Bab 1

Romance Completed 9861

Meja berselerak, Katil tak dikemas, buku berterabur… Apa nak jadi ni Bunga. Adehh!! Suka mengeluh pula aku ni. Jam dah menunjukkan pukul 8 pagi dahlah kelas start pukul 10. Awalnya aku bangun.
Ehhh lupa nak kenalkan diri. Hai! Nama aku Bunga Diana Binti Sharifuddin Hassan. Unikkan nama aku hahaha.. ehem2, umur baru sahaja 21 tahun pelajar tahun akhir di Universiti Teknologi Malaysia mengambil kos Art and Design. Ya.. Final projek buat aku serabut kali ni. Banyak program mengenai Seni aku kena handle. Pening pun ada sekarang. Dahla tu je nak cakap. Hah apa best erk? Owh lupa kelas. Bye!
“ Pagi Bunga ”, Suraya rakan sekuliahnya menegur.
“ Morning my dear. Awal kau datang Sue ?”, Bunga mengambil tempat duduk disebelah Suraya di Dewan Kuliah setiba dia ke sana. “ Hah.. biasalah tengoklah Sue kan rajin”, gelak bangga Suraya.
Bunga memandang taik kepadanya. “ ahh kau malas aku layan. Dah siap assignment yang Puan Latipah suruh buat tu?”, Tanya Bunga serius. “ belumlah buntu aku nak cari tempat yang cantik-cantik kat Selangor ni. “ Hurm.. macam mana ya? Aku bukan orang sini nak suggest tempat-tempat yang menarik nak ambil gambar untuk assigntment kita ”, keluh Bunga sambil memikirkan sesuatu.

Sambil dia berfikir terpandang dia pada pintu masuk Dewan itu. Dedaun pintu ditolak dengan perlahan. Glup!! Lelaki mana ni sesat masuk kelas ni.

Suraya “ weyh tu budak mana sesat ni.. dia tak malu ke salah masuk kelas. Kita mana ada student macam tu selama ni?”, tidak berkelip mata Suraya melihat lelaki yang masuk ke dalam kelas mereka. Bunga terus terdiam. Termangu dia melihat lelaki yang kacak itu masuk perlahan penuh bergaya.

Asal semua tengok aku ni? Aku ni alien ke aku pun manusia juga macam dia orang. Malu pula semua tengok macam tu. Aduhhh. Aku salah kelas ke? Tapi tak mungkin lah. Aduhh.. Belah mana aku nak duduk ni bermonolog Farheen sendirian sambil berjalan mencari tempat duduk kosong. Bunga terpandang sebelahnya tiada orang. Tempat duduk Haqeem yang sepatutnya dia jaga sebelum Haqeem datang ke kelas. Ya temannya dari kecil hingga sekarang masih berkawan lagi. Ya BFF katanya.

Mana Haqeem ni? Aduh, takkan nak bagi si mamat ni duduk sini pulak. Bunga tepuk dahinya dengan spontan. Terpandang Suraya “ kau ni tak betul ea?”. Bunga senyum-senyum. Farheen tiada pilihan dia malu berdiri didepan dua orang perempuan yang tak betul ini. Sungguh lama dia berdiri didepan Suraya dan Bunga malah mereka hanya bercakap berdua sahaja sehingga tidak perasaan kehadiran lelaki yang tidak dikenali oleh mereka. Farheen terus duduk sebelah Bunga. Terkejut bunga dengan kelakuan spontan Farheen tu. Farheen Cuma tersenyum dan mengucapkan terima kasih sahaja. Bunga tidak berbuat apa-apa Cuma berbalas senyum sahaja. Terpanah hatinya apabila jejaki hensem ada disebelahnya. Mahu bertanya nama malu. Bunga terus menghadap Suraya.

Haqeem selalu lambat. Bunga asyik memandang jam tangan berjenama Casio dipergelangan tangannya. Kali ini dah 10 kali dia asyik memandang jam miliknya. “ baru pukul 9 awak. Kenapa risau ni tunggu pakwe sampai ke?”, sapa lembut Farheen. Terkejut Bunga apabila lelaki itu menegurnya. Tidak terjawab Bunga kerana teruja dengan lelaki disebelahnya. Bunga hanya terus senyum sahaja. Cairlah kau buat aku! Hey geram.. Dedaun pintu ditolak. Haqeem terpancul didepan bersama pensyarah bagi pelajar senior itu. Terkejut Haqeem apabila tempat duduknya sudah diduduki oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Berang hatinya apabila Bunga seperti selesa duduk bersebelahan lelaki itu. Suraya tahu akan hal itu dengan membaca memek muka Haqeem lalu menarik Haqeem duduk bersebelahan dengan Suraya. Kelas bermula…

“ Selamat pagi. Hari ini saya nak teruskan our silibus.. I need all of you make a presentation infront me and your friends today.. and one group two person only..you all can use my laptop with LCD make sure you all da buat powerpoint dekat telefon masing-masing. Nanti just masukkan je. Or you all can use whiteboard to draw mind map. I want all of you understand for this topic by yourself.. I give you all 20 minutes to discuss and pandai2 awak semua nak bahagikan sub topik macam mana sebab saya dah kira semua cukup because in this class have 20 students right? Start now ”, Puan Sarah memberi arahan. “ excuse me Madam. Our class have 19 students je”, Tanya Harun, wakil kelas itu. “ owh I forget about someone new in your class. Engku Farheen Hamka Tengku Tajuddin . dia last sem dekat sini sebab baru pindah dari Melbourne”, kata Puan Sarah. Farheen hanya tersenyum. Satu kelas tertumpu dekat Farheen seketika. “ one more thing is your partner sebelah-sebelah kamu sahaja okey, tq”, tambah Puan Sarah lagi. Bunga terus menoleh sebaris tempat duduk tu hanya empat orang sahaja yang duduk. Haqeem, Suraya, Bunga dan Farheen. Farheen terus membuat bahasa isyarat dengan menunjuk jari telunjuknya kearah dia. Bunga terdiam dan terus mengangguk sahaja. Haqeem yang baru mahu menarik Bunga tidak sempat kerana Suraya sudah meletakan kertas kosong untuk berbincang dengan Haqeem. Haqeem terpaksa mengalah.

10 minit sudah berlalu, dengan keadaan kelas yang bising seperti pasar malam itu tiba-tiba senyap apabila pensyarah mereka berdiri dengan menolak kerusi dengan kuat.
“ Attention please! dengar sini. Awak boleh sambung perbincangan awak sekejap sahaja lagi tapi bagi saya explain dulu. First berita gembira untuk awak adalah kita tangguhkan presentation kita hari ini. Kita buat minggu depan kelas kita yang sama hari yang sama dan waktu yang sama. Tapi saya nak yang lagi baik ya. And make sure make me like in your presentation and it will be in your carry mark. Lagi satu”, belum habis Puan Sarah cakap semua sudah bertepuk tangan dan bersorak. “ hey dengar dulu. Sabar-sabar, saya belum bagitahu berita sedih pula. Listen here carefully. I need you all write in your note that after our presentation finish next week. We have kelas ganti ok. Thank you”, kata Puan Sarah tersenyum dan terus keluar pergi. Pelajarnya terus bertepuk dahi tanda tidak suka.
“ lecturer ni suka buat kelas ganti hari cuti tau. Hari semua nak berehat. Maklumlah belum kahwin tak ada laki mesti dia bosan. Tu yang buat hari cuti”, kata Farid salah seorang pelajar dalam kelas tu. Pecah dewan dibuatnya dengan suara gelak mereka satu kelas. Semua kemas-kemas hendak keluar dari dewan kuliah itu.

“ Bunga lepas ni kau nak pergi mana? Makan jom aku tak sempat makan tadi laparlah”. Haqeem membuat muka simpati terhadap Bunga untuk menemaninya makan di cafe kampus. Bunga terus mengangguk dan belum sempat dia berkata-kata, Farheen meyampuk “ Awak bila kita nak siapkan assignment ni? Kita baru discuss sikit je ni”. Aduhh macam mana ni, Bunga terdiam. Hati Farheen terdetik. Macam mana nak siap dari tadi aku je yang banyak cakap. Dia ni sepatah apa pun tak cakap. Bisu ke? Aduh matilah aku kalau dia bisu nak bincang macam mana ni. Tahunya senyum angguk geleng je. Aduhh.. Farheen memandang Bunga seperti menyesal. Suraya “ owh kalau Farheen nak buat kerja dengan Bunga tak apalah buat lah. Sue ada boleh temankan Haqeem makan”, Suraya cepat-cepat menarik lengan Haqeem terus keluar dari dewan kuliah itu.

“ kenapa kau tarik aku”, terkejut Haqeem dengan cara Suraya yang tidak semengah itu.
“ haha saje aku nak biarkan Bunga dengan Farheen tu. Aku tengok Bunga dah syok lah dengan mamat tu”, kata Suraya untuk menyelamatkan keadaan kerana sebenarnya dia suka dengan Haqeem sudah lama. Ini masanya Suraya merampas Haqeem dari Bunga. Boleh berdua-duaan dengan Haqeem tanpa orang ketiga. Hatinya bersorak. Haqeem hanya berjalan menuju café diikuti dengan Suraya.

“ geram aku dengan Bunga tu. Dia tak kenal lagi lelaki tu dah ikut je cakap laki tu. Menyampah aku”, luah Haqeem tidak berpuas hati dengan Farheen itu. Suraya “ alah kau ni macam tak kenal Bunga macam mana. Rileklah mereka nak buat kerja. Kita ni hah bila nak siapkan kerja kita”,. Haqeem berdengus kasar “ nantilah kita buat. Aku nak makan dulu nak hilangkan rasa lapar, marah, geram ni dulu ”, Haqeem makin menekankan suaranya. Suraya tidak akan mengalah kali ini. Ya dia mesti satukan Bunga dengan Farheen sebelum Haqeem mendapatkan Bunga. Suraya tahu Haqeem sukakan Bunga dari kecil lagi. Walaupun Suraya bukan kawan dari kecil Bunga dan Haqeem tapi Suraya lah tempat luahan cerita Haqeem tentang Bunga sejak mereka rapat masa sem satu. Banyak dah cerita Bunga yang Suraya tahu daripada Haqeem. Secara tidak sengaja Suraya menyukai Haqeem dalam diam. Dia tidak mahu memberitahu Haqeem takut-takut Haqeem membencinya tiba-tiba. “ kau mengelamun apa lagi Sue? Kau pun ada hati dengan si Farheen tu ke? Aduh kau pun pergilah sana teman dia. Buat group whatsapp dengan dia sana”. Sergah Haqeem dari tepi melihat Suraya terdiam tidak memesan makanan. “ kau ni kesitu pula. Aku temankan kau ea.. sorry sikit pasal Farheen tu aku tak ada sikit pun perasaan suka”, marah Suraya kerana dituduh sama dengan Bunga. “ opsss.. sorrylah sayang hahah “, Haqeem mencuit kembali hati Suraya. Suraya hanya mencebik sahaja, dia tahu Haqeem suka menyakatnya sebegitu memanggil sayang dari mulut Haqeem sudah biasa.

Wait a minutes… Haqeem tak pernah panggil sayang dekat Bunga walaupun Haqeem jenis yang suka menyakat. Terdetik hatinya dengan perasaan suka apabila Haqeem memanggilnya begitu apabila Haqeem ingin meminta maaf. Seronok apabila dia dapat menemani Haqeem makan di café pagi tadi. Berbunga riang hatinya.

“ awak kat taman ni selesa tak?”, Tanya Farheen setiba sahaja sampai di taman bunga itu bersama Bunga menaiki Kereta Mini Cooper miliknya. Dia tidak tahu selok belok UITM ini. Jalan kesini pun dia meminta bantuan dari Google Map. Bunga termenung lagi, sanggup dia tarik tangan aku tadi untuk membuat assigntment semata-mata. Beraninya dia. Keluh Bunga tiba-tiba Farheen yang melihat suasana taman itu beralih pandangan apabila mendengar Bunga mengeluh. Dia ni reti cakap ke tak? Ke bisu? Aduhh serba salah nak tanya ni.

Bunga yang penat berdiri terus mencari set meja dan kerusi untuk membuat kerja dan duduk. Semua bukunya yang dibawa tadi diletakan diatas meja. Ditinggalkan Farheen jalan bersendirian dibelakang. Farheen mengejar dari belakang. Laju pulak dia jalan. Aduhh susahlah dia ni. Farheen pun penat dengan cuaca yang panas membuatkan dia haus. Minah ni tak reti haus ke?, Mamat ni tak reti belikan aku air ke? Tak romantik langsung. Bunga mengibas-gibaskan buku notanya kerana panas. Farheen mengambil tempat duduk disebelah Bunga. Aduhh!! Gugurlah jantung aku ni. Bunga cepat-cepat bangun dari tempat duduknya dan beralih tempat duduk dihadapan Farheen. YA! Bertentangan mata pula. Apa ni? Aduh… suka buat jatung aku gugurlah mamat ni. Dahlah hensem.... Farheen tergelak kecil melihat Bunga yang seperti hilang arah apabila Farheen buat seperti itu. “ awak saya hauslah. Awak nak air tak? Saya nampak kat depan sana ada mesin jual air tu. Awak nak air apa?”, Tanya Farheen sambil matanya melilau mencari mesin air itu supaya dia tidak tersilap pandang. Bunga hanya mengangguk sahaja dan membuat isyarat mengangkat bahu tanda ikut awaklah nak belikan air apa. Farheen terus bangun dan menuju ke mesin yang menjual air itu. Tensionlah aku ada perempuan bisu macam dia ni lawa, cantik tapi sayang bisu.

Asal aku tak boleh nak cakap ni bila depan dia ni. Jantung aku pulak laju dari tadi. Aduh kau ni Bunga syok sendiri ini. Dia dah datang.. pergilah cakap sana, hati Bunga berkata-kata. “ nah awak air awak”, Farheen memberikan air coffee tin kepada Bunga dengan kasar terus dia menjeling kerana menyampah dengan Bunga yang dari tadi senyap. Dia yang bercakap je penatlah lagi-lagi dia mana faham sangat bahasa isyarat ni. Baginya leceh mahu fahamkan otaknya yang bercelaru. Bunga serba salah hendak mengambil air coffee itu. Traumanya datang kembali. Dia tidak boleh minum air yang berkafein. Dia menganggap air itu seperti racun baginya. Bunga terdiam dia mengambil sahaja air itu. Namun Farheen hanya meletak air itu di atas meja. “ minumlah awak..penat saya belikan jauh-jauh jalan kaki dari sana untuk awak. Minumlah. Kalau tak saya tak nak kawan dengan awak”, kata Farheen dengan penuh sayu. Bunga sudah berpeluh dia tidak tahan lagi dia terus meminum air itu. Separuh sahaja dia dapat telan. Dua minit selepas itu, Dia terasa ada orang yang menampar dirinya berkali-kali. Badannya terasa berat. Effect air tu kuat. Kepalanya pening. Tekaknya rasa loya. Farheen yang sedang menikmati air coffee pada titisan yang terakhir.Fuhh lega! Bunga sudah tidak tahan dia tidak boleh berkata-kata kerana mulutnya sudah penuh. Dia sudah la belum sarapan dari pagi tadi ini pula sudah hendak menganjak tengahari tiada satu pun makanan dia jamah. Bunga terus muntah. Terkeluar segala isi perutnya. “ awak ok tak asal muntah ini Bunga”, Farheen terbangun terkejut apabila melihat Bunga muntah teruk. Kepala Bunga berat dia tidak mampu hadam dan dengar kata-kata Farheen sehingga membuatkan dia pengsan. Farheen panik cepat-cepat dimenyambut Bunga yang terbaring kebelakang ,dia tidak tahu kenapa Bunga jadi seperti itu. Dia ada letak racun ke? Dia terus mengangkat Bunga masuk ke dalam kereta. Selepas itu baru dia mengemas semua barang-barang mereka diatas meja. Berpeluh dia, hatinya tidak sedap, dia perlu membawa Bunga ke Hospital. Mampus kalau perempuan ini mati.

Farheen tidak tahu ingin menelefon siapa, dia tiada nombor telefon Suraya mahupun Haqeem. Dia membuka iphone milik Bunga tapi sayang ada thumbprint. Farheen bersandar kebelakang, dia memejamkan matanya. Apa aku dah buat ni? Ya Allah. Telah masuk waktu zohor keluar notification pada skrin utama iphone Farheen. Dia bangun dan mencari surau yang berdekatan untuk melakukan solat zohor.

“ Waris Bunga Diana Binti Sharifuddin Hassan?”,Jururawat disitu memanggil-manggil untuk memberitahu keadaan Bunga. Farheen yang selesai sahaja menunaikan solat zohor meluru kearah jururawat yang hendak separuh mati memanggil waris Bunga. Sudahlah kecil orangnya jeritnya boleh bingit satu Hospital.

“ Ya,ya saya.. saya”,Farheen mengangkat tangan. “ ohh, awak suaminya?”,Jururawat untuk memeriksa kertas keputusan kesihatan Bunga. Farheen menggaru kepalanya tidak gatal. Apa pula aku laki dekat perempuan bisu ni. Dahlah buat hal. Baru satu hari kenal. “ok Encik?”. “ Farheen”, Farheen menambah. “ ok Encik Farheen boleh jumpa Doktor Shuhada diKaunter kerana dia menunggu disana untuk memberitahu tentang isteri Encik”, jururawat itu menunjuk kaunter utama di Hospital itu. Farheen mengangguk dan mengucapkan terima kasih lalu dia menuju kearah Doktor yang bernama Shuhada diikuti dengan jururawat itu. Jururawat itu memberi kertas kepada Doktor Shuhada dan membisikan sesuatu kepada Doktor Shuhada. “ ok Encik Farheen menurut pemeriksaan saya bahawa Puan Bunga Diana kurang mengambil kafein kerana badannya tidak boleh menerima sebarang kafein. Jika ia mengambil walaupun dalam kuantiti yang sedikit effectnya besar seperti pening kepala, muntah-muntah. Kalau dia mengambilnya dalam kuantiti yang banyak dan berpanjangan effect akan terjadi pada diri dia sehingga susah untuk mengandung. Dia Cuma mengalami alahan sahaja.”, penerangan Doktor Shuhada panjang. Terkejut Farheen apabila Bunga tidak boleh meminum coffee. “ baik Doktor, boleh saya tengok dia sekarang”, kata Farheen sedikit gelisah. Doktor Shuhada mengangguk sahaja. “terima kasih Doktor”, Farheen terus meluru mencari Bunga.

“ wehh bangunlah”, Farheen memaksa Bunga bangun. Bunga terkejut apabila ada seseorang menolak bahunya dengan kasar. Kepalanya masih sakit. Dia tidak mampu bangun. Dia benci Farheen yang suka memaksa membuat dia lagi memyampah dengan mamat ni. Farheen memaksa Bunga untuk bangun lagi. Dia perlukan Bunga untuk bercakap. “ Bunga bangunlah awak kena cakap dengan saya semuanya pasal awak sekarang ni”, Farheen memaksa lagi. Perlahan-lahan Bunga membuka mata, rasa peningnya belum hilang lagi. “ Farheen saya nak rehat sekejap. Saya tak tahan ni”, Bunga berkata lembut. Farheen “ lah ingatkan awak bisu ke apa.. kan senang tadi awak cakap awak tak boleh minum coffee tak lah saya macam orang gila angkat awak bawa pergi sini”. Apa Farheen angkat aku?!! Terbeliak mata Bunga. Cepat-cepat dia memegang tubuhnya takut-takut Farheen melakukan sesuatu tidak elok pada dirinya. Nak cakap macam mana Bunga seperti terpaku melihat lelaki hensem di depannya kalah Zul Ariffin pelakon lelaki yang diminatinya.

“ haha jangan risaulah saya tak buat apa-apa pada awak”, gelak kecil Farheen melihat Bunga yang tidak keruan itu. “ nak saya call Parent awak tak?”, tambah Farheen melihat Bunga kembali menutupkan mata. “ ea tak payah.. tak nak buat dorang risau. Awak call kan Sue untuk saya”, Bunga menjawab lembut. Farheen memberikan iphone kepada Bunga. “ saya cakap awak dail lah saya tak larat”, kata Bunga lagi. “ yerla..yerla.. cepatlah”, keras suara Farheen. “ sabarlah.. aduh dia ni. Hah 019-6622345”, Bunga terus memejamkan matanya hendak rehat. Cepat Farheen mengetuk skrin telefon. Button call ditekan perlahan. “ hello siapa ni?”, Suraya pelik. “ saya Farheen. Nak bagitahu kawan awak Bunga masuk hospital. Dia nak awak datang. Nanti saya whatsapp detail thank you”, Farheen memutuskan talian dengan cepat. Itulah sikapnya. “ ahh?”, Suraya belum sempat berkata apa-apa terus talian itu dimatikan. Bunga masuk hospital gara-gara mamat tu ke? Suraya berasa pelik seketika. Apa yang Farheen da buat?. Cepat-cepat Suraya mencapai begnya dan menelefon Haqeem untuk menghantarnya ke hospital.

“ Chincha?!! Bunga masuk hospital?!! Macam mana boleh jadi macam tu? Satu hari dia dengan mamat bodoh tu kan? Aku dah agak laki tu tak guna. Baru kenal dah buat Bunga sakit”, marah Haqeem. Hatinya menjadi panas. Suraya terdiam seketika. Dia pula yang marah dengan sikap Haqeem yang terlebih caring terhadap Bunga. Salah dia memberitahu Haqeem dan mengajak Haqeem melihat Bunga di hospital. Aku pastikan lepas ni aku tak buat silap lagi.

Sedang Farheen melihat suasana persekitaran Bandar Selangor itu, tiba-tiba dedaun pintu ditolak perlahan. Belum sempat dia menoleh.. PANGGGG!! Satu tamparan tepat kena pada mukanya. Menjerit kecil Suraya dengan kelakuan bodoh Haqeem menampar Farheen dengan kuat itu. “ aku dah agak kau ni tak guna”, Haqeem meluahkan perasaan marahnya. “ otak kau bukan salah aku lah”, Farheen cuba untuk memberitahu hal yang sebenar. Bunga yang separuh sedar itu terus terjaga apabila terdengar Haqeem memarahi Farheen. “ Haqeem bukan salah Farheen pun ni salah Bunga sendiri”, Bunga bersuara kuat. Farheen bengang dia terus keluar dari bilik itu. Dia mahu pulang hari sudah senja. Dia patut bersiap-siap untuk ke masjid utuk solat maghrib berjemaah. Sebelum dia keluar dari hospital itu, dia singgah ke surau untuk menunaikan solat asar terlebih dahulu. Dia memegang pipinya. Terasa pedih. Hari first aku dah kena penampar.. bagus!

“ aku dah cakap tadi salah aku. Aku yang nak minum coffee tu”, terang Bunga perlahan. “ kau ni degillah. Nasib sikit kau minum.. lain kali takyah nak bajet lawa depan mamat tu. Aku tak suka.”, Haqeem bersuara tegas seperti abang menasihati adiknya. Tapi aku nak lebih dari tu aku tak nak jadi abang kau lah Bunga. “ alah sikit je ni.. malam nanti Bunga boleh keluar sebab dia tak effect lama pun kan Bunga?”, Suraya meyampuk. Bunga mengangguk. Dia perlu kuat esok hari pengkuliahan. Dia tidak mahu skip kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience