Bab 7

Romance Completed 9861

Tak sabar nak tunggu malam ni. Haha jumpa dengan Bunga. Akan aku dapatkan Bunga. Hati jahat Haqeem sudah kembali. Seminggu dia tidak tahu keberadaan Bunga. Tanya pada Suraya. Suraya tidak tahu tentang hal itu. Yang Suraya tahu dia sudah Berjaya buat Bunga benci pada Haqeem. Haqeem berpakaian kasual. Nampak bergaya dan hensem. Farheen juga begitu tapi kali ini rambutnya Nampak sedikit begaya dari biasa lagi kacak lah dari Haqeem. Bunga bergaun labuh merah putih dan diikat sanggul diselitkan bunga pada telinganya. Suraya berpakaia n sedondon dengan Haqeem bergaun labuh berwarna krim rambutnya dilepaskan paras bahu.

" Bunga kawan kau dah sampai tu cepatlah", Kak putih memanggil Bunga dari luar bilik. " Sabarlah kak ", Bunga cepat-cepat mengambil handbag. " masuklah sambil tunggu Bunga", kak putih mempelawa Farheen masuk. Farheen hanya tersenyum, dia masuk lalu duduk di Sofa. " Engku duduklah dulu sementara tunggu Bunga siap. Nanti akak buatkan air", kak putih berjalan ke dapur. Belum sempat sampai kedapur Bunga sudah turun tangga. " takyah lah kak. Bunga dah siap da", Farheen terpaku dengan kecantikan Bunga. " cehh panggil Engku pulak haha", Bunga gelak. " eleh kang aku panggil uncle kang haha ", Kak putih mengusik. " jahat lah", Bunga mendapatkan akak yee lalu mencubit. Akaknya sudah tahu tentang Farheen kerana Bunga rajin bercerita dengannya. Kak putih hanya tergelak.

“ Selamat datang ”, Harun menyambut kedatangan rakan-rakannya dipintu masuk bilik private di Hotel itu. Semua hanya 20 orang so tiada masalahlah bagi mereka untuk menempah dewan kecil itu.

Haqeem berjalan dengan Suraya dan Farheen berjalan dengan Bunga. Terpaku Haqeem melihat Bunga yang begitu cantik berpakaian seperti untuk. Haqeem mendekati Bunga dengan perlahan. Bunga sedar akan kehadiran Haqeem. Cepat-cepat dia menyorok dibelakang Farheen. Farheen berasa pelik matanya tertumpu kearah Haqeem. Cepat dia menarik tangan Bunga dan pergi mencari tempat yang selesa. Haqeem berdengus kasar. Kau nak lari mana Bunga. Aku akan dapatkan kau juga malam ni.

“ Sue tolong bagitahu Bunga cakap dengan dia ada lecturer nak jumpa dekat tingkat 3 personal. Katanya suruh minta tolong untuk ucapan pembukaan. Dia minta Bunga sorang je tiada peneman”, Haqeem memberitahu Suraya dengan tenang dan beredar dari situ. Suraya hanya mengangguk sahaja. Tidak tahu itu betul atau salah.

“ Bunga.. Bunga”, Suraya menghampiri Bunga. “ kenapa Suraya?”, Bunga menoleh. “ Ni ada ada lecturer nak jumpa dekat tingkat 3 personal. Katanya suruh minta tolong untuk ucapan pembukaan. Dia minta Bunga sorang je tiada peneman”, Suraya memberitahu sama apa yang Haqeem kata. “ owh hah baiklah”, Bunga memberitahu sesuatu pada Farheen. Farheen hanya mengangguk sahaja. Suraya pula yang mengekori Bunga.

Bunga mencari lift lalu masuk ke dalam dan menekan button 3 untuk membantu pensyarahnya. Tik! Pintu lift terbuka lalu Bunga keluar. Mencari pensyarahnya namun tiada. Dia buntu takkan lah dia kena tipu dengan Suraya. Takkan lah Suraya mahu memain-mainkan dia. Bunga Cuma mencari lagi. Suraya baru sampai ketingkat 3 kakinya baru melangkah keluar dari pintu lift. Melihat suasana ruang hotel itu yang sunyi membuatkan bulu romanya berdiri. Seram plak tempat macam ni.. dia cuba mencari Bunga. Bunga terus berjalan hingga kehujung jalan. Belum sempat dia menoleh…

“ Hei jumpa tak?”, Suraya menegur dari belakang. “ sue!! Terkejut akulah “, Bunga mengurut dadanya. Suraya hanya tersenyum. Belum sempat Suraya membalas kata Haqeem terus memukul Bunga dari belakang sehingga Bunga jatuh pengsan. Terkejut dan terjerit kecil Suraya. Kenapa sekejam itu Haqeem melakukan terhadap Bunga. “ asal kau pukul dia?!”, Suraya bertanya dengan suara terketar-ketar. “ aku dah kata tadi bia dia sorang-sorang yang kau gatal nak datang sini juga kenapa?”, Haqeem mengeluh. “ then kau terpaksalah buat macam ni?”, Suraya bertanya keras.
“ tolong aku boleh?”, Haqeem mengheret Bunga. “ Aku tak nak bersubahat dengan kau qeem”, Suraya terus berlari menuju ke tangga kecemasan apabila Haqeem mengejarnya dari belakang. Tapi Haqeem berpatah balik terus mengheret Bunga masuk ke dalam bilik dan mengunci bilik itu. Suraya menelefon Farheen.

“ Farh…een.. Bunga.. Bunga”, Suraya menangis teresak-esak sambil memerhati jika Haqeem mencarinya. “ Kau kenapa ni Sue? Cakap slow-slow kenapa dengan Bunga?”, Farheen mula rasa ada sesuatu tidak kena. Dia terus menuju ke lift untuk ke tingkat 3 menyelamatkan Bunga. Belum sempat Suraya meletakan telefonnya ke dalam handbagnya dia ditarik oleh Haqeem dari tepi. Ditekup mulut Suraya dan membawa Suraya masuk ke dalam bilik itu.

“ Haqeem. Kenapa kau buat macam ni?”, Suraya menjerit kerana takut. “ diamlah Sue. Kalau tak ada kau dah senang kerja aku”, Haqeem menarik rambut Suraya.. lalu dia mengikat tangan dan kaki Suraya dengan tali. Melihat Bunga belum sedar dari pengsan. “ Bunga aku sayang kau kenapa kau pilih Farheen”, Haqeem mengelus lembut pipi Bunga. Suraya menangis kuat “ kau ni bodoh. Dah Bunga tak sayang kau kenapa kau nak sakitkan dia. Lepaskan kitaorang. Aku salah pilih orang macam kau. Kau gila!!”, Suraya menjerit lagi. PANG!! “ diamlah bodoh. Kau tu bodoh dari aku. Hahaha “, Haqeem menampar Suraya. Suraya terseksa.

Keluar sahaja dari lift dia terus menuju tempat yang dikatakan oleh Suraya. Ya bilik itu. Dia mengetuk-getuk pintu itu bersama dengan beberapa pekerja hotel. Tapi tiada respon. Haqeem meletakan Bunga dan Suraya dipenjuru bilik. Suraya menjerit kuat tapi tidak didengari kerana bilik itu kedap udara. Sukar untuk mendengar dari luar. Polis dalam perjalanan ke hotel itu. Haqeem buntu kenapa semua rancangannya tidak menjadi. Haqeem menampar Suraya lagi. “ ni salah kau lah kau ni gilaaa”, Haqeem geram. Suraya diseksa.

Farheen menyuruh pekerja hotel itu membuka pintu bilik itu dengan kunci pendua setiba sahaja beberapa minit polis sampai. Pintu dibuka perlahan.

“ jauh aku cakap”, Haqeem mahu menusuk Bunga dengan pisau.Farheen masuk sendiri yang lain hanya menuggu arahan untuk masuk. Farheen melihat rasa risau. Dengan Suraya diikat lemah kerana didera teruk oleh Haqeem. Farheen disuruh menenangkan Haqeem malah polis cuba menangkap Haqeem. “ okay.. okay aku pergi kau amiklah Bunga. Aku pergi jauh dari korang tapi letak dulu pisau kau”, Farheen memujuk Haqeem. Farheen berundur dan menuju ke pintu untuk keluar. Haqeem meletakan perlahan pisau itu. Dengan cepat Farheen menyepak pisau itu jqauh dari mereka. “ tak guna kau jantan”, Haqeem cuba bangun untuk dapatkan Farheen, lalu polis meyerbu bilik itu menolak Haqeem dan mendapatkan Haqeem. Haqeem digari.

Farheen mendapatkan Bunga. Tersedar Bunga dari pengsannya. Berpinar kepalanya seketika. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar kepalanya di lengan Farheen. Suraya telah dibawa keluar dari bilik itu dengan bantuan pekerja hotel dibawa ke klinik untuk rawatan selanjutnya.

" Thank awak tolong saya.. saya pun tak tahu apa yang berlaku pada saya", Bunga cuba mengagahkan dirinya untuk duduk. " sama-sama. Dah tanggungjawab saya selamatkan awak", Farheen hanya tersenyum sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience