarga Aku lagi .."

Jawab Danish menolak pertolongan Faiz yang cuba mahu membantu.

Fizah juga turut kasihan & mahu membantu Danish sekeluarga. Dia juga siap sedia untuk memberi bantuan apa sahaja buat Danish & keluarganya.

Danish hanya senyum melihat Faiz & Fizah yang berdiri mendengar ceritanya sejak dari tadi. Danish percaya bahawa mereka berdua dapat menjadi sahabat yang boleh memberikan semangat kepadanya untuk terus berusaha lagi.

...............................................................

Sekeping gambar seorang gadis diberikan kepada 2 orang lelaki bertatu. Mereka diberi tugas untuk mencari dimana keberadaan gadis itu berada.

"Pastikan korang jumpa juga dengan perempuan nie !!"
"Kalau ada yang jumpa, terus hubungi Boss .. PAHAM !!"

Arah ketuanya.

Gambar gadis itu digunakan oleh lelaki tersebut untuk mencarinya.

...............................................................

"Esya ~~ jangan lupa buang sampah kat belakang tu tau sebelum balik kerja .."

Ujar Kak Jaja iaitu senior tempat Aku bekerja di KFC.

"Baik Kak .. kejap lagi sebelum balik Esya buang .."

Jawabku sambil tersenyum.

Selesai shift kerjaku, Aku berkemas untuk pulang & pergi bekerja di tempat kerja kedua ku iaitu di 7-Eleven.

Aku mengangkat plastik-plastik besar bahan kotor dari dapur KFC ke tong sampah yang berada di bahagian belakang bangunan.

Saat Aku sedang mengangkat plastik-plastik sampah itu, tiba-tiba ada 2 orang lelaki yang agak bengis mukanya cuba datang menghampiriku & silih berganti melihat sekeping gambar di tangannya & wajahku.

Aku berasa pelik dengan kedua orang lelaki itu yang memandangku seperti orang pengutip hutang.

"Roy ~ nie gambar perempuan tu kan ??"

Tanya lelaki yang bertatu di lengannya kepada seorang lagi temannya sambil melihat kepingan foto entah siapa di tangannya.

"Iyaa betul .. inilah perempuan tu !!"
"Cepat tangkap Dia !!"

Ujar lelaki itu mengarah agar lelaki bertatu itu segera menangkapku.

Tanpa berfikir panjang, Aku terus melemparkan plastik sampah yang Aku pegang pada lelaki itu lalu terus lari laju menyelamatkan diri.

Pada mulanya Aku tidak faham mengapa lelaki-lelaki itu mengejar & mencariku, tapi Aku baru sedar bahawa mungkin mereka adalah orang-orang pengutip hutang Ayah & sedang mencari keberadaanku.

Aku terus berlari & terus berlari dengan pantas di sekitar ibu kota itu sambil dikejar oleh kedua orang lelaki itu di belakangku.

Aku berlari & bersembunyi disebalik dinding kecil di sebuah lorong belakang bangunan. Aku menutup rapat mulutku agar tidak mengeluarkan apa-apa bunyi mahupun bunyi Aku bernafas sekalipun supaya lelaki-lelaki itu tidak dapat menjejaki Aku.

Jantungku berdegup kencang berasa ketakutan bersembunyi dibalik dinding .. Aku berharap sangat agar lelaki-lelaki itu tidak menemuiku di situ kerana Aku boleh melihat mereka sedang berdiri mencariku tepat ditepi tempat dinding Aku bersembunyi.

Seketika kemudian Aku keluar perlahan-lahan dari balik dinding itu untuk memastikan lelaki-lelaki tadi sudah tiada mencariku disekitar situ.

Baru rasa lega hatiku selepas memastikan mereka sudah tiada di sekitar situ. Perlahan-lahan Aku berjalan keluar dari lorong itu sambil berwaspada memerhati sekelilingku kerana Aku takut jika lelaki-lelaki tadi datang mengejar Aku semula.

Saat Aku sedang menarik nafas lega, tiba-tiba Aku dikejutkan dengan sapaan seseorang dari belakang kerana tiba-tiba saja ada tangan yang memegang bahu ku dari belakang.

"Arghhhhh !!!!"

Aku menjerit ketakutan & cuba untuk melarikan diri tanpa melihat kebelakang.

Tapi Aku tidak dapat lari kerana tanganku tiba-tiba direntap dari belakang membuatkan Aku tidak dapat melarikan diri. Aku terus memejam mata rapat kerana takut jika lelaki-lelaki yang mengejarku tadi akan mencederakan Aku.

"Mawar !! Hey ~  You okey ker ??"

Tiba-tiba Aku terdengar ada suara yang seperti memanggil namaku.

Aku berhenti meronta & perlahan-lahan membuka mata yang Aku pejam rapat tadi untuk melihat orang yang memanggil & mengunci tanganku supaya Aku tidak dapat lari.

Bila Aku buka mata, tiba-tiba Aku melihat wajah seseorang yang Aku agak kenali sedang menatap Aku tepat di depan mataku.

"Arghh !!"

Jerit Aku terkejut & tertolak lelaki itu sikit.

Naik turun nafas Aku dibuatnya .. mati-mati Aku memikirkan bahawa lelaki bertatu tadi yang sudah berjaya menangkap Aku.

"Mawar ~ You kenapa ??"
"You okey tak nie ??"

Tanya lelaki itu semula.

"Huftttt ~~ Asyraf !!"
"Awak buat apa kat sini ??"

Tanya Aku lega kerana Dia bukan lelaki yang mengejarku tadi.

Wajah Asyraf penuh dengan tanda tanya melihat reaksi Aku  menggigil ketakutan & tercungap-cungap nafasku turun naik.

"I yang tanya You dulu .."
"Kenapa You macam nie ?? Ada orang kejar You ker ??"

Tanya Asyraf lagi risau ingin tahu.

"Huh !! Owhh takde lah .."
"Mana ada orang kejar Saya .."
"Saya cuma semput berlari sebab nak kejar masa masuk kerja .. Saya dah lambat sebenarnya .. HEHEHEHE ~~"

Jawab Aku cuba menyembunyikan apa sebenarnya yang berlaku.

Aku tidak mahu ada sesiapa yang tahu akan siapa Aku & situasi sebenar Aku serta sebab Aku pergi membawa diri ke bandar.

"Ehh !! You kerja kat area sini ker ??"
"Bukan You kerja dekat kedai 7-Eleven yang dekat Jalan Sultan Ismail ker ??"

Soal Asyraf pelik kerana Dia tahu dimana outlet 7-Eleven tempat Aku bekerja sebenarnya.

"Owhh .. Aah betul tu .."
"Nie Saya nak pergi masuk kerja laa nie .. HEHEHEE ~"

Jawabku membuat alasan lagi sambil tersengih-sengih.

"You buat 2 kerja ker ??"
"Hurmm bukan apa .. selalunya You pakai baju uniform 7-Eleven, tapi hari nie You pakai uniform KFC pulak .."

Tanya Asyraf sekali lagi pelik melihatku.

Aku terus melihat pakaian uniform yang Aku sedang pakai. OMG !! Betul lah apa yang Asyraf cakap, memang Aku masih memakai uniform KFC Aku lagi.

Gara-gara 2 lelaki tak guna yang mengejarku tadi buat Aku sampai tak sempat nak tukar baju uniform Aku. Jangankan tukar uniform, beg tangan Aku juga masih lagi ada di KFC tadi.

Naik geram betul Aku dibuatnya .. Aku risau jika Aku kembali lagi ke tempat kerja Aku di KFC, lelaki-lelaki bertatu yang mengejarku tadi tentu akan ada menunggu Aku di sana kerana mereka sudah tahu tempat kerjaku.

Apa yang harus Aku lakukan sekarang ini ?? Semua barang-barangku tertinggal di dalam bilik stor KFC kerana Aku melarikan diri dari lelaki-lelaki tadi memang dalam keadaan sehelai sepinggang.

Aku melihat ke arah Asyraf dengan rasa serba tak kena .. perlu ker Aku mintak tolong dengan Dia ?? Aku betul-betul jadi buntu.

"Macam tulah ceritanya Encik Asyraf .."
"Hurmm ~~ Encik Asyraf .. boleh tak kalau Saya nak mintak tolong pinjamkan Saya telefon bimbit Encik Asyraf sekejap ??"

Pintaku lembut.

"Kenapa tiba-tiba main Encik-Encik nie dengan I .. panggil Asyraf jer pun okey .."
"Nah pakai laa .."

Ujar Asyraf lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Aku.

Aku segera mendail nombor telefon Najwa untuk meminta pertolongannya pergi ambilkan beg tanganku di KFC tempat ku bekerja & Aku meminta tolongnya juga untuk membantu cover shift Aku kerja malam ini kerana Aku tidak boleh masuk kerja malam ini bimbang jika lelaki-lelaki bertatu tadi datang mencariku lagi.

Selepas menghubungi Najwa, Aku memulangkan kembali telefon bimbit Asyraf.

"You okey ker ??"
"I nampak You macam ada masalah jer .. tak nak share dengan I ker ??"

Ujar Asyraf sambil melihat wajahku bimbang.

Aku sendiri buntu harus bagaimana sekarang .. Aku mahu pulang ke rumah, tapi Aku sehelai sepinggang tidak membawa apa-apa apatah lagi duit untuk dijadikan tambang untuk balik.

Serba salah Aku nak mintak pertolongan Asyraf lagi .. takut Aku jika Dia ikut terlibat dengan masalah Aku.

"Mawar ~~ You okey tak nie ??"
"Kalau You ada masalah ceritalah pada I .. mana tahu I boleh tolong You .."

Kata Asyraf sekali lagi mahu mengetahui apa masalah Aku.

"Hurmmm ... Asyraf ~ boleh tak sekali lagi Saya nak mintak tolong Awak ??"

Tanya Aku serba salah.

"Apa Dia ?? Cakap lah .."

Jawab Asyraf menunggu apa yang mahu Aku katakan.

"Hurmmm ~~ boleh tak kalau Saya nak pinjam duit Awak sikit untuk Saya jadikan tambang balik rumah .."
"Saya janji nanti Saya pulangkan balik duit Awak bila kita jumpa lagi .."

Pintaku serba salah.

Tergelak geli hati Asyraf dengan reaksi Aku yang serba salah meminta pertolongan lagi dengan Dia. Hairan betul Aku dibuatnya , apatah yang kelakar sangat.

"HAHAHA ~~ Laa pasal tu jer ker sampai You buat muka serba salah dengan I ??"
"Pasal tu You jangan risau .. Jom I hantar You balik .."
"Kali nie No more excuse yer .. I sendiri akan pastikan yang I sendiri akan hantar You balik ke rumah .. okey ~"

Ujar Asyraf sambil tersenyum.

Terkedu Aku dengan kata-katanya. Bukan itu yang Aku mahukan .. Aku cuma mahu meminta pertolongannya untuk memberikan Aku duit tambang, bukannya hantar Aku sampai rumah.

"Ehh .. tak payah susah-susah .."
"Saya boleh balik sendiri .. Awak cuma perlu bagi pinjam kat Saya duit tambang, itu jer .."

Balasku menolaknya.

Asyraf menundukkan sedikit badannya lalu mendekatkan sedikit wajahnya ke hadapan wajahku. Terkejut Aku dibuatnya dengan kelakuannya tiba-tiba.

"Kenapa ?? You takut dengan I ker ??"

Tanya Asyraf sambil tunduk menanyaku hairan.

"Maa ~~ maa ~~ mana ada Saya takut .."
"Saya cuma tak nak menyusahkan Awak jer .."

Balasku gugup kerana wajah Asyraf betul-betul berada tepat di depan mataku.

"No !! Sama sekali tak menyusahkan pun .. I sendiri yang tawarkan diri nak hantar You balik .. tak boleh ker ??"

Ujar Asyraf dengan yakin.

Makin serba salah Aku dibuatnya. Perlu ker Aku membenarkan Dia menghantarku pulang & Dia akan tahu dimana Aku tinggal.

"Takpe lah .. terima kasih .. Saya mintak diri dulu .."

Jawabku geram lalu beransur pergi dari situ.

Terkedu Asyraf dengan reaksiku seperti merajuk dengannya. Asyraf terus mengejar mengekoriku dari belakang cuba untuk memujukku kembali.

"Mawar .. You marah dengan I ker ??"
"Look , I mintak maaf okey kalau kata-kata I tadi buat You tersinggung atau marah .."
"I cuma nak tolong You jer .."

Jelas Asyraf cuma mengekoriku dari belakang & memujukku supaya berhenti merajuk.

Saat Aku sedang sibuk merajuk dengan Asyraf .. tiba-tiba Aku ternampak kembali 2 lelaki bertatu yang mengejarku tadi sedang sibuk mencari Aku kembali dari arah belakang Asyraf.

Dengan pantas Aku terus menarik kuat tangan Asyraf yang sedang berdiri dihadapanku membebel memujuk Aku agar kami segera melarikan diri dari lorong deretan kedai disitu.

Terkejut besar Asyraf tatkala Aku tiba-tiba menarik kuat tangannya & berlari pantas dari situ. Tanpa mengetahui sebabnya, Asyraf juga terus berlari mengikuti ku.

Kedua lelaki bertatu itu melihat Aku & Asyraf melarikan diri dari mereka, jadi mereka juga terus mengejar kami dari belakang.

Aku & Asyraf terus berlari sekuat hati sambil berpegangan tangam. Kami terus berlari mengelak diri dari kedua lelaki bertatu yang mengejar kami dari belakang.

Kami berdua berlari ke lorong belakang bangunan lagi & tiba-tiba Asyraf menarik tanganku kuat untuk masuk bersembunyi di celah dinding yang agak sempit dimana hanya muat untuk 2 orang sahaja masuk.

Asyraf terus menyandarkan belakangku ke dinding kemudian Dia menutup rapat mulutku yang tercungap-cungap lari dari arah hadapanku agar Aku tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh membuat kedua lelaki bertatu itu menemui kami.

Sekali lagi jantungku berdegup kencang saat melihat kedua lelaki bertatu itu sedang berdiri mencari kami yang bersembunyi di celah dinding tersembunyi itu.

Untung sahaja juga kedua lelaki itu tidak menemui tempat persembunyian kami berdua & terus beransur pergi.

Asyraf terus melepaskan tapak tangannya dari mulutku saat sudah memastikan kedua lelaki yang mengejar kami tadi sudah pergi dari situ. Dia masih cuba menahan badannya yang tinggi itu dengan kedua tangannya didinding supaya berada jauh sedikit dari Aku yang bersandar pada dinding sempit itu juga.

Tiba-tiba saat itu mata kami berdua saling bertentang antara satu sama lain .. jantung Aku yang berdegup kencang kerana ketakutan tadi jadi semakin laju berdegup saat melihat tepat ke dalam matanya.

Dalam beberapa ketika kami bertentang mata di dalam celah dinding sempit itu & tiba-tiba Aku tersentak dari pandangan mata itu.

Aku terus menolak kuat badan Asyraf ke belakang lalu Aku terus keluar mengiring perlahan-lahan dari dinding sempit itu kerana Aku terasa malu dengan apa yang Aku sedang rasakan sekarang ini. Aku terus jalan mengiring ke tepi dinding untuk memastikan agar lelaki yang mengejar kami berdua tadi betul-betul sudah tiada.

"Siapa orang-orang tadi tu ??"
"Kenapa diaorang kejar You ??"
"You ada buat apa-apa ker yang membuatkan mereka mengejar You ??"

Tanya Asyraf lagi saat Dia juga keluar dari celah dinding itu.

Serba salah Aku mahu menjawab pertanyaan Asyraf itu .. Aku tak nak kalau Dia juga turut terlibat dengan masalah Aku seperti tadi.

"Terima kasih sebab dah tolong Saya tadi .."
"Tapi Saya betul-betul mintak maaf pada Awak sebab dah buat Awak pun terkejar macam nie tadi .."
"Saya mintak diri dulu .. Assalammualaikum .."

Ucapku kesal lalu terus mahu beransur segera dari situ.

"Mawar tunggu dulu !!"
"Kalau You tak nak jawab pertanyaan I tadi .. its okey !!"
"Tapi You fikir lepas apa yang baru berlaku tadi .. I akan biarkan You balik sorang-sorang ker ??"
"Jom I hantar You balik sekarang & tolong jangan bagi alasan lagi pada I .."

Jelas Asyraf berkeras juga mahu sendiri menghantarku pulang dengan selamat.

Kali ini Aku tidak dapat lagi untuk menolak Asyraf kerana Aku sendiri berasa takut untuk balik sendirian dalam keadaan yang mulai malam.

Aku juga benar-benar takut jika kedua lelaki tadi muncul kembali mengejarku seperti tadi. Jadi mahu tak mahu, Aku membenarkan Asyraf untuk menemaniku pulang kerumah.

Asyraf menahan teksi & menemaniku menaiki teksi sehingga sampai ke apartment ku. Kami berdua hanya berdiam tanpa kata di dalam teksi.

Sampai sahaja di kawasan apartment ku .. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Asyraf kerana sudi menemani Aku sehingga pulang kerumah.

Asyraf pulang semula selepas memastikan Aku naik ke apartment rumah sewa ku dengan selamat.

Rasa serba salah betul Aku dengan Asyraf kerana tak pasal-pasal telah melibatkan Dia sekali dalam masalah Aku & Aku pula layan tak layan dengannya tadi padahal Dia sudah banyak membantu Aku.

************

Kebesokkan harinya, Aku terpaksa meletakkan jawatanku di KFC kerana Aku bimbang jika 2 lelaki bertatu semalam akan datang lagi menjejaki Aku disitu kerana pasti mereka sudah mengetahui tentang tempat kerjaku disitu.

Sedih rasa hatiku kerana terpaksa melepaskan pekerjaan itu sedangkan itu adalah pekerjaan pertamaku sejak sampai di bandar ini.

Kali ini Aku harus lebih berwaspada lagi kerana lelaki pemungut hutang itu sudah tahu bahawa Aku berada di Kuala Lumpur & bila-bila masa saja lagi mereka akan dapat menjejaki Aku semula.

Aku terpaksa mencari pekerjaan lain lagi untuk menampung sara hidup ku sendirian di bandar ini. Sampai bilalah Aku akan hidup sebagai pelarian seperti ini dari pengutip hutang. Buntu Aku dibuatnya.

Aku berjalan-jalan diatas trak pejalan kaki di sebuah taman tasik. Angin sepoi-sepoi meniup lembut rambut panjang yang Aku biarkan terlepas. Aku membutuhkan ketenangan sebentar untuk Aku cuba berfikir apa yang harus Aku lakukan sekarang ini.

Air dasar tasik memancarkan silaunya di tengah cahaya matahari terik membuatkan mataku juga menjadi silau melihatnya.

Tiba-tiba Aku seperti ternampak satu susuk tubuh seseorang yang seperti Aku kenali sedang duduk sambil memerhatikan suasana tasik yang berlatar belakangkan menara tinggi negara iaitu KLCC.

Aku jadi tersenyum lalu perlahan-lahan cuba mendekatinya dari belakang. Bila Aku mendekatinya dari belakang yang sedang duduk, Aku jadi sangat terkejut besar apabila melihat ada sesuatu yang Dia sedang lakukan di atas ribanya.

Jadi mungkin betullah tekaan ku selama ini .. kedua buah lukisan yang selama ini Aku terima daripada kanak-kanak itu datangnya daripada lelaki ini.

"Asyraf ??"

Sapa Aku lembut daripada belakang.

Asyraf menoleh kepala kebelakang & terkejut melihat Aku sedang berdiri di belakangnya.

"Mawar !!"

Terkejut Asyraf.

Dengan pantas Asyraf bangun & terus menyembunyikan buku lukisan tasik yang Dia sedang lukis tadi di belakangnya.

"Apa yang You buat kat sini ??"
"Dah lama ker You duduk kat belakang I tadi ??"

Tanya Asyraf gugup sambil kedua tangannya sedang sibuk memegang buku lukisan yang Dia sembunyikan di belakangnya.

Aku tergelak kecil melihat reaksinya, tak pernah Aku nampak Asyraf jadi gugup begitu sebelum ini seperti orang yang telah melakukan kesalahan saja lagaknya.

"Kita jumpa lagi kan .. sejak kebelakangan nie dah beberapa kali jugak kita berjumpa .."

"Saya tengah jalan-jalan jer kat area sini tadi .. lepas tu ternampak macam Awak tengah duduk sorang-sorang kat sini .. sebab tu Saya datang nak sapa Awak .."

"Awak buat apa sorang-sorang tengahari buta kat tepi tasik nie ?? Awak tak kerja ker ??"

Jelasku kembali sambil tersenyum melihat Asyraf.

Aku sengaja cuba untuk mengintip apa yang Asyraf sembunyikan dibelakangnya walaupun Aku tahu itu apa sebenarnya.

Rasa nak tergelak Aku tengok reaksi Asyraf yang masih lagi mencuba untuk menyembunyikan buku lukisannya di belakang.

"Ada apa kat belakang Awak tu ??"
"Mari sini nak tengok .."
"Eyaaaahhhh !!!"

Kataku lalu menarik buku lukisan yang disembunyikan Asyraf di belakangnya.

Setengah mati Asyraf cuba menyembunyikan buku lukisannya daripada Aku sampai berpusing-pusing badannya cuba melindungi buku lukisan itu tapi Aku tetap berjaya juga merampasnya dari tangan Dia.

"Benda apa yang Awak sembunyikan sangat haa dalam nie sampai tak nak bagi Saya tengok .."

Tegurku sambil sengaja tergelak sinis memandang Asyraf yang sudah tidak keruan jadinya kerana buku lukisan itu sudah berada di tanganku.

"Mawar ~ takde apa-apa pun dalam tu .."
"Mari sini pulang balik buku I .."

Pujuknya cuba meminta agar Aku memulangkan kembali buku lukisannya.

Reaksi terdesaknya itu lagi membuatku makin teruja mahu tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam buku lukisan itu hingga membuatnya betul-betul mahu melindungi buku tersebut.

Tanpa membuang masa, Aku terus membuka kulit depan buku lukisan itu & Aku betul-betul terkejut dengan lukisan tangannya yang indah walau hanya menggunakan pensil 2B sahaja.

Lukisan ilustrasi sebuah pemandangan kawasan perumahan yang dikelilingi pemandangan alam semulajadi disekitarnya sangat cantik dilukis oleh Asyraf walau hanya berlatar belakangkan warna hitam putih menggunakan pensil 2B.

Kemudian Aku buka lagi lembaran lain dibelakang & kali ini Aku jadi semakin terpegun dengan lukisan gambarnya.

Lukisan gambar itu menunjukkan ada seseorang wanita yang sedang duduk menyendiri di tepi sebuah tasik yang tenang dikelilingi dengan pemandangan pokok Rhu serta tasik yang tenang luas terbentang dihadapannya.

Melihat dari lukisan itu, Aku seperti dapat merasai perasaan yang dirasakan oleh karaktor wanita dalam lukisannya yang sedang merasa kesunyian & keseorangan.

Aku mengalihkan pandanganku kepada Asyraf yang sedang berdiri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal merasa makin tidak tenang kerana Aku sedang membuka buku lukisannya.

Tergelak Aku melihat reaksinya begitu, pelik Aku pikir kenapa Dia nak susah hati pula sedangkan Aku berasa sangat suka melihat semua lukisannya.

Kemudian saat Aku mahu membuka lagi lembaran kertas seterusnya di belakang.

"NO NO !!! Sampai situ jer You boleh tengok lukisan I .."
"Mari sini pulangkan balik buku lukisan I .."

Pintanya terdesak mahu kembali buku lukisannya.

"Why ?? Saya tak habis tengok pun .."
"Bagi lah Saya tengok lagi .."

Pintaku menolak permintaannya untuk mendapatkan kembali buku lukisannya daripada Aku ..

"Sudah sudah !!! Actually lukisan tu tak siap lagi .."
"Jadi You tak boleh tengok .."

Kata Asyraf memberi alasan & cuba untuk merampas kembali buku lukisannya dari tanganku.

Aku jadi makin tertanya-tanya kerana melihat reaksi terdesaknya tidak mahu menunjukkan lukisan seterusnya kepada Aku.

Tanpa mahu mendengar larangannya, Aku terus membuka juga dengan pantas lembaran lukisan seterusnya.

Kali ini lukisan Asyraf betul-betul sangat membuat Aku terkejut besar seperti terdengar dentuman yang kuat di langit.

Aku jadi betul-betul sangat tergamam saat melihat lukisan wajah seorang gadis yang betul-betul sangat Aku kenali siapa.

Mulut & mata Aku terbuka luas saat melihat lukisan pensil 2B wajah seorang gadis yang rambut panjangnya beralun diletakkan elok di sebelah kanan bahunya sambil tersenyum.

Aku mengalih pandangan terkejutku ke arah Asyraf & Aku melihat reaksi Asyraf yang agak sedikit kesal menutup wajah dengan tapak tangannya.

Aku betul-betul jadi tidak terkata dengan apa yang baru Aku lihat di depan mataku.

Tidak lama seketika, tiba-tiba tidak tahu mengapa hati Aku berasa sangat senang & terhibur sampai membuatku tergelak.

Buku lukisan wajah gadis itu Aku letakkan ditepi wajahku sambil rambut panjang beralun Aku juga Aku letakkan sama persis seperti gambar di dalam lukisan itu lalu Aku tersenyum.

"Muka Saya dengan lukisan nie sama ker ??"

Tanyaku sambil memegang buku lukisan gadis itu di tepi wajah Aku.

Asyraf memandang Aku dengan pandangan serba salah & gementar kerana akhirnya rahsia Dia sudah Aku bongkar sendiri.

Aku cuba menahan gelak melihat reaksi muka bersalah Asyraf yang seperti takut-takut mahu melihatku. Ini pertama kali juga Aku melihat Asyraf berkelakuan begitu. Aku tidak menyangka bahawa Asyraf ada sisi yang comel begitu ketika Dia jadi serba salah.

"I'm sorry ~~"
"I tak berniat nak buat You marah dengan lukisan tu .."
"I cuma sengaja lukis lukisan tu & takde maksud apa-apa pun pada You .."

Ucap Asyraf sambil tunduk rasa bersalah dengan Aku.

Walaupun pada mulanya Aku berasa agak sedikit marah kerana Asyraf tidak mahu mengakui hal itu dahulu semasa  Aku bertanya dengannya tentang hal itu.

Tapi bila melihat reaksinya yang serba salah begitu membuatkan Aku berasa kesian & tercuit hati pula.

"Jadi sekarang nie Awak ada apa-apa ker nak bagitahu pada Saya ??"

Tanyaku meminta agar Asyraf membuat pengakuan.

Serba salah bercampur takut-takut Asyraf mahu membuat pengakuan. Tentu Dia takut kalau Aku naik marah kalau Dia bagitahu tentang hal ini.

Perlahan-lahan Asyraf mengangkat kepalanya lalu memandangku dengan penuh rasa serba salah.

"Maafkan I Mawar ~~"

"I mengaku bahawa I yang bagi You kedua lukisan tu haritu .."

"Tapi sumpah !! I tak bermaksud nak bagi You marah atau tersinggung .."

"I bagi lukisan jambatan tasik tu pada You sebab I nampak You suka sangat lukisan tu masa You nampak kat Centrel Market tempoh hari .. I saja berikannya sebab nak bagi ucapan terima kasih pada You sebab dah tolong I .. itu jer ~"

Jelas Asyraf mengakui tentang lukisan jambatan tasik yang Dia berikan tempoh hari kepadaku.

Aku hanya berdiri mendengar penjelasannya & masih menunggu Dia menjelaskan pula tentang lukisan wajahku yang Dia bagi melalui seorang kanak-kanak lelaki semasa Aku di Taman Tasik Titiwangsa.

Namun Asyraf tidak mahu menjelaskannya .. Dia hanya pantas terus mengambil semula buku lukisannya dari tanganku lalu memasukkannya kembali ke dalam beg kainnya yang berwarna hitam.

"Itu jer ker yang Awak nak bagitahu Saya ??"
"Macam mana dengan lukisan yang kedua tu ??"

Tanyaku masih menanti Dia menjelaskan tentang lukisan wajahku yang Dia berikan dulu.

"Maafkan I sekali lagi Mawar .."

"Haritu masa I tengah jalan-jalan nak cari tempat untuk melukis kat Taman Titiwangsa, tiba-tiba I ternampak You tengah duduk tersenyum kat situ .."

"Tak tahu kenapa I rasa nak lukis wajah You yang tengah tersenyum manis macam tu .. disebabkan rasa serba salah sebab lukis wajah You tanpa izin .. I mintak tolong budak kecik tu bagi lukisan tu pada You sebab I rasa I tak patut ada lukisan tu pada I .."

"Maafkan I sekali lagi Mawar .."

Jelas Asyraf sambil menundukkan kepalanya ke bawah kesal.

Kini baru Aku tahu mengapa Dia melukis wajahku & mengapa Dia memberinya kepadaku kembali.

"Habis tu kenapa Bila Saya tanya haritu, Awak tak nak mengaku ??"

Tanyaku sekali lagi ingin tahu.

"I bukan tak nak bagitahu .."
"Cuma I takut kalau buat You marah .. maafkan I .."

Jelasnya kesal.

Asyraf takut mahu melihat kemata ku kerana takut jika Aku memarahinya lagi.

"Habis tu lukisan muka Saya yang dalam buku lukisan tu macam mana ??"

"Awak tak nak mintak izin ker pada Saya dulu ??"

Kataku sengaja membuat suara seakan-akan mahu marah.

Terus Asyraf mengangkat wajahnya & menjadi tak keruan kerana Aku sudah melihat lukisan wajahku yang Dia lukis buat kali kedua dalam buku lukisannya tadi.

"Mawar ~ I'm really sorry .."
"I pulangkan balik lukisan muka You nie pada You semula sekarang !!"

Katanya sambil menggelabah mengeluarkan kembali buku lukisannya dari dalam beg.

"HAHAHAHAHA ~~"

Berhabis Aku tergelak besar melihat reaksi kelam-kabut Asyraf seperti itu mengelupur mahu memberikan semula lukisan wajah ku yang Dia lukis tadi.

Terkejut besar Asyraf melihat Aku ketawa besar. Dalam fikirannya bercampur baur memikirkan apa punca sebenarnya Aku gelak kuat begitu sedangkan sepatutnya Aku harus menjadi marah, tapi ini bahkan Aku tertawa besar.

"Kenapa You gelak ??"
"Apa yang kelakar sangat??"

Tanya Asyraf pelik.

Aku jadi makin tertawa lagi dengan pertanyaannya yang blur dengan dengan reaksiku.

"HAHAHAHA ~~ Awak nie kelakar lah Asyraf .."
"Thanks sebab Awak dah hiburkan Saya harinie .."

Ucapku sambil tertawa.

Asyraf masih lagi kehairanan dengan Aku. Dia masih tidak mengerti mengapa Aku mentertawakannya.

"Mawar ~ You okey ??"
"You ada masalah lagi ker ??"
"Atau lelaki jahat semalam tu ada datang kejar You lagi ker hari nie ??"

Tanya Asyraf jadi risau denganku.

Pertanyaan Asyraf itu lagi membuatku rasa ingin ketawa & terus ketawa lagi sehingga hatiku terasa tiba-tiba rasa mahu menangis.

Tidak tahu mengapa tiba-tiba hatiku berasa sangat sedih sehingga mahu menangis. Mungkin kerana perasaan takut & masalah yang Aku hadapi sekarang buat Aku tidak dapat mahu menahannya lagi lama dihati.

Terkejut hairan Asyraf dengan kelakuan pelik Aku yang tadinya ketawa mengekek tak ingat dunia kemudian tiba-tiba menangis hiba.

"Mawar ~ are You okey ??"
"Kenapa You nangis ?? Cerita lah kat I .."
"You ada masalah ker ?? Jangan lah menangis macam nie .."

Pujuk Asyraf yang sangat risau melihat keadaan perubahan emosiku yang drastik.

Asyraf jadi sangat serba salah denganku kerana Dia mengira bahawa pasti Dia adalah punca Aku menangis begitu.

Aku cuba menenangkan diri semula & menghapus airmata di bawah mataku sendiri. Aku kemudian tersenyum semula kepada Asyraf menunjukkan bahawa Aku tidak apa-apa.

"No takde apa .. Saya okey jer .."
"Awak jangan risau yer !"

Ujarku kepada Asyraf.

Serba salah Asyraf denganku. Dia betul-betul merasakan bahawa Dia adalah punca kenapa Aku menangis.

Asyraf terus mengeluarkan semula buku lukisannya & mahu mengoyakkan lukisan wajahku yang Dia lukis supaya Aku tidak lagi marah & menangis.

Namun cepat-cepat Aku menahan tangannya supaya berhenti mengoyakkan lukisan tersebut kerana itu bukan sebabnya Aku menangis.

"JANGAN !!!"
"Awak tak perlu nak koyakkan lukisan tu .. Awak simpankan jer dulu buat masa nie .. "
"Saya tak apa-apa .. Awak jangan risau !!"

Ujarku menghalang tangannya dari berusaha  mengoyakkan buku lukisannya. 

Asyraf terus menghentikan perbuatannya untuk mengoyakkan lukisannya itu lalu terus memerhatikan Aku yang masih mengesat airmataku.

Asyraf terus menarikku supaya duduk menenangkan diri dulu di bangku kayu di sebelah kami. Dia duduk disebelahku lalu memerhatikan Aku dengan wajah risau.

" Kenapa You menangis Mawar ??"
"Lelaki semalam tu ada ganggu You lagi ker ??"

Tanya Asyraf lalu duduk di sampingku.

Aku tidak tahu mahu menjawab apa pertanyaan Asyraf itu.

"Takde lah .. Saya cuma rindukan parents Saya kat kampung .. itu jer ~"
"Dah lama Saya tak tengok keadaan diorang .."

Jawabku memberi alasan.

Sebenarnya itu salah satu sebabnya juga Aku menangis sedih kerana Aku merisaukan bagaimana keadaan Ayah, ibu & Abang Aku di kampung.

Aku risau jika pemungut hutang Ayah itu ada mengganggu mereka lagi sehingga mencederakan mereka. Abang Aku sudah berpesan kepadaku supaya jangan menghubungi mereka dulu buat masa sekarang sehinggalah Abang Aku sendiri yang akan menghubungiku.

Mereka bimbang jika orang-orang pengutip hutang itu akan menjejaki dimana keberadaanku, tapi sekarang orang-orang tersebut nampaknya sudah dapat menjejaki Aku.

Aku tidak mahu keluargaku mengetahui akan hal ini kerana tidak mahu mereka risau denganku. Jadi sekarang Aku sendiri yang harus menjaga diri Aku sendiri.

Aku jadi keseorangan & tiada tempat untuk Aku mengadu tentang perasaan takut & kesunyiaanku disini.

"You takde call diorang ker ??"

Tanya Asyraf lagi.

Aku hanya tersenyum kepadanya.

"Huh !! Dah ~ Saya baru jer habis call .. tapi Saya masih rindukan mereka .."

Jawabku terpaksa menipu.

"I faham perasaan You .."
"You bersabar yer .. I pasti parents You pun tentu rindukan You .."
"Tapi You janganlah risau, sebab You masih ada I kat sini untuk hiburkan You .."

Ujar Asyraf dengan bangga.

Tergelak Aku dengan bangga diri Asyraf tiba-tiba begitu. Dengan penuh yakinnya Dia mengatakan bahawa Dia boleh menjadi penghiburku.

Asyraf melihatku dengan pandangan lega apabila Aku tergelak senang dengan kata-katanya.

"Owh yaa .. Saya nak tanya Awak .."
"Kenapa Awak suka sangat panggil nama Saya Mawar ?? Kan Saya suruh Awak panggil Saya Esya .."

Tanyaku kepada Asyraf.

Aku selalu tertanya-tanya, sejak dari Asyraf mulai mengetahui namaku, Dia selalu sahaja memanggil nama hadapanku & bukan Esya seperti mana orang-orang lain memanggilku.

Asyraf berdiri menghadapku & menatapku dengan senyuman.

"Sebab You lebih sesuai dipanggil Mawar .."

Jawab Asyraf singkat sambil masih tersenyum. Aku kurang mengerti dengan maksudnya ..

"Huh !! Apa maksud Awak ??"

Tanyaku sambil mengerut dahi tidak mengerti maksud Asyraf.

"Maksud I adalah .. You tahukan macam mana rupa bunga mawar ??"

"Bunga mawar tu cantik tapi susah nak didekati sebab Dia ada duri tajam yang selalu melindungi diri Dia daripada disentuh .. jadi kita cuma boleh tengok Dia dari jauh jer & bila kita nak dekati Dia, kita kena dekati Dia dengan penuh berhati-hati .."

"Macam tu jugak lah dengan You .. sebab tu I cakap, You lebih sesuai dipanggil Mawar .."

Ujar Asyraf menjelaskan alasannya memanggil ku dengan nama depanku.

Aku jadi tergelak & geli hati dengan kata-kata Asyraf kerana selama ini Aku tidak pernah mendengar sesiapapun yang menyatakan hal seperti itu kepadaku.

"HAHAHA ~~ Jadi Awak nak kata Saya nie berbahaya laa sebab berduri ?? Macam tu ??"

Kataku sambil tergelak.

"Apasal You gelak pulak ?? Betullah apa I cakap .."

"You cantik & pandai jaga diri seperti bunga Mawar .. sebab tu You boleh hidup berdikari sorang-sorang kat bandar besar nie .."

"I yakin walau kemanapun You pergi .. pasti You boleh survive ~"

Ucap Asyraf sekali lagi lalu duduk kembali disebelah Aku.

Aku jadi tersentuh dengan kata-kata Asyraf tentang diriku. Kata-katanya membuatkan Aku berasa lebih bersemangat & yakin pada diriku sendiri.

Tidak pernah Aku mendengar sesuatu seperti itu tentang nama & diriku sebelum ini. Asyraf satu-satunya orang yang menjelaskan lebih dalam tentang nama & diriku yang sebenarnya.

"HAHAHA ~ Confident nya Awak nie .."
"Dah lah Saya nak balik dulu .. sampai jumpa lagi .."

Kataku tergelak lalu bangun mahu meminta diri.

Asyraf juga terus laju bangun mengemas barangannya mahu mengikuti Aku.

"I pun nak balik jugak .."
"Alang-alang jom kita balik sama .."

Katanya sambil cepat-cepat mengemas barang lukisannya.

Kami berjalan bersama & akhirnya Asyraf menemaniku pulang sampai ke kawasan apartment rumah sewaku.

Aku senang mengenali Asyraf .. Aku tak sangka perkenalan singkat kami dulu yang agak sedikit dingin sikapnya membuatku rasa takut untuk mendekati Dia akhirnya bertukar menjadi mesra seperti ini.

Asyraf seorang lelaki yang agak caring & kadang-kadang Dia agak sedikit dingin. Namun Dia mempunyai sisi lain yang mampu membuatku terpaksa menahan gelak apabila Dia rasa bersalah .. ketika itu reaksi wajahnya nampak sangat comel apatah lagi bila Dia menampakkan lesung pipit dalam di sebelah pipi kanannya.

Kata-kata Asyraf tadi masih lagi terngiang-ngiang di kepalaku sehingga ia membuatku tersenyum sendiri bila mengingatnya.

Selepas bertemu Asyraf, Aku terus pulang ke rumah & malam itu Aku tinggal sendirian di rumah kerana Najwa pulang ke rumah ibu saudaranya di Rawang .. jadi Aku cuma duduk sendirian dirumah. Aku terus mengunci diriku sendirian di dalam bilik selepas selesai membersihkan diri.

Sudah lama juga Aku tidak bertegur sapa dengan Kak Suzy gara-gara kejadian kelmarin & Dia juga sendiri tidak mahu bertegur sapa denganku mungkin kerana masih geram denganku.

Jam di dinding kamarku sudah menunjukkan waktu pukul 11 malam .. jadi sebelum Aku tidur, Aku mematikan lampu kamarku & bersiap sedia untuk tidur.

Dalam pukul 3 pagi begitu, tiba-tiba tekak ku terasa kering jadi Aku bangun dari tidurku & berjalan keluar dengan keadaan separuh sedar menuju ke arah dapur untuk meneguk secawan air minum untuk membasahkan tekak ku yang kering.

Aku berjalan mamai menuju dapur & tidak membuka langsung lampu dapur kerana Aku menggunakan cahaya pada telefon bimbitku yang Aku bawa bersama keluar dari bilik serta sedikit cahaya lampu terang dari balik pintu tandas berhampiran dapur yang menerangi jalanku .. jadi Aku terus membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sebotol besar air sejuk dari dalam peti & Aku tuang ke dalam cawan.

Saat Aku meneguk air dalan cawan ku , tiba-tiba Aku terdengar ada bunyi flash dari tandas .. agaknya Kak Suzy pun bangun waktu itu untuk ke tandas.

Lega rasa tekak Aku lepas meneguk air sejuk. Pintu bilik air dibuka dari sebelah dapur memancarkan cahaya lampunya dari dalam tandas. Aku buat tak tahu jer sebab Kak Suzy tentu akan buat tak tahu jugak dengan Aku kat dapur tu.

Kemudian tiba-tiba Aku merasakan ada lingkaran tangan mengelilingi pinggang Aku dari arah belakang.

"Sayang bangun jugak ker ??"

Sapa suara itu lembut dari belakang dekat dengan telinga Aku.

Lingkaran tangan itu tiba-tiba memeluk erat pinggangku dari belakang & Aku dapat merasakan seperti ada tubuh seseorang yang melekat pada belakang badanku dengan sangat erat.

Jantungku berdegup kencang memikirkan adakah itu adalah hantu yang datang menghantuiku di pagi buta ini.

Aku yang separuh sedar itu terus segar & tersembur air minum di dalam mulutku saat Aku menyedari ada sesuatu yang aneh memeluk Aku dari belakang.

Aku terus membuka lingkaran tangan pada pinggang ku lalu Aku terus berbalik tubuh ke belakang.

"Arghhhhhhh !!!!!!!!!"

Teriak Aku sangat kuat seperti melihat hantu.

Alangkah terkejut besar Aku apabila Aku membalikkan tubuhku ke belakang & melihat ada seorang lelaki yang tidak memakai baju & cuma hanya memakai seluar pendek berada di belakang Aku.

Aku tidak menyangka bahawa lelaki itulah rupa-rupanya yang tadi memeluk erat tubuh Aku dari belakang.

Lelaki itu juga jadi terkejut melihat Aku yang menjerit kuat seperti nampak hantu kerana kebetulan cahaya terang lampu tandas tadi betul-betul menerangi kawasan dapur itu.

Aku terus membaling apa-apa sahaja barang yang dapat Aku gapai di sekitarku ke arah lelaki itu, sementara lelaki itu juga berusaha melindungi dirinya dari barang-barang yang Aku baling ke arahnya dengan tangannya.

Rumah sewa Aku jadi tunggang terbalik pagi-pagi buta itu kerana lelaki separuh bogel itu tiba-tiba muncul & memeluk Aku dari belakang.

Diwaktu kekecohan itu berlaku, tiba-tiba Kak Suzy bergegas keluar dari dalam biliknya melihat Aku yang sedang memukul-mukul lelaki separuh naked itu dengan barang-barang dapur.

"Esya berhenti !!!"

Arah Kak Suzy cuba memisahkan Aku yang sedang menarik kuat rambut lelaki itu sambil memukulnya dengan frying pan.

"Akak .. tolong cepat panggil polis ada pencabul masuk dalam rumah kita !!"

Kataku kepada Kak Suzy dengan rasa ketakutan bercampur geram menarik-narik kuat rambut lelaki itu.

Kak Suzy berada di tengah-tengah diantara Aku & lelaki separuh naked itu untuk meleraikan Kami berdua. Selepas kami berdua dileraikan, lelaki itu terus bersembunyi dibelakang Kak Suzy sambil menahan sakit.

"Sayang ~ tadi I ingatkan Dia tu You .."
"I tak tahu pulak itu housemate You .."

Ujar lelaki itu membela diri.

Tergamam Aku dengan kata-katanya .. jadi lelaki pencabul itu rupanya bukan orang asing, tetapi tunangan Kak Suzy yang sekali lagi Dia bawa masuk ke dalam rumah untuk bermalam.

Belum sempat Kak Suzy mahu menjelaskan , Aku terus cabut berlari keluar dari dalam rumah sekuat hati dengan berkaki ayam.

Aku berlari ketakutan turun dari apartment ku pada pukul 3 pagi itu seperti orang gila yang tak tentu arah. Sambil Aku berlari, Aku sempat menghubungi nombor telefon Asyraf yang Dia save di dalam telefon ku petang tadi.

"Asyraf tolong Saya ~~"
"Saya takut ..."

Tangisku ketakutan menghubungi Asyraf.

Aku terus berlari menuju ke arah pondok polis berhampiran dengan kawasan perumahan ku & Aku terus membuat laporan tentang kejadian tadi.

Tidak lama kemudian baru Asyraf bergegas datang menemuiku di balai polis. Aku duduk menggigil ketakutan di hujung kerusi balai sambil masih memakai baju tidur pijamas silk pink & berkaki ayam.

"Mawar ~~ Are you okey ??"

Tanya Asyraf yang terus meluruh lari kerisauan ke arah Aku yang masih menggigil ketakutan.

Aku melihat wajah Asyraf yang datang ke arahku dengan wajah kerisauan. Air mataku terus bercucuran jatuh membasahi pipi selepas melihat wajah Asyraf.

"Asyraf ~ Awak dah sampai ker ?"
"Tolong Saya ~ Saya takut ~~"

Tangis Aku menggigil ketakutan di hadapan Asyraf.

Tangan Aku yang masih menggigil di pegang erat oleh Asyraf agar Aku dapat menenangkan diri ketika Aku menceritakan tentang kejadian sebenar yang berlaku kepadaku tadi.

Kali ini Asyraf pula yang menjadi bengang dengan cerita yang baru Aku ceritakan kepadanya.

Tidak lama selepas itu, pihak polis telah berjaya menahan & membawa Kak Suzy serta tunangannya ke balai polis selepas Aku membuat laporan tentangnya tadi.

"Dia !!! Diaa yang buat !!"
"Tolong selamatkan Saya Asyraf !!"

Aku terus menggigil ketakutan menuding jari ke arah tunangan Kak Suzy yang sedang dibawa masuk ke dalam balai sambil kedua tangannya digari.

Kak Suzy terus menghampiriku untuk memintaku menarik balik laporan tunduhan yang Aku buat terhadap Dia & tunangannya.

Tapi belum sempat Kak Suzy merayu denganku, terus laju Asyraf menumbuk kuat wajah tunangan Kak Suzy.

"Tak guna punya lelaki !!!"

PUNCHHHHHH !!!!!!

Terus melayang buku lima Asyraf tepat ke hadapan muka tunangan Kak Suzy tanpa rasa balas kasihan. Terjatuh baring tunangan Kak Suzy di atas lantai balai gara-gara tumbukkan padu Asyraf.

Beberapa anggota polis yang sedang bertugas di dalam balai itu terus cepat menarik & meleraikan badan Asyraf supaya menjauh dari tunangan Kak Suzy yang sudah berdarah dibelasah habis-habisan dengan Asyraf.

Aku hanya menangis menggigil ketakutan sambil duduk memeluk kedua lututku melihat Asyraf menumbuk & membelasah tunangan Kak Suzy sementara Kak Suzy pula menangis-nangis merayu agar Asyraf berhenti membelasah tunangannya.

Anggota polis bertugas berjaya meleraikan Asyraf dari terus membelasah tunangan Kak Suzy. Tunangannya dibawa masuk ke dalam lokap untuk tindakkan seterusnya.

Asyraf terus lari mendekati Aku lalu menggenggam erat kedua tanganku yang masih menggigil ketakutan untuk cuba menenangkan Aku.

"Mawar ~ You rilex yer ~"
"Jangan risau ~ I ada dengan You okey ~~"

Pujuk Asyraf lalu menggenggam kedua tanganku untuk cuba menenangkan Aku.

"Encik ~ Saya rasa lebih baik Encik balik dulu bawa teman wanita Encik nie sekali .."

"Nanti pihak kami akan inform semula untuk tindakkan susulan pada mereka .."

Kata salah seorang anggota polis bertugas kepada Asyraf.

Asyraf membantu Aku bangun dari kerusi yang terletak dihujung balai lalu Dia memegang bahuku membawa Aku perlahan-lahan keluar dari balai.

Kedua tapak kaki ku telah terluka kerana berlari keluar dari rumah tadi dengan hanya berkaki ayam. Asyaraf kesian melihat keadaanku lalu Dia cuba memberikanku kasut yang Dia pakai, tapi Aku terus menolaknya kerana tidak mahu Dia pula berkaki ayam hanya gara-gara Aku.

Asyraf hanya menyelimuti badanku dengan baju sweater nya kerana kesian melihat Aku yang hanya memakai baju tidur pijamas ke balai polis.

Asyraf menahan teksi & membawa Aku pergi kesebuah hotel untuk Aku berehat sementara pada awal pagi itu selepas pulang daripada balai polis.

"You berehat kat sini dulu yer buat sementara waktu .."
"You jangan risau .. I akan uruskan orang tadi tu untuk You .."
"Apa yang penting sekarang nie adalah You tidur & berehat yer .. kalau ada apa-apa, You panggil I jer terus okey .."

Jelas Asyraf memintaku untuk tidur merehatkan diri.

Asyraf menyelimutkan seluruh badanku dengan kain cadar selimut lalu membelai ubun rambutku meminta agar Aku berehat dahulu.

Aku hanya menuruti permintaannya lalu terus terlelap kerana sesungguhnya Aku betul-betul berasa sangat lelah sejak awal kejadian pagi tadi.

Asyraf kemudian terus meninggalkan Aku tidur sendirian di dalam bilik hotel & Dia segera keluar dari bilik setelah memastikan Aku sudah terlelap tidur.

...............................................................

DI KAMPUNG ~~

Rumah kediaman Pak Nasir hari ini dikunjungi oleh beberapa orang yang datang membawa hajat yang ingin disampaikan.

Rombongan tersebut datang bertandang ke rumah Pak Nasir adalah bertujuan membawa hajat untuk menyunting anak daranya untuk di jadikan pasangan buat anak teruna mereka.

Masuk kali ini, ia merupakan rombongan merisik ketiga yang datang bertandang untuk merisik Fizah iaitu anak dara Pak Nasir yang merupakan ketua kampung di kampung itu.

Buat kali ketiga ini, Pak Nasir & isterinya sekali lagi menanyakan pandangan Fizah tentang lamaran ini samada Dia mahu menerimanya ataupun tidak kerana Pak Nasir mulai berasa malu jika asyik menolak lagi pinangan orang lain untuk anak daranya yang seorang ini.

Namun sekali lagi Fizah enggan & mahu menolak pinangan itu kerana Dia telah menyimpan hati & perasaannya kepada lelaki lain.

Fizah duduk termenung di jendela biliknya memikirkan tentang cintanya terhadap lelaki yang Dia cintai.

Kadang kala Fizah berfikir bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja kerana lelaki yang Dia cintai tidak pernah mahu menunjukkan rasa cinta sama sepertinya.

Petang itu Fizah berjalan menuju ke tepi titi tempat kapal nelayan selalu berlabuh & Dia melihat ada Danish yang sedang sibuk membantu nelayan di dalam bot ikan itu membaiki jala.

Fizah berjalan menghampiri bot ikan itu kemudian memanggil Danish.

"Abang Danish ~~"
"Boleh Fizah jumpa kejap ??"

Panggil Fizah dari atas titi.

Terkejut Danish melihat kehadiran Fizah yang tiba-tiba datang ke pelabuhan mahu menemuinya.

Mereka berdua menuju ke tepi pelabuhan untuk berbicara.

"Ada apa Fizah datang sini nak jumpa Abang nie ??"

Tanya Danish ingin tahu.

Fizah memaling muka & melihat Danish dengan penuh perasaan yang mendalam. Buntu Dia harus mengatakan apa pada Danish.

"Takde apa .. Fizah saja jer nak ajak sembang dengan Abang Danish .."
"Ayah & Ibu Abang macam mana ?? Sihat ??"

Tanya Fizah serba tidak tahu bagaimana untuk memulakan.

"Owhh .. Alhamdullilah diaorang berdua sihat jer .."
"Pak Nasir dengan Mak Fizah pun sihat ker ??"

Tanya Danish pula kembali.

"Alhamdullilah .. Ummi dengan Abah dua-dua sihat .."
"Diaorang siap menerima tetamu yang datang bertandang ke rumah tadi untuk merisik Fizah lagi Bang .."
"HEHEHEEE ~~"

Jawab Fizah sambil tersengeh-sengeh.

Akhirnya dapat juga Fizah menyatakan niat sebenarnya datang menemui Danish disitu. Fizah mahu agar Danish tahu bahawa sudah beberapa orang datang bertandang untuk merisiknya di rumah.

Tersentak terus Danish mendengar kata-kata Fizah yang menyatakan bahawa gadis itu telah dirisik lagi. Tiba-tiba hati Danish tidak berasa senang mendengar berita itu.

"Owhh iye ker ??"
"Jadi Fizah dah bersetuju ker untuk menerima lamaran tu ??"

Balas Danish sambil cuba tersenyum seakan-akan Dia okey dengan berita itu.

Fizah memandang geram melihat reaksi Danish yang seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku.

"Hurmm ~~ macam mana kalau Fizah terima lamaran tu ??"
"Apa pandangan Abang ?? Okey tak ??"

Tanya Fizah ingin cuba mengetahui apa yang akan Danish jawab untuknya.

Hati & perasaan Danish jadi makin kurang senang dengan jawapan Fizah itu. Dia berfikir bagaimana jika benar Fizah telah menerima lamaran itu ??

"Kenapa Fizah tanya Abang pula .."
"Itu terpulang pada Fizah lah untuk tentukan masa depan Fizah macam mana .."

Jawab Danish serba salah.

Sejujurnya itu bukan jawapan yang mahu Dia berikan kepada Fizah, tetapi Dia sendiri tidak faham mengapa kata-kata itu pula yang keluar sendiri daripada mulutnya.

Danish sendiri geram dengan dirinya yang memberi jawapan begitu kepada Fizah.

Apatah lagi Fizah .. Dia berasa sangat bengang dengan jawapan Danish yang langsung tidak perduli jika Dia betul-betul menerima lamaran orang lain.

"Apa Abang cakap ?? Terpulang pada Fizah ??"

"Iyaa betul apa Abang cakap tu ... ini hidup Fizah & Fizah yang berhak untuk tentukan masa depan Fizah !!"

"Terima kasih atas nasihat Abang Danish tu .. sekarang Fizah dah tahu apa jawapan yang Fizah dah dapat !!"

"Okey lah kalau macam tu, Fizah balik dulu lahh !!"

Balas Fizah betul-betul bengang dengan jawapan & reaksi Danish yang tidak seperti Dia harapkan.

Fizah terus mahu beransur pergi dari situ kerana sudah tahu apa jawapan Danish tentang perasaan yang Dia miliki .. Fizah berasa perasannya terhadap lelaki itu hanyalah sia-sia.

"Fizah nanti dulu !!!"

Panggil Danish menahan agar Fizah berhenti untuk beransur pergi dari situ.

Fizah menahan sebak airmatanya yang sangat kecewa dengan reaksi & jawapan Danish itu tadi. Langkah kakinya terhenti saat Danish menahannya dari pergi dengan harapan supaya Danish menukar fikirannya.

Perlahan-lahan Danish jalan menghampiri Fizah semula dengan perasaan yang serba tak kena.

"Macam mana kalau Fizah terima lamaran tu ??"
"Fizah akan pergi tinggalkan kampung nie ker ??"

Tanya Danish menghampiri Fizah dengan perasaan yang kurang berasa senang dengan berita tentang lamaran Fizah.

Fizah mengesat cepat airmatanya agar tidak dilihat oleh Danish lalu memaling ke belakang ke arah Danish dengan perasaan sedikit senang kerana pertanyaan lelaki itu tadi.

"Kenapa Abang tanya Fizah soalan macam tu ?"
"Abang Danish takut ker ??"

Tanya Fizah ingin tahu lagi tentang jawapan Danish.

Pertanyaan Fizah itu membuatkan Danish jadi lagi lebih berasa tidak senang. Mengapalah sangat sukar buatnya untuk terus mengatakan tentang perasaan sebenarnya terhadap Fizah.

Sejujurnya sudah lama juga Danish menaruh perasaan yang sama buat Fizah, tetapi disebabkan kekurangan pada dirinya &  apa yang berlaku pada keluarganya membuatkan Danish hilang keyakinan untuk meluahkan perasaannya.

Serba salah Danish mahu menjawab pertanyaan Fizah itu tapi jauh disudut hatinya berharap agar Fizah menolak lamaran tersebut kerana Dia tidak mahu jika perlu kehilangan Fizah.

"Hurmmm ~~ Abang cuma harapkan agar Fizah dapat buat pilihan yang terbaik .."

Balas Danish agak sedikit kesal.

Geram Fizah dengan jawapan daripada Danish kerana itu bukannya jawapan yang Dia harapkan keluar dari mulut lelaki itu.

"Macam mana kalau pilihan Fizah adalah lelaki lain ??"
"Apa yang perlu Fizah lakukan ??"

Tanya Fizah sekali lagi.

Fizah cuba memberi peluang lagi kepada Danish supaya memberi keyakinan kepadanya untuk tidak menerima lamaran dari lelaki lain.

 Mendengar jawapan itu daripada Fizah membuatkan Danish lagi bertambah kurang senang kerana mengetahui bahawa Fizah sudah mempunyai perasaan kepada lelaki lain selain dari Dia. Danish berfikir adakah perlu Dia mengalah dalam hal ini & melepaskan Fizah ?

"Fizah dah ada pilihan lain ker ??"
"Siapa Dia ??"
"Kalau itu pilihan Fizah .. baguslah ~ Abang doakan kebahagian Fizah dengan lelaki pilihan Fizah .."

Ujar Danish akur walaupun hatinya sangat terasa sakit. 

Makin terasa lagi hati Fizah dengan jawapan yang tidak Dia harapkan keluar dari mulut Danish. Harus bagaimana lagi Dia  memberi peluang kepada lelaki itu untuk mengungkapkan perasaannya. Penat rasanya asyik main tarik tali yang tiada penghujungnya.

"Susah sangat ker Abang nak cakap ??"
"Abang Danish memang nak kan Fizah terima lamaran orang lain ker ??"
"Sampai hati Abang ~~"
"Selama nie Abang tak tahu ker macam mana isi hati Fizah ??"

Kata Fizah sedih kerana terasa sangat sakit hati.

Terkedu Danish melihat airmata Fizah yang berguguran jatuh. Danish terus menghampiri Fizah untuk cuba memujuknya supaya tidak menangis. Rasa bersalah Danish melihat Fizah sedih sampai menangis begitu.

"Fizah ~~ jangan lah menangis macam nie .."

"Abang tahu perasaan Fizah sekarang nie & Abang faham isi hati Fizah macam mana, tapi Abang tak nak Fizah hidup susah bila dengan Abang .."

"Fizah tahu sendirikan macam mana keadaan keluarga Abang & Abang sendiri .."

"Abang sayangkan Fizah sangat-sangat sebab tu Abang tak nak Fizah alami rasa keperitan nie dengan Abang .."

"Abang nak Fizah hidup senang & bahagia .."

Pujuk Danish rasa serba salah dengan tangisan Fizah.

Semakin laju airmata Fizah berguguran jatuh selepas mendengarkan kata-kata Danish. Akhirnya lelaki itu mengakui juga perasaannya kepada Dia setelah sekian lamanya Dia menunggu.

Danish menghapus lembut airmata Fizah di pipinya sambil menatap matanya dalam.

"Macam mana Fizah nak hidup bahagia kalau hati Fizah hanya untuk Abang ??"

"Fizah faham situasi Abang sekarang .. dan Fizah sanggup hadapinya asalkan Abang sentiasa ada di samping Fizah .."

Ungkap Fizah sambil menggenggam erat tangan Danish.

Danish :

"Fizah jangan cakap macam tu .."

"Abang tak sanggup nak tengok Fizah hidup menderita dengan Abang .."

Fizah :

"Tak Abang .. Fizah akan lebih bahagia bila dengan Abang .."

"Fizah tahu Abang boleh jaga Fizah dengan baik .. & Fizah janji akan jadi isteri yang setia untuk Abang .."

"Tolong jangan biarkan Fizah khawin dengan lelaki lain .. "

Rayu Fizah menangis hiba.

Makin serba salah Danish melihat tangisan Fizah yang merayu-rayu kepadanya meminta agar Dia tidak melepaskannya.

"Oiiii !!!! "

Teriak seseorang yang tiba-tiba datang memanggil bengang mereka dari jauh.

"Ohhh ~~ jadi inilah sebabnya Kau tolong pinangan Aku yer Fizah !!"
"Semua sebab lelaki nie yaa !!"
"TAK GUNA !!!!"

PUNCHHHHHH !!!!!!!!!!

Tiba-tiba laju sahaja lelaki yang datang meluru menghampiri mereka berdua itu terus menumbuk ke muka Danish dengan buku limanya ketika Danish sedang cuba melindungi Fizah di belakangnya.

"ABANG DANISH !!!!!!"

Teriak Fizah terkejut.

Mengalir darah dari celah bibir Danish gara-gara tumbukkan lelaki itu. Fizah terus menyambut tubuh Danish sambil menangis-nangis melihat wajah Danish yang terluka.

"Ini ker puncanya Fizah tolak lamaran Abang ??"

Marah lelaki itu sambil memandang dengan pandangan tajam ke arah Danish.

Hatinya berombak naik ketika melihat Danish & Fizah sedang berduaan di tepi pelabuhan itu lalu Dia terus datang melepaskan semua rasa amarahnya kepada Danish yang menjadi punca mengapa lamarannya di tolak dengan Fizah.

" Abang Zali tolong hentikan !!"

"Tolong jangan buat Fizah macam nie .. Abang Danish bukan punca Fizah tolak lamaran Abang .."

"Fizah cuma belum bersedia lagi nak berkhawin sekarang .. Abang tolong bagi Fizah masa untuk berfikir dulu .."

Jelas Fizah sambil berdiri mendepakan kedua tangannya menghalang Zali supaya tidak melakukan apa-apa lagi terhadap Danish.

Fizah memberi alasan kepada Zali yang Dia memerlukan sedikit masa lagi untuk berfikir tentang lamarannya agar Zali tidak memikirkan Danish sebagai punca lamarannya ditolak.

Setelah Fizah mendengarkan jawapan dari mulut Danish tadi yang menyatakan sepertinya Dia tidak dapat menerima Fizah lagi sebagai pasangan hidupnya, ia membuatkan Fizah berasa sangat kesal & terasa hati.

Fizah berasa seakan-akan hanya Dia sahaja yang beriya-iya menarik sebelah tali untuk menegakkan perasaannya, sedangkan Danish pula tidak mahu memegang tali tersebut.

"Betul ker Fizah kata nie ??"

Tanya Zali sedikit teruja & lega.

Fizah menyeka airmata di pipinya & menarik nafas panjang. Mulai sekarang Fizah nekad untuk menerima mana-mana sahaja lamaran yang datang dulu kepadanya kerana Dia sudah tahu bahawa Danish tidak mahu memperduli perasaan cintanya lagi.

"Iyaa Bang .. bagi Fizah sedikit masa lagi & bila-bila nanti Abang datanglah balik ke rumah Fizah bila Fizah dah pasti dengan apa yang Fizah rasakan masa tu .."

Balas Fizah geram.

Terkedu Danish dengan kata-kata Fizah. Dia berasa sangat kesal dengan tindakkannya tadi sehingga Fizah memutuskan untuk meminta Zali menghantar rombongan meminangnya lagi.

"Baik Fizah !! Abang Zali akan bagi Fizah masa lagi .. minggu depan bila Fizah dah bersedia .. Abang akan suruh Mak dengan Abah Abang datang meminang Fizah lagi .."

"Terima kasih Fizah ~"

Ucap Zali tersenyum senang.

Danish masih lagi tergamam membisu dibelakang Fizah. Tiada sebarang kata yang boleh terkeluar dari mulutnya melainkan rasa terkejut dengan keputusan Fizah.

"Jom !! Abang hantar Fizah balik sekarang .."

Pelawa Zali yang mahu menghantar Fizah pulang ke rumah.

Tanpa memandang ke arah Danish yang masih tergamam kaku dibelakangnya, Fizah terus mengikuti Zali untuk dihantar pulang kerana Dia berasa sangat sakit hati dengan Danish yang langsung tidak berbuat apa untuknya walaupun sudah ditumbuk dengan Zali tadi.

"FIZAH !!!"

Panggil Danish dibelakang namun Fizah tidak mahu mempedulikan Dia & gadis itu juga langsung tidak menoleh semula ke belakang.

"Arghhhhh !!!!!!"

Teriak Danish lalu menumbuk batang pokok rendang di dekatnya melepaskan segala rasa sakit dihatinya kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankan perasaannya buat Fizah.

...............................................................

Waktu itu Aku mulai terjaga dari tidurku yang lena. Bila Aku membuka mata, tiba-tiba Aku tertanya sendiri Aku sekarang sedang berada dimana. Aku tidak sedar sudah berapa lama Aku terlelap di atas katil itu.

Sejenak kemudian baru Aku teringat bagaimana Aku boleh berada di dalam bilik hotel itu & siapa yang membawaku ke situ.

Aku bangun dari baringku sambil melihat sekeliling bilik hotel itu dengan pandangan kosong. Kemudian Aku turun dari atas katil & berjalan menuju ke arah bilik air untuk membasuh muka.

Ternyata hanya ada Aku seorang sahaja di dalam bilik hotel itu & kelihatan Asyraf yang membawa Aku masuk pagi tadi rupanya sudah tiada di dalam situ.

Aku mencuci mukaku dengan air di singki kemudian Aku memandang diriku sendiri di hadapan cermin besar bilik air itu. Tiba-tiba peristiwa pagi tadi mulai muncul semula dalam ingatanku, Aku mulai menjadi takut & trauma bila mengikat kembali peristiwa tersebut.

Apa yang harus Aku lakukan sekarang .. Aku terkurung sendiri di dalam bilik hotel ini sehelai sepinggang tanpa apa-apa melainkan baju tidur yang Aku pakai ini sahaja.

Kepalaku mulai berasa sakit & menggigil ketakutan apabila peristiwa pagi tadi mulai menghantui Aku. Aku jatuh terduduk sendiri di atas lantai bilik air sambil memegang kepalaku yang terasa sakit seperti mahu pecah.

Aku cuba menahan rasa kesakitan di kepalaku & memaksa diri untuk melupakan peristiwa pagi tadi yang membuatku jadi trauma.

"Arghhhhh !!! Sakit !!!"
"Tolong jangan apa-apakan Saya !!"

Kataku mulai berteriak-teriak sambil memegang kepalaku yang terasa mahu pecah.

Ingatanku mulai mengingat kembali beberapa peristiwa seperti peristiwa pagi tadi ketika tiba-tiba tubuhku dipeluk dengan tunangan Kak Suzy dari belakang & Aku terus berlari melarikan diri.

Kemudian Aku teringat juga peristiwa ketika Aku cuba dipaksa & hampir dibawa pergi oleh pengutip hutang Ayah untuk dikhawinkan dengan bos mereka. Ketika itu pun Aku sempat melarikan diri dengan pertolongan Abang Danish yang cuba menyelamatkan Aku.

Semua peristiwa-peristiwa pahit itu mulai menghantui diri Aku sehingga membuat kepalaku berasa sangat sakit.

Aku kemudian cuba bangun dari duduk & terhuyung-hanyang berjalan menuju keluar dari bilik hotel. Aku keluar dari bilik hotel itu dengan pakaian baju tidurku & berkaki ayam sambil menahan rasa sakit kepalaku yang terasa mahu pecah.

Hotel itu merupakan hotel yang berada di antara bangunan-bangunan deretan kedai, jadi tiada orang yang perasan Aku berlari keluar dari hotel itu.

Bila Aku keluar, baru Aku sedar hari sudah mulai gelap & tidak ramai orang yang berjalan disekitar situ.

Aku jalan berkaki ayam dengan baju tidur berwarna merah jambu ku tanpa hala tuju di sekitar leretan bangunan yang tampaknya seperti bangunan yang baru & masih belum banyak lagi berpenghuni.

Aku sendiri tidak tahu Aku sedang berada dimana kerana apa yang pasti sekarang Aku hanya dapat melihat deretan kedai-kedai yang banyak tertutup.

Aku berjalan & terus berjalan tanpa alas kaki & memasuki sahaja mana-mana lorong jalan yang entah akan membawaku ke arah mana.

Saat Aku sedang berjalan sendirian, tiba-tiba perasaanku terasa lain macam. Aku berasa seperti sedang diekori oleh seseorang yang misteri dari arah belakang.

Terasa kecut perutku merasakan perasaan takut ini sehingga terasa meremang bulu romaku dibuatnya. Jadi Aku pun terus melajukan langkah kakiku yang tak beralas & makin lama Aku merasakan seperti memang ada orang yang mengekoriku dari belakang.

Aku terus melajukan langkahku & membuka langkah seribu berlari sekuat-kuatnya dari situ kerana Aku pasti memang ada orang yang sedang mengejarku.

"Oiiii !!!!! Jangan lari !!!"

Teriak suara itu dari belakang.

Aku terus berlari sekuat-kuatnya tanpa menoleh kebelakang. Namun langkahku dapat dipotong oleh 2 orang lelaki yang mengejarku itu dek kerana rasa sakit kakiku yang berlari tanpa alas kaki.

Kedua tanganku dipegang kuat oleh kedua orang lelaki itu supaya Aku berhenti meronta-ronta.

"Akhirnya Aku jumpa juga dengan Kau Esya !!"
"Dah lama Aku cari Kau merata, rupa-rupanya Kau ada kat sini .."

Kata salah seorang lelaki yang memegang kuat tanganku.

Aku sangat kenal dengan wajah lelaki itu kerana mustahil untuk Aku melupakan rupa lelaki yang cuba memaksa Aku untuk dijadikan isteri gara-gara hutang Ayah.

"Lepaskan Aku !!!"
"Tolong jangan buat apa-apa pada Aku .. Aku merayu tolong lepaskan Aku !!"

Rayuku menangis-nangis minta dilepaskan.

Kedua orang lelaki itu ketawa terbahak-bahak menikmati tangisan ku yang meronta-ronta minta dilepaskan.

"HAHAHAHAAA ~~ Kalau Aku lepaskan Kau .. apa yang Aku boleh dapat ??"

Tanya lelaki itu sambil mentertawakan Aku.

"Aku akan buat apa saja yang Kau suruh .. asalkan Kau jangan paksa Aku untuk dijadikan isteri & tolong berhenti ganggu keluarga Aku lagi .."

"Aku sanggup buat apa sahaja asalkan Kau tunaikan permintaan Aku nie jugak !!"

Rayu Aku lalu membuat persepakatan dengan lelaki tersebut.

Lelaki itu tersenyum sinis & tidak lama kemudian Dia melepaskan tanganku dengan agak sedikit kasar.

"Okey kalau itu yang Kau mahukan .. Aku akan tunaikan permintaan Kau asalkan Kau lunaskan balik duit yang bapak Kau pinjam daripada Aku .."

"Roy ~ bawak perempuan nie pergi cepat !!"

Perintah lelaki itu kepada seorang lagi rakannya.

Aku cuba diheret untuk dibawa pergi entah kemana dari lorong belakang bangunan itu.

"Kau nak bawak Aku pergi mana !!!"
"Lepaskan Aku !!!"

Teriak ku meronta-ronta & mengeraskan badan agar tidak diheret dari situ.

Lelaki itu sedaya-upaya mengheret Aku supaya cepat berjalan dari situ tapi Aku tetap berteriak & mengeraskan badan kerana berasa sangat ketakutan.

"Diamlah perempuan !!! Bising jer !!!"

DUSSSHHHHH !!!!!!

Marah lelaki itu lalu memukul belakang leherku sehingga Aku pengsan tidak lagi bersuara.

...............................................................

Perlahan-lahan Asyraf berjalan sambil membawa bungkusan makanan ditangannya menuju ke arah pintu bilik hotel tempat Dia tinggalkan Esya.

Tengahari tadi Asyraf sudah datang untuk menjenguk Esya, namun kelihatannya seperti Esya masih tidak bangun lagi dari tidurnya mungkin kerana kelelahan. Jadi Asyraf meninggalkannya sendiri semula supaya gadis itu boleh berehat dengan lebih tenang.

Selepas menyelesaikan kerjanya, Asyraf kembali lagi ke bilik hotel itu untuk menjenguk keadaan Esya.

KNOCKK !!! KNOCKK !!! KNOCKK !!!

"MAWAR !!!!"

Panggil Asyraf sambil mengetuk pintu dari luar.

Berulang kali Asyraf mengetuk pintu & memanggil-manggil nama Esya dari luar namun tetap saja tidak disahut.

Asyraf meminta tolong petugas hotel untuk membantunya membukakan pintu bilik hotel Esya seperti yang Dia dilakukan tengahari tadi kerana Dia risau jika Esya masih lagi belum sedarkan diri & tidak mendengar Dia mengetuk pintu.

Saat petugas hotel itu membukakan pintu bilik tersebut untuk Asyraf .. Dia terus masuk sambil membawa bungkusan makanan tersebut untuk dimakan bersama Esya.

Ketika Asyraf sudah masuk ke dalam bilik itu, kelihatan kain selimut conforter diatas katil sudah terbentang luas & Esya juga sudah tiada terbaring diatas sana.

Asyraf terus kelam kabut mencari Esya yang mungkin berada di dalam bilik air namun gadis itu tiada. Pili air disingki bilik air masih lagi terbuka & baju sweater biru miliknya yang Dia berikan pada Esya tadi juga masih ada terletak di atas lantai bilik.

"MAWAR ???"

Risau Asyraf sambil mengutip semula baju sweater biru miliknya di atas lantai bilik.

Asyraf terus bergegas keluar bagai nak gila mencari dimana perginya Esya kerana Dia risau dengan keadaan gadis itu yang hanya sehelai sepinggang & tiada apa-apa yang dibawa bersamanya.

"Encik ada nampak tak seorang perempuan yang pakai baju tidur warna pink & rambut Dia panjang hampir paras pinggang lalu keluar dari sini ??"

Tanya Asyraf dengan penuh perasaan cemas pada petugas di kaunter pendaftaran hotel.

Namun petugas itu langsung tidak pernah melihat sesiapa seperti yang dinyatakan Asyraf itu kerana Dia tiada di kaunter hadapan buat seketika tadi, jadi Dia tidak nampak kelibat Esya yang keluar dari pintu utama tadi.

Asyraf kemudiannya terus keluar dari pintu hotel & keluar melihat sekeliling jika mungkin Dia ada ternampak seseorang seperti Esya yang masih berada di sekitar situ.

Buntu Asyraf mahu mulai mencari Esya entah dari mana .. hatinya berasa risau & cemas dengan keadaan Esya sekarang.

Semasa Asyraf sedang buntu berdiri di tepi jalanraya kerna memikirkan dimana harus Dia mulai mencari Esya .. tiba-tiba pula muncul sebuah kereta hitam & berhenti berhampirannya.

"TUAN !!!!"

Teriak lelaki dalam kereta itu.

Tanpa berfikir panjang, Asyraf pula terus melarikan diri dari beberapa orang lelaki yang baru keluar dari kereta besar itu.

"KEJAR DIA !! JANGAN SAMPAI TERLEPAS LAGI !!!"

Arah salah seorang lelaki itu lalu mereka terus berlari mengejar Asyraf dari belakang.

Asyraf sengaja berlari-lari mengelilingi lot bangunan hotel itu tadi untuk mengelirukan para lelaki berbaju hitam itu supaya mereka terus mengekorinya dari belakang. Asyraf kemudiannya terus berlari sehinggalah Dia sampai di keretanya yang Dia parking di hadapan hotel tadi.

Dengan pantas Asyraf terus memandu laju kereta Myvi hitamnya keluar dari kawasan hotel tadi setelah Dia puas membuat lelaki-lelaki tersebut penat mengejarnya.

"CISSS !!! TAK GUNA !!!!"

"MACAM MANA BOLEH TERLEPAS LAGI !!!"

Marah ketua dari orang-orang yang mengejar Asyraf tadi kepada anak buahnya yang sudah semput mengejar.

Bersambung .....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience