BAB 7

Fanfiction Completed 560

“Sekarang saya sudah mendapat ketiga-tiga ekor binatang yang isteri saya idam-idamkan. Terima kasi atas bantuan datuk. Saya tidak akan dapat membalas budi baik datuk itu,” ucap Zahiril .
“Datuk hanya menolong engkau mana-mana yang datuk mampu!”
Zahiril tidak henti-henti menyatakan penghargaannya atas abtuan lelaki tua itu.
“Gunakan tali dan ikatlah ketiga-tiga ekor binatang ini. Kamu hela binatang ini macam kamu menghela lembu atau kambing,” kata lelaki tua itu.
“Ini ada sebilah golok tajam untuk kau gunakan sewaktu berjalan pulang nanti,” lanjut lelaki tua itu seraya memberikan Zahiril sebilah golok bersarung.
Zahiril mengunus golok yang tajam itu. Dia menyarungkan ke sarungnya semula lalu menyisipkannya di pinggang.
Pada keesokan harinya, Zahiril meminta diri untuk berangkat pulang. Setelah bersalam-slaman dengan lwlaki tua di gua itu, dia berangkat pulang. Zahiril menghela ketiga-tia haiwan itu dengan mudahnya. Sewaktu berjalan itu, dia tidak-tidak putus mengucapkan rasa syukur atas kejayaannya itu.
Di pertengahan jalan itu, Zahiril hendak berehat sebentar. Dia menambat ketiga-tiga ekor haiwan itu di sebatang pokok sebelum dia duduk berehat. Sewaktu dia sedang berehat itu, datang seorang perompak. Perompak itu mahu Zahiril menyerahkan ketiga-tiga haiwan itu kepadanya. Zahiril membantah dan berlakulah perkelahian disusuli sebuah pergelutan antara mereka. Dengan menguhuns golok yang dia miliki, Zahiril berjaya menikam hujung golok itu di perut perompak itu. Setelah mendapati perompak itu tewas akibat terluka di perutnya, Zahiril melepaskan lelaki itu dan membiarkannya terbaring di atas tanah. Dia segera membuka ikatan haiwan-haiwan yang dia tambat itu lalu meneruskan perjalanannya.
Akhirnya, Zahiril selamat sampai di rumahnya. Zafira berasa gembira melihat suaminya selamat pulang dan berjaya menangkap pelanduk, kijang dan rusa putih yang dia idam-idamkan dagingnya. Zafira dan Zahiril makan berlaukkan daging ketiga-tiga haiwan itu hinggalah Zafira selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience