BAB 4

Fanfiction Completed 560

“Ular tedung itu memang pengawal pelanduk putih. Setelah anak membunuhnya, esok anak pulang semula ke sana dan cari pelanduk putih itu,” pesan lelaki tua itu.
Zahiril menerima sebuah perangkap rotan yang usang daripada lelaki tua itu pada hari esoknya.
“Bawa perangkap ini dan pasang di tempat ular itu kaubunuh,” kata orang tua itu.
“Baik, Tuk! Terima kasih, Tuk!”
Zahiril menurut seperti yang apa-apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi. Dia memasang perangkap itu di tempat ular tedung yang dibuhnya semalam. Daun-daun muda digantung dalam perangkap itu, seperti yang diterangkan lelaki tua di gua.
Sesudah itu, dia menanti dengan sabar di sebalik semak samun yang berdekatan. Seperti yang dia harap-harapkan, pelanduk putih itu dia nampak sedang bergerak. Sewaktu berada di dalam perangkap rotan itu, pelanduk itu terus memakan daun-daun muda di situ. Pada ertika itulah, perangkap itu terbidas dan pintunya tertutup.
“Alhamdulillah, Makbul juga harapan aku suami isteri!” ucap Zahiril gembira. Dia lalu menghela perangkap itu pulang ke gua.
“Saya berjaya dengan bantuan perangkap bertuah tok ini!” berseri-seri wajah Zahiril sambil berkata-kata itu. Lelaki tua itu tersenyum-senyum sambil mengangguk-anggukka kepalanya.
“Nanti saya masukkan makanan dan minuman untuknya setiap hari,” kata Zahiril . Lelaki tua itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
Pagi esoknya, Zahiril bangun awal-awal sekali. Kejayaannya semalam memberikannya semangat untuk memburu lagi pada hari itu. Sebelum bertolak, lelaki tua itu memesannya agar membawa sama kelebang pada hari itu.
“Hari ini, berjalanlah menuju ke arah matahari terbenam,” pesan lelaki tua itu.
“Baiklah, Tuk! Terima kasih,” jawab Zahiril . Setelah bersalaman, Zahiril pun melangkah pergi setelah menyisipkan kelebang di pinggangnya. Kali ini, dia menemui banyak binatang-binatang lain. Kijang atau rusa putih tidak dia temui. Dia dapat memanah seekor arnab.
Setelah berjalan sangat jauh, melintaslah seekor kijang putih tidak jauh daripa tempatnya. Sebaik-baik sahaja dia hendak memanah, muncullah seekor harimau belang yang sangat besar. Harimau itu hendak menerkam ke arahnya. Zahiril segera membalingkan arnab yang sudah dia panah itu ke arah harimau tersebut. Harimau itu berhenti lalu membaham daging arnab yang Zahiril balin itu. Zahiril lalu memanjat ke sebatang pokok. Apabila di atas dahan pokok itu, Zahiril mendapati harimau itu sedang membaham daging arnab itu. Dengan menghunuskan kelebang ditangannya, Zahiril lalu terjun ke arah harimau itu dan melibasnya ke arah harimau itu. Libasan kelebangnya mengenai mata harimau yang bersiap-siap untuk menyerangnya. Dengan melaung-laung sekuat-kuatnya, Zahiril melibas-libaskan kelebangnya itu ke arah harimau yang sudah luka itu. Libasan-libasannya mengenai kela, leher dan badan harimau itu. Tidak lama kemudian, harimau itu menjadi lemah dan menggelupur di atas tanah. Zahiril lalu menikam perut harimau yang meraung-raung kesakitan itu. Tidak lama kemudian, harimau itu sudah tidak bernyawa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience