Sudah enam bulan Zafira berbadan dua. Dia dan suaminya, Zahiril , tinggal di Kampung Paya Subur. Mereka masih muda belia.
Zahiril seorang lelaki yang tampan berasa bertuah dapat berisiterikan Zafira . Hidup mereka serdehana tetapi mereka bahagia. Selain bercucuk tanam di sebuah kebun di belakang rumah, Zahiril juga pergi berburu sewaktu menunggu tanaman-tanamannya berbuah.
Pada suatu hari, Zafira telah menyatakan kepada suaminya bahawa dia mengidam. Dia teringin sekali memakan daging rusa, pelanduk dan kijang putih. Setelah menyatakan hajat dalam hatinya, dia menjadi sedih. Zafira sedar bahawa permintaannya itu agak pelik dan pastinya menyusahkan suaminya nanti.
“Di manakah hendak abang mencari binatang-binatang itu? Maafkan Zafira , abang,” ujar Zafira .
“Betul, setahu abanglah, semua pelanduk dan rusa berbulu kelabu. Kijang pula berbulu merah,” kata Zahiril .
Zafira memandang wajah Zahiril dengan pandangan yang sayu. Zahiril hanya tersenyum.
“Awak jangan bimbang. Abang berjanji akan cuba ikhtiarkan mencarinya di mana-mana,” balas Aidi sambil memujuk isterinya itu.
Setelah dia menyediakan semua bekalan makanan dan minuman serta kelengkapan berburunya, Zahiril pun mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya.
“Sekarang, Zafira tinggal di rumah. Jaga diri baik-baik. Insya-Allah, setelah abang dapat semua yang kita perlukan, abang akan pulang segera. Doakanlah semoga abang selamat dan berhasil nanti,” ucap Zahiril sewaktu Zafira mengucup tangannya.
Zafira mengiringi suaminya sampai ke muka pintu. Setelah mengucapkan Bismillah, Zahiril pun menggalas semua keperluannya lalu berjalan masuk hutan. Namun, pencariannya tidak berhasil pada hari itu, binatang-binatang yang dia cari tidak dia temui.
Setelah hari hampir senja, Zahiril berehat di bawah sebatang pohon yang rendang sesudah membuat unggun api. Esoknya, dia berjalan lagi. Setelah sehari suntuk merayau-rayau di kawasan hutan yang tebal itu, dia tiba di sebuah gua pada petang hari. Tanpa berfikir panjang, Zahiril berjalan masuk ke dalam gua itu.
Share this novel