Kijang putih itu sudah lesap di dalam hutan itu. Zahiril terus menjejaki kijang putih itu tetapi tidak berjaya. Dia hanya dapat memanah dua ekor burung hutan dan seekor arnab lagi.
Sepulangnya dia gua itu, lelaki tua itu menasihati Zahiril agar membawa cangkul dan menggali lubang untuk memerangkap kijang putih itu. Lubang itu hendaklah dia gali berdekatan dengan bangkai harimau yang dia bunuh itu. Zahiril mengerjakan apa-apa yang disarankan lelaki tua itu pada keesokan harinya.
Esoknya, setelah dia menggali sebuah lubang yang dalam di tempat itu, Zahiril menutupnya dengan ranting-ranting kayu dan daun-daun segar. Sebaik-baik sahaja dia selesai memasang jeratnya itu, seekor kijang putih kelihatan meryau-rayau tidak jauh dari situ. Dengap senyap-senyap, Zahiril memanjat sebatang pokok rambutan dan duduk menanti jeratnya itu.
Kijang putih itu merapati bangkai harimau itu. Sebaik-baik sahaj dipijaknya permukaan lubang jerat itu, kijang putih itu terjatuh ke dalamnya. Zahiril segera melompat turun dari pokok rambutan itu dan menangkap kijang putih itu. Diikat kaki-kai kijang itu sebelum dia menggalasnya pulan ke gua.
“Berjaya juga engkau menangkap kijang putih ini, Zahiril !” puji lelaki tua itu.
“Saya sungguh-sungguh terhutang budi kepada Tok atas kejayaan saya ini!” balas Zahiril . “Tinggal rusa putih saja yang perlu saya tangkap.”
“Insya-Allah, engkau akan berjaya mendapatkannya,” balas lelaki tua itu. “Esok, cari rusa itu di sebuah tanah lapang di utara. Akan tetapi, kau harus lebih berhati-hati kali ini, Zahiril !”
“Kenapa, Tok?” tanya Zahiril , curiga.
“Lawanmu kali ini agak besar dan banyak!” balas lelaki tua itu. Lelaki tua itu lalu bangun dan membawa sebuah bungkusan. “Dalam bungkusan ini ada beberapa ketul tulang. Lontarkan tulang-tuang ini ke arah musuh-musuh yang menyerang kamu esok. Gunakan tali yang ada itu dan ikatkan tanduk rusa itu dengannya.”
Zahiril menerima bungkusan itu seraya mengucapkan terima kasih.
Share this novel