Bab 9

Romance Completed 9861

Bunga sedang membuat kek kegemarannya didapur. Tiba-tiba dia mendengar sesuatu bunyi yang tidak menyenangkan. Bunyi bising yang seakan-akan sesuatu ditarik. Dia sedikit ketakutan, tapi dia cuba untuk berfikir positif. Dia mengaul lagi bahan-bahan itu sehingga sebati. Tapi bunyi itu semakin dekat dengannya. Dia menoleh terkejut dia apabila kucing yang mengigit Ikan yang dicurinya dari meja makan.

" abang!!!! ", Bunga menjerit. Bunga mahu mengambil penyapu belum sempat dia memegang lantai yang Comot dengan lumpur yang dibawa oleh kucing itu membuatkan Bunga mahu terjatuh.

Belum sempat dia terjelompok ke lantai akhirnya dia disambut oleh seseorang dari belakang.

" sayang buat apa ni? Kan bahaya ", Farheen mendirikan Bunga kembali. Terkejut dia apabila Bunga menjerit dari dapur. Sedang seronok bermain dengan anak kak putih.

" Tu kucing nakal tu dia curi Ikan. Sayang tak kesah lah tapi dia buat comot kat lantai. Sayang belum sempat nak capai penyapu terpijak lumpur tu licin sangat sayang nak terjatuh", Bunga mengadu kepada Farheen. " haih comellah wife abang ni membebel. Ni baru kucing kalau ada anak macam manalah nanti mesti mummy dia mengamuk macam kucing hahha ",Farheen cuma tergelak kecil . Bunga menumbuk kecil dada Farheen. Farheen mengelak.

" Uncle jadi superhero Auntie Flower lah hehehe ", Qashif anak kak putih yang berusia 3 tahun tergelak kecil.. Farheen mendapatkan Qashif tapi anak kecil itu berlari kecil dihadapan mendapatkan ibunya. Bunga tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

Pada petang itu, Suraya dan pasangannya datang, Shazwan namanya. Peramah dan baik orangnya. Masa hari persandingan Bunga dengan Farheen, Suraya tidak Hadir kerana mereka mengadakan perkahwinan itu secara kecil-kecilan kerana Bunga tidak suka majlis yang grand-grand. Malah, Farheen melamarnya secara mengejut. Mngimbas kembali, Malam kejadian itu pada keesokkan harinya, Bunga dilamar dan belum seminggu majlis akad nikah. Suraya pula masih trauma dengan kejadian itu.

" Awak kenapa nak kita kahwin cepat-cepat ni?", Bunga terkedu apabila Farheen melamarnya. " Saya nak jaga awak. Saya tak nak awak sakit macam ni.. saya sayang awak. Saya dah jatuh suka dengan awak sejak first day Saya masuk belajar", Farheen meluahkan dengan ikhlas. Bunga menangis sangat indah pada hari itu.

Kek coklat itu dihidangkan. Banyak mereka bercerita dengan gelak tawa. Rindu mereka setelah 2 bulan tidak berjumpa dan sudah 2 bulan Bunga dan Farheen bersama. Pengantin baru katakan.

Pada malam itu, Bunga mengemas buku-buku mewarna milik Qhasif memandangkan Qashif sudah tidur kepenatan seharian bermain. Farheen membantu Bunga mendukung Qashif dan meletakan Qashif ditempat tidur yang disediakan dibilik atas. Bunga tersenyum lebar apabila melihat ada satu Kertas putih lakaran yang comot tapi comel. Lukisan Qashif yang menunjukan gambar Farheen berpimpinan tangan dengan Bunga. Sedang elok dia perhatikan gambar itu ada tangan yang memeluk rapat pinggangnya.

" Abang sudah?", Bunga bertanya lembut. " Sudah. Qhasif panggil abang Superhero haha ni kerja kak putihlah panggil macam tu sebab sayang ceritakan selama ni abang tolong sayangkan?", Farheen menarik hidung Bunga dengan perlahan. " Biarlah sebab Uncle superhero Bunga yang punya", Bunga menoleh dan memberikan kucupan pada pipi suaminya. Farheen terus mendukung Bunga masuk ke bilik.

Perlahan-Lahan meletakan Bunga diatas katil dan mengunci pintu. Dengan perlahan dia merebahkan badannya disebelah Bunga. Lalu Bunga memejam Mata setelah terasa ada sentuhan pada tubuhnya.

Terima kasih tuhan kau telah memilihkan yang terbaik untuk hambamu. Jagakan dia untuk aku selalu.

The End

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience