7 [ CEMBURU ]

Romance Series 8333

Sambil duduk di sofa ruangan tamu, Asyraf tersenyum senang melihat Esya yang sedang sibuk mahu menghidangkan makan malam yang baru sahaja selesai Esya masak di atas meja makan.

Ketika itu, tiba-tiba Asyraf menerima sebuah mesej Whatsapp daripada seseorang. Asyraf mengambil telefon bimbitnya itu untuk melihat mesej tersebut sambil matanya curi-curi menjeling risau ke arah Esya yang sedang sibuk meletakkan pinggan & cawan di atas meja makan.

From : Yana ~

"Abang ~ terima kasih atas mesin jahit nie ~

"Kenapalah Abang susah-susah belikan yang baru untuk Yana .."

"Tapi takpe, Yana akan guna mesin nie dengan baik untuk Abang ~"

Kata mesej Whatsapp daripada Aiyana.

Tersenyum Asyraf membaca mesej tersebut ditambah lagi bila Aiyana belanja gambar Aqish yang sedang duduk bersama dengan mesin jahit yang Asyraf hantarkan untuk Aiyana petang tadi.

"Amboiii ... tersenyum lebar nampak .."
"Awak tengok apa tu ??"

Tiba-tiba Esya menegur Asyraf dari arah meja makan kerana melihat suaminya yang tersenyum-senyum sendiri di ruang tamu.

Tersentak Asyraf dengan teguran Esya yang tiba-tiba itu. Dengan pantas Asyraf terus menutup telefon bimbitnya sambil tersengeh-sengeh seperti kerang busuk.

"HEHEHEE ~~ Mana ada tersenyum .."
"I cuma rasa kelakar dengan rancangan TV nie haa ~"

Balas Asyraf membuat alasan mengelat dari pertanyaan Esya.

Esya tersenyum membalas jawapan Asyraf sambil tangannya masih lagi sibuk menyusun pinggan untuk mereka makan malam bersama.

"Dah .. Jom kita makan sekarang !!"

Panggil Esya sambil melihat Asyraf berjalan menghampiri meja makan.

"Wahhh ~~ sedapnya lauk malam nie .. Mawar masak ayam masak merah ??"
"Ini lauk kesukaan I nie ~"

Kata Asyraf sambil tersenyum senang melihat lauk kesukaannya dihidang di atas meja.

"Owhh iyer ker ?? Kalau macam tu lepas nie Saya kena rajin masakkan ayam masak merah lah nie untuk Awak .."

"Duduk laa .. Awak rasa dulu okey tak rasanya .."

Ujar Esya lalu mensajikan nasi putih & ayam masak merah ke pinggan Asyraf.

Selesai membaca doa makan bersama, Asyraf mulai menjamah makanan yang ada di dalam pinggannya. Teruja Esya mahu melihat bagaimana reaksi Asyraf setelah merasai ayam masak merah yang Dia masak.

"Macam mana ?? Okey tak ??"

Tanya Esya tertanya-tanya. Matanya tidak berkedip melihat bagaimana reaksi wajah Asyraf merasai lauk air tangannya.

Asyraf menjamah sampai tertutup kedua matanya merasai rasa masakkan air tangan isterinya. Dia kemudian membuka kembali matanya lalu meminta agar Esya menghulurkan tangannya kepada Asyraf.

Hairan Esya tiba-tiba Asyraf memintanya untuk menghulurkan tangan kepada Dia. Esya hanya memberikan tangannya kepada Asyraf sambil bingung menanti sebabnya.

Asyraf kemudiannya terus mengucup lama belakang tangan Esya. Terkejut Esya dibuatnya.

"Asyraf !! Apa Awak buat nie ??"

Panggil Esya sambil masih pelik melihat belakang tangannya masih dikucup lama dengan Asyraf.

"I tengah berterima kasih pada tangan nie lah sebab dah masakkan lauk kegemaran I yang palingggg sedap setakat nie I pernah rasa .."

Jawab Asyraf melepaskan kucupannya dari belakang tanganku.

Terkedu Aku dengan ungkapannya. Aku berfikir sampai begitu sekali Dia berterima kasih padaku gara-gara sebab masakkan lauk kegemarannya sahaja.

Namun kata-kata pujiannya itu membuatku tersenyum & tersipu malu dengan gaya pujiannya yang seperti itu.

"Iyer ker ?? Jadi Awak suka rasanya ??"

"Kalau macam tu lepas nie Saya kena selalu masakkan ayam masak merah untuk Awak lah nie .."

Kataku sambil tersenyum senang.

"Aah ~ supaya rasa sayang I pada You jugak akan makin bertambah .."

Sambung Asyraf lagi sambil tersenyum menampakkan lesung pipit sebelah kanannya.

Tergelak kecil Esya dengan kata-kata Asyraf itu lagi.

"Eshh ~~ mengada lah Awak nie .."
"Dahh makan cepat makanan Awak tu .. nanti dah sejuk tak sedap pula .."

Kata Esya sambil tersenyum.

Selesai makan malam & membersihkan ruang makan bersama. Asyraf sibuk menyambung kembali pekerjaannya di ruang tamu iaitu mengedit beberapa gambar iklan makanan untuk disiapkan sebelum besok katanya.

Jam di dinding ruang tamu sudah menunjukkan waktu pukul 11 malam & Asyraf masih lagi sibuk menghadap laptopnya di ruang tamu.

Esya jalan menghampiri Asyraf untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh suaminya itu kerana kelihatan masih lagi sangat leka dengan kerjanya.

"Awak tak nak masuk tidur lagi ker ??"

Tegur Esya menghampiri Asyraf.

"Huh !! You dah nak masuk tidur dah ker ??"

Tanya Asyraf ketika melihat Esya datang menghampirinya.

Esya datang & melihat gambar-gambar beberapa jenis makanan yang sedang di edit oleh Asyraf di laptopnya.

"Aah ~ Banyak lagi ker kerja Awak nak siapkan ?? Awak tak mengantuk lagi ker ?? "

Tanya Esya agak sedikit risau.

Asyraf berhenti membuat kerjanya sebentar lalu menatap kearah Esya dengan senyuman.

"Kenapa ?? You dah nak tidur dengan I ker malam nie ??"

Tanya Asyraf sengaja mahu mengusik Esya.

Tersentak Esya dengan pertanyaan Asyraf yang tiba-tiba begitu. Mukanya mula terasa panas & merona merah.

Asyraf cuba menahan gelak melihat reaksi Esya yang tiba-tiba bertukar jadi tidak keruan gara-gara pertanyaannya.

"Huh !! Apa Awak nie .. merapu jer lah ~"
"Dah lah .. Saya nak masuk bilik tidur dulu .. Awak jangan lambat sangat masuk tidur ~"

Jawab Esya sambil memegang-megang belakang lehernya & mengalihkan pandangannya daripada Asyraf, lalu Dia segera mahu beransur masuk ke dalam bilik tidurnya.

"MAWAR TUNGGU !!!"

Panggil Asyraf lalu menahan tangan Esya agar tidak berlalu dari situ.

Esya memalingkan kembali badannya kearah Asyraf yang tiba-tiba menahan tangannya.

Perlahan-lahan Asyraf bangun dari tempat duduknya lalu berdiri menghadap Esya di hadapannya & memegang semula tangan Esya.

"Mawar ~ sampai bila kita nak macam nie terus ??"

Tanya Asyraf dengan penuh maksud.

"Apa maksud Awak Asyraf ?? Saya tak faham ~"

Balas Esya sambil berkerut dahi.

"You tak faham ker , atau You sajer buat-buat tak faham dengan maksud I ??"

"I tahu You faham apa yang I maksudkan Mawar ~"

"Dah nak dekat 2 bulan kita bergelar suami isteri, tapi sampai sekarang kita masih tidur berasingan .."

"Mawar ~ I faham mungkin You masih tak bersedia lagi untuk menerima I sebagai suami You .. tapi sekurang-kurangnya bagilah peluang untuk kita berdua saling bersama & I janji tak akan lebih-lebih dengan You sebelum You mengizinkan sendiri .."

Ujar Asyraf menyatakan apa yang  Dia rasakan selama ini sambil menggenggam erat tangan Esya.

Esya pula hanya tergamam membeku dengan kata-kata Asyraf yang cuba merayunya. Terasa serba salah diri Esya rasakan saat Asyraf menyatakan hal tersebut.

Memang ada benarnya kata-kata Asyraf itu kerana Dia sendiri merasakan seperti Asyraf sudah lama memberikan Dia masa sehingga sekarang, namun sampai sekarang Esya sendiri yang tidak dapat memberikan peluang itu untuk Asyraf.

Tangan Esya yang digenggam erat oleh Asyraf itu di lepaskan perlahan-lahan dengan Esya.

"Kemas barang Awak ~"
"Kalau Awak lambat, Saya kunci pintu !!"

Ucap Esya melepaskan tangan Asyraf dengan sedikit senyuman yang tersembunyi dengan penuh makna dibibirnya lalu Dia terus berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya.

Terkedu Asyraf dengan kata-kata tersirat yang baru dikatakan oleh isterinya itu tadi. Asyraf terus memerhatikan langkah kaki Esya yang terus berjalan masuk ke dalam biliknya sehingga Dia masuk ke dalam bilik tidur & tidak mengunci pintu biliknya sendiri pun.

Asyraf tersenyum senang memerhatikan langkah Esya & Dia sangat memahami dengan signal yang baru diberikan oleh isterinya itu.

Lantas dengan pantas Asyraf terus bergegas mengemas barangan kerjanya untuk bersiap-sedia untuk masuk tidur.

****************

> MAWAR DALESYA <

Aku berjalan masuk ke dalam bilik tidurku dengan segera & berdiri membelakangkan belakang pintu ku dengan rasa hati yang berdebar.

Aku sengaja tidak mengunci pintu bilikku seperti selalunya kerana Aku mahu cuba untuk memberikan peluang untuk kami saling lebih mengenali.

"Betul ker Aku buat nie ??"
"Esya Kau boleh !! Kali nie Kau just cuba bagi peluang kecik jer dulu pada Dia .."

Kataku pada diri sendiri di belakang pintu untuk cuba menyakinkan diriku.

Aku cepat-cepat berlari ke hadapan cermin meja solek ku & cepat-cepat juga Aku menyapukan sedikit losyen badan di lenganku serta menyembur sedikit minyak wangi di baju tidurku supaya berbau sedikit wangi.

Kemudian Aku segera naik ke atas katil & menarik selimutku cepat-cepat sampai ke atas bahu lalu sengaja tidur menyiring ke kanan.

Jantungku rasa berdegup kencang sambil pura-pura tertidur menunggu jika benar Asyraf memahami maksudku tadi, pasti Dia akan segera masuk ke dalam bilik tidurku.

Aku tunggu punya tunggu, tapi Asyraf masih tidak masuk-masuk pun ke dalam bilik tidurku. Aku berasa mungkin Asyraf tak memahami maksud tersiratku tadi kepadanya, jadi maka itulah Dia tidak masuk sehinggalah Aku betul-betul terlelap sendiri tanpa sedar.

Tidak lama selepas Aku sudah terlelap, tiba-tiba Asyraf membuka perlahan-lahan pintu bilikku & melihatku sudah terlena tidur kerana menunggu Dia.

Asyraf tersenyum senang melihatku yang sudah tidur nyenyak dengan keadaan lampu meja disebelah katilku yang masih lagi terang menyala memancarkan cahayanya ke arah Aku yang sedang tidur nyenyak.

Perlahan-lahan Asyraf mendekati katilku lalu duduk menatapi dalam wajahku yang sudah dibuai mimpi tanpa sedar. Asyraf sengaja menahan diri supaya tidak masuk cepat ke dalam bilikku kerana risau jika Aku masih belum bersedia.

Rambutku yang terurai dibelai lembut oleh Asyraf sambil Dia duduk tersenyum melihatku ditepi katil ku.

Tiba-tiba Aku berasa seperti dahiku sedang dibelai-belai lembut ketika Aku dalam tidur, nyaman Aku rasakan .. kemudian perlahan-lahan Aku membuka sedikit mataku & melihat seperti ada wajah Asyraf tepat berada di hadapan wajahku dengan senyuman terukir di bibirnya.

Aku yang dalam keadaan separuh sedar itu juga tersenyum melihat senyuman diwajah Asyraf tepat didepan mataku.

"Mawar ~ You tak tidur lagi ker ??"

Tanya Asyraf perlahan di hadapan wajahku.

Entah mengapa Aku melihat wajah Asyraf seakan-akan seperti Aku sedang melihatnya di dalam mimpi kerana Aku berada dalam keadaan separuh sedar.

Tanpa Aku sedari juga, Aku terus memegang wajah Asyraf yang agak rapat dengan wajahku dengan kedua tanganku sambil Aku tersenyum kepadanya seperti Aku sedang berada di dalam mimpi.

"Awak dah datang ker ??"

Tanyaku senang lalu menarik wajah Asyraf laju ke arah wajah Aku tanpa Aku sendiri sedari.

Tergamam Asyraf dengan tindakkan berani Aku yang tiba-tiba menarik wajahnya ke arahku lalu Aku memeluk erat kepalanya dengan kedua tanganku yang memelit belakang lehernya sambil Aku menutup mata & tersenyum.

Saat itu terus Aku membulat mata tersedar dari tidurku yang Aku rasakan seperti mimpi tadi. Aku merasakan seperti kedua tanganku sedang memeluk sesuatu yang agak berat diatasku.

Lalu perlahan-lahan Aku merenggangkan kedua tanganku untuk melihat apa benda yang Aku peluk itu.

Terkejut besar Aku saat melihat Asyraf mengangkat mukanya tepat dekat dengan wajahku saat Aku sudah melepaskan pelukkan tanganku tadi.

"Huhh !!! ASYRAF !!"

Kataku terkejut & membulat mata.

Asyraf mengukirkan senyuman kepadaku lalu meletakkan kedua tangannya di kedua-dua sisiku menahan agar dirinya di atasku.

"Why ?? Are you miss me Sayang ??"
"You tentu rindu kat I  kan sampai termimpi-mimpikan I .."

Kata Asyraf sengaja mengusikku sambil tersenyum menatap tepat ke mataku dari atas.

Jantungku berdetak kencang  & wajahku mulai merasa kepanasan dengan pandangan matanya.

"Kenapa muka You memerah macam nie ??"
"You dah tak sabar ker tunggu I ??"

Ucap Asyraf sengaja  membelai lembut wajahku yang mulai merona merah sambil tersenyum lebar.

Aku hanya terdiam kaku tidak berkata apa namun jantungku makin berdegup kencang lagi-lagi bila Asyraf mulai membelai lembut wajahku.

Asyraf perlahan-lahan membelai lembut wajahku kemudian jarinya turun bermain di bibir merahku pula sambil matanya terus menatap ke dalam mataku.

Nafasku mulai terasa berat dengan belaian tangannya di wajahku. Perlahan-lahan Aku melihat Asyraf makin turun & mendekati wajahku dengan penuh perasaan.

"Asyraf stop it !! Dah lah Saya nak tidur .. besok Saya nak kena pergi kerja .."

Balasku lalu terus memusingkan kepalaku ke kanan.

Niat Asyraf terus terpotong saat Aku tiba-tiba memusingkan kepalaku ketika wajahnya makin mendekati wajahku.

Hampir sahaja Asyraf berjaya mengucupku tadi. Aku terus menolak badannya di atasku supaya Dia beralih dari atas tubuhku.

Aku terus menarik tinggi selimutku hingga ke atas bahu menutup seluruh badanku lalu Aku menyiring ke tengah katil kerana Asyraf masih lagi duduk di tepi katilku.

Asyraf melepaskan nafas berat sambil duduk menenungku semula yang sedang membelakangkan Dia di tepi katil.

"Mawar ~ malam nie I boleh tidur sini ??"

Tanya Asyraf tiba-tiba meminta izin.

Aku hanya menganggukkan kepalaku & berpura-pura memejamkan mata rapat-rapat.

Tersenyum Asyraf mendengarkan jawapanku. Dia terus bangun dari duduknya di tepi katil lalu naik ke atas katil & berbaring disampingku.

Asyraf berbaring mengiring ke tengah katil juga & melihat wajahku yang sengaja berpura-pura menutup mata tadi. Tersenyum Asyraf melihat Aku berusaha memaksa diri untuk tidur.

Aku kemudiannya membuka mata & sekali lagi terkejut kelihat wajah Asyraf yang sudah naik di atas katil & menyiring menatapku dengan senyuman.

Aku sengaja menjeling mata ke arahnya lalu menukar posisi tidurku mengiring ke arah tepi katil pula kerana tidak mahu tidur sambil melihatnya.

"Mawar ~ You dah nak tidur ker ??"

Tegur Asyraf dari belakang & Aku dapat merasai seperti Dia sengaja mendekatkan dirinya kepadaku dari belakang.

Aku kemudian terus bangun semula dari baringku lalu menyusun beberapa buah bantal di tengah-tengah antara kami berdua.

"You buat apa nie Mawar ??"

Tanya Asyraf hairan melihatku bangun & menyusun beberapa baris bantal di tengah-tengah katil.

"BENTENG !!"

"Don't you ever try to cross this border kalau Awak nak tidur kat sini malam nie okey & please stop kacau Saya .. Saya dah mengantuk sangat nie ~ okey Mr Asyraf .."

Kataku memberi peringatan keras kepada Asyraf.

Terkedu Asyraf dengan syaratku. Aku malas mahu mempedulikan Dia lagi lalu Aku terus berbaring semula menarik selimutku tinggi hingga ke atas bahu.

Tidak lama kemudian, Asyraf berbaring semula di sebelahku & akur dengan arahanku tadi. Aku terus tidur berbaring menyiring ke sebelah kanan membelakangkan Asyraf, sementara Asyraf juga ikut berbaring mengiring ke kanan ke arah belakangku sambil tersenyum.

.........................................................................

DI KAMPUNG ~~

Kelam-kabut Fizah membawa keluar peti kecemasan daripada ruang tempat simpanan di ruang tamu ketika melihat Danish pulang ke rumah dengan keadaan wajahnya yang penuh lebam & luka.

"Abang ~ macam mana boleh jadi macam nie ?? Abang dari mana tadi ??"

Tanya Fizah cemas sambil cepat-cepat membuka peti kecemasan yang baru Dia ambil tadi.

Begitu juga Puan Roslinda yang kelam-kabut membawakan air bersih dari dapur untuk membersihkan lupa diwajah Danish.

Kedua mereka sibuk membersihkan luka & meletakkan ubat sapu ke wajah Danish yang lebam terluka.

"Iya Danish .. kamu dari mana balik-balik dalam keadaan macam nie ??"

"Takut Ibu tengok keadaan kamu .. siapa yang tumbuk kamu nie ?? Cepat bagitahu Ibu !! Pengutip hutang tu ker ??"

Tanya Puan Roslinda pula sambil membersihkan luka di wajah anak lelakinya dengan perasaan risau.

Pak Idris yang sedang duduk di kerusi rodanya juga turut risau melihat keadaan wajah anaknya.

"Danish rasa ada sesuatu yang tak kenalah Ibu .."

Jawab Danish tiba-tiba.

"Apa maksud Danish ?? Ibu tak paham .."

Ujar ibunya sambil berkerut dahi tidak mengerti maksud Danish.

"Tak ada apa-apalah Ibu .."
"Fizah ~ Faiz ada pernah call tak ??"

Balas Danish.

Danish tidak mahu memberitahu hal sebenar tentang kejadian Dia bertumbuk dengan lelaki pengutip hutang di pekan tadi kerana tidak mahu membuat kedua orang tuanya risau tentang Esya.

"Last Along call masa yang mula-mula Dia sampai & kerja kat KL .. itu jer "
"Kenapa Abang tanya ??"

Tanya Fizah ingin tahu.

"Takde apa .. Abang sajer jer tanya .."

Jawab Danish singkat.

Hal itu lagi menimbulkan seribu pertanyaan kepada kedua orang tua Danish & isterinya.

"Danish bagitahu kat Ibu Nak .. kenapa tiba-tiba kamu balik macam nie .."

"Apa yang jadi kat pekan tadi ?? Orang-orang pengutip hutang tu datang lagi ker ??"

Tanya Puan Roslinda risau sekali lagi.

"Ayah dengan Ibu jangan risau yer .. semuanya Danish dah uruskan .."

"Lepas nie mereka tak akan berani lagi datang ganggu kita .."

Jawab Danish cuba menenangkan kedua orang tuanya agar berhenti merisaukannya.

"Betul ker Danish ??"
"Tapi kenapa tiba-tiba pulak ?? Macam mana Danish uruskan ??"

Ujar Pak Idris pula. Dia berasa hairan mengapa tiba-tiba pula orang-orang pengutip hutang itu tak akan datang mengganggu mereka lagi.

"Ayah jangan risau .. semua Danish dah urus kan .."

Jawab Danish sekali lagi cuba menenangkan kedua orang tuanya.

Mereka bertiga hanya akur & mendengarkan sahaja apa yang dikatakan Danish kerana mereka yakin dengan kata-kata Danish.

Selesai membersihkan lupa di wajah Danish , Dia masuk semula ke bilik tidurnya & tidak lama kemudian Fizah pula masuk ke dalam kerana Dia tahu pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh suaminya sehingga Dia tidak dapat mengatakannya tadi kerana ada kedua orang tuanya.

"Abang ~ Ayang tahu yang Abang ada sesuatu yang disembunyikan tadi .."

"Cakaplah Bang ~ kenapa tiba-tiba Abang tanya pasal Along ?? Ada apa dengan Along ??"

Tanya Fizah cemas kerana Dia risau jika ada sesuatu yang terjadi dengan suami atau abangnya.

Danish terus meluru kearah Fizah lalu memegang erat tangan isterinya.

"Ayang tolong Abang call kan Faiz sekarang boleh ??"
"Abang ada benda nak tanya pada Dia .."

Pinta Danish sambil memegang erat tangan isterinya.

Berkerut hairan Fizah dengan tingkah suaminya yang kelihatan sangat terdesak & penuh kerisauan di wajahnya.

Fizah segera menghubungi Faiz seperti yang diminta oleh suaminya berkali-kali sehinggalah Faiz akhirnya menjawab juga panggilannya.

"Hello Along ~ apasal susah sangat nak angkat phone !!"

Bebel Fizah geram saat Faiz akhirnya menyambut juga panggilannya setelah berkali-kali Dia cuba hubungi.

"Along dah agak dah .. tak sah kalau Fizah tak membebel dulu kan .."
"Nie apasal call Along nie ?? Rindu Along laa tu .."

Usik Faiz sengaja saat mendengar bebelan Fizah.

"Eshh takde kerja lah  nak rindu kat Along .."

"Nie hah suami Fizah yang handsome dari Along nie nak bercakap dengan Along ~"

Jawab Fizah sengaja membalas usikkan Faiz lalu Dia segera menghulurkan telefon bimbitnya kepada Danish pula.

"Hello Bro Assalammualikum .. Kau apa khabar ??"

Tanya Danish saat berbicara dengan Faiz dalam talian.

"Waalaikumsalam Bro .. kenapa Kau nak bercakap dengan Aku ?? Rindu Aku lahh tu .."

Jawab Faiz sengaja mengusik lagi.

"Takde apalah Bro .. Aku cuma nak tanya Kau sesuatu .."
"Selama Kau kat KL tu, Kau ada pernah terjumpa dengan Esya tak ??"

Tanya Danish terus-terang tanpa berkias.

Danish cuma berharap agar Faiz sudah pernah menemui Esya & Dia dapat tahu bagaimana dengan keadaan adik perempuannya sekarang di sana.

"Ya Tuhan ~ sorry Bro Aku betul-betul lupa nak bagitahu Kau tentang benda nie gara-gara Aku terlalu teruja haritu .."

"Sebenarnya Aku ada berita gembira nak bagitahu kat Kau nie .. Aku sebenarnya dah jumpa dengan Esya kat sini & Dia makin kelihatan cantik sangat .. tapi macam biasalah, perangai Dia masih tak berubah macam dulu .. HAHAHAAA ~~"

Jelas Faiz teruja menceritakan tentang pertemuan pertamanya waktu mula-mula bertemu dengan Esya di sana.

Bertapa leganya rasa hati Danish saat Faiz menceritakan tentang pertemuannya dengan Esya. Terasa beban & perasaan risaunya menjadi sangat ringan setelah mengetahui Esya dalam keadaan baik.

"Syukur Alhamdullilah Kau akhirnya dapat jumpa dengan Esya kat sana .."

"Hurmm ~ Esya baik-baik jer kan kat sana ?? Takde apa-apa yang terjadi pada Dia kan ??"

Tanya Danish bertalu-talu kerana sangat berasa risau dengan keadaan Esya.

"Esya baik-baik jer kat sini Bro .."

"Kau nak tahu 1 kejutan tak ?? Sebenarnya Esya pun kerja kat tempat yang sama dengan Aku kat syarikat nie .. terkejut Aku bila jumpa dengan Dia mula-mula haritu .."

Jelas Faiz sekali lagi memberikan berita kejutan buat Danish.

Hati Danish jadi lagi makin lega & gembira saat mengetahui berita kejutan Faiz itu kerana Dia yakin bahawa Esya sekarang berada dalam keadaan baik & tidak ditemukan oleh orang-orang pengutip hutang itu untuk menjadikan Dia sebagai bayaran buat menyelesaikan hutang mereka.

"Betul ker Bro ?? Hufttt ~~ leganya rasa hati Aku sekarang dengar berita nie dari Kau .."

"Aku harap Kau boleh tolong jaga & tengok-tengokkan Esya untuk Aku .."

Pinta Danish dengan penuh harapan kepada Faiz untuk dapat melindungi Esya.

"Kau janganlah risau Bro .."

"Aku akan sentiasa menjaga & melindungi Esya dengan sepenuh hati Aku .."

"Nanti lagi lah kita berborak Bro .. Aku ada kerja banyak lagi nak kena buat nie .."

Ucap Faiz lalu menamatkan panggilan mereka.

Danish akhirnya sudah dapat melepaskan nafas lega setelah mendengarkan berita gembira daripada Faiz tadi.

Namun tidak tahu mengapa, hatinya masih berasa tidak senang dengan kata-kata pengutip hutang tadi yang mengatakan bahawa semua hutang mereka sebanyak sekitar RM 200K itu sudah selesai dibayar dalam waktu yang singkat.

Buntu Danish memikirkan bagaimana mungkin hal itu boleh terjadi melainkan ada sesuatu yang berlaku dimana Dia sendiri tidak tahu apakah itu.

"Macam mana Bang ?? Apa yang Along cakap tadi ??"
"Betul ker Ayang dengar yang Along dah jumpa dengan Esya ??"

Tanya Fizah ingin kepastian dari apa yang Dia dengar-dengarkan tadi.

Danish hanya mengangguk dengan senyuman senang dibibirnya menjawab pertanyaan isterinya itu.

Fizah juga turun berasa senang & bersyukur kerana akhirnya doa-doa mereka dimakmulkan untuk Faiz dapat menemui Esya kembali dengan keadaan yang baik semula.

"Ayang punya tarikh pemindahan tu lama lagi ker ??"

Tanya Danish tiba-tiba.

Jika diikutkan hati & perasaan Danish, sekarang ini juga Dia mahu segera berpindah ke Selangor agar Dia dapat melihat bagaimana keadaan Esya sendiri.

"Lagi 2 minggu Bang .."
"Kenapa Abang tanya ?? Abang tak sabar nak pindah dah ker ?"

Tanya Fizah sengaja mengusik suaminya.

"Takde lah .. Abang cuma tak sabar nak jumpa Esya jugak macam Faiz .. itu jer ~"

Balas Danish sengaja membuat alasan.

Danish juga tidak mahu memberitahukan tentang hal ini walau kepada isterinya sendiri kerana tidak mahu Fizah juga turut berasa risau.

Fizah jalan menghampiri Danish lalu menggenggam erat tangan suaminya dengan senyuman di wajah.

"Abang jangan risau okey ~ semuanya akan baik-baik sahaja ~"

Balas Fizah sambil memegang erat tangan Danish & Dia melentokkan kepalanya pada dada bidang Danish dengan manja.

"Iyaa ~ Abang yakin semuanya akan baik-baik sahaja .."
"Terima sebab selalu ada di samping Abang ~"

Ucap Danish sambil memeluk erat isterinya di dalam dakapan.

.........................................................................

Hari ini adalah hari minggu jadi Aku tidak keluar bekerja. Sejak dari awal pagi tadi lagi Asyraf sudah keluar untuk ke tempat kerjanya kerana katanya Dia ada kerja yang harus Dia selesaikan dengan segera juga hari ini.

Jadi Aku bercadang untuk keluar membeli barang dapur di Pasaraya Tesco sahaja hari ini kerana banyak barang-barang di dapur yang sudah hampir kehabisan stok.

Memandangkan Asyraf takde hari nie, jadi Aku pergi sendiri dengan menaiki GRAB Car sahaja selepas memberitahu kepada Asyraf Aku hendak keluar kemana. Bila sampai di Tesco, Aku terus mencari barangan dapur seperti yang sudah Aku senaraikan daripada rumah tadi.

Habis sahaja berbelanja, tiba-tiba Asyraf menghubungi Aku & mengatakan bahawa Dia sudah berada berhampiran pasaraya Tesco untuk datang menjemputku pulang bersama.

Ketika Aku sedang menunggu kereta Asyraf tiba di pintu keluar dari Tesco, tiba-tiba Aku disapa oleh seseorang.

"ESYAA ??"

Tegurnya ketika baru sahaja ingin masuk ke dalam.

"Ehh Abang Faiz !!"

Balasku terkejut melihat tiba-tiba Abang Faiz menegurku.

Walaupun kami berdua berkerja di dalam satu syarikat yang sama, namun kami berdua agak jarang bertemu kerana bekerja dalam jabatan & aras tempat yang berlainan.

"Esya buat apa sorang-sorang kat sini ?? Dah nak balik dah ker ??"

Tanya Abang Faiz ketika melihat barang belianku yang hampir penuh satu troli.

"Aah Bang ~ Esya baru jer nak balik lepas beli barang dapur .."
"Abang pun datang nak beli barang ker ??"

Ujarku membalas pertanyaan Abang Faiz.

Tersenyum Abang Faiz kepadaku lalu Dia datang menghampiri. Aku jadi makin gelisah kerana risau jika Asyraf yang sedang dalam perjalanan mahu datang mengambilku akan melihat Abang Faiz di sini.

"Laa ~ Abang baru jer nak masuk dalam cari barang .."
"Esya buat apa sini ?? Kenapa tak masuk dalam ??"

Tanya Abang Faiz sekali lagi.

"Owhh ~ kalau macam tu Abang masuk lah dulu pergi cari barang apa Abang nak cari .."
"Esya tengah tunggu GRAB .. tak lama lagi Dia sampai .. HEHEHEHEE ~~~"

Balasku berharap agar Abang Faiz segera beredar dari situ sebelum kereta Asyraf datang.

"Kalau macam tu biar Abang teman Esya sampai GRAB Car Esya sampai ~"

"Waw ~ boleh tahan jugak barang-barang dapur yang Esya beli .."

"Esya nak buat kenduri ker beli barang banyak-banyak ??"

Tegur Abang Faiz yang hairan melihat baranganku banyak di dalam troli.

"Hehehe ~~ mana ada kenduri .."

"Esya memang suka beli barang banyak-banyak siap untuk buat stok sebab Esya malas nak keluar beli barang lagi berulang-kali .."

"Abang masuk jer lah kat dalam dulu .. tak lama lagi GRAB Esya dah nak sampai .. Abang janganlah risau ~"

Kataku sambil tersengeh-sengeh & betul-betul berharap agar Abang Faiz segera masuk ke dalam sebelum kereta Asyraf datang.

"Iyer ker ?? Owhh ~ hampir Abang lupa nak bagitahu Esya .."

"Kelmarin Danish ada call Abang & tanyakan keadaan Esya pada Abang .."

Kata Abang Faiz tiba-tiba membuka cerita.

Aku terus jadi teruja mahu mendengarkan ceritanya tentang Abang Danish sehingga Aku terlupa tentang Asyraf yang tak lama lagi akan sampai menjemputku.

"Huh !!! Iyer ker Bang ??"
"Apa yang Abang Danish bagitahu ? Dia sihat ?? Ibu dengan Ayah macam mana ??"

Tanyaku teruja mahu mendengarkan cerita Abang Faiz itu.

"Wow wow ~~ rilex laa Esya, nie Abang nak bagitahulah nie .."

"Danish tiba-tiba suruh Fizah call Abang semata-mata nak tahu yang Abang dah jumpa dengan Esya ker belum ..

"Happy Danish bila tahu yang Esya dah jumpa Abang & sihat-sihat jer .. Danish suruh Abang tolong jagakan Esya untuk Dia .. sebab tu Abang kat sini jagakan Esya .. hehehe ~~"

Jelas Abang Faiz lalu sengaja memukul-mukul manja lenganku bercerita tentang Abang Danish.

Aku jadi senang & tersipu malu dengan kata-kata Abang Faiz yang sengaja mengusikku. Kami mulai berborak & bergelak ketawa bercerita tentang keluarga di kampung sehingga tak sedar tiba-tiba kereta Asyraf sudah tiba lalu meng_hon keretanya untuk mengalihkan perhatianku, namun Aku masih tidak perasan dengan kehadiran Asyaraf kerana rancak berborak dengan Abang Faiz.

"MAWAR !!!"

Panggil Asyraf tiba-tiba dari tepi jalan.

Disebabkan Aku tidak perasan Asyraf sudah datang, akhirnya Dia sendiri keluar dari keretanya untuk memanggilku sendiri.

"Asyraf ??"

Panggil ku perlahan & terkejut kerana tidak perasan Asyraf sudah sampai.

Asyraf terus datang ke arahku & Aku berasa sangat berdebar kerana masih ada Abang Faiz bersamaku di sana.

"Owhh itu ker GRAB Esya ??"

Tanya Abang Faiz sambil melihat kereta Asyraf yang di parking di tepi jalan.

Aku tidak tahu mahu berkata apa selain hanya tersengeh tidak terkata kepada Abang Faiz.

"Esya balik dulu yer .. Abang masuk lah dalam cepat !!"

Ucapku cemas kepada Abang Faiz berharap agar Dia cepat beransur pergi dari situ.

"You dah habis beli barang ??"

Tanya Asyraf pula kepadaku setibanya Dia di hadapan Aku.

Sekali lagi Aku hanya mampu tersengeh juga kepada Asyraf & mahu bergegas pulang cepat dari situ sebelum cerita lain lagi berlaku.

Dengan rasa hati yang berdebar kencang, tanpa berkata apa Aku terus cepat-cepat mengangkat beg plastik dari dalam troli ku masuk ke dalam kereta Asyraf & berharap agar Abang Faiz segera pergi dari situ.

Namun lain pula ceritanya  kerana tiba-tiba pulak Abang Faiz membantuku juga mengangkat beg plastik dari troli ku masuk ke dalam kereta Asyraf.

"Biar Abang tolong Esya sekali yer .."

Ucap Abang Faiz selamba lalu turut mengangkat beg plastik ku masuk ke dalam kereta.

Terkedu Asyraf melihat pelik kelakuan Abang Faiz  yang tiba-tiba mengangkat beg plastik di dalam troli ku masuk ke dalam keretanya.

"Terima kasih Bang ~"
"Abang pergilah dulu .. takpe Esya boleh buat .."

Kataku perlahan sambil mengambil beg plastik barangku dari Abang Faiz.

Asyraf masih lagi berdiri kehairan melihat kelakuan Abang Faiz yang melayaniku mesra seperti kami saling mengenali.

"Okeylah Esya .. Abang gerak dulu .."
"Bye ~ nanti kita jumpa lagi yer .."

Ucap Abang Faiz mesra sambil menepuk-nepuk bahuku lembut lalu pergi terus masuk ke dalam pintu masuk Pasaraya Tesco.

Aku jadi berdiri kaku tak terkata dengan Abang Faiz. Jantungku berdetak kencang takut mahu melihat wajah Asyraf yang sekarang pastinya penuh dengan tanda tanya dengan sikap Abang Faiz tadi.

Tanpa melihat ke wajah Asyraf, Aku terus masuk cepat-cepat ke dalam kereta sebelum apa-apa yang terjadi. Asyraf juga terus masuk ke dalam kereta lalu memandu jalan pergi dari situ.

Di dalam kereta kami tidak bersuara & masing-masing hanya diam membisu. Aku tahu Asyraf pasti menungguku untuk mulai menjelaskan siapa lelaki tadi, tapi Aku berasa takut untuk menjelaskannya.

"Siapa tadi tu ??"

Tanya Asyraf tiba-tiba.

Terkelu lidah Aku untuk menjelaskannya.

"Huh !! Tadi tu cuma kawan tempat kerja Saya .. kebetulan jer Saya terserempak dengan Dia tadi .."

Jawabku agak sedikit gugup.

Asyraf masih lagi fokus dengan pemanduannya & hanya melihat kehadapan.

"Owhh iyer ker ~"
"Cepat jugak You mesra dengan orang office You .."

Kata Asyraf agak dingin nadanya & masih fokus pada pemanduannya.

Aku terus termati kata tidak tahu mahu menjawab apa lagi. Aku hanya mampu tersengeh kelat dengan kata-kata Asyraf yang entah memuji atau memerli Aku sebenarnya.

Sampai sahaja di apartment kami, Asyraf membantu Aku mengangkat barangan dapur yang Aku beli tadi naik ke rumah.

Bila sampai sahaja di rumah, Asyraf meletakkan beg plastik barang itu di dapur kemudian tanpa sebarang kata Dia terus masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu rapat.

Aku rasa bersalah dengan Asyraf kerana tidak mampu lagi untuk berterus-terang kepada orang lain terutama Abang Faiz tentang status kami berdua sebenarnya.

Aku berfikir bagaimana reaksi mereka nanti jika misalnya mereka mengetahui bahawa Aku sudah bernikah secara tiba-tiba dengan Asyraf tanpa sebarang alasan yang kukuh. Apa kata mereka nanti. Aku tidak mahu membuat keluargaku risau denganku, tapi sampai bila Aku nak lari dari kenyataan ini. Buntu Aku jadinya.

Tidak lama kemudian tiba-tiba Asyraf keluar semula dari dalam biliknya.

"I nak keluar dulu .."

Kata Asyraf singkat setelah keluar dari biliknya dengan pakaian yang lain berbanding tadi.

"Huh !! Awak nak pergi mana ??"

Tanya Aku hairan kerana Asyraf baru sahaja balik dari kerja & sekarang tiba-tiba Dia mahu berangkat keluar lagi.

"Malam nie I mungkin balik lambat, jadi You makanlah dulu sendiri .."

Katanya tanpa menjawab pertanyaanku tadi.

Asyraf langsung tidak memandang ke arahku. Dia cuba terus memakai topi hitamnya lalu keluar dari rumah setelah menukar pakaiannya dengan memakai seluar pendek hitam, t-shirt berwarna kelabu & bertopi hitam.

Hairan Aku dengan penampilannya yang kelihatan santai begitu, mustahil Dia mahu ke tempat kerjanya begitu.

"Asyraf Awak tak ........"

Belum sempat kata-kataku habis, Asyraf terus keluar & menutup pintu rapat cepat-cepat.

Aku berasa tidak senang dengan ini. Pasti Asyraf sengaja berbuat begitu denganku. Waktu sudah menunjukkan pukul 11 malam & Iyaa seperti yang Asyraf bagitahu tadi Dia memang akan balik lewat malam nie.

Berulang kali juga Aku cuba menghubungi Asyraf namun Dia tetap tidak menjawab panggilannya. Sudah penat menunggunya di ruang tamu untuk pulang, Aku terus masuk ke bilikku sambung menunggunya pula di dalam bilik kerana sejak kebelakangan ini kami sudah mulai tidur bersama di dalam bilik tidurku.

Aku terus menunggu Asyraf di dalam bilik tidurku sehinggalah Aku terlelap sendiri tanpa sedar sehingga pagi.

Bila Aku bangun dari tidurku, Aku melihat Asyraf tidak ada berbaring di sebelahku. Aku terus bangun & bergegas ke bilik tidur Asyraf pula untuk mencarinya, ternyata Asyraf sudah pulang entah bila & sedang tertidur diatas katilnya.

Aku melepas nafas berat selepas melihat Asyraf yang sudah pulang & kembali tidur semula ke bilik tidurnya. Aku tidak tahu mengapa Dia tiba-tiba bersikap begitu denganku.

Bila waktu di dalam kereta semasa berangkat ke tempat kerja pun, Asyraf tetap tidak berbicara denganku & Dia hanya diam membisu memandu kereta ke arah tempat kerjaku.

"Asyraf ~ Awak okey ker ??"

Tanyaku memecah kesunyian di dalam kereta.

"Hmmm ~~ okey jer !!"

Jawab Asyraf dingin & singkat sambil masih fokus pada pemanduannya.

"Hurmmm Asyraf ~ Awak marah dengan Saya ker ??"

Tanyaku sekali lagi sambil melihatnya sedang fokus memandu di sebelahku.

Seketika Asyraf tidak menjawab pertanyaanku & hanya fokus memandu keretanya, namun tidak lama kemudian baru Dia menjawab.

"No !! Buat apa I nak marah You .."

Balas Asyraf singkat.

Dari cara Dia menjawab begitu jelas Asyraf memang lagi marah denganku mungkin disebabkan hal semalam. Aku menjadi resah tidak senang duduk dengan keadaan ini.

"Balik nanti maybe I tak sempat nak pick up You .. jadi You balik lah dulu sendiri .."

Ucap Asyraf ketika keretanya sudah berhenti di tepi jalan nak masuk ke bangunan pejabatku.

Aku mengiyakan sahaja apa yang dikatakan Asyraf & segera keluar dari dalam keretanya. Buntu Aku memikirkan bagaimana cara untuk menghiburnya kembali.

Seharian Aku kerja asyik sahaja memikirkan tentang sikap pelik Asyraf itu. Aku harus memikirkan cara untuk memujuknya kembali agar tidak merajuk lagi.

Petang itu selepas pulang kerja, Aku terus menuju ke pasaraya Hypermarket membeli bahan untuk makan malam yang istimewa buat Asyraf supaya dapat memujuknya kembali.

Selepas membeli bahan untuk memasak, Aku terus segera mencari barangan untuk dibuat sedikit deko hiasan bagi memberi kejutan istimewa buat Asyraf. Jadi Aku segera berjalan ke arah kedai barangan dekorasi untuk mencari barang dengan pantas.

Kemudian Aku masuk ke dalam kedai cafe untuk membelikan kek Versace (Coffee custard kek) buat pencuci mulut makan malam kami malam nie.

Sedang Aku sibuk mahu memesan kek di kaunter, tiba-tiba Aku terlihat seperti kelibat Asyraf yang sedang duduk berdua dengan seseorang dihadapannya. Aku kurang jelas dengan siapa orang yang sedang duduk di hadapan Asyraf kerana orang itu terhalang dengan dinding kaunter.

Jadi Aku memberanikan diri mendekati meja Asyraf untuk menyapa Dia.

"Asyraf !!!"
"Haii ~ Awak buat apa kat sini ??"

Sapa Aku saat menegur Asyraf yang sedang berbual dengan seorang lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menoleh & memandangku saat Aku datang menghampiri meja tempat mereka sedang berbual.

"MAWAR !!!"

Terkejut Asyraf sampai terberdiri Dia dari duduknya saat melihat Aku tiba-tiba muncul & datang menghampiri mereka.

Aku hanya tersenyum lalu menghampiri Asyraf. Wajah Asyraf kelihatan sangat terkejut besar melihat kedatanganku, sementara lelaki berbaju hitam yang masih sedang duduk itu pula memandang kearahku dengan penuh tanda tanya.

"You buat aaa .... appppaaa kat sini Mawar ??"

Tanya Asyraf gugup.

Pelik Aku melihat kelakuannya begitu, tidak pernah Aku melihat reaksi wajah Asyraf yang sampai gugup seperti itu melihatku.

"Takde~ Saya nak beli something tadi kat sini lepastu tiba-tiba ternampak macam Awak kat sini .. jadi Saya try lah mendekat .. tak sangka betul-betul Awak .."

Jelasku sambil tersenyum senang ke arah Asyraf.

"Owhh iyer ker ?? You dah habis beli ker something yang You nak beli tu ??"

Tanya Asyraf pula seakan-akan mahu mengalihkan Aku dari situ.

"Huh !! Owhh Saya nak pergi ambiklah nie kat kaunter .."
"Hurmmm ~ Saya kacau Awak ker ??"

Tanyaku rasa tidak enak tiba-tiba mengganggu Asyraf bersama temannya sedang berborak.

Lelaki itu segera bangun dari duduknya untuk segera memperkenalkan dirinya pula.

"Hai nama Saya Azuwan .. Saya adalah ......."

Kata lelaki itu memperkenalkan diri & cuba menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aku.

Namun belum sempat lelaki mahu menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku, lebih laju lagi Asyraf memotong kata-kata lelaki itu & menurunkan kembali tangan lelaki itu dari mahu bersalam denganku.

"I rasa better You pergi dari sini dulu sekarang .. nanti kita jumpa lagi .."

Pesan Asyraf kepada lelaki itu perlahan memberi isyarat agar Dia segera pergi dari situ.

"Haii ~ Saya Mawar .. maaf kalau Saya ganggu Awak berborak dengan Asyraf .."

Jawabku memperkenalkan diri juga kepada lelaki itu mesra.

"Asyraf ?? Ehh takpe .. itu takde hal laa .."
"Boleh Saya tahu Cik nie siapa ??"

Tanya lelaki itu ingin tahu Aku siapa kerana tiba-tiba datang menyapa mereka.

"Saya iss~~~" kataku.

"Dia kawan I .. we just friend !!"
"So now I rasa better kitaorang mintak diri dulu .."

Kata Asyraf tiba-tiba memotong kata-kataku.

Terkedu Aku dengan ucapan Asyraf yang tiba-tiba memperkenalkan Aku kepada rakannya sebagai kawan Dia pula  & bukan sebagai isterinya.

Asyraf terus menarik tangan Aku untuk segera keluar dari cafe itu selepas Aku mengambil pesananku di kaunter.

"Asyraf ~ tadi tu siapa ??"

Tanyaku sambil menahan tangan Asyraf dari terus menarik Aku keluar cepat-cepat dari cafe tadi.

"Takde siapa .. cuma kawan I jer .. dah jom balik !!"

Kata Asyraf lalu menarik tanganku untuk balik.

Aku hanya akur & mengikuti sahaja gerak langkah Asyraf untuk pulang bersama sehingga kami berdua sampai di rumah.

Sesampai dirumah Asyraf hanya diam lalu terus masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang kata dari tadi. Aku juga masih lagi tertanya mengapa kelakuan Asyraf begitu .. mengapa Dia memperkenalkan Aku sebagai kawannya & bukan sebagai isteri kepada rakannya tadi.

Aku berfikir adakah Asyraf masih merajuk kepada Aku gara-gara hal kelmarin sehingga Dia membalas dendam tidak mahu bercakap dengan Aku seperti itu.

Tidak senang duduk Aku dibuatnya. Aku segera menuju ke hadapan pintu bilik Asyr & terus mengetuk pintu biliknya.

KNOCK !! KNOCK !! KNOCK !!

"Asyraf !!!"

Panggilku mengetuk pintu bilik Asyraf dari luar meminta agar Dia segera membuka pintunya.

Berulang kali juga Aku mengetuk pintu biliknya & memanggil nama Asyraf di luar sehingga Aku berasa naik geram, kemudian akhirnya Dia membuka juga pintu biliknya.

"Asyraf ~ we need to talk !!"

Kataku saat Asyraf membuka pintu biliknya.

"Yeah ~ we really need to talk Mawar ~"

Balas Asyraf mahu berbicara juga denganku.

"Asyraf ~ apa masalah Awak sebenarnya huh ??"

"Awak tak nak bercakap dengan Saya gara-gara hal tempoh hari tu ker ??"

"Kalau pasal sebab kawan Saya tu, Saya  mintak maaf okey .. Saya tak berniat pun untuk nak sakitkan hati Awak .."

"Tapi kalau betul lah sebab itu, Awak pun buat benda sama jugak tadi .. Awak takut ker kalau kawan Awak tahu siapa Saya ??"

Kataku memulakan perbicaraan kami & melepaskan rasa geramku.

Asyraf mulai berasa bersalah dengan kata-kataku. Dia tahu yang Dia juga salah kerana tidak dapat memperkenalkan Esya sebagai isterinya kepada lelaki tadi iaitu lelaki yang selalu mengikutinya kerana Dia bimbang dengan Esya.

"I'm sorry Mawar ~ I bukan takut macam tu .. I cuma ~ cuma ~~"

Jelas Asyraf tidak tahu mahu memberi alasan apa lagi kepada Esya.

"Cuma apa Asyraf ??"

Tanyaku tertunggu-tunggu sebabnya.

Asyraf buntu mahu memberi alasan apa buat Esya. Dia terus mengambil tangan Esya lalu memohon maaf lagi semula.

"I mintak maaf lagi sekali Mawar .. I tak bermaksud pun nak menyinggung perasaan You .."

"But I janji !! Lepas nie I akan kenalkan You sebagai isteri I kepada kawan-kawan I bahkan I akan umumkan kepada semua orang yang Mawar Dalesya nie adalah isteri kesayangan I  satu-satunya .."

Kata Asyraf lalu mencubit manja kedua pipiku lembut sambil membuat muka cute pulak di hadapanku mahu bermanja.

Asyraf tergelak suka apabila melihat pipiku dicubit-cubit olehnya. Aku pulak rasa geram dengan kelakuannya yang tiba-tiba pulak jadi sweet .. padahal sejak kebelakangan ini Dia seperti orang yang merajuk sehingga sudah tidak mahu tidur bersama di bilikku & tidak mahu berbicara denganku lagi.

Aku dengan rasa yang geram terus memukul-mukul dada badan Asyraf yang boleh-bolehnya menganggap hal ini seperti gurauan sedangkan sudah berhari-hari Dia buat Aku rasa serba-salah dengan sikapnya yang seperti acu tak acu denganku.

Mahu berkaca mata Aku menahan rasa geram & sakit hati kerana selama beberapa hari ini Asyraf membuatku rasa bersalah. Bertalu-talu pukulan geram Aku kenakan pada Asyraf.

"Auww !!! Sakitlah !!"
"Kenapa You pukul I pulak .."

Kata Asyraf menahan rasa sakit Aku memukul-mukul dada badannya.

Aku memandang geram ke arah Asyraf dengan mata yang berkaca lalu memukul-mukul geram lagi badannya.

"Biar !! Biar Awak rasa sakit !! Eshh !!"

Geram Aku lalu memukul-mukul lagi dada badan Asyraf sampai mahu mengalir jatuh air mataku.

Asyraf terus mendakap erat badanku dalam dakapannya agar Aku berhenti memukulnya kerana Dia tahu apa sebabnya Aku seperti itu.

"Mawar ~ I'm sorry okey .."

Kata Asyraf cuma menenangkan Aku dalam dakapannya.

Rambutku Dia belai lembut manakala satu tangannya lagi membelai belakang badanku agar Aku tenang.

"I mintak maaf okey .."

"I sebenarnya cuma jealous bila tengok ada lelaki lain yang bersama dengan You & bergelak ketawa bermesra macam tu dengan You .."

Jelas Asyraf membuat pengakuannya.

Airmataku diseka lembut oleh Asyraf agar Aku berhenti menangis. Aku jadi tersentak dengan penjelasan Asyraf itu kerana bagaimana kalau Dia tahu lelaki yang Dia maksudkan itu sebenarnya adalah Abang Faiz ?? Adakah Dia akan lebih cemburu dari itu.

Aku meleraikan dakapan Asyraf & cuba menenangkan diri. Asyraf membongkokkan sedikit badannya melihat ke wajahku dengan senyuman. Aku cuba untuk tidak melihat ke arah matanya kerana berasa serba salah.

"Mawar ~ are you okey ??"

Tanya Asyraf lalu memegang daguku supaya melihat ke arahnya.

"Okey lah ~ sekarang nie I nak You pergi bersiap, kita keluar sekarang .."

Kata Asyraf dengan senyumannya.

"Huh !! Kita nak pergi mana ??"

Tanyaku hairan.

"Hari nie You tak perlu masak kat rumah .. kita keluar makan sama-sama yer .. Jom !!"

Ajak Asyraf mesra.

***********

Selesai makan malam diluar bersama, Asyraf membawaku berjalan-jalan di sebuah taman rekriasi berhampiran tempat makan malam kami tadi.

Tanganku dipegang erat oleh Asyraf sambil kami berdua berjalan seiring sama di sekitar taman itu.

"Kenapa Awak bawak Saya pergi sini pulak ??"

Tanyaku kepada Asyraf sambil berjalan.

"Sajer !! Sebab ini adalah taman yang menyimpan kenangan antara kita berdua .."

Jawab Asyraf sambil berjalan memegang erat tanganku.

"Kenangan kita berdua ??"

"Sejak bila pulak kita pernah buat kenangan kat sini ?? Ini kan baru pertama kali kita berdua ke sini .."

Jawabku hairan kerana setahu Aku ini baru pertama kali kami berdua ke taman itu bersama.

Asyraf tergelak kecil dengan kata-kata & wajah hairanku.

"Are you sure Mawar ??"

Tanya Asyraf lalu tersenyum senget melihatku.

"Yeah !! I'm sure .."

Jawabku dengan penuh yakin.

"Kalau macam tu, ini pertama kali jugak ker You datang ke taman nie ??"

Tanya Asyraf menghentikan langkahku.

" Iyer Saya memang dulu selalu datang jalan-jalan kat sini .. tapi itukan lain ~ sebab Saya tak pernah pun datang sini dengan Awak sebelum nie ..jadi mana mungkin tempat nie jadi tempat kenangan kita berdua pula .. Hahaha ~~"

Jawabku tergelak kecil dengan Asyraf.

Asyraf tersenyum kecil lalu menunjukkan Aku ke arah sebuah bangku yang terletak di tepi tasik buatan yang kecil di taman itu.

"You tentu suka duduk kat bangku tu kan kalau tiap kali You datang ke sini .."

Kata Asyraf sambil menuding jari ke arah sebuah bangku tempat Aku selalu duduk ketika setiap kali datang ke taman itu.

Aku menjadi terkejut & hairan bagaimana Asyraf boleh meneka hal itu dengan tepat.

"Apasal pulak kat bangku tu ??"
"Mana Awak tahu ??"

Tanyaku agak kehairanan.

Asyraf tersenyum kecil lalu memegang kedua tanganku & berdiri di hadapan Aku.

"Mawar ~ sebenarnya tempat nie adalah tempat yang bermakna buat I  sebab inilah satu-satunya tempat yang I selalu dapat tengok You .."

"You nak tahu satu rahsia tak ??"

"Dulu masa mula-mula kita berjumpa lepas I kena ditumbuk dengan orang yang ambik duit I tu .. I selalu ternampak You akan selalu duduk kat bangku tu dalam 30 minit macam tu sebelum You masuk kerja kedua You kat 7-Eleven .."

"Sejak waktu tu I akan selalu datang ke taman nie untuk perhatikan You dari sini sampailah You bergerak ke tempat kerja You kat 7-Eleven tu .."

"Kemudian kadang-kadang I akan perhatikan You bekerja seorang diri dari jauh semasa You bekerja dalam 7-Eleven sampai kawan sekerja You sampai, barulah I balik .."

Jelas Asyraf tiba-tiba memberitahu tentang dirinya dahulu.

Aku terkedu & terdiam kaku mendengar pengakuan Asyraf itu kerana Aku betul-betul sangat terkejut mengetahui bahawa selama ini Dia sudah lama memerhatikan ku dalam diam dari jauh.

"WHAT !!!"
"Tapi kenapa Asyraf ??"
"Kenapa Awak buat macam tu ?? Apa tujuan Awak ??"

Tanyaku sangat terkejut & ingin tahu sebabnya.

"Entah ~ mula-mula tu I takde niat atau sebab nak perhatikan You .. tapi lepas You belanja I air & pelekat luka kat 7-Eleven tu, I rasa bersalah dengan You sebab dah layan You dengan buruk walaupun You cuba tolong I .."

"Suatu hari I ternampak You tengah duduk termenung kat bangku tu, I cuba nak tegur tapi I nampak You macam nak bersendirian .. bila I lalu lagi kat taman nie dalam waktu yang sama pada hari-hari yang lainnya, I still nampak You akan duduk menyendiri kat bangku tu, kadang I nampak You tersenyum sendiri, bercakap sendiri bahkan menangis sendiri pun ada .. jadi sejak dari tulah  I akan perhatikan You dari tempat kita tengah berdiri nie sehinggalah You beransur pergi .."

"Itulah sebabnya I cakap yang tempat nie dah menyimpan banyak kenangan buat kita berdua .."

Jelas Asyraf menceritakan tentang sebab mengapa Dia menganggap taman itu adalah tempat yang menyimpan banyak kenangan kami berdua.

Aku masih lagi terkedu dengan semua penjelasan Asyraf itu. Aku tidak pernah menyangka bahawa Asyraf telah memerhatikan segala yang Aku lakukan bila tiap kali berada di taman ini.

Dulu Aku memang suka pergi ke taman ini untuk bersendirian bila Aku teringatkan pada nasib diri & keluargaku di kampung. Tempat ini bagi Aku sangat tenang kerana Aku dapat melihat air tasik kecil yang tenang di situ bersama sebuah jambatan kecil yang dibuat diatas tasik tersebut.

Aku juga memang sering menghabiskan masa walaupun cuma seketika di bangku hadapan tasik itu agar Aku boleh mendapatkan kekuatan untuk jalani hidup Aku sendirian di bandar besar ini.

"Kenapa You suka ke tempat nie  Mawar ??"

Tanya Asyraf ingin tahu sejak dari awal lagi Dia melihatku.

Aku menudingkan jari ke arah jambatan kecil diatas tasik kecil itu kepadanya.

"Sebab Saya suka tengok jembatan kecil yang ada atas tasik tu .."
"Saya rasa tenang bila tengok jambatan tu .."

Jawabku memberitahu sebabnya.

"You pernah pergi naik kat atas jambatan tu ??"

Tanya Asyraf lagi sekali.

"Tak !! Saya tak pernah lagi pergi naik .. Saya cuma tengok dari sini jer .."

Jawabku.

"Kenapa You tak pergi naik ?? You takut ker ??"

Tanya Asyraf lagi.

Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda mengiyakan pertanyaan Asyraf. Tergelak kecil Aysraf dengan jawapanku, Aku sendiri tidak mengerti apa yang kelakar sangat dengan jawapanku.

"Nanti kita pergi naik sama-sama yer Sayang .."

Kata Asyraf sambil membelai lembut rambutku.

Terkedu Aku dengan panggilan Asyraf memanggil Aku dengan gelaran Sayang tiba-tiba sambil membelai lembut atas rambutku. Aku hanya berdiri kaku dengan perbuatan Asyraf.

"Kenapa You diam ??"
"You tak suka ker I panggil You Sayang macam tu ??"

Tanya Asyraf sambil menundukkan sedikit badannya & memandangku dekat. Aku terdiam kaku melihat wajahnya dekat denganku.

"Hehee takde lah ~  cuma kenapa tiba-tiba pulak .. itu jer ~ "

Jawabku sambil tersengeh.

Sekali lagi Asyraf tergelak kecil dengan kata-kataku. Dia mengambil kedua tanganku lalu memuncungkan bibirnya tajam ke depan.

"Tak boleh ker I nak panggil isteri I Sayang ??"

"Dah nak hampir 3 bulan kita khawin, tapi sampai sekarang You asyik panggi nama I Asyraf , Asyaraf, Asyaraf ..."

"Sebenarnya I jealous bila dengar You panggil kawan You yang haritu 'Abang' , sedangkan You hanya panggil I dengan nama I jer .."

Luah Asyraf sambil memuncungkan bibirnya tajam kehadapan. Dia berasa agak kecewa kerana Aku boleh memanggil orang lain dengan gelaran yang lebih mesra berbanding dengan Dia.

"Itu ker sebabnya Awak merajuk tak nak bercakap dengan Saya selama beberapa hari nie ??"

Tanyaku ingin tahu.

Asyraf tidak menjawab tapi Dia hanya tunduk & menganggukkan kepalanya tanda memberi jawapan kepada pertanyaan ku. Aku jadi agak rasa bersalah dengan Asyraf kerana sehingga sekarang Aku masih memanggil namanya seperti orang asing.

"Asyaraf ~ Saya mintak maaf pada Awak .."

Kataku serba salah kepada Asyraf.

"Kalau You nak I maafkan You .. I nak mulai hari nie You jangan  panggil I Asyraf lagi .."

Kata Asyraf.

"Huh !! Habis tu Awak nak Saya panggil Awak apa ??"

Tanyaku pelik dengan permintaannya.

"ABANG !!"
"Mulai hari nie I nak You panggil I 'ABANG' ~"

Kata Asyraf sambil tersenyum di hadapanku.

Terkedu Aku dengan permintan Asyraf itu .. bagaimana mungkin Aku nak panggil Dia 'ABANG' secara tiba-tiba begini.  Aku  menggaru-garu belakang leherku yang tidak gatal kerana tiba-tiba berasa sungguh janggal untuk memanggil Asyraf begitu.

"Kenapa ?? You malu ker nak panggil I Abang ??"

Tanya Asyraf sengaja mahu mengusikku.

Aku hanya tersengeh tak tahu mahu berkata apa. Aku cuba membuka mulutku untuk cuba memanggilnya 'Abang', namun mulutku terasa kelu & berat untuk menyebutnya.

Tergelak Asyraf melihat mulutku yang terkelu mahu memanggilnya 'Abang' .. Asyraf tahu pasti Aku berasa janggal tiba-tiba mahu memanggilnya begitu. Asyraf memegang erat tanganku lalu kami berjalan menuju semula ke arah tempat Asyraf parking keretanya.

Aku binggung tidak tahu Asyraf mahu membawaku kemana kali ini. Aku hanya berdiam di dalam kereta menanti ke mana arah Asyraf memandu keretanya. Tidak lama kemudian, kami sampai di sebuah hotel yang rasanya seperti hotel bertaraf 3-4 bintang. Hairan Aku, mengapa pula tiba-tiba Asyraf membawaku pergi ke hotel pada waktu-waktu malam begini sedangkan sepatutnya kami sudah boleh pulang ke rumah selepas selesai makan malam tadi.

"Asyraf ~ kita nak buat apa kat sini ??"

Tanyaku hairan.

"Besok weekend, You cuti kan ??"

Ujar Asyraf sambil tersenyum melihat ke arahku. 

Aku hanya mengangguk kepala menjawab pertanyaan Asyraf itu dengan beribu persoalan di dalam kepalaku.  Asyraf pula hanya tersenyum melihat wajah kehairananku lalu Dia segera membukakan pintu kereta untukku keluar dari dalam kereta.

Selepas mengambil kunci bilik daripada lobi hotel,  Asyraf membawaku masuk ke dalam bilik hotel. Aku masuk dengan penuh rasa kehairanan kerana tidak mengerti mengapa Asyraf membawaku daftar masuk ke hotel pula malam-malam nie.

"Asyraf ~ Kenapa kita ke sini time nie ?"

Tanya Aku apabila kami sudah masuk ke dalam bilik hotel itu.

Asyraf hanya tersenyum melihatku lalu datang mendekati Aku saat Aku sedang sibuk melihat suasana bilik hotel itu yang hanya mempunyai sebuah almari bersama meja solek & cermin yang besar, sebuah katil bersaiz Queen, bilik air & dua buah sofa single.

"Sebab I miss You so much Sayang ~~"

Jawab Asyraf lalu memeluk tubuhku daripada belakang dengan erat.

Terkejut Aku dengan perbuatan Asyraf yang tiba-tiba sahaja melilit pinggangku erat & meletakkan dagunya di atas bahu kananku.

"Asyraf ~~ Awak dah kenapa nie ??"

Tanyaku gugup terkejut dengan perbuatan Asyraf.

Asyraf masih lagi memeluk badanku erat daripada belakang seperti tidak mahu melepaskanku. Jantung Aku mulai berdebar kencang, wajahku berasa panas & Aku hanya berdiri kaku dalam pelukkan eratnya. 

" Mawar ~ Maafkan I sebab buat acu tak acu dengan You sejak beberapa hari nie .. I tak berniat nak buat You macam tu .."

"I rasa rindu nak bersama dengan You Sayang ~ Malam nie I saja bawak You ke sini supaya kita boleh spend time bersama kat luar & kita boleh lupakan apa yang berlaku antara kita beberapa hari yang lalu .." 

Kata Asyraf yang masih lagi memeluk erat tubuhku dari belakang.

Aku sendiri sebenarnya yang rasa serba salah dengan Asyraf sebab masih lagi menyembunyikan tentang Abang Faiz kepada Asyraf. Aku cuba untuk mahu memberitahunya malam ini tapi Aku tidak mahu mengeruhkan suasana malam ini yang sudah dibuat oleh Asyraf.

Aku memusingkan badanku ke arah Asyraf perlahan-lahan sementara kedua tangannya masih lagi melilit erat pada pinggangku. Aku meletakkan kedua tanganku di atas dada Asyraf agar Aku berada sedikit jauh dari badannya kerana tangan Asyraf yang masih lagi memeluk bahagian pinggang dibelakangku.

"It's okey .. Saya pun nak mintak maaf pada Awak juga Asyraf !!"

Zupppp !!!!!

Terkejut besar Aku saat tiba-tiba Asyraf mengucup laju bibirku tanpa Aku sangkakan. Mataku terbeliak besar & Aku jadi terdiam kaku dengan perbuatan Asyraf tadi.

"Apa Awak buat tadi ??"

Tanyaku terkejut sambil memegang bibirku.

"You tak rasa ker apa yang I buat tadi ??"

Tanya Asyraf selamba sambil kedua tangannya masih memeluk pinggangku erat dari belakang.

Aku masih lagi tergamam kaku tidak bersuara di hadapan Asyraf lalu menggelengkan kepala tanda Aku tidak mempercayai apa yang berlaku dalam sekelip mata tadi.

Zuppppp !!!!!

Sekali lagi mataku terbeliak besar dengan tindakkan Asyraf yang tiba-tiba mengucup laju bibirku dengan selambanya sambil tersenyum senang melihat reaksi Aku yang terkejut besar.

"Kan I dah cakap dengan You tadi supaya jangan panggil I Asyraf lagi mulai hari nie .. tapi panggil I 'ABANG !!' .."

"Tapi it's okey .. if You still nak panggil I Asyraf jugak, I akan bagi hukuman kat bibir You yang merah nie macam tadi .. Hehehe ~~"

Jelas Asyraf sambil tergelak senang melihat reaksi terkejutku dengan perbuatannya.

Aku betul-betul jadi tergamam dengan kata-kata & tindakkan beraninya kali ini.

"WHAT !! Asyraf You daaaa  ... Argggh !!!!"

Belum sempat lagi Aku nak melenting, Asyraf terus laju mahu mengucup bibirku kembali seperti tadi untuk memberi hukuman pantas kerana masih lagi memanggil namanya.

Nasib Aku sempat menutup cepat bibirku dengan tapak tanganku agar Asyraf tidak melakukannya lagi. Tergelak Asyraf dengan tindakkan pantasku.

"Why ?? You takut dengan I ker Sayang .."

Tanya Asyraf sengaja mengusikku dengan senyuman sindirannya.

"No !! Buat apa Saya nak takut dengan Awak !!"

Jawabku sengaja berlagak berani di hadapan Asyraf seakan-akan tidak takut dengan ugutannya.

"Owhh really ?? Then what about if tonight will be our night Sayang ~~"

Ujar Asyraf dengan suara husky nya yang boleh membuatku jadi tergoda mendengarnya.

Asyraf menatap tepat ke arah kedua mataku lalu kedua tangannya naik memegang kedua sisi kepalaku & mendekatkan dahinya ke arah dahiku agar menjadi sangat rapat.

Jantungku makin berdebar kencang kerana belaian lembut tangan Asyraf pada leher & wajahku makin membuatkan Aku jadi semakin terbuai.

Adakah benar Aku sudah bersedia untuk memberikan hati & perasaanku kepada Asyraf seperti layaknya seorang isteri kepadanya malam ini.

Aku merasa sudah tiba masanya untuk Aku membukakan pintu hatiku untuk Asyraf kerana entah mengapa sejak Dia mulai tidak terlalu memperdulikan Aku sejak beberapa hari ini, Aku berasa hidup Aku seperti kosong & Aku berasa sangat merindui dirinya yang dulu.

Malam ini entah mengapa juga Aku merasakan seperti Aku sudah mendapatkan Asyraf yang Aku kenali dulu bahkan ianya lebih dari dulu lagi kerana baru Aku tahu bertapa besarnya rasa cinta Asyraf kepadaku sejak dari sebelum kami dinikahkan lagi.

Hatiku berasa sangat senang gembira dengan segala pengakuan Asyraf padaku hari ini. Aku jadi sangat terharu sehingga mahu memeluknya erat dalam dakapanku.

Aku menutup kedua mataku lalu terus mendakap erat tubuh Asyraf melepaskan rasa rinduku padanya yang selama beberapa hari ini Aku pendamkan.

"Mawar ~ Sayang ~"
"You okey ker nie ??"

Tanya Asyraf yang terkejut pula dengan reaksiku yang tiba-tiba memeluk erat tubuhnya.

Aku meleraikan pelukkan ku pada Asyraf sambil kedua tanganku masih lagi memegang dada bidangnya & menatap ke mata Asyraf dengan senyuman.

"Yeah ~ Saya okey .."
"I miss You Asyraf ~~ I really miss You .."

Ucapku sambil tersenyum menatap ke mata Asyraf.

Asyraf tersenyum senang dengan ucapanku lalu Dia kembali memeluk ku erat serta Dia mengucup lembut ke atas dahiku..

"I love You Mawar ~~"

Ucap Asyraf senang lalu mengucup atas dahiku.

"I love You too Asyraf ~~"

Ucapku kembali sambil menikmati kucupan hangat Asyraf di dahiku.

Asyraf membelai lembut wajahku & perlahan-lahan Dia mendekatkan wajahnya ke arahku sehingga kedua bibir kami berdua saling bertaut. Dia mulai mengucup lembut bibirku sehingga mata kami berdua saling tertutup rapat.

Malam ini akan menjadi malam yang bersejarah & indah buat kami berdua. Hubungan kami kini melangkah lebih lagi ke hadapan setelah Aku sudah bersedia memberikan seluruh jiwa & hatiku buat Asyraf iaitu suamiku.

*************

Keesokkan harinya ~

Aku membuka mataku & merasakan seperti masih berada di dalam dakapan seseorang. Aku bangun & menyedari bahawa Aku masih lagi berada di atas dada bidang Asyraf yang tidak berbaju sambil sebelah tangannya masih mendakap diriku dalam tidur.

Aku mengangkat kepalaku dari atas dada bidang Asyraf & Aku melihat wajah Asyraf yang masih lagi terlelap tidur. Aku tersenyum senang melihat wajah suamiku yang masih lagi tidur seperti bayi di hadapanku.

Perlahan-lahan Aku bermain-main dengan jariku di atas dada bidang Asyraf yang tidak berbaju supaya Dia berasa geli & segera bangun dari tidurnya, namun tetap Dia degil tidak mahu bangun juga dari tidurnya.

Aku cuba untuk bangun dari atas dada nya, namun tangan Asyraf pantas lagi menarikku kembali ke dalam dakapannya tanpa Dia membuka mata.

"Good morning ~~"

Ucapku manja di dalam pelukkan Asyraf agar Dia segera bangun, namun tetap Asyraf berdegil tidak mahu membuka mata melainkan hanya tersenyum dalam tidurnya tanpa membuka mata.

"Asyraf ~ bangunlah .. dah pagi dah nie .."

Panggilku cuba mengejutkan Asyraf agar segera bangun dari tidurnya, namun Dia tetap sengaja tidak mahu bangun dari tidurnya malah tangan & kakinya juga terus melilit tubuhku erat supaya Aku tidak dapat pergi kemana-mana.

Aku tahu Asyraf tentu sengaja berbuat begitu agar Aku sentiasa dekat dengannya & berhenti memanggil namanya terus.

Tiba-tiba Aku mendapat sebuah idea cara untuk buat Asyraf segera bangun.

"Muahh ~~"
"Good morning Suami kesayanganku ~ .."

Ucapku manja lalu mengucup lembut ke atas dada Asyraf & memandang ke arahnya untuk melihat agar Dia segera membuka mata.

Perlahan-lahan Asyraf membuka matanya & melihat kearahku yang tersenyum kearahnya sambil menunggunya membuka mata di atas dada bidang Dia.

"Sayang cakap apa tadi ??"

Tanya Asyraf saat membuka matanya kerana Dia ingin agar Aku memanggilnya seperti gelaran tadi semula.

Aku tersenyum senang melihat Asyraf membuka mata & memintaku mengulang semula panggilanku tadi.

"Good morning Suami kesayanganku ~~.."
"Bangunlah cepat !! Awak penat sangat ker semalam huh sampai susah sangat nak bangun .."

Kataku sengaja mengusik Asyraf.

"Mestilah I penat nak melayan You semalaman semalam .."

Jawab Asyraf selamba.

Terus laju tangan Aku memukul manja ke arah bahunya kerana kata-katanya yang membuatku rasa malu dibuatnya.

"Eshh !! Awak nie kan .."

"Siapa suruh ~ Awak yang nak sangat .. dah cepatlah bangun sekarang .. perut Saya dah berkeroncong nak makan nie .."

Kataku segan dengan usikkan Asyraf lalu memukul bahunya.

Tergelak Asyraf dengan balasanku .. Aku segera bangun dari atas dada Asyraf setelah Dia melepaskan pelukkannya. Habis bersepah bilik itu dengan kain pakaian kami yang entah kemana kami campakkan semalam.

Aku bangun & menarik kain cadar katil berwarna putih di atas tilam untuk menutupi seluruh tubuhku agar segera masuk ke dalam bilik mandi meninggalkan Asyraf seorang di atas katil.

Namun belum sempat Aku mahu turun dari atas katil, Asyraf sekali lagi bangun dari baringnya lalu segera memeluk tubuhku dari belakang agar Aku tidak berganjak dari atas katil itu.

"Mawar ~ I love You Sayang ~"

Ucap Asyraf memeluk tubuhku yang berbalut kain cadar putih dari belakang.

Tersenyum senang Aku sendiri dengan kelakuan manja Asyraf pagi-pagi nie yang masih tidak mahu melepaskan Aku dari dakapannya sejak dari semalam.

"I love you too Abang ~"

Jawabku sambil tersenyum & meminta agar Asyraf melepaskan Aku dari dakapannya.

Aku segera bergegas masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sementara Asyraf masih menyambung kembali tidurnya di atas katil.

Tiba-tiba saat Aku membersihkan diri, Asyraf menerima sebuah panggilan kecemasan daripada seseorang.

"Hello Abang !!"

"Abang kat mana ??"

"Tolong balik sekarang !! Yana risau dengan keadaan Aqish yang tiba-tiba badan Dia jadi panas sangat nie .."

Kata Aiyana yang menghubungi Asyraf tiba-tiba.

Terkejut besar Asyraf dengan khabar dari panggilan telefon Aiyana tentang Balqish.

"Baik !! Tunggu Abang datang sekarang !!"

Jawab Asyraf cemas.

Asyraf terus cepat-cepat bangun dari katilnya untuk memakai semula pakaiannya yang bersepah di atas lantai.

Tapi bagaimana pula dengan Esya ??

Bersambung .....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience