5 [ HONEYMOON ]

Romance Series 8333

Petang itu selepas Aku balik dari temuduga di sebuah syarikat, Aku balik rumah & terus sibuk menyiapkan makan malam special untuk Asyraf.

Menu malam ini tidaklah terlalu fancy & Aku hanya masak sesuatu yang simple sahaja untuk makan malam bersama Asyraf.

Bila Asyraf balik sahaja dari kerja, Dia jadi terkejut dengan makanan yang Aku sedang masak.

"Waw ~~ bau macam sedap jer You masak malam nie ??"
"Ada something special ker malam nie ??"

Tanya Asyraf teruja ingin tahu.

Aku hanya tersenyum dengan kata-kata Asyraf & memintanya pergi masuk bersihkan diri dulu sebelum makan malam bersama.

Selesai Asyraf membersihkan diri, Dia keluar & siap duduk di kerusi meja makan menanti Aku yang masih sibuk menghidangkan makanan di atas meja makan.

Aku sediakan menu Chicken Chop bersama sos lada hitam serta sedikit  cosleslow salad & French Fries untuk makan malam kami berdua malam nie.

"Waw ~ looks good .."
"Ada sesuatu yang special ker harinie ??"

Ujar Asyraf memuji masakkan ku.

"Harinie Saya happy sangat sebab ......."
"Saya dah dapat offer kerja !!! HEHEHEHEE ~~"

Kataku teruja memberitahu Asyraf.

Selepas pergi temuduga di sebuah  syarikat logistik tadi, akhirnya Aku diterima bekerja sebagai kerani di syarikat itu.

Terkejut Asyraf dengan berita gembira Aku .. Dia juga turut ikut senang dengan berita gembira Aku yang berjaya mendapat pekerjaan.

"Iyer ker Mawar ??"
"Alhamdullilah .. bila You start kerja ??"

Tanya Asyraf yang juga senang dengan berita gembiraku.

"Minggu depan Saya dah boleh start masuk kerja dah .. jadi sempat lah Saya nak buat persiapan .. HEHEHEHE ~~"

Jawab Aku teruja.

"Owhh .. jadi kalau macam tu dalam minggu nie You masih free lagi lah ??"

Tanya Asyraf kembali.

Aku hanya mengangguk kepala menjawab pertanyaan Asyraf sambil menjamu selera. Tersenyum Asyraf dengan jawapan Aku ..

Selesai makan malam, Aku duduk di ruang tamu sendirian sambil menonton rancangan TV. Kemudian tiba-tiba Asyraf keluar dari biliknya menghampiri Aku di ruang tamu lalu duduk sekali di sofa  bersamaku.

"Mawar ~ besok pagi I nak You packing barang You kemudian ikut I .."

"Jangan tanya kemana, but just follow jer apa I cakap .. besok You akan tahu kita nak kemana"

" I masuk bilik tidur dulu yer .. You jangan lambat-lambat pulak tidur .."

Pesan Asyraf lalu segera masuk semula ke dalam biliknya.

Tergamam Aku dibuatnya kerana Aku belum sempat buka mulut, Dia dah pesan siap-siap supaya jangan tanya apa-apa.

**************

Pagi tu selepas selesai sarapan pagi .. Asyraf membawaku keluar entah kemana. Bila Aku nampak signboard yang tulis Cameron Highland, baru Aku tahu kemana tempat Asyraf nak bawak Aku pergi.

Sepanjang perjalanan naik ke Cameron Highlands, Aku hanya tertidur lelap kerana berasa mabuk apabila berjalan di laluan jalanraya yang berliku-liku.

Sampai sahaja di Cameron Highlands, Asyraf mengejutkan Aku supaya bangun dari tidurku di kerusi sebelahnya. Kepalaku jadi berdenyut bangun kerana masih mabuk dengan jalan berliku-liku tadi.

Baru Aku tahu cuaca di Cameron Highlands nie agak sejuk juga rupanya lebih kurang seperti cuaca di New Zealand kerana dulu masa Aku kecil, Aku & keluarga pernah pergi bercuti di New Zealand. Kalau Aku tahu Asyaraf nak bawak ke tempat tanah tinggi begitu, sudah tentu Aku akan membawa pakaian sejuk.

Asyraf membawa Aku masuk ke dalam Heritage hotel untuk check-in masuk. Aku hanya mengikutinya menuju ke arah bilik hotel & bila masuk bilik, Aku terkejut dengan suasana biliknya.

Terkejut Aku melihat hiasan katil Queen didalam bilik itu yang penuh dihias dengan kelopak bunga Mawar merah & tuala putih berbentuk Love Swan ditengah-tengahnya.

"Waw ~~ cantiknya bilik nie ??"
"Kenapa Awak bawak Saya pergi sini & hias bilik macam nie ??"

Akhirnya Aku boleh bertanya juga kepada Asyraf kerana sejak dari semalam lagi Aku tertanya-tanya.

"I cuma nak buat suprise untuk You plus nak celebrate You dapat kerja baru .."

Jawab Asyraf sambil memandangku.

Asyraf datang menghampiri Aku lalu memegang kedua tanganku dengan erat sambil menatapku dalam.

"Mawar ~ I mintak maaf .. sepanjang kita dah bergelar suami isteri, hanya ini yang mampu I sediakan untuk Honeymoon kita .."

"Tapi I janji lepas nie I akan kumpul duit banyak-banyak untuk bawak You pergi Honeymoon kat tempat lagi cantik .."

"You nak kita pergi mana ?? Bali ?? Maldives ?? Hurmmmm ??"

Ujar Asyraf sambil tangannya mulai membelai wajah & leherku dengan lembut sehingga Aku mulai terbuai dengan sentuhannya.

Namun ketika Asyraf mulai mahu mendekatkan wajahnya ke wajahku, Aku terus menolak dada Asyraf supaya menjauh dari Aku selepas sedar akan perbuatannya.

"Asyraf stop it !!"
"Tolong jangan mulai !!"

Kataku menolak badan Asyraf supaya menjauh sedikit dari Aku.

Aku tidak mahu merosakkan mood Honeymoon yang dibuat oleh Asyraf tapi Aku masih lagi belum bersedia untuk pergi lebih jauh lagi.

"Mawar ~ I'm sorry .. I tak sedar apa yang I buat tadi .."

Ujar Asyraf agak sedikit kesal dengan perbuatannya tadi.

Asyraf tahu Dia tidak sepatutnya melakukan itu kepadaku tapi Dia tidak boleh menahan rasa hatinya untuk terus mendesaknya mendekati Aku.

Aku tiba-tiba jadi agak sedikit kekok dengan apa yang baru Asyraf lakukan tadi jadi Aku hanya bermain-main membaiki rambutku kemudian pergi kearah katil queen yang penuh dengan kelopak bunga mawar merah itu & bermain-main pula dengan kelopak bunga mawarnya.

"Hurmmm ... bilik nie cuma ada 1 katil nie jer ker ??"

Tanya Aku agak kekok dengan Asyraf sambil tanganku bermain-main dengan kelopak bunga mawar di atas katil itu.

Asyraf memaling tubuh kearah ku sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana serba salah dengan Aku.

"Huh !! Hurmmm ~~ Iyer, dalam bilik nie cuma ada 1 katil Queen nie jer .."

"You tak selesa ker ??"

"Kalau macam tu jangan risau .. malam nie You tidurlah kat atas katil tu .. I tidur kat atas sofa nie pun okey jer .. HEHEHE~~"

Jawab Asyraf sambil tersengeh-sengeh.

"Owhh really ?? Hurmm .. kalau macam tu okey laa .. tapi Awak okey ker ??"

Kataku agak sedikit lega namun rasa serba salah pulak dengan Asyraf.

"Ehh .. I no problem .. I okey jer .."
"Jom cepat bersiap kita keluar sekarang jalan-jalan .."

Balas Asyraf lalu mengajakku segera keluar berjalan-jalan di luar.

Aku hanya mengikuti kemana sahaja Asyraf mahu membawa Aku kerana ini baru pertama kalinya juga Aku melangkahkan kaki ke salah satu tanah tinggi bersuhu dingin di Malaysia.

Asyraf membawa Aku melawat ke kebun teh Boh untuk menikmati pemandangan pergunungan teh yang menghijau luas terbentang.

Sempat juga Asyraf membawa buku lukisan & kamera  DSLR nya bersama untuk menangkap gambar pemandangan yang sangat cantik & segar di pergunungan teh itu.

"You tak sejuk ker pakai pakaian nipis macam tu ??"

Tanya Asyraf yang baru perasan pakaian Aku yang hanya memakai baju dress 3 suku yang berkain biasa.

"Huh !! Mana Saya tahu Awak nak bawak Saya pergi tempat sejuk macam nie .. jadi Saya cuma packing baju pakaian biasa jer lah dalam beg .."

Jawabku merugut menyalahkan Asyraf yang kononnya mahu membawa Aku ke suatu tempat kejutan untuk ku.

Asyraf terus membuka jaket sweater birunya lalu menyarungkannya di bahuku supaya hilang sedikit rasa dingin Aku, manakala Dia pula hanya memakai baju T-shirt cottan yang dipakai bersama jaketnya tadi.

"Awak tak sejuk ker bagi Saya pakai jaket Awak ??"

Tanyaku serba salah pulak.

"Takdelah .. I okey jer, tak sejuk pun .."
"Asalkan my wife tak kesejukkan sudahlah .."

Jawab Asyraf sambil tersenyum membaiki jaket sweater yang Dia sarung di bahuku.

Terharu Aku dengan sikap Asyraf yang selalu sangat mengambil berat dengan Aku.

Asyraf membawa Aku menikmati air teh Boh di cafe atas ladang teh sambil melihat pemandangan hijau ladang teh yang luas terbentang mencuci pandangan mata. Udara segar yang dingin semulajadi di atas bukit itu juga sangat menenangkan setiap pengunjung yang datang bertandang.

Selepas habis menikmati rasa Teh  Boh .. kami berdua turun berjalan-jalan di dalam ladang teh .. sempat lagi Asyraf mengambil gambar & melukis pemandangan ladang teh yang luas itu.

Sementara itu, Aku pula sempat juga berjalan-jalan di lereng-lereng jalan kebun teh itu sambil menikmati rasa dingin anginnya.

"Mawar !! Jom jalan !!"

Asyraf memanggil Aku yang sedang khusyuk menikmati pemandangan ladang teh setelah Dia sudah menyelesaikan lukisan gambarnya.

Kami kemudiannya pergi melawat ladang strawberi & sempat lagi memetik sendiri buahnya untuk dibawa balik.

Aku berasa sangat gembira hari ini kerana dapat berjalan-jalan menikmati keindahan alam setelah sekian lama tidak melancong.

Dulu masa perniagaan Ayah masih berjaya, Ayah suka bawak kami sekeluarga berjalan & melancong bersama .. Aku sangat merindukan detik waktu itu.

Ini kali pertama Aku keluar berjalan jauh berduaan dengan seorang lelaki selain dari keluargaku.

Pada mulanya Aku berasa agak sedikit janggal kerana tidak biasa keluar berdua dengan lelaki, tapi Asyraf sangat pandai membuat Aku rasa selesa keluar berdua dengannya.

Semua tempat yang Dia bawa, semuanya membuat Aku rasa sangat teruja kerana Aku sangat suka dengan tempat-tempat itu.

"Awak okey ker Asyraf ??"
"Muka Awak nampak macam pucat jer .."

Tegur Aku setelah melihat wajah Asyraf seperti bertukar putih pucat.

"Huh !! I okey jer laa .."
"Mungkin I cuma penat drive jer nie .."
"Jom I bawak You pergi kebun bunga pulak .. tentu You suka .."

Jawab Asyraf memberi alasan sambil tersenyum.

Aku tersenyum gembira Asyraf ajak nak bawak pergi kebun bunga pulak. Asyraf juga tersenyum senang melihat Aku gembira dibawa kesemua tempat-tempat yang Dia bawa.

Saat kami keluar dari kedai tempat membeli barang cenderahati, hujan lebat pulak mulai membasahi bumi.

"Alamak hujanlah pulak .."
"Mawar ~ You tunggu kat sini dulu yer .. biar I pergi ambik kereta .."

Pesan Asyraf lalu terus berlari meredah hujan yang agak lebat menuju ke arah kereta yang Dia parking tadi di seberang jalan kedai cenderamata.

Belum sempat Aku nak menahan Asyraf untuk berteduh dahulu di dalam kedai itu sehingga hujan mulai redah .. Dia pula terus lari meluru ke arah keretanya.

Sebelum waktu magrib, kami berdua pulang semula ke bilik hotel untuk sembahyang & membersihkan diri sebelum keluar semula mencari makan malam.

Saat selepas Aku selesai membersihkan diri .. Aku melihat Asyraf sedang terlena tidur di atas katil. Aku hanya tersenyum & membiarkannya sahaja kerana pasti Asyraf kelelahan setelah seharian memandu kereta.

Aku tidak mengejutkan Asyraf langsung walaupun Aku sudah bersiap untuk keluar mencari makan malam dengannya kerana Aku mahu Asyraf mengambil secukup masanya untuk beristirehat.

Namun waktu di dinding sudah menunjukkan pukul 10.30 malam tapi Asyraf masih terlelap tidak bergerak dari posisi tidurnya.

"Jangan !!! Jangann pergi !!!"
"NO !!! Jangann !!!"

Terkejut Aku tiba-tiba melihat wajah Asyraf bermandi peluh dan meracau dalam tidurnya.

Aku terus bergegas kearah Asyraf yang masih meracau seperti sedang mengalami mimpi ngeri sampai habis berpeluh-peluh dahinya.

"Asyraf bangun !! Asyraf !!"

Panggilku sambil menggoyangkan badannya supaya sedar dari tidurnya.

Dahi Asyraf segera Aku pegang & Aku merasa panas yang bahang pada dahinya. Terkejut Aku dibuatnya .. Aku tak sangka pula Asyraf demam panas begitu.

Badan Asyraf mulai menggigil kedinginan & dahinya juga penuh berkeringat dingin. Takut Aku melihat keadaannya. Berulang kali Aku memanggil-manggil namanya agar Dia bangun, namun Asyraf tetap meracau seperti ketakutan.

"Tolong jangan pergi !!!"
"Jangan pergi !!!!"

Berulang kali ayat itu keluar dari mulut Asyraf seakan-akan meminta agar seseorang tidak pergi meninggalkan Dia.

Aku yang melihat keadaannya itu lagi jadi bertambah takut kerana bimbang jika ada sesuatu yang buruk berlaku pada Asyraf.

"Asyraf please stop it .."
"Saya ada kat sini !!"
"Saya tak akan tinggalkan Awak ... tolong berhenti Asyraff !!"
"Jangan buat Saya takut !!"

Aku menangis ketakutan lalu dengan pantas Aku terus menindih badan Asyraf dari atas & mendakapnya erat agar Dia berhenti menggigil & meracau.

Setelah beberapa ketika Aku menindih badannya dari atas, akhirnya Asyraf mulai tenang & berhenti meracau.

Aku bangun mengangkat badanku dengan mendepakan kedua tanganku di sisi Asyraf secara perlahan-lahan & Aku berhenti mengangkat badanku naik saat melihat wajah Asyraf yang masih terlelap tidak membuka mata dengan jarak yang dekat.

Lega rasa hati Aku saat melihat Asyraf sudah mulai tenang tidak meracau lagi seperti tadi. Aku cuba untuk bangun & duduk semula, namun tiba-tiba badanku dililit dengan kedua tangan Asyraf kuat sehingga Aku jatuh menindih atas badannya lagi.

"Arghhh !!!"

Jerit Aku terkejut saat badanku jatuh diatas badan Asyraf lagi.

"Please stay like this !!"

Ucap Asyraf sambil tidak mahu melepaskan badanku dalam pelukkannya.

Asyraf memeluk badanku erat sehingga Aku tidak dapat melepaskan diri dari lilitan tangannya yang ketat.

"Asyraf ~ Awak dah sedar ker ??"

Aku mengangkat kepalaku di atas dada bidang Asyraf & Aku gembira dapat melihatnya tersenyum sambil membuka kecil matanya.

"Awak dah sedar ker ??"
"Eshh !! Lepaskan lah Saya Asyraf !!!"

Pintaku minta dilepaskan dari pelukkan erat Asyraf tapi Dia tetap mendakap Aku erat.

Setengah mati Aku meronta-ronta agar Asyraf melepaskan Aku tapi tetap juga Dia tidak mahu melepaskan Aku, malah Dia boleh lagi tersenyum-senyum sambil melihat Aku meronta-ronta memukul manja dadanya supaya melepaskan Aku.

Akhirnya Asyraf melepaskan juga tubuhku dari atas badannya. Aku bangun sampai tercungap-cungap nafasku penat melawan kekuatan Asyraf yang tidak mahu melepaskan Aku dari pelukkannya tadi.

"Eshhh !! Apa masalah Awak nie .."

Aku terus memukul geram bahu Asyraf yang masih lagi terbaring di atas katil.

"Auww !! Sakit lah !!"
"Kenapa You pukul I pulak !!"

Adu Asyraf sambil memegang bahunya yang Aku pukul geram tadi.

Aku memandang geram kearah Asyraf yang sengaja membuat Aku risau ketakutan macam nak gila tadi, last-last Dia boleh pulak bangun tersengeh-sengeh & menyakat Aku.

"Awak memang saja nak buat Saya risau ker haa !!"

Bentakku geram pada Asyraf.

Aku terasa seperti nak nangis gara-gara risau dengan keadaan Dia tadi yang panas membahang & meracau.

"You risau dengan I ker ??"
"Kalau You risau .. peluklah I macam tadi lagi ..baru hilang rasa demam panas I .."

Kata Asyraf yang sempat lagi mahu mengusik Aku.

Terus laju tangan Aku naik mahu memukulnya, tapi laju lagi tangan Asyraf menahan tangan Aku dari memukulnya. Asyraf terus membawa tanganku ke atas dahinya & Aku dapat merasa bertapa bahang dahi Dia.

"Panasnya dahi Awak .."
"Asyraf ~ Awak okey tak nie .. Jom bangun cepat Saya bawak Awak pergi klinik .."

Kataku sangat risau dengan keadaan Asyraf.

Aku segera membangunkan Dia dari baringnya namun Asyraf berdegil tidak mahu bangun.

"Mawar ~ You tak payah susah-susah bawak I pergi jumpa Doktor .."
"I okey jer .. asalkan You peluk I macam tadi, confirm demam I akan turun .."

Kata Asyraf lalu menarik tanganku kuat ke dalam dakapannya balik.

Sekali lagi Aku terkejut dengan tindakkan Asyraf yang tiba-tiba menarik Aku dalam dakapannya. Aku cuba untuk melepaskan diri semula, tapi Aku dapat merasakan bertapa dingin tubuh badannya sekarang.

Aku tidak sampai hati mahu melihat Asyraf menggigil kesejukkan & meracau lagi seperti tadi. Aku membiarkan sahaja Asyraf memelukku & Aku pula terus-terusan menggosok-gosok belakang badannya yang terasa sangat dingin.

Risau Aku dengan keadaannya. Aku berfikir mungkin ini semua gara-gara hujan tadi Dia sampai jatuh demam begini.

Aku terus-terusan menggosok-gosok belakang badan Asyraf sehinggalah Dia terlelap kembali. Selepas itu Aku melepaskan pelukkannya & membaringkan Dia semula supaya Asyraf boleh berehat.

Aku bangun untuk pergi mengambilkan kain tuala & besen air untuk mengelap dahinya agar demamnya boleh turun.

Tiba-tiba tanganku terus ditahan semula dengan Asyraf yang sedang separuh sedar.

"Tolong jangan pergi ~~"

Pinta Asyraf lemah dalam keadaan separuh sedar & dia menarik tanganku.

Aku melepaskan tangannya dahulu lalu terus bergegas mengambilkan kain tuala & besen air untuk meredakan demamnya.

Semalaman Aku berjaga menjaga Asyraf disamping katil menukar-nukar kain tuala basah di dahinya agar demamnya turun.. sehingga akhirnya tanpa Aku sedari Aku sudah terlelap tidur disamping Asyraf.

*************

Pagi itu Asyraf tersedar bangun dari tidurnya & melihat Aku sudah tertidur lelap disampingnya sambil masih memegang kain tuala di tanganku.

Asyraf terus bangun dari baringnya lalu mengangkat Aku perlahan-lahan naik tidur di sampingnya. Dia membelai lembut rambut panjangku lalu mengucup dahiku hangat.

Wajahku yang sedang nyenyak tidur disamping Asyraf terus diperhatikannya sambil Dia tersenyum.

"I'm sorry Mawar sebab dah rosakkan honeymoon kita hari nie .."

"I janji .. suatu hari nanti bila semuanya dah selesai, I akan bawak You pergi bercuti & honeymoon kat tempat yang lebih baik .."

Kata Asyraf sambil membelai-belai lembut rambutku.

Sekali lagi Dia mengucup lembut dahiku lalu mendakap Aku di dalam lenaku tanpa Aku sedari.

*******************

Pagi itu, Aku terbangun dari lenaku & Aku terkejut bila menyedari bahawa Aku berada didalam dakapan Asyraf.

Entah bagaimana Aku boleh tiba-tiba tertidur di atas katil itu kerana kalau tak silap Aku semalam Aku cuma duduk di samping katil merawat Asyraf.

Aku sendiri tidak ingat bila Aku naik tidur di atas katil & tidur bersama di samping Asyraf. Aku berfikir mungkin Aku berjalan dalam tidur kot semalam.

Aku bangun perlahan-lahan dari dakapan Asyraf kerana tidak mahu Dia terjaga dari tidurnya. Aku melihat Asyraf masih lagi terlena, jadi Aku cuba meletakkan tapak tanganku di atas dahinya untuk memeriksa suhu badannya.

Lega Aku bila merasa demam Asyraf sudah reda & badannya juga sudah tidak sejuk seperti semalam. Aku tersenyum senang dengan perubahan suhu badannya pagi itu.

Perlahan-lahan Aku cuba untuk turun dari atas katil, tapi tiba-tiba badanku di dakap erat dari belakang.

"Good morning ~~"

Ucap Asyraf mesra & tiba-tiba memeluk Aku erat dari belakang.

Terkejut Aku dengan perbuatan Asyraf yang tiba-tiba bangun & memeluk Aku erat. Aku terus cuba untuk melepaskan diri dari pelukkan Asyraf & memaling tubuh ke arahnya di belakang.

"Awak dah bangun ??"
"Awak dah sihat ker ??"

Tanyaku sambil memaling tubuh melihat Asyraf yang sudah bangun dari tidurnya.

"Yeah .. thanks to you ~~"

Ucap Asyraf cuba mendekatkan dirinya lagi kepadaku di atas katil.

Aku menahan badan Asyraf supaya jangan mendekat, kemudian Aku terus laju turun dari atas katil membaiki pakaianku.

"Hurmmm ... baguslah kalau Awak dah sihat .."
"Saya nak pergi mandi dulu .."

Kataku agak sedikit janggal lalu berlari anak masuk ke dalam bilik air. Tergelak Asyraf melihat tingkahku.

Aku menutup rapat pintu bilik air cepat-cepat lalu bersandar di belakang pintu. Aku memegang dadaku yang Aku rasa sedang berombak laju gara-gara kelakuan Asyraf tadi.

Hufttt ~~ mengapa Aku rasa sangat berdebar lagi-lagi bila Dia cuba mendekatkan dirinya kepadaku.

Apa yang cuba Asyraf lakukan padaku sebenarnya ?? Kenapa Dia bersikap semesra itu denganku ?? Adakah ini sebabnya Dia membawaku ke sini & ber_Honeymoon semata-mata sebab ini.

"Hufttt ~~ I'm sorry Asyraf .. please bagi Saya masa lagi untuk cuba menerima Awak .."

Kataku sendirian di balik pintu bilik air.

Aku rasa sangat bersalah dengan Asyraf kerana Dia cuba untuk melakukan yang terbaik untuk hubungan kami, tapi Aku pula yang sukar untuk membuka hatiku kepada Dia.

Selepas sekian lama di dalam bilik air & selesai membersihkan diri .. Aku keluar dari bilik air & melihat Asyraf tiada di luar.

Aku terus menyiapkan diri & bersiap sedia untuk check-out dari bilik itu sambil masih menunggu Asyraf kembali masuk ke bilik hotel dahulu.

Tidak lama kemudian Asyraf akhirnya kembali masuk semula ke dalam bilik hotel.

"You dah siap ker ??"
"Jom kita balik sekarang !!"

Ujar Asyraf agak sedikit dingin.

Hairan Aku dengan kelakuan Asyraf yang tiba-tiba berubah dingin tanpa angin. Dia tidak masuk membersihkan diri dulu sebelum balik, malah Asyraf terus masuk ke dalam bilik & mengangkat beg pakaian kami keluar check-out dari hotel itu.

Selepas check-out daripada hotel,
Tanpa sebarang kata denganku, Asyraf terus memandu keretanya pulang & turun dari Cameron Highlands.

Pelik juga Aku dengan sikapnya itu kerana katanya semalam, hari ini sebelum balik Dia mahu membawa Aku berjalan-jalan lagi di beberapa tempat yang tidak sempat kami lawati semalam. Tapi kenapa pulak tiba-tiba Dia terus bawa Aku balik.

Sepanjang di dalam kereta menuju turun dari Cameron Highlands pun, Asyraf langsung tidak berbicara denganku.

"Asyraf ~~ Awak okey ??"
"Hurmmm ... Awak marah kat Saya pasal hal tadi tu ker ??"

Tegurku cuba mengetahui punca kenapa tiba-tiba Dia bersikap dingin dengan Aku.

"Takde apalah Mawar .."
"I rasa baik You tidur jer dulu sebab takut You mabuk sakit kepala nak turun dari Cameron nie .."
"Nanti bila kita dah sampai rumah .. I kejut You .."

Balas Asyraf dingin & langsung tidak melihat ke arahku.

Aku betul-betul terkejut dengan sikap dinginnya yang tiba-tiba berubah angin begitu. Aku hanya menuruti kata-katanya untuk tidur melelapkan mata kerana tidak mahu mabuk sakit kepala turun dari Cameron Highlands, walaupun Aku tahu Asyraf tentu marah dengan sikapku yang menolaknya tadi.

Setelah sampai di kawasan apartment rumah, kami naik masuk ke dalam rumah seperti biasa. Belum sempat Aku nak melabuhkan punggung berehat di sofa ruang tamu, tiba-tiba Asyraf keluar dari rumah kembali selepas Dia sudah meletakkan beg pakaian Dia di dalam biliknya.

"I nak keluar dulu .."
"Kalau You ada apa-apa just call I .."

Pesan Asyraf singkat lalu segera keluar semula dari rumah.

Terkedu Aku dengan sikap Asyraf yang sejak dari awal tadi lagi berubah drastik begitu.

"Dia marah Aku ker ??"

Tanyaku berkata pada diri sendiri.

Sepanjang hari Aku cuba memikirkan apa punca Asyraf berkelakuan dingin denganku tiba-tiba begitu kerana Aku beranggapan hal ini mungkin ada kena-mengena dengan Aku yang menolaknya pagi tadi sewaktu dalam bilik hotel.

Aku menunggu & terus menunggu Asyraf pulang sehingga ke larut malam, namun Dia masih tidak pulang-pulang juga lagi.

.........................................................................

DI KAMPUNG ~~

Fizah menghidangkan nasi goreng & telur mata di atas meja makan selepas Dia selesai membantu ibu mertuanya memasak di dalam dapur.

"Fizah ~ pergilah panggil suami kamu keluar makan .. nanti lambat pergi kerja .."

Ujar Puan Roslinda kepada anak menantunya.

"Baik Ibu ~ Fizah pergi panggil sekarang .."

Jawab Fizah lalu segera menuju ke pintu bilik tidur mereka untuk memanggil Danish keluar makan.

"Abang ~ Jom !! Ibu panggil makan tu .."

Panggil Fizah mesra saat melihat Danish sudah bersiap berpakaian baju uniform kerjanya.

Danish kemudiannya ke bilik Ayahnya dahulu untuk menolak Ayahnya yang duduk di kerusi roda untuk keluar makan sama di dapur.

Selepas selesai bersarapan pagi, Danish & Fizah sama-sama berangkat pergi ke sekolah bersama.

Begitulah rutin harian mereka bersama sejak sudah hampir sebulan mereka berkhawin. Mereka akan berangkat pergi & balik bersama menaiki kereta Myvi putih milik Fizah ke tempat kerja mereka di sekolah rendah hujung kampung.

Malam itu ketika di dalam bilik tidur, Fizah duduk di samping Danish yang sedang membaca buku di atas katil sebelum Dia tidur.

"Abang ~~ Fizah nak cakap sesuatu boleh ??"

Tanya Fizah lembut di samping Danish.

"Tanyalah .. Ayang nak cakap apa ??"

Balas Danish lalu berhenti membaca bukunya & memalingkan tubuh ke arah Fizah di sampingnya.

Fizah mengambil nafas panjang dahulu sebelum Dia menyatakan berita ini kepada Danish.

Fizah :

"Sebenarnya .. Ayang baru terima surat pemindahan tempat daripada sekolah tadi .."

Danish :

"Pemindahan tempat ??"
"Dekat mana ?? Bila ??"

Fizah :

"Ayang dipindahkan ke Selangor, dua bulan lagi .."
"Macam mana sekarang nie Bang ?? Apa pendapat Abang ??"

Tanya Fizah sambil memegang erat tangan Danish penuh kerisauan.

Sejak dari awal Fizah menerima surat itu lagi Dia sudah jadi risau & buntu kerana dilema dengan pilihan yang perlu Dia lakukan.

"Ayang terima ker ??"

Tanya Danish serba salah.

"Kalau boleh Ayang memang tak nak terima sebab memikirkan tentang keadaan Ayah dengan Ibu kat sini .."

"Ayang pun tak nak tinggalkan diaorang berdua kat kampung nie .. tapi ini satu peluang yang besar untuk kerjaya Ayang sebagai seorang guru .."

"Sekarang nie Ayang jadi buntu untuk nak buat keputusan .."
"Abang tak akan tinggalkan Ayang sendiri kan ??"

Tanya Fizah risau sekali lagi.

Fizah tidak mahu berpisah dengan Danish & terpaksa berjauhan dengan suaminya. Jika boleh, Fizah mahu mengikut kemana sahaja Danish pergi asalkan mereka berdua tetap bersama.

Mendengarkan penjelasan Fizah itu, Danish juga jadi buntu memikirkan hal tersebut. Dia tidak mahu menjadi penghalang untuk kerjaya isterinya kerana tawaran pemindahan tempat itu merupakan peluang yang cukup besar buat isterinya, tapi Danish juga tidak mahu jika terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya di kampung kerana Dia pasti akan risau & sudah berjanji dengan Esya untuk menjaga mereka.

Tidak mungkin juga Danish mahu membiarkan isterinya pergi tinggal sendirian di tempat jauh sedangkan Dia hanya tinggal di kampung.

Danish tidak mahu hidup berpisah dengan Fizah & Dia juga sanggup untuk mengikuti kemana sahaja isterinya pergi asalkan mereka tetap bersama, tapi bagaimana pula dengan orang tua & janjinya pada Esya ??

"Ayang dah buat keputusan ker ??"

Tanya Danish ingin tahu.

Fizah hanya menggelengkan kepalanya kerana Dia juga buntu dengan keputusannya. Hatinya jadi sangat berbelah bagi untuk memutuskan pilihannya.

Sekali lagi tangan Danish digenggam erat dengan Fizah.

"Abang tak akan tinggalkan Ayang kan ??"

Berkaca mata Fizah menanyakan hal itu pada suaminya. Dia sanggup melepaskan kerjayanya sebagai seorang guru asalkan Dia tidak berpisah dengan suaminya.

Serba salah Danish melihat isterinya yang menangis sendu. Danish menyeka lembut air mata Fizah di pipinya sambil tersenyum.

"Ayang jangan risau .. Abang tak akan pernah tinggalkan Ayang sebab Abang tak boleh hidup tanpa Ayang .."

"Dah sekarang nie kita tidur dulu yer .. besok Ayang nak kena bangun lagi kan .."

"Pasal hal tu nanti kita pikirkan macam mana yer .."

Pujuk Danish cuba menenangkan Fizah supaya jangan terlalu memikirkan hal tersebut.

Danish mendakap erat tubuh Fizah dan membaringkannya di atas dadanya sambil membelai lembut rambut Fizah agar Dia tidur di dalam dakapan hangatnya.

"Ayang sayangkan Abang ~~"

Ucap Fizah lembut sambil menutup mata merasaikan kehangatan tubuh Danish yang mendakapnya.

"Abang pun sayangkan Ayang juga .."
"Dahh tidur lahh ~~"

Balas Danish sambil mengucup ubun rambut Fizah sekali lagi dalam dakapannya.

Danish tidak dapat melelapkan matanya kerana masih tidak berhenti memikirkan tentang Fizah & keluarganya. Dia harus membuat keputusan yang tepat untuk masa depan mereka sekeluarga.

*************

Keesokkan harinya, Danish & Fizah tidak pergi bekerja kerana cuti jadi mereka hanya di rumah bersama orang tuanya.

Di petang itu, Fizah membantu ibu mertuanya di dapur menyiapkan tempahan kuih untuk majlis kesyukuran cucu  Mak Esah di kampung tengah pada esok hari.

Tiba-tiba kedengaran bunyi motor seseorang yang datang dari luar.

"Along !!"
"Ada apa datang sini ??"

Tanya Fizah saat menjenguk keluar rumah & melihat Faiz baru sampai menaiki motor di hadapan halaman rumah.

"Aikk !! Tak boleh ker Along datang sini ??"

"Mentang-mentanglah Fizah dah jadi penghuni rumah nie .. dah tak nak tengok Along laa tu .."

"Tapi baguslah jugak .. baru rasa lega sikit telinga Along tak dengar suara Fizah asyik membebel 24 jam ... HAHAHAA ~~"

Usik Faiz sengaja mahu menyakat Fizah.

Laju tangan Fizah terus mencubit kuat lengan Faiz yang sengaja nak buat Dia marah-marah.

"Eshhh !!! Along nie kan kalau sekali tak buat Fizah marah, memang tak boleh kan .."

"Macam mana mulut Fizah tak berhenti membebel kalau Along suka usik Fizah !!"

"Eeeeee !!! Geram Aku lahh !!!"

Geram Fizah sambil membebel mencubit-cubit lengan Faiz kuat.

"Arrrgghhhhh sakit laa !!"
"Danishh !! Kau tengok bini Kau nie !!!"

Panggil Faiz sambil menahan rasa sakit lengannya di cubit-cubit dengan Fizah.

"Apa korang berdua nie ?"
"Ada apa Kau datang huh Faiz ??"

Tanya Danish tatkala keluar melihat 2 beradik itu sedang bergurau manja.

Fizah terus berhenti mencubit Faiz lalu berlari manja ke arah Danish untuk mengadu tentang Faiz yang sengaja datang mengusiknya.

"Abang !! Tengoklah Along nie, Dia yang datang cari pasal dengan Ayang !!"

"Marah Dia !!"

Ujar Fizah berlari manja ke arah Danish mengadu Faiz datang mengusiknya.

Tergelak Danish melihat perangai dua beradik itu yang suka sangat bergaduh manja bila berjumpa. Dia tahu sangat perangai Faiz yang dari dulu memang suka mengusik Fizah.

"Ada apa Bro kau datang ??"
"Marilah masuk rumah dulu .."

Ajak Danish sambil masih memegang erat bahu Fizah.

"Takpe lah Bro .. duduk lepak kat luar nie jer lah lagi best !!"

"Aku datang nie sebenarnya nak bagitahu Kau sesuatu .."

"Minggu depan Aku dah nak pergi ke Kuala Lumpur sebab syarikat yang Aku pergi temuduga haritu hantar Aku bekerja di cawangan syarikat mereka kat sana .."

"Jadi Aku akan mulai bekerja kat KL & tinggal kat sana .."

Jelas Faiz menceritakan tentang berita gembiranya.

"Apa !! Betul ker Along dapat kerja kat sana ??"
"Waw ~ bestnya .. Tahniah Along .."

Ujar Fizah teruja dengan berita tersebut sambil tersenyum senang melihat ke arah Danish juga.

"Iyaa .. sebab tu Along datang sini nak bagitahu kat Fizah dengan Danish .."

"Nanti kalau Along dah pergi tinggal kat KL, Fizah rajin-rajinlah pergi tengok-tengokkan Abah dengan Ummi kat rumah yer .."

Balas Faiz juga teruja.

Tiba-tiba terhilang senyuman teruja Fizah saat Faiz memintanya selalu rajin-rajin pergi menjenguk Abah & Ummi mereka.

Ini kerana Fizah juga baru mendapat tawaran pertukaran tempat kerja ke Selangor 2 bulan akan datang, tapi sehingga sekarang mereka tidak tahu bagaimana keputusan mereka.

Jika Danish membenarkan Fizah untuk menerima tawaran pertukaran sekolah itu, maka mereka berdua juga harus berhijrah tinggal di Selangor & meninggalkan orang tua mereka di kampung.

Hairan Faiz dengan reaksi wajah Fizah & Danish yang tiba-tiba bertukar mood.

"Kenapa dengan korang berdua ??"
"Korang tak suka ker Aku dapat kerja kat KL ??"

Tanya Faiz hairan.

"Ehh takde lah .. mana ada tak suka .."
"Aku dengan Fizah tumpang gembira dengan kejayaan Kau .. akhirnya Kau dapat juga pekerjaan yang Kau nak .."

Jawab Danish juga turut menumpang gembira dengan kejayaan sahabat baiknya.

"Terima kasih Bro sebab selalu bagi sokongan & dorongan untuk Aku .."
"Owh kalau macam tu, Aku boleh tolong carikan Esya kat sana .."
"Esya pun sekarang ada kat KL kan ??"

Soal Faiz bertambah teruja.

Sudah lama Dia tidak bertemu dengan Esya. Ini juga adalah salah satu sebabnya mengapa Dia begitu teruja dapat di tempatkan di cawangan KL kerana Dia boleh dapat menemui Esya & mungkin Dia dapat mengambil hati Esya juga kerana Dia pernah menaruh hati terhadap Esya sebelum ini.

"Iya betul .. Esya ada kat KL sekarang .."

"Aku harap kalau Kau sampai kat KL nanti, Kau akan dapat bertemu dengan Esya & Aku mintak tolong sangat kat Kau supaya tolong tengok-tengokkan Esya untuk Aku yer .."

Pinta Danish memberi harapan & kepercayaan kepada Faiz agar dapat menemui & menjaga Esya di Kuala Lumpur.

"Kau jangan risau Bro .."

"Aku pasti akan jaga Esya macam mana Kau jaga adik Aku .."

"Bila Aku sampai KL nanti, Aku akan pastikan untuk mencari Esya sampai Aku jumpa .."

Ujar Faiz dengan penuh yakin kerana itu merupakan salah satu keinginannya.

"Terima kasih Bro !!"
"Jom kita masuk dulu .. Ibu ada buat kuih kat dapur tu .. Jom laa kita makan sekali ~"

Ajak Danish pada Faiz dengan senang hati.

.........................................................................

Hari ini sudah hari ke-3 Asyraf masih belum pulang-pulang juga ke rumah. Puas Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya namun tetap tidak Dia jawab.

Sampai seteruk ini Asyraf merajuk dengan Aku gara-gara hal tempoh hari. Aku jadi tidak senang duduk asyik memikirkan dimana keberadaan Dia, apa yang Dia sedang lakukan & dengan siapa Dia berada sekarang.

Bermacam-macam andaian yang berlegar-legar dalam fikiranku. Terkadang Aku jadi geram juga dengan sikapnya kerana Dia pergi meninggalkan Aku tergantung seperti itu tanpa sebab. Tapi bila difikirkan balik, mungkin ini semua salah Aku juga kerana tidak dapat menjalankan kewajiban Aku sebagai seorang isteri. Tapi perlukah Dia melakukannya sampai macam nie !!

"Arghhh !!! Lantak Awaklah Asyaraf !!"

"Tak kisahlah apa nak jadi kat Awak !!"

"Awak ingat Awak sorang jer boleh buat macam nie .. Fine !! Kalau ini yang Awak nak, Saya akan turuti .. kita tengok siapa yang menang nanti !!"

Kata Aku melepas geram sendiri kerana terlalu serabut memikirkan Asyraf.

Aku sudah malas asyik memikirkan & risau pasal Asyraf lagi. Kali ini Aku juga akan merajuk & memprotes sikap Asyraf kepada Aku.

Aku tidak mahu menyerabutkan lagi kepala Aku memikirkan tentang Asyraf kerana hari ini adalah hari bersejarah Aku dimana Aku akan mulai bekerja di sebuah syarikat baru. Jadi Aku tidak mahu merosakkan mood Aku gara-gara hal Asyarf itu.

Tepat pukul 9 pagi, Aku sudah terpacak di hadapan pintu pejabat tempat kerja baru. Iyalah ~ inikan hari pertama Aku masuk kerja, jadi Aku kenalah menunjukkan disiplin yang baik.

Tugasku di syarikat tersebut adalah sebagai seorang kerani. Jadi selepas Aku melapor diri, Aku diperkenalkan kepada kakitangan yang lain di dalam department ku.

Akhirnya Aku dapat juga bekerja di dalam sebuah syarikat walaupun sebagai kerani kontrak, tapi jika gaya kerjaku bagus Aku akan dapat dijadikan sebagai pekerja tetap.

Untuk hari pertama Aku bekerja hari ini semuanya berjalan lancar & Aku masih lagi dalam sesi suai kenal.

Selepas habis waktu kerja, Aku terus langsung pulang kerumah. Sampai sahaja dirumah, Aku mendapati Asyraf masih lagi belum pulang & keadaan rumah juga terasa sepi tidak berpenghuni.

"Huftttt !!!!!"

Aku menghela nafas berat. Aku sudah malas nak ambil peduli tentang Asyraf kerana tampaknya Dia juga tidak memperdulikan Aku.

Aku masuk rumah membersihkan diri, sembahyang, makan sorang-sorang kemudian masuk tidur seperti kehidupan orang bujang yang hidup sendirian.

Keesokkan paginya, selesai membersihkan diri & sembahyang subuh, Aku segera masuk ke dapur untuk sediakan sarapan ringkas untukku sebelum berangkat keluar kerja.

Kemudian saat Aku sedang sibuk membancuh teh hangat di kitchen island, tiba-tiba Aku berasa seperti ada tangan yang melingkari pinggangku dari belakang.

"Good morning ~~"

Bisik suara itu ditelingaku. Aku jadi sangat terkejut saat tiba-tiba tubuhku dipeluk erat dari belakang oleh seseorang.

"Asyraf ??"

Aku tertanya & terkejut saat menyedari rupanya Asyraf yang tiba-tiba memelukku dari belakang.

"You dah nak pergi kerja ker ??"

Bisiknya di tepi telingaku dari belakang.

Tangan Asyraf makin erat memeluk pinggangku dari belakang sambil wajahnya berada di atas bahu kananku.

Dengan laju Aku terus menyiku bahagian perutnya dari depan agar Asyraf melepaskan tangannya yang masih mengunciku dari belakang.

"Arghhh !!! Aduhh !!"

Jerit Asyraf menahan rasa senak perutnya Aku siku.

Aku terus memaling tubuh kearah Asyraf di belakangku yang sedang tertunduk memegang bahagian perutnya yang senak gara-gara Aku yang sengaja menyikunya dari depan.

Baru puas rasa hati Aku melihat Asyraf menahan rasa sakit dibahagian perutnya walaupun rasanya tak sesakit hati Aku yang macam nak gila berhari-hari menunggu khabar beritanya.

"Mawar ~ Kenapa You pukul I pulak ??"

Tanya Asyraf sambil masih menahan kesakitan di perutnya.

"Sebab Saya benci lelaki macam Awak peluk Saya macam tu !!"

Jawabku bengang kerana sakit hati dengan sikap Asyraf.

"Apa masalah You sebenarnya Mawar ??"
"Macam nie ker caranya You layan suami You pagi-pagi macam nie ??"

Tanya Asyraf mulai bengang dengan sikapku.

Awal pagi kami dimulai dengan bertekak antara satu sama lain. Aku betul-betul sangat benci dengan sikap Asyraf  yang sesuka hati sahaja Dia pergi meninggalkan Aku tergantung begitu selama berhari-hari tanpa sebab .. kemudian setelah berhari-hari Dia pergi menghilang tanpa khabar, tiba-tiba pagi nie Dia muncul memeluk Aku dari belakang seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

Muka Asyraf kecik besar kecik besar jer Aku tengok sampai perasaan geram & marah yang Aku simpan dalam beberapa hari ini terasa mahu meletup seperti ledakkan gunung berapi rasanya.

"Masalah Saya adalah AWAK !!"

"Saya benci dengan Awak !! So please berhenti kacau hidup Saya !!"

"Saya tak nak Awak cakap apa-apa dengan Saya & Saya tak nak nampak Awak depan mata Saya lagi !!"

"SAYA BENCI SEMUA BENDA TENTANG AWAKKKKK !!!!"

Teriak Aku kuat di depan muka Asyraf.

Awal-awal pagi lagi Aku dah naik gila dengan kemunculan Asyraf yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakangku tanpa isyarat. Berderau rasa darahku melihat wajah Asyraf selepas menghilangkan diri beberapa hari.

Asyraf jadi terdiam kaku & tergamam membisu dengan kata-kataku yang pagi-pagi lagi dah naik hantu.

"Mawar ~ What happen to you ??"

Tanya Asyraf yang terkedu dengan sikapku sambil cuba memegang tangan Aku.

Dengan pantas Aku terus menepis laju tangan Asyraf supaya tidak menyentuh Aku, kemudian Aku terus mengambil beg tanganku lalu segera keluar dari dalam rumah.

Asyraf cuba mahu mengejarku tapi langkahnya jadi terhenti saat Aku terus menghempas kuat pintu rumah lalu segera turun dari apartment.

Aku terus berlari turun & menahan sebuah teksi untuk segera pergi ke tempat kerjaku. Di dalam teksi, Aku menyeka airmataku yang sudah jatuh berderai ke pipi gara-gara melepaskan segala rasa sakit hati yang Aku pendam lama kepada Asyraf tadi.

Berulangkali Asyraf asyik menghubungi telefon bimbitku tapi tetap tidak mahu Aku jawab. Aku mahu membiarkan Dia naik gila menghubungi Aku seperti mana Aku sebelumnya.

Aku perlu cuba untuk menenangkan diriku sebelum Aku sampai di bangunan tempat Aku bekerja kerana Aku tidak mahu gara-gara hal tadi ia akan merosakkan mood kerjaku yang baru masuk hari ke-2 Aku bekerja.

Sebelum masuk ke ruangan kerjaku .. Aku sempat membaiki makeup ku terutama di bahagian mata agar tidak kelihatan seperti mataku  bengkak  gara-gara menangis tadi di dalam teksi.

Aku cuba melupakan hal pertengkaran Aku & Asyraf dirumah tadi dengan menyibukkan diri sepanjang hari  di pejabat.

Habis waktu bekerja, Aku tidak mahu terus beransur pulang ke rumah kerana Aku akan rasa sakit hati bila melihat Asyraf ada di rumah. Jadi Aku sengaja singgah dahulu lepak minum-minum di dalam restoran Mamak makan seorang diri sambil melayan cerita yang di pasang pada layar putih restoran itu sampai habis.

Berulang kali Asyraf terus menghubungi telefon bimbitku tapi sengaja Aku tidak mahu angkat hingga akhirnya Aku terus mematikan telefon bimbitku.

Aku sengaja mahu memberontak begini kerana Aku masih rasa sakit hati dengan apa yang Asyraf lakukan padaku.

Bila masa sudah pukul 11 malam baru Aku beransur pulang. Sampai sahaja di rumah, Aku melihat sekali lagi Asyraf tiada dirumah. Aku tergelak sinis kerana Aku sudah tahu Asyraf pasti tidak akan memperdulikan Aku langsung samada Aku ada atau tiada dirumah.

Aku segera membersihkan diri & mengunci pintu bilikku lalu Aku terus naik tidur diatas katil Aku.

****************

> ASYRAF <

"MAWAR !!!!"

Panggil Asyraf dari belakang.

PONGGGGG !!!!!

Bunyi pintu rumah yang dihempas kuat oleh Esya dari luar. Terkejut Asyraf dengan kelakuan Esya yang tiba-tiba naik hantu awal-awal pagi.

Asyraf memegang kepala dengan kedua tangannya kerana kesal dengan perbuatannya terhadap Esya selama beberapa hari ini. Dia rasa Dia tahu punca mengapa Esya berkelakuan begitu dengannya.

Asyraf segera mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail telefon bimbit Esya berulang kali tapi tidak mahu di jawab sama sekali.

Serba salah Asyraf dengan semua yang berlaku. Dia tidak pernah menyangka bahawa Esya akan berkelakuan begitu sehingga betul-betul naik marah dengannya walaupun Dia tidak berapa pasti apa sebabnya.

"Hello ~ macam mana dengan keadaan Dia ?? Okey ker ??"

Tanya Asyraf saat mendail seseorang dalam taliannya.

"Iyaa Tuan .. Dia baik-baik sahaja di sini .."

Jawab orang dalam panggilan itu.

"Bagus !! Tolong perhatikan Dia terus dengan baik .."

Arah Asyraf lalu mematikan panggilannya.

Seharian Asyraf duduk menunggu & mendail telefon bimbit Esya namun tetap tidak di angkat langsung.

Dari habis waktu bekerja sampai dah pukul 8 malam pun, Esya tetap tidak pulang-pulang lagi ke rumah. Asyraf jadi tidak sedang duduk lagi-lagi bila Esya mematikan telefon bimbitnya.

Asyraf terus keluar mencari Esya diluar kerana risau jika ada sesuatu yang terjadi dengannya di luar kerana telefon bimbitnya yang sudah tidak boleh dihubungi.

Merata Asyraf mencari dimana keberadaan Esya namun masih tidak di temui juga, telefonnya juga tidak henti-henti didail oleh Asyraf tapi tetap juga tidak dapat di dail.

"You pergi mana Mawar ??"
"I tahu You marah dengan I .. tapi janganlah buat I risau macam nie .."

Bebel Asyraf sorang-sorang di dalam kereta kerana terlalu risau mencari di mana keberadaan Esya.

Jam sudah menunjukkan waktu pukul 12 tengah malam, Asyraf mengambil keputusan untuk pulang dahulu ke rumah kerana mungkin Esya sudah pulang.

Apabila Asyaraf sampai di rumah, Dia melihat kasut yang dipakai Esya keluar kerja tadi sudah ada menandakan bahawa isterinya itu akhirnya sudah pulang ke rumah.

Lega rasa hati Asyraf setelah melihat Esya sudah pulang. Perlahan-lahan Asyraf menuju ke arah pintu bilik Esya & cuba membukanya untuk melihat Esya betul-betul sudah pulang.

Namun malangnya pintu bilik tersebut dikunci dari dalam oleh Esya.

Asyraf menghela nafas lega kerana yakin Esya memang sudah pulang. Akhirnya Dia kembali semula ke dalam bilik tidurnya setelah memastikan kepulangan Esya & Dia tidak mahu mengganggu Esya tidur di dalam.

.........................................................................

> MAWAR DALESYA<

Keesokkan harinya, Aku bangun seperti biasa & terus berangkat pergi bekerja tanpa bersarapan pagi dulu di rumah.

Aku tidak mahu bertembung dengan Asyraf dirumah kerana Aku masih lagi berasa geram dengan sikapnya, jadi Aku mengambil keputusan untuk hidup mengikut cara kami sendiri & menjadi orang asing kerana tampaknya memang itu yang dimahukan Asyraf dari awal lagi.

Bila Aku sampai di pejabat, tiba-tiba Aku mendapat pesanan Whatsapps daripada Asyraf.

From : Asyraf ~

"GOOD MORNING MAWAR ~

YOU DAH PERGI OFFICE KER SEKARANG ??

MAAF TAK SEMPAT JUMPA YOU PAGI TADI ..

BOLEH YOU BALIK AWAL SIKIT HARINIE ?? KITA KELUAR MAKAN MALAM BERSAMA JOM !!"

Kata pesanan Whatsapps daripada Asyraf.

Aku hanya membacanya & tidak mahu membalas kembali pesanan Dia kerana Aku masih lagi geram dengan sikapnya.

Petang itu selepas habis waktu bekerja, kaki ku terasa berat untuk melangkah pulang ke rumah kerana pasti Asyraf sedang menunggu Aku untuk keluar makan bersama diluar.

Jadi Aku sengaja lengah-lengahkan masa & pulang pada pukul 8 malam. Bila sampai di rumah, Aku perlahan-lahan membuka pintu rumah & cuba mengintip samada Asyraf masih ada di dalam rumah menungguku atau tidak.

Bila Aku pasti Asyraf tidak berada di ruang tamu, Aku terus berlari masuk seperti tikus mencuri keju masuk ke dalam bilikku & mengunci pintu bilik cepat-cepat agar Asyraf tidak dapat membukanya.

KNOCKK !!! KNOCKK !!! KNOCKK !!!

"Mawar !!! You dah balik ker ??"

Tiba-tiba pintu bilik ku diketuk dari luar selepas Aku baru sahaja menguncinya.

Asyraf terus-terusan mengetuk pintu bilik ku & memanggil-manggil namaku supaya Aku membukakan Dia pintu.

Aku hanya berdiam & buat tidak tahu dengan panggilannya. Aku tahu sikap ku ini seperti agak keanak-anakan tapi bagiku ini adalah balasan buat Asyraf kerana buat Aku menunggu bagai nak gila berhari-hari tanpa sebarang berita.

"Mawar~ I tahu You dah balik .. so please buka pintu nie .."

"We need to talk !!"

"Please jangan buat I macam nie Mawar ~~"

" You tahu tak bertapa risaunya I menunggu You balik dari semalam .. & hari nie sekali lagi You buat hal .."

"Why are you like this Mawar ??"

"You ingat I nie apa huh kat dalam rumah nie ??"

"Mawar ~ buka pintu !!"

Bertalu-talu Asyraf mengetuk pintu bilik ku bagai nak pecah.

Hati Aku jadi semakin berombak naik mendengar kata-katanya dari luar yang menyalahkan diriku sebagai punca sehingga membuatnya kerisauan seharian. Habis tu Aku yang merisaukan Dia berhari-hari tanpa berita daripada Dia bagai nak gila tu apa pula ??

Kata-kata Asyraf yang mementingkan diri itu tidak dapat Aku terima. Aku terus turun dari atas katilku lalu mengemas pakaianku masuk ke dalam beg pakaian untuk keluar segera dari rumah itu.

Selepas itu Aku terus membuka pintu bilikku lalu segera membawa beg pakaian Aku untuk keluar dari rumah.

"Mawar ~ You nak pergi mana dengan beg pakaian tu ??"

Tanya Asyraf terkejut melihat Aku membuka pintu bilik sambil membawa beg pakaian bersamaku.

Aku tidak menjawab pertanyaannya & terus berjalan keluar menuju ke pintu utama. Asyraf mengejar Aku dari belakang sambil menarik beg pakaian Aku dari tangan.

"Mawar ~ You nak pergi mana malam-malam nie bawak beg pakaian ??"

"You dah giler ker ??"

Kata Asyraf geram & terkejut melihat kelakuanku yang betul-betul nekad mahu keluarga dari rumah itu.

Beg pakaianku ditarik & dirampas dengan Asyraf agar Aku berhenti mahu berjalan keluar.

"Iya memang Saya dah giler !!!"

"Saya jadi giler disebabkan tinggal dengan orang macam Awak !!"

"Apa !! Awak ingat Awak sorang jer ker yang ada hati & perasaan ?? Awak tak pernah nak anggap Saya nie wujud kan Asyraf .."

"Jadi buat apa lagi Saya tinggal bersama dalam rumah nie kalau Awak sendiri tak perasan dengan kewujudan Saya .."

Balas Aku geram melepaskan rasa sakit hati yang Aku simpan selama ini terhadap Asyraf.

"Apa yang You cakapkan nie Mawar ??"

"Sejak bila pulak I anggap You tak pernah wujud dalam hidup I ??"

"You adalah isteri I .. jadi mana mungkin I tak sedar kewujudan You dalam hidup I .."

"Kalau You marah dengan I sebab I tak balik beberapa hari yang lalu .. I mintak maaf okey .. lagipun I dah bagitahu kat You kan yang I kena pergi kerja luar untuk beberapa hari & jangan risau pasal tu .."

"Tak kan sebab tu pun You nak marah dengan I !!"

Balas Asyraf pula.

Berderau darah Aku dengan jawapan Asyraf itu. Dia seakan-akan membuat Aku seperti orang yang tiada perasaan langsung.

Percuma sahaja selama berhari-hari Aku duduk risau memikirkan bagaimana keadaannya sehingga pada akhirnya Aku juga yang Dia salahkan.

"Saya nak marah Awak kata ??"

"HAHAHAHAA ~~ Siapalah Saya nie nak marah pada Awak kan .. Saya MEMANG TAKDE PERASAAN LANGSUNG PUN NAK MARAH PADA AWAK ASYRAF !!"

Kataku geram & sengaja  menyendir kata-kata yang baru Asyraf katakan padaku.

Berderau darah Aku menatap tajam tepat ke mata Asyraf dengan wajahnya yang berkelakuan seakan-akan Dia tidak bersalah dalam hal ini.

"Okey fine !! Kalau macam tu, mulai sekarang kita akan hidup ikut haluan masing-masing .."

"Jadi Awak tak perlu nak tunggu Saya lagi !!!"

Kataku geram lalu segera mahu beransur keluar dari rumah itu dengan beg pakaianku.

Asyraf masih lagi menahan & menarik tangan Aku supaya tidak keluar daripada rumah.

"Mawar ~ okey fine !!"

"I akan ikut cakap You ... mulai sekarang kita akan ikut haluan hidup kita masing-masing, tapi dengan syarat .. please jangan keluar dari rumah nie .."

"Ini rumah You juga .. jadi I merayu pada You tolong jangan keluar dari sini .. I janji akan turuti semua kemahuan You asalkan You jangan keluar .."

Rayu Asyraf menahan Aku dari tidak keluar dari rumah itu.

Aku menyeka sendiri airmataku yang Aku tahan supaya tidak menitis ke pipi & cuba mengambil nafas yang panjang agar Aku dapat menenangkan diriku.

"Mawar please ~ tolong dengar cakap I .."

"Kalau I salah, I mintak maaf & I janji tak akan ulangi lagi kesalahan I .."

"Tapi apa yang I boleh cakap pada You .. I sayangkan You Mawar sebagai isteri I .. I terima You apa adanya & I tak sanggup untuk kehilangan You .."

"Walaupun pernikahan kita berdua berlaku secara tiba-tiba begini, tapi sejujurnya I gembira sebab I tak sangka bahawa I akan dijodohkan dengan cinta hati I sendiri .."

"Sejak dari Awal perkenalan kita lagi .. I tak tahu kenapa hati I berdengup kencang bila setiap kali bertemu dengan You .. sama seperti sekarang .."

Luah Asyraf lalu meletakkan tanganku ke atas dadanya.

Aku dapat merasakan bertapa lajunya dengup jantung Asyraf sedang berdetak kencang sekarang di tanganku.

"Sekarang You dapat rasakan macam mana dengup jantung I bila dengan You .. dan selama nie I tak pernah rasakan perasaan nie kecuali bila dengan You sahaja Mawar .."

"I harap You faham sekarang macam mana jantung I lagi akan berdetak laju bila You tak balik-balik semalam .. terasa nak luruh jantung I nie bila risaukan keadaan You Mawar .."

"Jadi tolong .. I merayu pada You supaya jangan hentikan dengupan jantung nie dari terus berdetak untuk You .."

"I akan bagi You masa sebanyak mana yang You nak untuk menerima I .. asalkan You jangan pergi kemana-mana & tetap berada di pandangan I .."

Luah Asyraf lagi.

Aku jadi tergamam dengan segala pengakuan isi hatinya. Aku tidak pernah menyangka bahawa selama ini Asyraf sudah lama menaruh hati & perasaan kepadaku dalam diam.

Tiada apa yang boleh Aku keluarkan dari mulutku selain dari hanya terdiam membisu mendengar semua luahan hati Asyraf.

Aku melepaskan tangan Aku dari atas dada Asyraf lalu mengambil semula beg pakaianku & masuk semula mengunci diri di dalam bilik tidurku meninggalkan Asyraf sendirian di luar ruang tamu.

Tidak tahu mengapa, selepas Asyraf meluahkan segala isi hatinya kepadaku, tiba-tiba Aku berasa seperti akal & pemikiranku terbang entah kemana. Aku berasa seperti kosong mungkin kerana Aku terkejut dengan pengakuan Asyraf.

Aku masuk ke dalam bilik lalu terus naik ke atas katil & menarik selimutku hingga ke paras bahu sambil baring mengiring dengan pemikiranku yang terasa seperti kosong.

Apa yang Aku dah lakukan sebenarnya ?? Kenapa Aku berkelakuan begitu terhadap Asyraf ?? Semua persoalan itu bermain di fikiranku dicampur lagi dengan rasa bersalah dengan Asyraf.

"Asyraf ~ maafkan Saya .."
"Saya tahu Saya salah .. tapi tolong bagi Saya masa lagi untuk terima Awak dalam hati Saya .."

Tangis ku sambil berbaring.

Akhirnya malam itu Aku terlelap dalam tangisan Aku yang masih terasa serba salah.

.........................................................................

Pagi itu, selepas selesai bersiap untuk berangkat ke tempat kerja, Aku keluar dari bilik tidurku & tiba-tiba hidungku terhidu dengan bau masakkan yang sedap.

"Good morning !!"

"You dah nak bergerak keluar kerja ker ??"

"Jomlah sarapan pagi dulu sama-sama .. harinie I masak sesuatu yang special untuk memulakan hari You bekerja .."

Ajak Asyraf lalu menarikkan kerusi meja makan untuk Aku duduk.

Terkedu Aku dengan sikap sweet Asyraf pagi-pagi nie .. siap sediakan English Breakfast lagi untuk Aku. Tak pernah-pernahnya Asyraf berkelakuan pelik begini selama pernikahan kami berdua.

"Makanlah .. nanti You lambat pulak pergi kerja .."
"Ker You nak I tolong suapkan untuk You jugak ??"

Kata Asyraf lalu menyucukkan sosej & mahu menyuapkannya di mulutku seperti anak kecil.

"NO !! It's okey .. Saya boleh makan sendiri .."
"Terima kasih atas breakfast yang Awak buatkan nie .."

Balasku lalu mengambil semula garfu sosej yang Asyraf mahu suapkan kemulutku.

"Buang tabiat apa tiba-tiba Mamat nie masakkan breakfast untuk Aku pagi-pagi nie ??"

Bisikku tertanya sendiri di dalam hati.

Aku makan sarapan yang dihidangkan Asyraf kepadaku sambil Aku memerhati kelakuan pelik yang ditunjukkannya tiba-tiba pagi ini.

Selesai makan, Aku terus bersiap & mengambil beg tanganku untuk bertolak pergi bekerja.

"Opsss !! Kejap-kejap !!"
"Jom I hantar You pergi kerja sekali .."

Pelawa Asyraf tiba-tiba sambil mengambil kunci kereta & barang-barang keperluan kerjanya.

"Ehh takpe .. Awak tak perlu susah-susah nak hantar Saya pergi kerja .."
"Saya boleh pergi sendiri !!"

Jawabku menolak agar Asyraf menghantarku ke tempat kerja.

"Mana ada susah .. lagipun I nak gerak pergi kerja jugak nie .. jadi kita boleh gerak sekali .."

Balas Asyraf tetap mahu juga menghantar Aku ke tempat kerja.

Aku jadi makin geram dengan kedegilan Asyraf. Aku cuba menahan rasa geramku untuk tidak mulai bertekak lagi pagi-pagi nie & tidak mahu berkata apa. Untung sahaja Asyraf menyedari reaksi wajahku yang jelas menunjukkan Aku sedang menahan geram.

"Okey fine !! You may go now & I tak akan paksa You .."
"Hati-hati kat jalan & see You back later lepas balik kerja .."

Ucap Asyraf membiarkan Aku berangkat sendiri bekerja & berhenti untuk mahu menghantarku ke tempat kerja.

Aku menjeling mata dengan pandangan annoying ke arah Asyraf lalu terus segera keluar dari rumah menuju ke tempat kerja.

Sepanjang Aku bekerja hari ini, terkadang Aku terfikiran tentang kata-kata Asyraf kepadaku semalam. Aku berasa serba salah dengan Asyraf yang rupanya selama ini sudah menyimpan perasaan kepadaku namun sehingga sekarang Aku tidak dapat lagi untuk menerima perasaannya.

Aku berasa seperti dah termakan banyak sangat hutang budi dengan Dia hingga Aku tidak mampu untuk membayarnya lagi. Asyraf terlalu baik sangat pada Aku sehingga terkadang Aku berasa berat dengan kebaikkannya.

Selepas waktu bekerja habis, Asyraf menunggu Aku keluar dari bangunan pejabatku dari dalam keretanya yang Dia parking agak jauh sedikit dari bangunan pejabatku kerana Dia tidak mahu kalau Aku perasan dengan kehadirannya yang sejak dari pagi tadi lagi memerhatikanku dari jauh.

Asyraf sengaja mengekori Aku dari belakang pagi tadi semasa Aku menuju ke tempat kerja agar Dia tahu dimana tempat kerjaku memandangkan Aku tidak mahu jika dia menghantarku ke tempat kerja pagi tadi.

Jadi maka dengan itu secara diam-diam Asyraf memerhatikan Aku dari jauh baik dari Aku masuk kerja & pulang kerja demi mahu melihat Aku dalam keadaan baik.

Asyraf terus mengekori Aku berjalan kaki menuju ke kawasan apartment dengan menaiki keretanya dari belakangku, kemudian bila dah nak sampai dekat dengan apartment, Dia akan cepat-cepat parking keretanya & berpura-pura keluar dari pintu kereta seakan-akan Dia juga baru sahaja sampai.

"Mawar ~~ You baru balik kerja ker ??"

Panggil Asyraf sengaja saat baru keluar dari pintu keretanya & melihat Aku juga baru sampai berjalan kaki.

Aku memandangnya terkejut & hanya tersenyum membalas sapaan nya. Kemudian kami berdua berjalan sama masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat apartment kami di aras 9.

Terasa agak canggung kami berdua di dalam lif itu seakan-akan orang asing yang tidak kenal antara satu sama lain. Bila masuk ke dalam rumah, kami berpecah kembali terus masuk ke dalam bilik masing-masing tanpa sebarang kata.

Sejak kejadian semalam, Aku jadi agak canggung dengan Asyraf lagi-lagi bila bertemunya. Mungkin disebabkan pengakuan Dia semalam tentang perasaannya kepada ku membuatkan Aku berasa kekok dengan Dia.

Kenapalah Dia luahkan perasaan Dia macam tu pada Aku. Kalau Aku tak tahu, sekurang-kurangnya takde lah Aku nak rasa canggung bila tertemu dengan Dia.

Bila Aku nak keluar bilik & Asyraf pula kebetulan keluar bilik juga, entah mengapa Aku cepat-cepat nak lari masuk bilik semula .. perasaan Aku jadi bercampur baur dengan rasa kekok & serba salah.

Sekarang sudah masuk 3 hari kami seperti ini & Aku masih merasakan perasaan yang sama tiap kali bersama Asyraf walaupun kami tinggal sebumbung.

Sehingga pada akhirnya Asyraf yang mengalah. Saat Aku sedang berada di dapur untuk mengambil air, tiba-tiba juga Asyraf keluar dari biliknya & kami bertembung di dalam dapur.

Kelam-kabut Aku keluar dari dalam dapur untuk masuk semula ke dalam bilikku. Namun tiba-tiba ~~~

"Mawar !! Berhenti !!"

Arah Asyraf ketika melihat Aku kelam kabut nak masuk bilik semula.

Terhenti terus langkah Aku dengan arahan Asyraf yang memanggil nama Aku supaya berhenti. Dia memaling badan dari hadapan lalu menghadap Aku.

"Sampai bila You nak buat macam nie pada I huh !!"

"I dah tak tahan dengan cara You buat I macam orang asing dalam rumah nie !! "

"Sekarang You bagitahu I .. apa salah I sampai You buat perangai macam nie ??"

"Apa yang You nak I buat supaya You berhenti buat semua nie ?? Tell me what Mawar !!"

Kata Asyraf geram & tidak puas hati.

Aku tidak memaling ke arah Asyraf & hanya mendiam diri sahaja kerana Aku sendiri tidak tahu kenapa Aku berbuat demikian.

Asyraf memalingkan tubuhku supaya memaling ke arahnya. Aku tertundu membisu tidak mahu melihatnya.

"Mawar ~ tell what .. kenapa You macam nie ??"

Tanya Asyraf sambil menundukkan amukanya & memegang kedua belah bahu Aku.

Aku masih menundukkan kepala kebawah tidak mahu memandang ke arah Asyraf. Serba salah Aku dengan Dia sehingga Aku sendiri tidak tahu mahu berkata apa.

"Okey fine !! Mungkin keberadaan I kat dalam rumah nie buat You tak selesa sampai You berlari-larian masuk bilik balik bila tiap kali bertembung dengan I kan .."

"Jadi I rasa lebih baik I keluar dari rumah nie supaya You boleh hidup dengan selesa & tak perlu berlari-lari lagi !!"

Ujar Asyraf tiba-tiba lalu terus segera mahu keluar dari rumah.

Terkejut Aku dengan apa yang baru Asyraf katakan .. Aku terus menahan kuat lengannya supaya Dia tidak keluar dari rumah.

"NO Asyraf !!! Jangan pergi !!"

Kataku sambil menahan kuat lengan Asyraf supaya tidak keluar.

Asyraf berhenti & menoleh ke arah Aku dengan wajah bengang.

"Asyraf ~ I'm sorry !!"

"Saya tahu Saya salah & Saya tak sepatutnya berkelakuan macam nie pada Awak .."

"Saya akui memang Saya marah dengan Awak sebelum nie .. sebab Awak buat Saya rasa tergantung .."

"Awak pergi tanpa Saya sedar selama berhari-hari & tanpa khabar berita .. berkali-kali Saya call Awak bagai nak gila tapi Awak tak angkat langsung pun sampai buat Saya rasa bersalah sebab tolak permintaan Awak masa kat hotel Cameron tu .."

"Awak tahu tak bertapa risaunya Saya masa tu sampai macam-macam benda yang bukan-bukan Saya fikir mungkin terjadi pada Awak .."

"Lepastu Awak balik rumah macam tu jer seakan-akan tak ada apa yang berlaku .. Awak pikir Saya nie tunggul ker kat rumah nie huh Asyraf !!"

"Awak hanya fikirkan perasaan Awak jer .. Awak ingat Saya nie takde perasaan jugak ker !!!"

Luah Aku geram melepaskan semua rasa sakit hati & amarah yang Aku simpan selama ini.

Tergamam Asyraf dengan kata-kataku yang baru sahaja meluahkan segala rasa tak puas hati Aku selama ini. Asyraf tidak pernah menyangka bahawa hal inilah yang membuatkan Aku buat perangai selama ini.

Asyraf menepuk dahinya dengan tapak tangannya kerana menyesali perbuatannya sebelum ini.

"Mawar ~ I'm really sorry .."

"Jujur I cakap .. I tak tahu pulak yang You marah disebabkan hal tu .."

"I akui yang itu memang salah I sebab pergi tanpa bagitahu pada You sendiri & tak angkat panggilan You sehingga buat You risau dengan I .."

"But I janji pada You .. lepas nie I tak akan buat benda yang sama lagi .. I janji akan bagitahu You kemana I pergi & I janji akan angkat panggilan You bila setiap kali You call supaya You tak risau lagi .."

"Maafkan I Mawar .. Maafkan I ~~"

Kata Asyraf yang kesal dengan perbuatannya sendiri.

Airmata Aku yang mulai menitis ke pipi diseka lembut oleh Asyraf kerana Dia betul-betul menyesali perbuatannya yang selama ini Dia anggap tiada apa-apa namun itulah sebenarnya punca Aku terasa hati.

"NO it's okey .. Saya pun salah jugak sebab buat Awak terasa dengan sikap Saya yang tak ambik peduli dengan Awak .."

"Mulai sekarang Saya akan cuba buka pintu hati Saya untuk Awak .."

"Jadi Saya harap Awak boleh bagi Saya lagi sedikit masa untuk terima Awak .."

Kataku mengakui kesalahanku sendiri.

Asyraf mengambil kedua tanganku sambil membelainya lembut dengan senyuman diwajahnya.

"It's okey Mawar .. take your time selama yang You mahukan .. I tak kisah .. asalkan You sudi maafkan kesalahan I & jangan pernah tinggalkan I .."

Ucap Asyraf sambil membelai tanganku kemudian Dia kucup lembut belakang tanganku.

Aku tersenyum melihatnya mengucup hangat belakang tanganku lalu Dia tersenyum menampakkan lesung pipit dalamnya.

Akhirnya malam itu kami berdua kembali berbaik lagi semula & berjanji untuk saling mempercayai antara satu sama lain.

Bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience