Bab 3

Romance Completed 9861

“ Lemon fresh satu and chicken pizza satu then Bunga awak nak order apa?”, Farheen memandang Bunga. “ ermm apa erk”, Bunga meneliti satu persatu makanan di dalam menu itu.
“ halarr awak ni takkan da selalu masuk restoran sini dah lupa nak pesan apa.. jangan nak acah sangatlah”, Farheen memerli. Bunga memandang tajam kearahnya. “ bagi saya Roselle ice dengan Sauce Ball chicken”, Bunga memesan. Setelah habis mengambil order pelayan itu beredar.
“ Now let me introduce myself. Saya Engku Farheen Hamka Tengku Tajudin. 25 years old and saya tak sempat habiskan study saya dekat Melbourne sebab my Mom was passed away”, Farheen berkata-kata dengan sayu. “ owh.. inalillah hiwainaillahirojiun.. Mak awak sakit apa.. kenapa awak dah tua?”, Tanya Bunga spontan. “ entahlah kena buatan orang sebab anak dia rasanya. Hahah soalan apa awak tanya ni. At least saya lagi tua dari awak ok”, Farheen tergelak kecil menyorokkan rasa sedihnya. “ ea.. saya kena panggil awak abang la ni sebab dah tua”, Bunga keliru. “ ea saya tak suka orang panggil saya abang.. ingat awak adik saya ke?.. lepas spm dulu saya pergi jelajah seluruh dunia.. nak kenal manusia.kenapa saya tak sambung belajar je kan. Dari situ saya dah mula terfikir. Lagi satu arwah Bonda suka saya ambil aliran seni .. dia cakap boleh luahkan apa kita rasa dengan perasaan kita boleh lakar dengan puas dan tunjukkan pada lukisan dan akhirnya saya pilih untuk sambung belajar. Tapi saya bukan jenis yang suka belajar.”, terang Farheen dengan tenang. Bunga rasa simpati. “ sebab awak dah ada empayar bukan? Tengku Tajuddin yang famous dekat tv tentang syarikatnya yang kaya tu. Jadi awak duduk dengan siapa sekarang?”, tanya Bunga lagi. “ Baguslah tahu dan takyahlah saya explain banyak lagi.. eii budak kecik ni banyak tanya pulak”, Farheen tersenyum nakal. “ heyy betulah saya tanya. Awak tu bawa saya mana-mana suka hati awak je ada saya marah”, Bunga mula merungut. “ eii haha marah pula. Saya duduk sorang-sorang area taman perumahan sini. Walik saya tak duduk kat Malaysia dia ada bisnes dekat Arab sana”, Farheen menambah. “ owh.. patutlah”, Bunga berkata. Pelayan datang membawa makanan yang mereka pesan. Lalu mereka makan dengan penuh selera.

“ Hey.. baranlah aku dengan si mamat poyo tu. Kita sepatutnya bertiga buat aktiviti harian kita”, Haqeem berang. Makin lama Si Bunga itu asyik berkepit sahaja dengan Farheen. Sakit mata Haqeem melihat mereka. “ halarr kau ni macam tak suka je aku teman”, Suraya mengeluh seketika. “ mana ada.. Cuma kitakan dah rapat bertiga. Aku tak nak lah jadi macam ni”, Haqeem berkata lagi. “ Sabarlah qeem aku pun tak tahu nak cakap apa dah”, Suraya cuma menjadikan suasana lebih tegang. “ kalau sebab lelaki tulah Bunga buang kita macam ni .. jangan sampai aku benci kau Bunga!”, Haqeem meluahkan dengan geram. YES! Akhirnya. “ sabarlah Haqeem tak baik cakap macam tu”, Suraya cuba menenangkan Haqeem. “ jomlah balik Sue hari dah nak senja aku malas nak lama-lama dekat sini”, Haqeem terus bergerak menuju kearah kereta proton miliknya. Suraya hanya mengikut dari belakang.

Cantiknya pemandangan dekat pantai di kawasan Port Dickson ini. Akhirnya dapat juga dia bercuti seketika. Namun, percutian yang dipaksa oleh Farheen. Hanya mereka berdua sahaja. Opss!! Jangan fikir bukan-bukan ea. Satu hari sahaja percutian ni. Haha. Anggaplah bercuti. Sebenarnya mereka ada tugasan dengan mengambil gambar-gmbar dengan pelbagai suasana. Tempat ini dipilih oleh Farheen sendiri. Katanya dia sudah lama tidak beerjalan tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Maklumlah, hidupnya banyak di Oversea. Sehinggakan dia lupa tempat-tempat yang menarik di Malaysia.

Aku Cuma ada 2 minggu sahaja lagi untuk sampai ke program itu. Farheen melihat sahaja Bunga menikmati angin pantai yang menyentuh tubuhnya dengan tenang. Tersenyum Farheen. Aku dah suka dia ke? Ea jauhlah beza. Dia tergelak kecil bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience