Bab 4

Romance Completed 9861

Buntunya sekarang.. kenapa Farheen layan aku baik sangat ni. Apa dia nak sebenarnya. Dia ni kenapa?

Tutt..tutt..tutt.. iphone Bunga berdering kuat. Dia melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya.

FARHEEN

Terus dia sambung menutup matanya. Dia kepenatan . sudahlah dibuli oleh Farheen seharian tidak tidur menyiapkan kertas kerja untuk last program akan datang di kampus dibawah pelajar art and design.Sebelum dia nak ke final exam mereka kena membuat event untuk last project mereka. Bunga tidak larat lagi untuk bangun. Dia mahu tidur sebentar. Telefonnya berdering banyak kali. Namun, Bunga tidak mengendahkan. Lukisannya bersepah diatas meja.

Mana perempuan ni. Janganlah buat aku risau aduhh.. tahulah kecil molek kau nak hilang-hilang pula. Farheen mencari di sekitar Fakulti tapi tiada kelibat Bunga. Takkan lah dia balik pula tapi dengan siapa. Jam Rolex dilengannya dipandang lama. Sudah menunjukan pukul 5.30 petang. Pukul 6 semua bilik khas akan ditutup. Takkanlah dia naik Haqeem. Dia menekan button on telefon miliknya. Aduhh!! Bateri habis pula. Farheen terus menapak kaki berjalan menyambung mencari Bunga. Dia mula tidak sedap hati. Kakinya terberhenti dihadapan perpustakaan. Melihat tempat itu masih terang lagi. Dia terus masuk. Mencari dibahagian-bahagian rak buku. Dia terberhenti apabila melihat ada seorang perempuan terlentuk diatas meja belajar. Farheen yakin itu Bunga dengan teliti pakaian yang Bunga pakai.
“ heii budak bangunlah. Awak ni tak nak balik ke? Menyusahkan saya lagi”, Farheen mula membebel. “ heii bangunlah budak. Takkan awak nak tidur sini sampai esok pagi. Takkan saya nak angkat awak pulak matilah saya kalau ada orang tengok. Woii bangun!!”, Farheen menolak sedikit kepala Bunga. Dahinya panas. Farheen cuba merasa lagi dahinya. Ya! Panas.. “ Bunga awak demam ni. Aduhh asal lah awak ni lemah sangat”, Farheen tiada pilihan dia mengangkat terus Bunga dan membawa Bunga keluar dari perpustakaan. dia tidak menoleh kanan ke kiri dalam kepala dia hanya hospital sahaja.

Klik! Haha Bunga kau suka macam ni kan. Suraya tersenyum nakal. Satu gambar perlu dia tunjuk pada Haqeem. Pasti lepas ni meletop!! Hahha..

Aku dekat mana ni? Bunga membuka mata. Suasana sepi sekali. Ya.. aku di hospital lagi. Bunga cuba untuk bangun lihat jam di dinding menunjukkan sudah pukul 10. Nasib baik esok hari Minggu tidaklah perlu dia terkejar-kejar untuk pulang ke rumah. Suhu badannya sudah turun sedikit Cuma dia rasa tidak selesa pada tekak rasa kering. Dia mahu sedikit air kosong untuk melegakan kembali tekaknya. Farheen masuk ke dalam bilik personal itu. Melihat Bunga cuba untuk bangun cepat Farheen membantu. Meletakkan milo panas di meja tepi katil itu seketika. Bunga hanya membiarkan Farheen membantu.

“ Awak haus tak”, Farheen bertanya. Bunga hanya mengangguk. Farheen mencapai cup kertas yang berisi air milo panas untuk disuakan ke bibir Bunga dengan perlahan. Cara itu membuatkan Bunga tidak selesa. Dia mula tidak selesa dengan cara Farheen melayan Bunga seperti itu. Bunga mengambil air itu dengan perlahan tanda dia boleh minum dengan sendiri. Farheen mengalah dia duduk di sofa yang disediakan di hospital itu.

“ Farheen baliklah saya okay dekat sini sorang-sorang”, Bunga cuba mahu bersendirian. Farheen menggeleng kepala “ tak boleh. Saya kena jaga awak. Esok pagi baru awak boleh keluar dari sini. Awak kena ada orang jaga. Ke awak nak saya call kan Suraya?”. Bunga “ ea tak payahlah. Dah malam bahaya pulak kalau Sue datang sini sorang-sorang”. Farheen “ ea tahu pun bahaya. Saya ada kan sekarang boleh temankan awak. Esok pagi baru kita keluar sama-sama”. Bunga hanya mengangguk sahaja.
" Saya minta maaf kalau buat awak sakit macam ni ", Farheen berbisik ke telinga Bunga setelah Bunga sambung menutup mata.

Tinggg…Tinggg

Notification masuk.. Haqeem yang baru sahaja mandi cuba melihat telefonnya. Chat dari nombor yang tidak dikenalinya. Dia cuba membuka. Ya someone telah send gambar. Dia tekan. What!! Farheen buat apa ni? Siap angkat-angkat Bunga keluar dari Fakulti.Ingat ni drama korea ke? Bodoh apa yang aku Nampak ni. Bunga sekarang dah berubah. Haqeem mencampakkan telefonnya. Farheen seperti mengambil kesempatan terhadap Bunga. Aku kena hentikan semua ni.

Kereta yang dipandu oleh Haqeem memecut laju memakan jalan pagi itu dia perlu ke rumah Bunga untuk menjauhkan Bunga dari berkawan dengan Farheen tak guna itu. Berhenti dia depan rumah sewa milik Bunga. Melihat kereta milik Bunga ada dia keluar dari kereta dan menekan loceng ditembok luar rumah. Tiada orang yang keluar, dia melihat pagar bermangga. Dia menolak pagar dengan kasar. Mana Bunga ni?!! Takkan keluar dengan Farheen pula. Dia mencari nombor telefon Bunga. Belum sempat dia mahu menekan Button call. Kereta mini cooper betul-betul berhenti dibelakang kereta Haqeem. Cepat-cepat Haqeem berjalan kearah Bunga lalu membuka pintu dan menarik Bunga keluar dari kereta itu.

“ Haqeem apa ni sakitlah”, Bunga cuba menahan dirinya yang ditarik oleh Haqeem dengan kasar. Demamnya belum pulih lagi. “ hei!! Kau asal nak kasar-kasar dengan Bunga”, Farheen terus menolak Haqeem dengan kuat. Haqeem tidak mengalah. Dia terus mengenggam tangan Bunga dengan kuat. Bunga tidak selesa dia cuba menarik tapi semakin sakit. Farheen menghalang perbuatan Haqeem itu sehingga Bunga Berjaya ditarik keluar lalu terjelompok Bunga di depan rumahnya. Farheen cepat berjalan kearah Haqeem dan terus memberikan tumbukan padu kearah Haqeem. Haqeem cuba menepis tapi tidak Berjaya apabila Farheen memegang kolar bajunya. Mereka beradu tenaga seketika. Bunga yang tidak tahan sakit apabila jatuh ke simen itu berasa lagi sejuk. Dia tak tahan. “ Sudah!!! Berhentilah bodoh!!”, Bunga menjerit. Haqeem dan Farheen berhenti. Haqeem mengesat darah yang ada pada bibirnya. Pedih apabila dia memndapat tumbukan dari Farheen. “ berhentilah gila.. korang ni dah kenapa. Korang balik sana aku tak tengok pun muka korang sampai bila-bila”, Bunga mengambil barangnya d dalam kereta Farheen dan terus masuk ke dalam kereta. Dia mengigil, demamnya belum sembuh lagi. Dia mahu berehat. Haqeem cepat-cepat beredar malah Farheen hanya mengeluh lesu. Kenapalah aku bersikap kebudak-budakan ni. Come on Farheen kau ni dah tua, matang sikit!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience