Bab 5

Romance Completed 9861

Bunga datang ke UITM seperti biasa namun kali ini dia menaiki kereta sendiri. Bukan macam selalu, hari-hari Farheen men jemputnya, tapi kali ini dia tidak mahu melihat dua orang lelaki itu. Aku kena jauhkan dari dua orang lelaki itu. Nanti taklah dia orang asyik gaduh tarik muka je. Tapi sebab aku ke dorang gaduh tapi sebab apa? Selama ni okay je aku rapat dengan Farheen pun Haqeem tak adalah sampai nak bertumbuk macam tu. Ni mesti ada sesuatu yang berlaku. Aku kena siasat benda ni. Aku kena jumpa Haqeem dahulu.

“ Sue Haqeem datang tak hari ni?”, Bunga baru sampai terus bertanya pada Suraya. Suraya memandang pelik “ asal kau cari Haqeem pulak?”. Bunga “aku nak jumpa dia”. Suraya “ dia chat aku tadi hari ni dia tak datang”. Bunga terus duduk sebelah Suraya.

Farheen masuk kedalam kelas seperti biasa. Mengambil tempat duduk disebelah Bunga tapi cepat-cepat Bunga meletakan begnya dikerusi kosong itu. Farheen mengalah dia mengambil tempat duduk di belakang Bunga. Suraya memandang pelik. Kenapa dengan mereka berdua ni? Kelas berjalan seperti biasa. Sudah dekat untuk final exam mereka hanya mendengar pensyarah membuat revision sahaja. Mengambil nota-nota yang penting dan kelas tamat begitu sahaja.

“Bunga jom kita pergi makan?”, Tanya Farheen dari belakang. Namun, Bunga hanya berdiam. Suraya hanya memandang sahaja Bunga. Lalu Bunga bangun dan terus keluar. Suraya
“ korang bergaduh ea?”. Farheen hanya menggeleng dan terus bangun mengikuti Bunga.

“ Bunga tunggulah sekejap apa salah saya awak buat saya macam ni?”, Farheen terkejar-kejar. Bunga melajukan langkahnya. Farheen berlari anak terus memegang lengan Bunga. Bunga
“lepaslah Farheen awak ni kenapa?!”. Farheen “ saya nak ajak awak makan je”. Bunga “ tak payah saya dah kenyang”. Farheen “ temanlah saya makan kalau kenyang sekalipun. Sebelum ni okey je”. Bunga “ saya ada hall ah Farheen. Nak siapkan final projek sebelum final exam. Awak tu jangan lepas tangan sahaja”. “ Kita sama-samalah”, Farheen. Bunga terus meluru ke ruang parking pelajar.

Cepat-cepat Bunga memandu kereta menuju ke rumah sewa Haqeem untuk mengetahui tentang hal semalam. Demam ke tidak dia sudah tidak peduli lagi. Demam boleh kebah. Jangan dimanjakan sangat badan ni.

Sampai sahaja depan rumah sewa Haqeem di melihat kereta proton milik Haqeem tiada. Dia mengambil Iphonenya dan mencari nama Haqeem di list contactnya untuk mendail. Button call ditekan.

Haqeem terkejut dari lamunannya, telefonnya bordering menunjukan sesorang menelefonnya.

BUNGA

Tertera di skrin telefonnya. Pasti Bunga nak kat aku balik. Haha.. cepat-cepat dia mengangkat.

“ Hello. Sayang”, Haqeem. “ Haqeem kau kat mana? Aku nak jumpa kau ni. Ada benda penting nak bincang dengan kau ni”, Bunga. “Aku ada dekat tempat biasa. Kau datang la sini”, Haqeem. Bunga tahu mesti Haqeem dekat taman berdekatan rumah Haqeem. Ya tempat selalu mereka lepak dulu. Bunga terus memandu ke sana. Farheen yang dari tadi keliru dengan Bunga. Dia mengikuti dari belakang tapi kali ini Bunga tidak perasan kerana Farheen menggunakan kereta lain. Mini cooper miliknya sengaja ditinggalkan dirumah. Dia seperti tahu hari ini akan berlaku sesuatu. Kereta milik rakannya dipandu mengekori Bunga dengan perlahan. Bunga meletakan keretanya diruang yang disediakan malah Farheen hanya parking jauh sedikit dari Bunga. Bunga mencari Haqeem. Ya betul-betul dibangku yang mereka selalu duduk itu. Ya. Haqeem keseorangan.
Farheen cepat-cepat mengekori dan menyorok takut-takut Bunga perasan dengan kehadirannya.

“ heii. Asal sorang-sorang ni Haqeem? Aku nak Tanya kau somethinglah”, Bunga mengambil tempat duduk disebelah Haqeem. “ Saje je amik angin tenangkan diri. Kau nak Tanya apa?”, Haqeem mengangguk. “ kenapa kau tarik aku macam tu. Kenapa kau bergaduh dengan Farheen. Boleh kau explain kat aku?”, Bunga. “ ya. Tahu pun nk Tanya”, Haqeem mengeluarkan telefonnya cepat dia membuka galeri dan menunjukan gambar Farheen mendukung Bunga di Fakulti. Bunga meneliti betul-betul gambar itu. Ya! Tu mesti Farheen mahu membawanya ke hospital kerana waktu itu dia demam. Ya semalam tu. Tapi siapa yang berani mengambil gambar seperti menunjukan Farheen sedang bermesraan mendukung Bunga? Cantik sekali orang itu mengambil gambar seperti professional kerjanya. “ mana kau dapat gambar ni qeem?”, Bunga. “ kau takyah lah tahu sebab aku pun tak tahu siapa yang mengambil gambar ini. Kau suka macam ni kan. Berdua-duaan. Wah! Hebat berdrama di Fakulti. Kau seperti tiada maruah sahaja. Tak sangka aku selama ni aku kenal kau baik Bunga. Aku lagi kenal kau. Sejak ada lelaki itu kau terus berubah seperti ini”, Haqeem meluahkan yang terbuku di dalam hatinya. “ apa kau mengarut ni. Kau tak tahu cerita mudah kau nak membuat keputusan ya. Aku tak macam tulah. Kau dengarlah dulu explain aku tentang gambar ni”, Bunga cuba menjelaskan. “ ahh.. sudah aku tak percaya cakap kau. Kau lebih mengikutkan kehendak Farheen dari aku”, Haqeem. “ kita dah lama berkawan Haqeem kau kena percaya aku. Kau kenal aku kan macam mana”, Bunga. “ kalau nak aku percaya kau kenapa kau terpernah nak faham aku. Aku yang jaga kau Bunga. Aku sayangkan kau”, Haqeem menarik kedua tangan Bunga dan mahu memeluk Bunga. Bunga menarik dengan kasar. “ apa ni Haqeem siapa yang tak hormat siapa ni”, Bunga. Namun, Haqeem tidak melepaskan genggamnya lalu memaksa Bunga memeluknya. “ aku sayang kau dah lama. Aku tak kau dengan Farheen tu”, Haqeem berbisik. Bunga meronta-ronta minta dilepaskan. Waktu tengahari seperti ini taman lengang tiada orang. Bunga risau kalau Haqeem membuat bukan-bukan terhadapnya. Haqeem sudah tidak tahan dengan cara berlembut lagi. Dia perlu membuat sesuatu untuk memastikan Bunga menjadi miliknya. Dia tidak mahu Bunga dengan Farheen setelah apa dia nampak dari gambar itu. Dari Bunga menjadi milik lelaki itu kenapa tidak menjadi miliknya setelah bertahun-tahun dia setia menunggu. Bunga terus menarik-narik tangannya sehingga mereka berdua terjatuh ke lantai. Bunga tidak boleh berbuat apa-apa kepalanya kembali sakit kerana demamnya belum pulih lagi-lagi dia belum makan ubat kerana takut ubat itu memberi effect tidur kerana memikirkan untuk pergi ke kelas.

Haqeem melihat Bunga mula terbaring. Nafsu seorang lelaki mula membuak-buak. Melihat Bunga seperti membuat Haqeem tidak sabar. Sedang dia mahu menarik baju yang dipakai Bunga. Dia diterajang dari belakang oleh seseorang. Terpusing dia ke kiri. Menggosok badan belakangnya kerana sakit. Farheen mendengus dengan kasar. “ aku dengar semuanyaHaqeem. Kau buat apa ni. Kau dah gila ea. Sanggup kau percaya Fitnah tu dari kawan baik kau sendiri. At least kau dengar lah dulu dia nak explain. Aku dukung dia sebab dia sakit. Kau tak Nampak ke dia dah layu macam tu. Kau memang jantan tak guna”, Farheen terus mendapatkan Haqeem dan memberikan tumbukan kepada Haqeem. Tumbuk berkali-kali pada badan Haqeem. Haqeem menolakFarheen. “ aku tak nak lagi tengok muka kau dan jangan kacau lagi Bunga. Bunga pun dah malu nak berkawan dengan kau lah Haqeem. Berambus kau dari sini”, Farheen. “ pergi mampuslah sama kau. Selagi aku ada aku takkan biarkan kau hidup dengan Bunga. Kau perampas Bunga dari aku!”, Haqeem beredar dari situ.

Farheen mendapatkan Bunga. Dia menyentuh dahi Bunga. Ya dia masih demam lagi. Hey budak ni degil sungguh. Rehat sudahlah. Siap tipu aku nak buat kerja lah bagai sekali tak larat nak lawan budak tak betul tu. Kalau aku tak ada kau dah lama jadi lauk dia. Haih Bunga..Bunga. Farheen mendukung Bunga sekali lagi lalu menelefon kawannya untuk mengambil kereta kerana Farheen mahu membawa kereta Bunga pulang ke rumah dan rakannya mengekori dari belakang.
Damn! Apa aku dah buat tadi. Gila! Semuanya makin musnah. Bunga mesti benci dekat aku. Uhh. Haqeem terus menghempaskan tubuhnya lalu tidur lena dia di atas katil.

“ Bunga bangun dah sampai depan rumah. Awak boleh jalankan?”, Farheen. Bunga mengangguk. Terima kasih ya Farheen selamatkan saya. Kalau tak ada awak tak tahulah jadi apa tadi”, Bunga. “ it okaylah. Tapi lain kali jangan bertindak sendiri dan jangan menipu saya lagi. Faham Cik Bunga”, Farheen menasihati Bunga. Bunga terus membuka pintu dan kunci kereta diberi kepada Bunga. Farheen pulang menaiki rakannya.

Haqeem dah tak macam dulu. Dia yang sebenarnya yag niat jahat dekat aku. Aku dah tak ada lagi kawan seperti dia. Aku yang kena jauh dari Haqeem bukan Farheen. Farheen dah banyak tolong aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience